I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, February 10, 2014

Balut Buku Sekolah Haziq

Ok, dah selesai sesi menjahit, sesi seterusnya adalah membalut buku-buku sekolah Haziq.


Saya gunakan pembalut jenis Dolphin Clear. Mudah untuk digunting dan melekap dengan baik pada kulit buku.

Saya sangat berpuas hati dengan pembalut buku ini


Ini dia buku-buku sekolah Haziq. Saya belek setiap buku satu persatu. Mama perhatikan saya. Mama saya cakap, "Banyaknya buku Haziq, baru 3 tahun lebih dah nak belajar semua ni ke?"

Ya Allah, berilah kelapangan masa untukku mendidik anakku sebaik-baiknya tanpa 
meletakkan semua tanggungjawab kepada pihak sekolah semata-mata


Saya senyum sahaja. "Takpe Ma, belajar sikit-sikit mana termampu. Uni pentingkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi Haziq terlebih dahulu. Belajar mengenal alif ba ta dan doa-doa ringkas. Belajar mengenal Allah dan Rasul, itu yang paling utama. In Shaa Allah yang lain-lain tu akan datang seiring".


Semoga Allah s.w.t. memudahkan urusan hidup kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

3 comments:

Mar Mansor said...

banyak nye buku skolah haziq..terkejut jugak..

Rinah said...

masuk sekolah rendah lagilah banyak. mana buku teks, buku teks latihan, buku kerja, buku latihan dan lain-lain. tak sah kalau setahun guna 1 beg, mesti 2 beg. buku banyak/ berat sampai terkoyak beg. pengalaman Rinah :)

Uni Aqilah said...

mar - banyak kan. hihihihi..
rinah - wah yeke? bukanke sekolah ikut jadual waktu anjal means bukan belajar semua subjek dalam satu hari? Tapi boleh jadi jugak, mungkin 1 hari 3 subjek je tapi buku-buku utk 3 subjek tu je dah banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *