I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, February 20, 2014

Cara Beli Tiket Flight MAS Airlines

Selepas dah tetapkan tarikh untuk pergi bercuti, langkah seterusnya adalah dengan mengisi borang cuti. Nampaknya kali ini, tiada masalah langsung dalam urusan permohonan cuti saya, tidak seperti sebelum ini. Terima kasih Ya Allah.


Selepas urusan permohonan cuti selesai, saya pun mula meninjau-ninjau tiket flight. Untuk makluman, saya belum pernah sekali pun lagi naik flight Air Asia. Apa yang saya tahu tentang Air Asia ialah, tiketnya murah, tapi banyak add ons.


Maksudnya, tiket murah tapi free seats. Means, tempat duduk bebas ikut sapa cepat dia dapat. Saya pula pergi dengan 2 orang anak kecil, takkanlah nak duduk berasingan pulak kan. Lepas tu, dari segi luggage pula, kalau berat luggage lebih dari sekian-sekian, kena bayar tambahan. Kalau nak makan dalam flight, kena bayar tambahan sekian-sekian. Maksudnya banyaklah add ons nya.


Saya pula pergi dengan suami yang belum pernah naik kapal terbang sebelum ini, jadinya urusan flight-flight semua ni memang diserahkan 100% kepada saya. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menaiki flight MAS Airlines kerana saya pernah naik flight MAS ni dulu-dulu. Last naik masa umur 20 tahun. Err... dah 11 tahun lamanya tak naik flight!!


Saya terus surf website MAS Airlines. Dekat tab atas tu, saya select "BOOK".


Kat sana ada beberapa pilihan iaitu One-Way, Return dan Multi-city.


One-way = perjalanan sehala
Return = perjalanan pergi balik
Multi-city = perjalanan ke beberapa tempat dalam satu trip/flight


Jadi saya pilih "RETURN" untuk perjalanan pergi-balik dari JB ke LANGKAWI.


Kemudian saya pilih tarikh berlepas (Departure) dan tarikh balik (Return).


Diikuti dengan jumlah penumpang, iaitu 2 dewasa, 1 kanak-kanak dan 1 infant. Infant ni bermaksud bayi yang berumur 8 hari hingga 24 bulan. Pada tarikh penerbangan, Aimi berumur 13 bulan 28 hari, jadi Aimi termasuk dalam kategori infant. Kalau infant ni, takde seat sendiri so kena duduk atas riba ibu / bapa.


Kemudian yang "Cabin" tu, sila select Economy Class, sebab yang Business/First Class tu selalunya lebih mahal daripada harga cabin Economy. Then klik "Find Flights".

Ini gambaran pembelian tiket MAS Airlines secara online


Ok lepas klik Find Flights tu, dia akan keluar satu page yang menunjukkan senarai flight yang available pada tarikh yang kita beli. Contohnya pada 13 Februari 2014, daripada pagi sampai malam, ada 10 flights, jadi kita pilih flight yang sesuai dengan masa kita. Oleh kerana saya beli tiket pergi balik, jadi saya juga perlu select flight yang sesuai pada 15 Februari 2014.


Masa ni kena pilih dengan teliti. Masa itu emas, jangan tersilap memilih masa penerbangan!


Yang bagusnya MAS Airlines ni, dia akan terus totalkan siap-siap berapa jumlah bayaran untuk flights yang kita dah select tu, termasuk juga dengan tax dan surcaj.


Untuk percutian saya, ini masa flight yang saya pilih :

13 Februari 2014
Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
JHB (08:40) to KLIA (09:25)
KLIA (10:45) to LGK (11:45)

15 Februari 2014
Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
LGK (15:45) to KLIA (16:50)
KLIA (21:20) to JHB (22:05)


Selepas dah puas hati dengan tarikh dan masa yang dipilih, perlu proceed untuk membuat pembayaran. Oleh kerana saya ini tidak menggunakan kad kredit dan saya tidak berani untuk membuat pembayaran tiket secara online, saya telah membuat keputusan untuk membayar harga tiket di kaunter tiket MAS di airport Senai.


Tapi, saya ada risau jugak. Kot-kot bila saya sampai kat kaunter tiket tu, masa flight yang saya nak tu sudah habis terjual ke, camne saya nak pilih masa flight yang lain? Jadinya, untuk secure booking saya, saya membuat penempahan tiket (booking tiket) melalui telefon.



Senai International Airport
Address
Malaysia Airlines
Lot E4, Aero Mall
Ground Floor
Senai International Airport
81250 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Business Hours
Ticketing office : 5.30am - 9.00pm (Daily)
Sales Office : 8.30am - 5.30pm (Mon-Fri, except public holiday)
Fax
+607 598 7421
Reservations
1 300 88 3000 (within Malaysia)
+60 7 225 2060
Airport Operations
+607 599 4737

Pada 30 Januari 2014, saya pun call kaunter tiket MAS Airlines berdasarkan nombor telefon di atas untuk booking tiket. Kalau nak booking melalui telefon ni, dia akan terus minta nama penuh untuk setiap penumpang.


Jadi, kalau korang pergi dengan saudara-mara atau kawan-kawan, pastikan korang tau nama penuh diorang semasa nak booking tiket. Oh ya, booking melaui telefon dikenakan servis caj tau, iaitu RM30 untuk seorang penumpang.


Selepas dah selesai tu, dia akan bagi Booking No. Saya punya booking no. adalah KH7PW dan masa untuk membuat pembayaran adalah selewat-lewatnya sebelum 1 Februari 2014 jam 3.00 pm. Kalau saya tak buat pembayaran jugak, means tiket yang dah book tu dia akan open untuk penumpang lain pula.


So lepas balik kerja hari yang sama, saya terus bergegas ke airport Senai untuk membuat pembayaran, dan inilah tiket penerbangan yang saya dapat. Rupanya pakai kertas A4 je. Dapat 4 helai kertas A4 sebagai tiket penerbangan untuk 4 orang penumpang.


Bila dah dapat tiket ni, semangat saya makin berkobar-kobar nak pergi bercuti ke Langkawi!


Begitulah sedikit sebanyak cara saya membeli tiket flight MAS Airlines. :)

10 comments:

Mar Mansor said...

perkongsian yang bagus bg orang y tak pernah naik MAS macam saya..huhu

Lieya Von Jay said...

tq share at least leh jgak kawan2 yg nak beli tiket dari MAS rujuk kat sini :)

Cik NUFA said...

Last travel dgn MAS dr Kuching ke JB tahun 2009.. lama dah tu.. tp masa tu org yg book siap2 flight CN.. hee..

btw, kalau online booking MAS, boleh guna direct debit ke?

Rinah said...

Napa sis Uni tak beli online terus? kan lagi senang. Jimat juga kos service charge bagi setiap penumpang. hehehe

ct kektus said...

nice2. boleh jadikan panduan kite kalau kite nak p mana2 ni. hehhee :D

Cuti Famili said...

Salam. Pengisian yang menarik. Saja nak kongsi, ada satu lagi cara booking tiket online iaitu melalui redemption Enrich Miles sepenuhnya atay Enrich Miles + cash. Saya pernah ke Eropah pada May 2014 dengan MAS kelas bisnes secara percuma.. dengan menggunakan Enrich Miles je. Kalau ada masa, leh tengok2 di sini ye http://cutifamili.blogspot.com/2014/06/tiket-kapal-terbang-business-class.html

syafawati abdullah said...

Salam....sy insyallah akn g lngkwi ber 2 anak kecil...1st time nk bwk anak naik fligt...n order online...agak risau jgk tkut xjd atai salah...tp slps order sy call mas utk confirmkan booking sy tu...so mmg ade...stakat ni alhamdulillah semua urusan dgn mas airline mudah...yg penting ade email...coz kite printkan hard copy yg kite booking melalui online tu

ALIFF PADZI said...

salam akak ada enrich miles lebih/ nk expired ke untuk dijual? :) :) Or ada kawan kawan yg kenal nk jual enrich miles

Siti Munirah said...

Aliff PADZI - saya tak pernah ada enrich miles. Bukan selalu naik kapalterbang pun. Hehehehe..

Agent Tiket Murah International said...

Assalamualaikum

Anda memerlukan servis kami
Sila whatsap kami :
+60107670389 ( sobirin )
Insya allah kami bantu, dengan cara mudah.

✅ Servis transfer uang cepat ke indonesia, proses 5 mnt, Cara buat pembayaran yg mudah, bankin ke acc maybank2u, kami dpt segera proseskan, anda tdk perlu buang ms yg bnyk.
Screen shot bukti transfer kami berikan.

✅ Servis booking tiket flight, detail E-ticket kami reply melalui email.

✅ Servis booking tiket feri stulang laut johor to batam/tnjng pinang, detail E-tiket kami reply melalui email.

Apa2 boleh whatsap : +60107670389 ( sobirin )

Insya allah dpt mpermudahkan segala urusan.

TQ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *