I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Hari Pertama Haziq di Tadika

Alhamdulillah. Tahun 2014 membuka lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga apabila Haziq mula menjejakkan kaki ke tadika. Hari pertama persekolahannya bermula pada 5 January 2014 (Ahad) yang lalu. Saya dan suami rasa teruja dengan pengalaman baru ini, ya, macam parents yang lain jugak. Tapi mungkin rasa lebih teruja sebab ini pengalaman pertama kami. :)

Muka ala-ala macam mengantuk campur konfius sebab kena bangun pagi untuk pergi sekolah


Sejuk hati saya tengok Haziq memakai uniform sekolahnya. Warna ungu yang mendamaikan. Pagi tu kami sekeluarga bangun awal, termasuk juga Aimi. Selepas solat Subuh, saya berdoa sebanyak-banyaknya pada Yang Maha Esa moga dilancarkan segala urusan dan diberi kemudahan untuk setiap perkara yang sudah dirancangkan. Saya juga berdoa moga Haziq akan baik-baik sahaja di sekolah dan tidak meragam.


Sampai di sekolah, kami disambut oleh guru-guru tadika. Kami terus mengambil tempat duduk di satu ruang yang agak strategik.

Mama pun pakai tudung ungu sebab nak sama dengan warna tema tadika Haziq. :)


Dalam masa yang singkat, kebanyakan kanak-kanak seusia Haziq mula memenuhkan tempat tersebut bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing. Masa ni, macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Ada budak yang menangis, yang menjerit, yang muncung, yang rancak bercerita dan macam-macam lagilah.


Haziq pula, duduk rapat dengan kami seolah tak mahu berpisah. Muka pula serius semacam tak senyum langsung. Ok, ini adalah permulaan, kami ibu bapanya harus bersedia dengan reaksi Haziq yang mungkin kami tidak jangka. Menangis, mungkin?

Haziq duduk belunjur ala-ala santai gitu, tapi masih taknak bercampur dengan rakan-rakan sebayanya. 


Tepat pukul 8.00 am, cikgu suruh semua beratur mengikut umur masing-masing, iaitu, 4, 5 dan 6 tahun. Haziq beratur di barisan umur 4 tahun (kalau ikutkan tarikh lahir, Haziq sebenarnya baru berumur 3 tahun 4 bulan).


Ini reaksi muka Haziq yang sempat saya rakamkan. Mungkin dia tak suka orang lain pegang bahu dia, apatah lagi orang itu adalah orang yang tidak dia kenali. Saya senyum bila lihat gambar ini, sekurang-kurangnya saya tahu anak saya sedang melalui proses bersosial / bergaul dengan rakan sebaya.


Sampai sudah, Haziq langsung taknak senyum. Macam tu jelah muka dia, berkali-kali dia pesan kat saya, "Mama, tunggu Haziq tau, Mama jangan tinggal Haziq tau". Ada satu ketika tu, saya terbatuk-batuk. Silap pulak masa tu saya lupa nak bawak air dari rumah. So saya bergegas ke dapur tadika untuk cari air masak. Serentak tu jugak, Haziq keluar dari barisan dan ikut saya ke dapur. Muka dia memang gelisah la, muka takut kena tinggal. :)


Nak dekat 8.30 am, ramai ibu bapa mula beransur-ansur meninggalkan tadika. Yelah, takkanlah kita nak duduk kat situ sehingga tamat sesi kan? Kita pun harus bagi ruang untuk para guru menjalankan tanggungjawab mereka. Masa ni kan, ada lah 2-3 orang budak yang menangis macam tak ingat dunia. Siap peluk kaki mak bapak masing-masing. Rasa macam tengok filem Hindustan pulak rasanya. :)


Namun, bila tiba part saya meninggalkan tadika, saya beri isyarat kepada guru besar (kira macam ketua cikgu lah kat situ) yang saya nak balik. Cikgu pun faham dan bersiap-sedia dengan Haziq.


Bila Haziq nampak saya berlalu pergi, serta merta dia jerit, "Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!" dan teruslah menangis melalak sekuat-kuatnya. Ya Allah, betul ke anak aku ni? Teruslah saya rasa macam nak berpatah balik. Rasa macam nak teman dia sampai tengahari, rasa macam tak sanggup tinggalkan dia bersendiri dengan suasana baru. Huhuhuhu...


Tapi saya tekadkan hati. "Wahai hati, jangan lemah. Kau harus kuat demi anakmu. Ini perubahan baru dalam hidupnya, bantulah dia untuk mengatasinya". Bisik saya dalam hati. Terus saya pergi ke kereta. Suami saya dan Aimi dah menunggu saya di kereta. Diorang berdua keluar dari tadika tadi sebab Aimi tak boleh duduk diam mula nak menangis dan merengek. Saya pun ceritalah kat suami tentang Haziq. Saya cakap saya rasa nak masuk ke tadika semula. (Korang taulah perasaan seorang ibu kan?). Suami saya cakap, takde apa tu, kejap je, nanti Haziq akan ok.


Lepas tu, kami pergi bersarapan pagi di sebuah restoran yang sangat dekat dengan tadika Haziq. Baru first time makan di sini, ok jugak menu sarapan paginya.

Aimi pun bangun awal pagi sebab excited nak hantar Abang Haziq ke tadika.


Sesudah sarapan, kami balik semula ke rumah. Ada masa beberapa jam sebelum nak jemput Haziq balik dari sekolah. Saya terus tidurkan Aimi, Aimi pulak tidur dengan lenanya almaklumlah pagi tadi tu bangun awal sangat kan. Saya dan suami pulak, terus ligat menyiapkan kerja-kerja rumah - cuci pinggan mangkuk, kemas dapur, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, sidai kain baju, lipat kain baju, sapu halaman rumah, dan segala macam lagilah yang dinamakan sebagai "kerja rumah".


Tepat pukul 11.30 am, kami bergegas untuk pergi menjemput Haziq pula. Berdebar-debar hati saya menantikan reaksi Haziq. Bila nampak je Haziq, saya terus senyum, Haziq pula terus tanya "Maaaaamaaaaaaa, napa mama tinggal Haziq tadi?"


Errr.. terkedu saya. So saya jawab, "oh, sebab tadi kan Haziq nak sekolah. Aimi pulak mengantuk nak tidur nak susu Mama, jadi Mama tidurkan Aimi".

"Oh, macam tu, Mama terbaikkk!"

"Oh sayang..."


Lega hati saya bila Haziq tak marah. Terus saya tanyakan tentang cikgu, tentang kawan-kawannnya. Haziq nampak seronok. Saya senang hati. :)


Kami terus balik ke rumah Mama saya (nenek Haziq). Makan tengahari sudah tersedia, kami jamu selera bersama-sama. Bila dah petang sikit, Haziq terus buka beg sekolahnya.


"Mama, ni buku sekolah Haziq. Haziq nak baca".


Saya dengar Haziq sebut segi tiga-tiga, segi empat-empat, bulat-bulat
Actually pakcik Haziq yang ajar Haziq sebelum dia masuk sekolah lagi. :)


Alhamdulillah. Inilah kisah hari pertama Haziq di tadika. Kenangan manis untuk kami sekeluarga. :)

5 comments:

Rai Ourkizuna said...

muka haziq sebijik muka husband ko kan..

first day hantar anak sekolah memang jadi event yg menarik bagi ibu bapa kan.. hehe..belajar baik2 ya haziq..

Mar Mansor said...

haziq dah besar...dah sekolah ye..
aimi pulak comelnye...

Rinah said...

macam tadika Abim je tadika Haziq nie, kalau kat sabah. hehe
Aimi dah tumbuh gigi berapa batang? makin comel Aimi, muka Aimi lebih mirip sis Uni :)

Uni Aqilah said...

rai - itu nama mesin fotostat 100%. terima kasih di atas ucapan aunty zai, nanti haziq belajar rajin2 ya.

mar - :)

rinah - itu namanya Tadika Addin. Sekarang aimi umur 1 tahun. Gigi ada 8 batang. Champion dalam gigit menggigit. Hehehehe...

Mila Hilas said...

comel je muka haziq time dia jeling kwn dia pgg bahu tu hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *