I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Berapa Kali Anda Buat Body Scrub Dalam Seminggu?

Sebagai seorang wanita, saya ni ada lah jugak buat body scrub. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau sibuk sangat, saya cuma buat sekali seminggu. Saya suka buat body scrub sebab :


1) Ia menangggalkan sel-sel kulit mati dan daki pada badan - Yang ni memang best sebab lepas scrub je, kulit jadi sangat lembut  dan halus.

2) Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi - Haaaaa, kat mana bahagian yang tersembunyi tu ya? Sori, saya takleh cakap, sendiri fahamlah ya. Guna scrub untuk menyental mana-mana bahagian yang patut. Ok satu contoh - macam kat belakang siku.

3) Mengurangkan tekanan dan keletihan - pentingnya memilih body scrub yang bagus dan mempunyai bau yang sesuai dengan hidung dan citarasa sendiri. Sebab selalunya, selepas kita buat body scrub, baunya akan kekal wangi plus menenangkan dan mendamaikan minda. Keluar je bilik air, suami dan anak-anak mesti cakap "Mmmm... wanginya Mama". Haaa, happylah Mama kan. Hehehehe... Jadi kalau kita beli body scrub yang baunya menyakitkan hidung kita, kita sendiri yang susah kan kan kan.


Scrub ni ada 2 jenis. Ada yang dalam bentuk serbuk dan ada yang dalam bentuk paste. Cara gunanya mudah aje, tambahkan sikit air dan terus apply kat body. Guna scrub sebelum mandi ya. Scrub scrub scrub sampai keluar daki-daki kat badan tu. Lepas tu baru bilas dan mandi guna sabun. Kalau taknak pakai sabun pun takpe.


Lepas mandi, sapu losyen ke seluruh badan. Dulu, saya suka losyen yang The Body Shop. Tapi itu cerita dulu lah. Sekarang tidak lagi. Hahahahaa... Belum sempat nak sapu apa-apa, Aimi dah melalak cari Mamanya. Hahaahaha...


Pengalaman saya, saya pernah guna scrub Secret Garden dan juga jenama Watson. Kedua-duanya ok, saya suka. Harga berpatutan.


Pernah juga guna scrub The Body Shop. Bekas kecik aje pun, tapi mahal. Pastu tak best pulak tu, sebab ia kering semacam dan lepas scrub tu, rasa kulit badan saya macam kering. Ishh, takmo lah macam tu. So terus stop guna.


Sekarang ni saya guna body scrub yang saya beli kat Thai Odyssey, tempat saya urut kaki. First time beli dan guna, terus jatuh cinta (eh, banyaknya jatuh cinta, tadi cakap jatuh cinta dengan lipstik Nutrimetics, hahahaha...)


Harga RM28.90 untuk satu bekas tu. Rasa macam oklah tu kan. Baunya ada 2, satu lavender dan satu lagi rose. Saya beli yang lavender.


Belah kiri tu Balm, digunakan bila sengal-sengal otot atau sakit bahu atau salah urat. Harganya RM9.90.
Yang belah kanan tu Shower Salt Scrub - Lavender. Harga RM28.90


Pertama kali guna body scrub ni, memang rasa best sangat.  Scrub ni bentuk paste jadi tambahkan sikit air dan ratakan ke seluruh badan. Pastu sentallah ikut mana suka dan sekuat mana tahan. Hahaahhaha.. Lepas dah bilas, kulit jadi lembut dan harum wanginya alahai... Bila keluar bilik air, suami pun puji. Maka semakin mengembanglah ahkak dibuatnya. Hahaahhaa...


Bila dah beranak dua ni, masa memang terbatas. Terus terang saya cakap, takde dah masa untuk saya membelai diri berhias-hias macam awal-awal kahwin dulu. Namun, sibuk macamana sekalipun, saya cuba cari masa untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri, paling kurang pun sekali seminggu buat body scrub.


9 comments:

Rai Ourkizuna said...

berzaman kot aku tak scrub.. hahaha.. tak dan weh.. nak masuk bilik air nak kencing pun gaduh dulu..hahaha..

tapi lama lama..sesekali teringin jugak scrub.. aritu lepas bersalin aisy, aku melulur je..kira scrub la jugak kan..sbb dlm set bersalin tu include sekali..best gak..tapi bau rempah2 la..hihi

Uni Aqilah said...

rai ourkizuna - bab nak masuk bilik air tu memang betul sesangat. gaduh dulu kan. hahahaha... actually melulur tu sama je dengan scrub. Aku pun scrub jugak masa pantang, tapi yelah kan, baru rempah-rempah. :)

Hafiza AizZawa said...

gune shower gel yg ader fungsi scrub jer.. mmg rasa bersih badan..

Mar Mansor said...

dah lama tak berscrub bagai nih..
jaga badan pon tak berapa dah..penat memanjang..haih..

Rinah said...

Rinah tak ingat tarikh last beli skrub, rasanya dah bertahun kot tak beli :P
Tapi Rinah buat skrub sendiri.
Rinah guna serbuk teh.
Serbuk teh yang telah direndam, lumur je ke badan.
Best, bersih je kulit.
Tapi macam menyusahkan jugalah coz penuh serdak2 teh di bilik air.
Lagi kerja nak membersihkannya. hehehe
Yang untung, jimat kos.
Teh boleh minum, serdak boleh buat skrub :D

mawar berduri said...

dah lama kot..dulu masa keje spa hari2 boleh buat..

Amalina said...

Assalamualaikum,

kalau kita nak hantar sample macam mana?

thanks :-)
www.amalinaskinfood.blogspot.com

anggun b said...

Assalamualaikum.
saya sarah.
Saya ada jual scrub homemade utk kulit yg gebu halus dan lembut.
bahan scrub saya jual juga organik.
bahan yg simple tapi hasil yg sgt puas hati.
segala parut dan bau badan juga akan hilang jika rajin guna.
Scrub saya homemade. Jadi harga nya yg berbaloi akan memuas kan hati awak.
jika berminat wassap saya ya. 011 2340 3277 nama zara.
Kalau awak guna then promote di blog, kite leh cerita harga k.
Sorry ganggu. Thank you for ur time.

munirah said...

Salam. Hai kak Uni. sebenarnya sampai kat blog ni sebab google pasal scrub, then nampak header akak pasal follower ke-444 and nama email munirah, i thought 'waaa nama die sama lah dengan aku' then scroll nama panggilan UNIIIIIIII Jugak! hihihi excited over hahaha semoga akak bahagia disamping family tersayang ;) *just a stranger with the sama name* munirah, uni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *