I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Jahit Lengan Baju dan Seluar Yang Labuh

Bayaran yuran tadika Haziq adalah termasuk dengan 2 pasang uniform dan 1 pasang baju sukan. Tapi saya rasa 2 pasang uniform tu tak mencukupi sebab 1 hari pakai 1 uniform, so tak sempatlah untuk saya basuh dan sidai. Jadinya saya beli lagi 2 pasang uniform menjadikan satu uniform akan dipakai untuk sehari sahaja. Esoknya, pakai uniform yang baru pula. Kan senang macam ni kan, tak usah peningkan kepala nak basuh, nak sidai, nak tunggu kering, nak gosok.


Untuk uniform (baju sekolah), Haziq pakai saiz L tapi untuk baju sukan Haziq pakai saiz S. Saya pun tak faham kenapa saiznya berbeza-beza. So bila saya tengok baju sekolahnya tu, lengan bajunya dan seluarnya tu agak panjang, so kenalah repair supanya dia ngam-ngam dengan lengan dan labuh kaki tu. Memandangkan saya ni dah lama sangat-sangat tak pegang jarum dan benang, jadi saya rasa macam tak konfiden nak jahit baju anak. So saya minta tolong Mama saya jahitkan untuk 2 pasang uniform yang pertama. Hehehehe..


Untuk 2 pasang uniform kedua, saya cuba jahit sendiri. Masa tu barulah rasa konfiden sikit nak menjahit sebab dah tengok cara Mama menjahit. Alah, jahit tangan je bukan pakai mesin jahit pun. Hehehehe...


Sebelum mula jahit, saya akan lipat lengan baju yang labuh tu ke dalam, ikut berapa panjang lengan Haziq tu. Saya pastikan biar ngam-ngam gitu. Bila dah lipat, saya pun mula menjahit. Saya juga pastikan belah kanan dan kiri adalah lebih kurang sama. So inilah hasilnya :


- Bahagian dalam -
Kat rumah, takde pulak benang yang sama warna dengan seluar sekolah Haziq ni. 
So saya guna warna benang biru tua


- Bahagian luar -
Sekali tengok, tak nampak pun warna benang biru tua tu. Kira oklah tu kan.


Ok, selesai bab jahit menjahit. :)

4 comments:

Mar Mansor said...

inilah seorang ibu..mesti jadi superwoman, kena tau serba serbi kan..

Rinah said...

mutu jahitan tangan sis Uni lebih cantik dari Rinah. kalau Rinah jahit mesti tak sama rata, walaupun sebelum menjahit dah garis/ ukur :P

Rai Ourkizuna said...

pandai ko jahit.. aku jahit fail gila.. hahaha..

Uni Aqilah said...

mar - betul tu mar. kalau tak tau, kena ambil tau juga. kena belajar buat juga. kalau semua nak hantar ke kedai, alamatnya pengsanlah mak bapaknya.
rinah - kalau jahit ini bolehlah. tapi kalau jahit sepasang baju, belum tentu jadi. hahahaha...
rai - tapi ko pandai dan rajin masak. sungguh aku tak mampu jadi sepertimu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *