I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 17, 2014

Destinasi Percutian Pertama Tahun 2014 : LANGKAWI

13-15 Februari 2014 mencatatkan kenangan manis untuk saya dan keluarga. Setelah merancang dengan begitu rapi dan teliti, akhirnya kami semua dapat pergi bercuti ke Langkawi dengan jayanya. Seronok sangat-sangat walaupun terasa begitu singkat. Siap rasa nak menangis sebab nak tinggalkan Langkawi masa nak balik tu. Punyalah seronok kat sana. Hahahaha...


Hasil kerja tangan Haziq. 
Saya sebagai ibunya berasa begitu kagum dengan gambar ini, jadi saya nak mengabadikannya di blog saya.


Ini ringkasan percutian saya sekeluarga. Detailsnya akan saya kemaskini kemudian ya.

Hari #1 - 13 Februari 2014
- Naik flight dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor.
- Transit di KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- Dapat kereta sewa di airport
- Check in di Hotel Asia, Kuah
- Lunch di Restoran Selera Pantai Timur Seafood, Kuah
- Rehat di hotel
- Dinner di Restoran Pantai Penarak, Kuah
- Shopping coklat sikit di cawangan kedai Haji Ismail Group, Kuah
- Jalan-jalan (survey) di sekitar pekan Kuah.

Hari #2 - 14 Februari 2014
- Breakfast di food court berdekatan Kompleks Haji Ismail Group
- Menaiki Langkawi Duck Tours di Oriental Village
- Jenguk-jenguk ke Cable Car
- Lunch di Oriental Village
- Pergi ke Underwater World
- Shopping sikit di Coco Valley
- Minum petang di Pantai Cenang
- Jalan-jalan di sekitar kawasan Pantai Cenang
- Shopping coklat dan baju di Kompleks Haji Ismail Group
- Dinner di Thai Tomyam
- Packing baju untuk balik

Hari #3 - 15 Februari 2014
- Breakfast di Ida Manriah Cafe
- Bergambar sakan di Dataran Lang
- Ambil gambar di Taman Lagenda dan sekitar Kuah
- Rehat dan bersenda gurau di bilik hotel (bestnya bersama keluarga tanpa sebarang gangguan!)
- Check out dari Hotel Asia.
- Shopping bag pack sebab tak muat beg nak isi barang. Hahaha..
- Pulangkan semula kereta sewa di airport
- Lunch di Marrybrown airport Langkawi
- Naik flight ke KLIA, transit selama 3 jam lebih.
- Sampai airport Senai jam 10.25 malam.


Tak sabar rasanya nak update blog tentang percutian di Langkawi. Moga-moga masa tak mencemburui saya! :)



5 comments:

Rinah said...

Wah, bestnya cuti-cuti malaysia.
Tak sabar nak baca entry penuh, mesti menarik.
Aimi tak moody naik kapal terbang 2 kali(transit)?

p/s:: Cantik gambar Haziq capture itu :)

Cik NUFA said...

Salam Uni...
Thanks sudi follow blog CN...
CN pun baru je blk dr langkawi kelmarin. Hee.. Nnt blh la kt share travel experience yer..

CN looking forward nk baca travel experience Uni. hehe..

Mar Mansor said...

bestnye..awal tahun dah pergi bercuti..

liza♥aufa said...

wah, saya bulan 3 ni nak ke sana. cume tu la..tak approved ag cuti :(

abdul jalil mohd. shah said...

minggu depan baru nak pegi.. 18hb September 2014 hingga 20hb.. bawak mak yang da kira wargatua da.. plan island hopping.. bagus ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *