I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, February 22, 2014

Cara Mengumpul Duit dan Berjimat Untuk Bercuti

Sambungan daripada perkongsian oleh blogger Cik Nufa dalam entry sebelum ini.


Ini adalah ringkasan untuk tips-tips yang Cik Nufa dah kongsikan. Mana yang saya tak senaraikan tu, korang boleh rujuk semula komen Cik Nufa di sini.


1) Buat Tabung Travel / Tabung Holiday / Tabung Percutian

Simpan sedikit daripada duit gaji bulanan ke dalam tabung untuk tujuan percutian. Mulakan dahulu mengikut kemampuan. Kalau sebulan dapat simpan RM50 pun dah ok, cukup setahun dapat kumpul RM600.

Dengan amaun sebanyak itu, dah boleh cover untuk duit hotel dan duit makan/duit minyak. Kalau dapat simpan lebih banyak untuk sebulan, maka lebih cepat dan lebih banyak jumlah duit yang dapat dikumpul apabila tiba masa untuk pergi bercuti.


2) Pergi bercuti ke tempat yang dekat dengan kita dahulu

Contohnya, kalau kita tinggal di JB, mulakan percutian dengan destinasi seperti Pantai Desaru, Tanjung Leman, Pulau Sibu, Legoland, Hello Kitty World dan apa sahaja yang ada di negeri Johor ini. Bila bercuti di tempat yang dekat dengan kita, tidak perlu bajet yang besar, yang penting keseronokan bercuti itu yang perlu diutamakan.

Kemudian barulah pergi bercuti ke negeri-negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan dan seterusnya.


3) Rujuk kepada blogger lain atau rakan-rakan yang sudah ada pengalaman bercuti ke tempat yang kita hendak pergi itu

Rujukan seperti ini akan memudahkan aktiviti dan pengurusan masa kita sewaktu bercuti nanti. Contohnya, masa saya nak pergi ke Langkawi tempohari, saya dah surf banyak blog yang menceritakan pengalaman bercuti ke Langkawi. Saya siap buat short notes lagi tau, punyalah semangat! Hahahahaha...

Daripada situ, saya dapat gambaran kat mana tempat makan yang best, kat mana tempat jalan-jalan yang best dan kat mana tempat shopping yang best. Juga saya dapat membuat anggaran berapa banyak duit yang diperlukan untuk satu-satu perkara/aktiviti. Jadi, percutian saya menjadi lebih tersusun dan terancang. Puas hati tau! :)


4) Jimatkan belanja selagi mana yang boleh

Contohnya anda nak pergi bercuti ke Sunway Lagoon dan kebetulan ada saudara mara yang tinggal berdekatan area sana. Instead of sewa hotel, apa kata anda tumpang rumah mereka untuk sehari dua? Jadi anda sudah dapat jimatkan duit untuk bayar sewa hotel.

Tapi janganlah anda lupa adat menumpang di rumah orang. Ada budi bahasanya, ada tata tertibnya. :)


5) Teruskan menabung semula bila dah keluarkan semua duit tabung untuk pergi bercuti

Katakan tadi anda dah keluarkan RM600 daripada duit tabung tu, so dapat je gaji bulan berikutnya, teruskan menyimpan lagi ke dalam tabung supaya anda sentiasa rasa bersemangat untuk pergi bercuti lagi. Senang kata, jangan pernah biarkan tabung anda itu kosong.



Kesimpulannya, banyak atau sikit duit untuk travel, bergantung kepada perancangan dan destinasi yang ingin kita tuju. Tapi yang paling penting, bercutilah mengikut kemampuan dan pergi bercuti bersama dengan yang tersayang, agar keseronokan bercuti itu menjadi berlipat kali ganda! :)

3 comments:

Mar Mansor said...

terima kasih atas perkongsian..
ada kalanye tabung bercuti terpaksa dikorek atas2 sebab lain..huhu

Cik NUFA said...

Salam Uni :)

Aishh, segan plk CN Uni mention tips CN yg baru jgk merangkak2 belajar travel ni. hehe..

Good summary. CN rasa nak share la entry Uni ni dkt blog dan personal fb CN :) simple, straight to the point, olahan yg baik :)

Mrs said...

Yang nombor 4 tu memang fave saya semasa bujang, hahah...

collect kawan merata satu Malaysia, time diorg balik kampong kita ikut. Acah-acah Silaturahmi dengan mak-ayah diorg, saya belajar culture dan adat tempatan.

:)) :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *