I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, February 28, 2014

Cara Buat Scroll Box Untuk Label

Rajinnya Uni godek menggodek blog kesayangans semenjak dua menjak ni yek. Hehehehe..


Ari tu buat scroll box untuk blog archieve, sekarang buat scroll box untuk label pulak.


Tutorialnya saya refer kat sini.


Dan inilah hasilnya :

Sekali cuba, terus jadi! Yabedabedooooo!!!


Cara Cari Kereta Sewa di Langkawi

Flight dah setel, hotel dah setel. So sekarang misi mencari kereta sewa pulak. :)


Pertama kali pergi ke Langkawi 11 tahun yang lalu, saya ada pengalaman buruk tentang kereta sewa. Kereta yang disewa ialah kereta Proton Wira jenis Sedan berwarna hitam. Nampak dari luar, semuanya baik-baik sahaja, tapi bila dah mula memandu, segala masalah mula timbul.


1) Aircond panas, terpaksa lah buka tingkap kereta tu.

2) Display board yang menunjukkan minyak penuh ke tak tu tak berfungsi, jadi bila saya isi minyak, penanda meter tu tak naik. Jadi kita tak tau minyak tu ada lagi atau dah habis bila dah drive ke sana ke mari.

3) Bunyi sana, bunyi sini, macam-macam bunyilah kereta tu. Sungguh tak selesa!!!


Jadinya, percutian kali ini, saya nak pastikan masalah kereta sewa tu tak berulang lagi. Serik yang amat tau!


So, daripada peng"goggle"an saya, ada satu blogger ni share nombor telefon orang yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tu. Katanya orang ni bagus dan baik sangat. Tapi takde pulak dinyatakan blog atau website orang ni.

En. Hanafi / En. Din (013-4353413)


Saya ada call orang ini, berbuallah lebih kurang.


Saya google lagi. So jumpa blog langkawitours.blogspot.com. Tengok punya tengok, saya tak berminat sebab kereta yang disediakan macam banyak yang kecik-kecik jer.


Akhirnya, saya jumpa blog ini langkawi-keretasewa-airport.blogspot.com dan mykeretasewa-langkawi.com. Kedua-dua blog ini kepunyaan owner yang sama iaitu En. Anuar (012-2557584 / 013-4002720). Yang bestnya kat blog ni, dia terus buat senarai kereta yang disediakan berserta dengan bayaran untuk 1 hari. Senanglah untuk saya pilih kan.


Ini pula blog ayanaman.blogspot.com yang direkemen oleh rakan saya yang pergi bercuti ke Langkawi pada bulan Disember 2013 yang lepas. Katanya, orang ni pun ok. Namanya Shamsibah (012-4440109). Saya tengok kat blog ni pun ok jugak pilihan kereta yang disediakan.


So, inilah cara saya mencari kereta sewa di Langkawi. Saya banyak google dan juga banyak bertanya pada rakan-rakan yang dah pergi bercuti ke Langkawi.


Nak tau kereta sewa apa yang saya pilih dan daripada blog mana? Tunggu entry saya selanjutnya ya! :)

Thursday, February 27, 2014

Cara Buat Scroll Box Untuk Blog Archive

Sekali tengok, banyak juga entry saya untuk bulan Februari ini. Dah terlebih daripada target yang ditetapkan iaitu 16 entry sebulan (4 entry seminggu). Bila tengok dah ada banyak entry ni, Blog Archieve tu jadi memanjang sangat ke bawah.


Jadi saya pun google tutorial untuk buat scroll box bagi Blog Archieve. Dengan adanya scroll box ni, ruangan untuk Blog Archieve itu dipendekkan dan tidak lagi memanjang ke bawah apabila jumlah entry bertambah.


Saya rujuk tutorial tu kat sini.


Dan ini hasilnya :































Sekali cuba, terus jadi. Bestnya! :)

Wednesday, February 26, 2014

Menyesuaikan Diri Dengan Desktop Baru

Pagi tadi IT Dept. datang install desktop baru untuk saya. Katanya, setiap staff memang akan dapat desktop baru setiap 3 tahun. Saya tak tau pulak pasal ni, desktop yang saya gunakan ni dah lebih pun dari usia 3 tahun, patutlah lambat sangat loading nya. Hehehehe...


Proses install ni belum siap lagi. Semua soft copy / work-related-document takleh dikacau sebab tengah buat apa ntah (saya pun tak tau nak cakap sebab tak berapa celik IT. hihihihi...). Yang boleh dibuka sekarang ni internet sahaja.


Saya tengah dalam menyesuaikan diri dengan desktop baru. Ada sahaja yang nampak lain di mata saya, tiba-tiba teringat pulak kat desktop yang lama. Nak godek-godek ni saya tak pandai sangat. Takut lain jadinya.


Tapi rasanya tetap kena godek jugak kot, sebab keselesaan semasa membuat kerja tu penting. Brightness / contrast screen perlu diambil kira, sharpness, preset mode bla bla bla supaya mata tak sakit bila mengadap screen lama-lama.

Pilih Hotel Asia Langkawi

Pilih punya pilih, akhirnya saya pilih Hotel Asia untuk penginapan kami sekeluarga di Langkawi selepas 'terpengaruh' dengan banyak komen yang best-best tentang hotel ni. Tanpa membuang masa, saya pun teruslah call Hotel Asia tu untuk booking. Macam biasa, tak beli secara online sebab saya takde kad kredit. :)


Hotel Asia Langkawi (04-9692288)


Ini antara sebab kenapa saya memilih Hotel Asia (berdasarkan good review daripada mereka yang pernah menginap di situ) :

1) Terletak di Kuah. Memang saya cari hotel area Kuah.

2) Hotelnya bersih, kemas dan cantik.

3) Sink dan cermin kat luar bilik air. Jadi boleh jimatkan masa. Kalau sorang mandi dalam bilik air, sorang lagi boleh cuci muka dan gosok gigi kat luar bilik air sambil tunggu turn untuk mandi.

4) Suasana bilik yang bersih dan mendamaikan. (Kadang-kadang ada bilik hotel tu, gambarnya macam scary semacam. Saya memang avoid bilik hotel yang macam ni).

5) Staff yang mesra.


Masa call tu, saya pilih bilik Executive Triple Room, iaitu mempunyai 1 katil single dan 1 katil queen. Harga untuk satu malam adalah RM128 (tanpa breakfast). Jadi saya terus book untuk 2 malam iaitu RM256. Untuk booking saya perlu bayar deposit RM50 dan deposit ini saya bayar melalui online transfer Maybank2u.


Untuk makluman, hotel ini mempunyai 3 tingkat dan tiada lif. Bilik hotel yang saya book pula berada di 1st floor.


Wah, semakin tak sabar rasanya nak pergi bercuti ke Langkawi. Tiket flight dah setel, hotel pun dah setel, tinggal satu je lagi, iaitu kereta sewa! :)

Tanggungjawab Baru di Tahun Baru

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Susulan daripada entry yang lalu, kini akhirnya terjawablah sudah segalanya.


Bermula awal tahun ini, saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih sedikit di tempat kerja. Tidak ingin mendabik dada, saya merasakan rezeki yang saya perolehi ini adalah berkat doa yang tidak putus-putus daripada suami, mama dan abah saya, serta rezeki anak-anak kesayangan saya.


Tanggungjawab pastinya semakin bertambah. Namun, sedikit olahan daripada kata-kata PM - Kerjaya didahulukan, keluarga diutamakan. Saya akan cuba menyeimbangkan keluarga dan kerjaya sebaik yang mungkin. :)


Apabila memo pengumuman ini diedarkan di ofis, kawan-kawan pun bersilih ganti mengucapkan tahniah. Namun di sebalik itu, ada juga yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan rezeki yang saya perolehi.


Ada yang memerli dan ada juga yang seolahnya melancarkan "perang dingin" sebagai tanda tidak berpuas hati, malah ada juga yang mempersoalkan sudah berapa lama saya bekerja di sini sehingga saya dapat apa yang saya dapat sekarang ini.


Sentapkah saya?


Kecil hatikah saya?


Tidak. Tidak. Dan tidak.


Saya sudah melalui pelbagai asam garam dunia pekerjaan. Pernah bekerja dalam kumpulan, pernah bekerja berseorangan, pernah menggalas tugas sebagai ketua jabatan, pernah menyelia anak-anak buah yang memiliki 1001 macam ragam, pernah outstation hingga rasa lembek badan, pernah balik kerja sehingga lewat malam, pernah berurusan dengan pelbagai jenis orang dan pernah macam-macam lagi.


Jadi, saya tidak rasa sentap atau kecil hati dengan orang-orang yang tidak berpuas hati dengan saya, sebab saya pernah berhadapan dengan situasi / orang yang lebih "kejam" daripada itu. Sejujurnya, saya sangat kesian dengan mereka yang ada perasaan tidak puas hati ini. Takkan ke mana pun.


Beginilah. Saya punya kerjaya yang baik. Punya keluarga yang sangat menyayangi dan menyokong saya. Punya kumpulan rakan-rakan yang memahami dan juga menyokong saya. Paling penting, punya Allah yang sentiasa bersama saya. Itu sudah cukup bagi saya.


Tanggungjawab yang diberikan ini, adalah sebagai tanda kepercayaan, penghargaan dan penghormatan kepada saya. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya, kerana ia adalah amanah dan kerana ia menunjukkan bahawa saya layak untuknya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.


:)

Tuesday, February 25, 2014

Drypers Kini Berwajah Baru, Saya Tetap Suka!

Ade tak sapa-sapa kat sini yang menggunakan Drypers untuk anak yang tersayang? Haaa, perasan tak, sekarang Drypers dah tukar packing baru!!! Harga masih sama!!! Ciri-ciri lampin yang masih sama!!!


So hanya packing sahaja lah yang berubah. :)


Sebagai sejenis orang yang amat tertarik dengan creative / attractive packaging, saya merasakan yang saya sangat suka dengan packing baru Drypers ni.
Aimi belum mandi ucuk-ucuk terus shopping pampers kat Tesco. Mana taknya, kul 8.00 am Tesco dah bukak. Mamanya dah tak sabar nak shopping. Nak mandikan Aimi, terasa awal lagi. 
Apapun, Aimi tetap wangi di hati Mama. :)


Cuba korang tengok packagingnya tu. Cantik kan? Plus comel sebab dihiasi dengan wajah-wajah baby yang sememangnya comel sesangat. Super duper like for this new packaging. Anak siapalah ye yang dapat jadi cover packaging Drypers ni. Bestnya kan (Tetiba berangan Haziq dan Aimi jadi duta Drypers. Hahahahaha...)


Dengan mengekalkan harga yang masih sama iaitu harga RM32.90 (harga berbeza mengikut hypermarket dan supermarket), pastinya Drypers tetap menjadi pilihan utama saya demi anak-anak yang tersayang, sebab ia tidak merengsakan kulit, tahan lasak (tak cepat bocor) dan selesa dipakai oleh anak-anak saya. :)

CPUV IKEA dan INTI

Terima kasih Nuffnang. Kali ni terima 2 lagi CPUV baru. Tu dia, bila takde CPUV, memang takde terus. Tapi sekali ada, berderet-deret terus. Hehehehe...


CPUV #2 ini dari IKEA February Sales 2014. Saya pernah pergi sekali je kat IKEA, terus rasa nak pergi lagi berkali-kali. Memang best shopping kat sini. Bestnya kalau IKEA ada bukak kat JB kan. Konfem barang rumah saya semua daripada IKEA. Hehehehe...


CPUV #3 pula dari INTI 2014 Cycle 2. Pada sesiapa yang nak further study, boleh pertimbangkan untuk sambung belajar di INTI College ni. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, klik kat iklan INTI ni bila dia appear kat blog saya ya.


Terima kasih Nuffnang!! :)

Monday, February 24, 2014

Macamana Nak Cari Bilik Hotel Untuk Disewa di Langkawi?

Lepas dah selesai urusan pembelian tiket flight, langkah seterusnya adalah survey hotel yang best untuk disewa dan juga mencari kereta sewa. Dua-dua benda ni saya buat pada masa yang sama, tapi dalam entry kali ni saya cerita dulu pasal hotel ya.


Untuk hotel, saya refer kepada 3 sumber rujukan.


Pertamanya - saya refer website CUTI. Website ni merupakan antara website kegemaran saya bila terfikir nak pergi bercuti, sebab ia sungguh detail siap dengan pakej percutian di dalam dan luar negara.

Cuma dalam website ni, dia dah siap ada pakej percutian dengan senarai hotel yang tertentu, sedangkan saya pula nak cari hotel berdasarkan area / daerah di Langkawi. Jadi website CARI terpaksa saya ketepikan.


Keduanya - saya refer blog-blog yang dah menceritakan banyak pengalaman percutian di Langkawi. 

Seronok betul saya sebab diorang siap cerita kat hotel mana diorang duduk, berapa sewa satu malam, apa facilities yang ada dan macam-macam lagilah. Daripada blog-blog ni semua, barulah saya dapat tahu ada 2 area yang paling popular di Langkawi iaitu area Pantai Cenang dan area Kuah.

Kalau kita ni jenis nak main air kat pantai, carilah hotel kat area Pantai Cenang. Kalau jenis suka nak shopping, carilah hotel kat area Kuah. So fikir punya fikir, saya buat keputusan nak cari hotel di area Kuah. Actually, saya dah pernah sekali pergi Langkawi dulu iaitu 11 tahun yang lalu. Dah ingat-ingat lupa dah pasal Langkawi. :)

Saya juga ada tanya kat kawan-kawan yang pernah pergi bercuti kat Langkawi. So terus saya dapat macam-macam jenis hotel daripada diorang semua. Kerja senang, kan? Hahahahaha... Tak payah susah-susah fikir hotel apa.


Ketiganya - Daripada senarai hotel yang saya kumpul daripada bloggers dan kawan-kawan, saya pun pergilah search website TripAdvisor.

Saya sangat-sangat suka website ini sebab kat sinilah, saya search setiap hotel yang saya dah kumpul dan tapis sebelumnya (tapis tu maksudnya pilih hotel yang saya minat je, yang konfem saya tak minat, sah-sah saya tak masukkan dalam list saya).

Dan kat website ini jugalah akhirnya saya buat keputusan, hotel mana yang dipilih bagi penginapan kami sekeluarga di Langkawi nanti. :)



Sunday, February 23, 2014

Berapa Harga Tiket Flight MAS Airlines Untuk Pergi ke Langkawi?

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, percutian kami sekeluarga ke Langkawi, merupakan percutian naik kapal terbang yang pertama kali untuk suami saya, dan juga anak-anak kami. Oleh sebab itu, saya memilih penerbangan MAS Airlines atas beberapa faktor :


1) Saya pernah naik flight MAS sebelum ini, dan sangat berpuas hati dari semua aspek daripada A sampai Z. Jadi saya nak suami saya merasai pengalaman manis dan menarik bersama MAS Airlines. Biarlah ia menjadi "sweet first time experience" gitu. :)

2) Harga tiket flight dah termasuk dengan luggage dan minuman ringan, jadi sekali kita bayar tiket, tak perlu nak add ons apa-apa lagi. Tak payah fikir macam-macam lagi.

3) Saya suka naik flight MAS Airlines, sangat suka. :)


Ini details flight yang kami sekeluarga. Kami beli tiket flight 2 minggu sebelum tarikh berlepas.

13 Februari 2014
Flight - Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
MH1038 - JHB (08:40) to KLIA (09:25)
MH 1438 - KLIA (10:45) to LGK (11:45)

15 Februari 2014
Flight - Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
MH 1455 - LGK (15:45) to KLIA (16:50)
MH 1063 - KLIA (21:20) to JHB (22:05)


Jadinya, ada 4 orang penumpang, iaitu 2 adult, 1 child dan 1 infant. Berikut adalah pecahan harga tiket dan servis caj yang kami bayar :

Adult
RM644 (harga tiket pergi balik) + RM18 (tax) + RM30 (servis caj sebab booking melalui telefon) = RM692

2 orang adult = RM692 x 2 = RM 1384

Child
RM485 (harga tiket pergi balik) + RM18 (tax) + RM30 (servis caj sebab booking melalui telefon) = RM533

Infant 
RM67 + (harga tiket pergi balik) + RM0 (tiada tax untuk infant) + RM0 (tiada servis caj untuk infant) = RM67


Jumlah harga tiket kami sekeluarga
= RM1384 + RM533 + RM67
= RM1984


Suami saya pula sangat terkejut bila tengok jumlah tu. Dia siap cakap mahal sangat dan rasa macam tak ternaik kapal terbang tu. Tapi bila difikir-fikirkan semula, daripada mula kami berkahwin sampailah dah ada 2 orang anak ni, tak pernah sekali pun lagi kami pergi bercuti naik flight, sebab sebelum ni tak cukup ongkos. Hahahaha... :)


Pada saya, harga tiket flight MAS Airlines ni memanglah mahal sikit berbanding syarikat penerbangan yang lain. Tetapi ini adalah pilihan masing-masing. Kami pun bukanlah orang senang, mengumpul duit juga untuk sampai ke tahap ni, in fact sebelum ni telan air liur je bila tengok orang lain fly ke sana ke mari. Seronoknya alahai...


Anyway, kami sangat mengharapkan SWEET FIRST TIME FLYING EXPERIENCE, sebab itulah kami memilih MAS Airlines. :)


Saturday, February 22, 2014

Cara Mengumpul Duit dan Berjimat Untuk Bercuti

Sambungan daripada perkongsian oleh blogger Cik Nufa dalam entry sebelum ini.


Ini adalah ringkasan untuk tips-tips yang Cik Nufa dah kongsikan. Mana yang saya tak senaraikan tu, korang boleh rujuk semula komen Cik Nufa di sini.


1) Buat Tabung Travel / Tabung Holiday / Tabung Percutian

Simpan sedikit daripada duit gaji bulanan ke dalam tabung untuk tujuan percutian. Mulakan dahulu mengikut kemampuan. Kalau sebulan dapat simpan RM50 pun dah ok, cukup setahun dapat kumpul RM600.

Dengan amaun sebanyak itu, dah boleh cover untuk duit hotel dan duit makan/duit minyak. Kalau dapat simpan lebih banyak untuk sebulan, maka lebih cepat dan lebih banyak jumlah duit yang dapat dikumpul apabila tiba masa untuk pergi bercuti.


2) Pergi bercuti ke tempat yang dekat dengan kita dahulu

Contohnya, kalau kita tinggal di JB, mulakan percutian dengan destinasi seperti Pantai Desaru, Tanjung Leman, Pulau Sibu, Legoland, Hello Kitty World dan apa sahaja yang ada di negeri Johor ini. Bila bercuti di tempat yang dekat dengan kita, tidak perlu bajet yang besar, yang penting keseronokan bercuti itu yang perlu diutamakan.

Kemudian barulah pergi bercuti ke negeri-negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan dan seterusnya.


3) Rujuk kepada blogger lain atau rakan-rakan yang sudah ada pengalaman bercuti ke tempat yang kita hendak pergi itu

Rujukan seperti ini akan memudahkan aktiviti dan pengurusan masa kita sewaktu bercuti nanti. Contohnya, masa saya nak pergi ke Langkawi tempohari, saya dah surf banyak blog yang menceritakan pengalaman bercuti ke Langkawi. Saya siap buat short notes lagi tau, punyalah semangat! Hahahahaha...

Daripada situ, saya dapat gambaran kat mana tempat makan yang best, kat mana tempat jalan-jalan yang best dan kat mana tempat shopping yang best. Juga saya dapat membuat anggaran berapa banyak duit yang diperlukan untuk satu-satu perkara/aktiviti. Jadi, percutian saya menjadi lebih tersusun dan terancang. Puas hati tau! :)


4) Jimatkan belanja selagi mana yang boleh

Contohnya anda nak pergi bercuti ke Sunway Lagoon dan kebetulan ada saudara mara yang tinggal berdekatan area sana. Instead of sewa hotel, apa kata anda tumpang rumah mereka untuk sehari dua? Jadi anda sudah dapat jimatkan duit untuk bayar sewa hotel.

Tapi janganlah anda lupa adat menumpang di rumah orang. Ada budi bahasanya, ada tata tertibnya. :)


5) Teruskan menabung semula bila dah keluarkan semua duit tabung untuk pergi bercuti

Katakan tadi anda dah keluarkan RM600 daripada duit tabung tu, so dapat je gaji bulan berikutnya, teruskan menyimpan lagi ke dalam tabung supaya anda sentiasa rasa bersemangat untuk pergi bercuti lagi. Senang kata, jangan pernah biarkan tabung anda itu kosong.



Kesimpulannya, banyak atau sikit duit untuk travel, bergantung kepada perancangan dan destinasi yang ingin kita tuju. Tapi yang paling penting, bercutilah mengikut kemampuan dan pergi bercuti bersama dengan yang tersayang, agar keseronokan bercuti itu menjadi berlipat kali ganda! :)

Friday, February 21, 2014

Kalau Nak Travel, Perlu Ada Banyak Duit Ke?

Saya rasa, semua orang pun ada fikiran macam saya, iaitu kalau nak pergi bercuti, mesti nak kena ada banyak duit. Kalau takde duit, tak bolehlah nak pergi bercuti. Huhuhu... Betul tak?


Saya ada tanya tentang perkara ni kat seorang rakan blogger iaitu Cik Nufa, dan ini reply oleh beliau. Saya rasa ada jawapan dan banyak tips yang sangat bagus dalam reply beliau. So, saya kongsikan di sini untuk panduan kita semua ya.




Cik NUFA said...
Salam Uni :)

15hb tu CN baru je smpai langkawi. Kalau tahu awal, blh jgk berkenalan dgn Uni dkt langkawi hari tu. hehe.. :)

CN tak sbr nk baca next entry Uni :)

Psl Uni tnya pendpt CN tntg nak travel perlu byk duit ke. Bg CN secara peribadi, tak perlu byk duit pn nak travel sbb travel tak semestinya kt perlu spend byk duit. Terutamanya kalau travel dlm malaysia. kalau nak keluar negara tu, of course kena btl2 planning :) tp itu pn tak semestinya travel overseas perlu beribu2 utk travel. blh jadi jgk less than rm3000 or less than that kt dh blh travel overseas.

manager dkt ofis CN kerja bg 1 tips kalau nak travel. 'just go first, book the ticket. duit belanja tu, slowly kumpul, in shaa Allah bl tiba nak travel, ada rezeki Allah bg.'

itu yg CN buat utk langkawi trip haritu. hehe... CN book flight 2 months before. kebetulan masa tu murah, terus je book (tanpa btl2 planning. hee). 1 way CN dpt harga tak sampai RM40 pn :) CN book utk pergi sahaja dlu utk 2 org. bln seterusnya, baru book utk flight blk pula. duit belanja? CN bajet utk spend RM400 je sbb mmg tak plan nak beli apa2 sgt, so CN buat tabung travel. Every month CN ambil sikit duit utk masuk dlm tabung travel. so tiba masa utk travel, semua siap :) Bajet 400 tu CN kira sekali utk contingency money, in case ada apa2 berlaku ke kan :) CN byk juga save masa travel langkawi.. nnt CN share dlm blog eh ^^

agak2 ada planning atau rasa mcm nak travel lg, start menabung. plan nak ke mana, agak2nya bl nak travel. survey2 flight ke, tmpt tggl, pengangkutan dan lain2. blh jgk dptkn rujukan dr blogger lain yg dh ada pengalaman ke tmpt yg kt rasa/plan nk pergi tu. so dr situ pn kt blh tahu apa patut disediakan, agak2 berapa byk duit yg diperlukan...

1 lg sbb CN kata nak travel tak perlu byk duit sbbnya tak semestinya kt perlu spend few days dkt satu2 tmpt tu, baru dikira kt travel.kt blh juga buat tour around tmpt kt tggl ke (mgkn ada tmpt2 yg blm berkesempatan utk pergi ke).mgkn tmpt2 tu tak memerlukn kt utk spend byk duit ke.. mcm cthnya kalau pergi mana2, kebetulan ada saudara mara ke tggl dkt situ, so kt blh la tmpg rmh saudara ke. blh jimat utk tmpt tggl. hee...atau mgkn jgk kebetulan ada rombongan sekolah anak ke atau family day company ke yg di support half ke oleh mereka, so dkt situ pn kt dh blh jimat byk... mcm next week, CN nak join free tour around KL. hehe... kalau Uni ada baca entry CN psl gunung ledang, itu pn kebetulan kwn2 sekolah buat mini reunion, so CN cuma byr RM20 je utk mkanan. pengangkutan tmpg kwn2.. hehe..

bg CN yg penting, bl kt rasa nak travel, kt plan dan menabung sikit2.. kalau travel date kt jauh lg, so kt ada byk masa utk buat persiapan. 

kt blh mula dgn travel dkt2 dlu, so bl tu nnt kt dh ada experience nak buat apa. nnt blh la plan utk travel jauh sikit ke :)

pjg plk komen CN ni.. hehe...

Thursday, February 20, 2014

Cara Beli Tiket Flight MAS Airlines

Selepas dah tetapkan tarikh untuk pergi bercuti, langkah seterusnya adalah dengan mengisi borang cuti. Nampaknya kali ini, tiada masalah langsung dalam urusan permohonan cuti saya, tidak seperti sebelum ini. Terima kasih Ya Allah.


Selepas urusan permohonan cuti selesai, saya pun mula meninjau-ninjau tiket flight. Untuk makluman, saya belum pernah sekali pun lagi naik flight Air Asia. Apa yang saya tahu tentang Air Asia ialah, tiketnya murah, tapi banyak add ons.


Maksudnya, tiket murah tapi free seats. Means, tempat duduk bebas ikut sapa cepat dia dapat. Saya pula pergi dengan 2 orang anak kecil, takkanlah nak duduk berasingan pulak kan. Lepas tu, dari segi luggage pula, kalau berat luggage lebih dari sekian-sekian, kena bayar tambahan. Kalau nak makan dalam flight, kena bayar tambahan sekian-sekian. Maksudnya banyaklah add ons nya.


Saya pula pergi dengan suami yang belum pernah naik kapal terbang sebelum ini, jadinya urusan flight-flight semua ni memang diserahkan 100% kepada saya. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menaiki flight MAS Airlines kerana saya pernah naik flight MAS ni dulu-dulu. Last naik masa umur 20 tahun. Err... dah 11 tahun lamanya tak naik flight!!


Saya terus surf website MAS Airlines. Dekat tab atas tu, saya select "BOOK".


Kat sana ada beberapa pilihan iaitu One-Way, Return dan Multi-city.


One-way = perjalanan sehala
Return = perjalanan pergi balik
Multi-city = perjalanan ke beberapa tempat dalam satu trip/flight


Jadi saya pilih "RETURN" untuk perjalanan pergi-balik dari JB ke LANGKAWI.


Kemudian saya pilih tarikh berlepas (Departure) dan tarikh balik (Return).


Diikuti dengan jumlah penumpang, iaitu 2 dewasa, 1 kanak-kanak dan 1 infant. Infant ni bermaksud bayi yang berumur 8 hari hingga 24 bulan. Pada tarikh penerbangan, Aimi berumur 13 bulan 28 hari, jadi Aimi termasuk dalam kategori infant. Kalau infant ni, takde seat sendiri so kena duduk atas riba ibu / bapa.


Kemudian yang "Cabin" tu, sila select Economy Class, sebab yang Business/First Class tu selalunya lebih mahal daripada harga cabin Economy. Then klik "Find Flights".

Ini gambaran pembelian tiket MAS Airlines secara online


Ok lepas klik Find Flights tu, dia akan keluar satu page yang menunjukkan senarai flight yang available pada tarikh yang kita beli. Contohnya pada 13 Februari 2014, daripada pagi sampai malam, ada 10 flights, jadi kita pilih flight yang sesuai dengan masa kita. Oleh kerana saya beli tiket pergi balik, jadi saya juga perlu select flight yang sesuai pada 15 Februari 2014.


Masa ni kena pilih dengan teliti. Masa itu emas, jangan tersilap memilih masa penerbangan!


Yang bagusnya MAS Airlines ni, dia akan terus totalkan siap-siap berapa jumlah bayaran untuk flights yang kita dah select tu, termasuk juga dengan tax dan surcaj.


Untuk percutian saya, ini masa flight yang saya pilih :

13 Februari 2014
Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
JHB (08:40) to KLIA (09:25)
KLIA (10:45) to LGK (11:45)

15 Februari 2014
Lokasi (Masa penerbangan) to Lokasi (Masa ketibaan)
LGK (15:45) to KLIA (16:50)
KLIA (21:20) to JHB (22:05)


Selepas dah puas hati dengan tarikh dan masa yang dipilih, perlu proceed untuk membuat pembayaran. Oleh kerana saya ini tidak menggunakan kad kredit dan saya tidak berani untuk membuat pembayaran tiket secara online, saya telah membuat keputusan untuk membayar harga tiket di kaunter tiket MAS di airport Senai.


Tapi, saya ada risau jugak. Kot-kot bila saya sampai kat kaunter tiket tu, masa flight yang saya nak tu sudah habis terjual ke, camne saya nak pilih masa flight yang lain? Jadinya, untuk secure booking saya, saya membuat penempahan tiket (booking tiket) melalui telefon.



Senai International Airport
Address
Malaysia Airlines
Lot E4, Aero Mall
Ground Floor
Senai International Airport
81250 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Business Hours
Ticketing office : 5.30am - 9.00pm (Daily)
Sales Office : 8.30am - 5.30pm (Mon-Fri, except public holiday)
Fax
+607 598 7421
Reservations
1 300 88 3000 (within Malaysia)
+60 7 225 2060
Airport Operations
+607 599 4737

Pada 30 Januari 2014, saya pun call kaunter tiket MAS Airlines berdasarkan nombor telefon di atas untuk booking tiket. Kalau nak booking melalui telefon ni, dia akan terus minta nama penuh untuk setiap penumpang.


Jadi, kalau korang pergi dengan saudara-mara atau kawan-kawan, pastikan korang tau nama penuh diorang semasa nak booking tiket. Oh ya, booking melaui telefon dikenakan servis caj tau, iaitu RM30 untuk seorang penumpang.


Selepas dah selesai tu, dia akan bagi Booking No. Saya punya booking no. adalah KH7PW dan masa untuk membuat pembayaran adalah selewat-lewatnya sebelum 1 Februari 2014 jam 3.00 pm. Kalau saya tak buat pembayaran jugak, means tiket yang dah book tu dia akan open untuk penumpang lain pula.


So lepas balik kerja hari yang sama, saya terus bergegas ke airport Senai untuk membuat pembayaran, dan inilah tiket penerbangan yang saya dapat. Rupanya pakai kertas A4 je. Dapat 4 helai kertas A4 sebagai tiket penerbangan untuk 4 orang penumpang.


Bila dah dapat tiket ni, semangat saya makin berkobar-kobar nak pergi bercuti ke Langkawi!


Begitulah sedikit sebanyak cara saya membeli tiket flight MAS Airlines. :)

Wednesday, February 19, 2014

Bila Mula Terfikir Nak Pergi ke Langkawi?

Sebenarnya, percutian ke Langkawi ni bolehlah dikatakan agak last minute juga sebenarnya. Kira-kira seminggu sebelum cuti hari raya cina yang lepas, saya mula sebut-sebut pasal Langkawi ni kat suami. 


Pada masa tu, dia macam ye tak ye je nak pergi. Tapi dalam pada ye tak ye tu, dia terus isi borang cuti dan cutinya pun terus diluluskan. Pelik kan? Sedangkan saya ni yang belum betul-betul pasti nak pergi ke Langkawi ke atau nak ke tempat lain. Cuti pun belum apply lagi. Hua hua hua...


Akhirnya, setelah berbincang, kami sepakat untuk pergi bercuti ke Langkawi pada 13-15 Februari. Jadi kami hanya ada masa lebih kurang 2 minggu sahaja untuk membuat persiapan.


Berbekalkan pengalaman kerja under pressure / dapat task last minit dan kene siapkan last minit / balik kerja lewat malam / bawak balik kerja ofis ke rumah, pengalaman itu saya gunakan sepenuhnya untuk menguruskan serba-serbi persiapan daripada A sampai Z tentang pergi bercuti ke Langkawi, hanya dalam masa 2 minggu! Hahahahaha... berguna jugak semua pengalaman tu kan?


Jadi kesimpulannya, kami mula terfikir nak pergi Langkawi just before cuti raya cina baru-baru ini. Takdelah plan berbulan-bulan sebelum tu, sebab memang masing-masing sibuk dan tak sempat pun nak fikir pasal cuti.


So, bila dah sepakat nak pergi bercuti ke Langkawi, apa langkah seterusnya? Nanti saya share di next entry. Tunggu tau! :)

Tuesday, February 18, 2014

CPUV Pertama Tahun Ini : Visa Travel Happy

Yeay yabeda beduuuuu!!! Yang dinanti akhirnya kunjung tiba juga di blog saya. CPUV pertama tahun ini iaitu daripada Visa Travel Happy. Mungkin dapat CPUV ni sebab saya baru je update tentang destinasi percutian di Langkawi semalam. Hehehehhe.




Gembiranya bila dapat cpuv ni. Harap-harap selepas ini makin banyak advertiser yang memilih blog saya untuk meletakkan iklan mereka. :)

Monday, February 17, 2014

Destinasi Percutian Pertama Tahun 2014 : LANGKAWI

13-15 Februari 2014 mencatatkan kenangan manis untuk saya dan keluarga. Setelah merancang dengan begitu rapi dan teliti, akhirnya kami semua dapat pergi bercuti ke Langkawi dengan jayanya. Seronok sangat-sangat walaupun terasa begitu singkat. Siap rasa nak menangis sebab nak tinggalkan Langkawi masa nak balik tu. Punyalah seronok kat sana. Hahahaha...


Hasil kerja tangan Haziq. 
Saya sebagai ibunya berasa begitu kagum dengan gambar ini, jadi saya nak mengabadikannya di blog saya.


Ini ringkasan percutian saya sekeluarga. Detailsnya akan saya kemaskini kemudian ya.

Hari #1 - 13 Februari 2014
- Naik flight dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor.
- Transit di KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- Dapat kereta sewa di airport
- Check in di Hotel Asia, Kuah
- Lunch di Restoran Selera Pantai Timur Seafood, Kuah
- Rehat di hotel
- Dinner di Restoran Pantai Penarak, Kuah
- Shopping coklat sikit di cawangan kedai Haji Ismail Group, Kuah
- Jalan-jalan (survey) di sekitar pekan Kuah.

Hari #2 - 14 Februari 2014
- Breakfast di food court berdekatan Kompleks Haji Ismail Group
- Menaiki Langkawi Duck Tours di Oriental Village
- Jenguk-jenguk ke Cable Car
- Lunch di Oriental Village
- Pergi ke Underwater World
- Shopping sikit di Coco Valley
- Minum petang di Pantai Cenang
- Jalan-jalan di sekitar kawasan Pantai Cenang
- Shopping coklat dan baju di Kompleks Haji Ismail Group
- Dinner di Thai Tomyam
- Packing baju untuk balik

Hari #3 - 15 Februari 2014
- Breakfast di Ida Manriah Cafe
- Bergambar sakan di Dataran Lang
- Ambil gambar di Taman Lagenda dan sekitar Kuah
- Rehat dan bersenda gurau di bilik hotel (bestnya bersama keluarga tanpa sebarang gangguan!)
- Check out dari Hotel Asia.
- Shopping bag pack sebab tak muat beg nak isi barang. Hahaha..
- Pulangkan semula kereta sewa di airport
- Lunch di Marrybrown airport Langkawi
- Naik flight ke KLIA, transit selama 3 jam lebih.
- Sampai airport Senai jam 10.25 malam.


Tak sabar rasanya nak update blog tentang percutian di Langkawi. Moga-moga masa tak mencemburui saya! :)



Wednesday, February 12, 2014

Mood Bercuti Sudah Mari

Dalam masa terdekat ini, saya sekeluarga akan pergi bercuti, tak jauh pun, pastinya di dalam Malaysia. Tahun 2014 ni kan tahun melawat Malaysia, so haruslah bercuti di dalam Malaysia je.


Bukan apa, pada akhir tahun lepas, banyak sungguh perkara yang berlaku yang tidak disangka-sangka. Pertamanya, Aimi masuk hospital. Keduanya, suami pula masuk hospital. 


Jadi memanglah kami perlukan masa untuk berehat sebentar daripada rutin seharian dan masa ini juga nak berseronok dengan anak-anak puas-puas tanpa gangguan daripada ofis. Harap-harap takde lah panggilan daripada ofis yang perlu saya jawab. :)


Nanti saya akan update, ke mana destinasi percutian kami sekeluarga kali ini. In Shaa Allah. :)


Monday, February 10, 2014

Kerusi dan Meja Belajar Kanak-Kanak

Bulan lepas, saya ada pergi ke satu kedai ni. Best sangat kedai dia. Kedai ni menjual segala peralatan kerusi dan meja belajar untuk kanak-kanak. Segala peralatan untuk tadika, taska dan sekolah pun ada jual kat sini. Orang kedainya pun peramah sangat-sangat tau.



Rambang mataku tengok barang-barang kalerful ni


Saya suka kerusi yang belakang tu, yang ikut susunan hijau-merah-biru-hijau-merah tu. Harganya RM37 untuk 1 unit. Kerusinya tegap dan kukuh, kita yang dewasa duduk pun boleh. Pastu kerusinya tak bergerak means tak licinlah.


Kerusi yang kat depannya tu murah sikit, tak silap saya RM17 untuk satu unit. Saya dah ada 2 unit kerusi macam tu kat rumah. Memanglah tak berapa best. Sebab ia licin, kalau budak duduk, ia senang bergerak so ada possibility kerusi terbalik so anak pun akan jatuh. Kalau kita orang dewasa duduk, kerusinya akan mengembang dan lama-lama boleh patah. Plastik murah agaknya.


Kat sebelah tu pulak ada 2 jenis meja belajar untuk budak. Yang saya suka tu harganya RM199. Tapi lupa pulak nak ambil gambar. Memang berkenan sangat dengan meja tu, plannya nak beli satu meja dan 2 kerusi untuk Haziq dan Aimi. So total dalam RM273. Tapi pada masa kami pergi ke kedai tu, kami tengah takde bajet untuk beli kerusi meja. So sekadar pergi untuk survey apa yang kami nak aje. Dah ada duitnya nanti, baru boleh beli. Pastinya, takmo hutang-hutang. :)


Ok, yang ni pulak mainan gelungsur siap dengan basketball kat tepinya. Harga dalam RM500++ atau RM600++. Saya berkenan pulak tengok benda ni, tapi tulah, takde amaun sebanyak tu. Pulak lagi, kalau beli pun, nak letak kat mana dalam rumah tu? Dah takde ruang yang besar dah. Jadi kami, cuci mata jelah. :)


Bestnya kan?


Bincang punya bincang, kami sepakat akan datang beli semula bila dah ada duitnya nanti atau bila dah ada keperluan yang mendesak nanti. Setakat ni ok lagi, kalau tak beli lagi pun ok lagi.


Kalau ada sesapa nak pergi ke kedai ni, ini alamatnya :




Berapa Kali Anda Buat Body Scrub Dalam Seminggu?

Sebagai seorang wanita, saya ni ada lah jugak buat body scrub. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau sibuk sangat, saya cuma buat sekali seminggu. Saya suka buat body scrub sebab :


1) Ia menangggalkan sel-sel kulit mati dan daki pada badan - Yang ni memang best sebab lepas scrub je, kulit jadi sangat lembut  dan halus.

2) Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi - Haaaaa, kat mana bahagian yang tersembunyi tu ya? Sori, saya takleh cakap, sendiri fahamlah ya. Guna scrub untuk menyental mana-mana bahagian yang patut. Ok satu contoh - macam kat belakang siku.

3) Mengurangkan tekanan dan keletihan - pentingnya memilih body scrub yang bagus dan mempunyai bau yang sesuai dengan hidung dan citarasa sendiri. Sebab selalunya, selepas kita buat body scrub, baunya akan kekal wangi plus menenangkan dan mendamaikan minda. Keluar je bilik air, suami dan anak-anak mesti cakap "Mmmm... wanginya Mama". Haaa, happylah Mama kan. Hehehehe... Jadi kalau kita beli body scrub yang baunya menyakitkan hidung kita, kita sendiri yang susah kan kan kan.


Scrub ni ada 2 jenis. Ada yang dalam bentuk serbuk dan ada yang dalam bentuk paste. Cara gunanya mudah aje, tambahkan sikit air dan terus apply kat body. Guna scrub sebelum mandi ya. Scrub scrub scrub sampai keluar daki-daki kat badan tu. Lepas tu baru bilas dan mandi guna sabun. Kalau taknak pakai sabun pun takpe.


Lepas mandi, sapu losyen ke seluruh badan. Dulu, saya suka losyen yang The Body Shop. Tapi itu cerita dulu lah. Sekarang tidak lagi. Hahahahaa... Belum sempat nak sapu apa-apa, Aimi dah melalak cari Mamanya. Hahaahaha...


Pengalaman saya, saya pernah guna scrub Secret Garden dan juga jenama Watson. Kedua-duanya ok, saya suka. Harga berpatutan.


Pernah juga guna scrub The Body Shop. Bekas kecik aje pun, tapi mahal. Pastu tak best pulak tu, sebab ia kering semacam dan lepas scrub tu, rasa kulit badan saya macam kering. Ishh, takmo lah macam tu. So terus stop guna.


Sekarang ni saya guna body scrub yang saya beli kat Thai Odyssey, tempat saya urut kaki. First time beli dan guna, terus jatuh cinta (eh, banyaknya jatuh cinta, tadi cakap jatuh cinta dengan lipstik Nutrimetics, hahahaha...)


Harga RM28.90 untuk satu bekas tu. Rasa macam oklah tu kan. Baunya ada 2, satu lavender dan satu lagi rose. Saya beli yang lavender.


Belah kiri tu Balm, digunakan bila sengal-sengal otot atau sakit bahu atau salah urat. Harganya RM9.90.
Yang belah kanan tu Shower Salt Scrub - Lavender. Harga RM28.90


Pertama kali guna body scrub ni, memang rasa best sangat.  Scrub ni bentuk paste jadi tambahkan sikit air dan ratakan ke seluruh badan. Pastu sentallah ikut mana suka dan sekuat mana tahan. Hahaahhaha.. Lepas dah bilas, kulit jadi lembut dan harum wanginya alahai... Bila keluar bilik air, suami pun puji. Maka semakin mengembanglah ahkak dibuatnya. Hahaahhaa...


Bila dah beranak dua ni, masa memang terbatas. Terus terang saya cakap, takde dah masa untuk saya membelai diri berhias-hias macam awal-awal kahwin dulu. Namun, sibuk macamana sekalipun, saya cuba cari masa untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri, paling kurang pun sekali seminggu buat body scrub.


Mama, Uni Sayang Mama!

Ada 1 situasi yang betul-betul membuatkan saya rasa begitu sayang, sayang sangat kepada Mama saya. Bukan kata selama ni saya tak sayang, saya memang sayang, cuma situasi inilah yang betul-betul merubah pandangan dan perspektif saya terhadap seorang insan yang saya panggil Mama.


Semasa saya sedang berjuang di bilik bersalin untuk melahirkan Haziq pada 15 Ogos 2010, setiap kali sakit contraction menyerang, bukan nama suami yang saya panggil, tapi saya panggil Mama, Mama dan Mama. (Nasib baiklah suami saya tidak ambil hati, dia sangat memahami).


Masa tu, saya rasa macam saya ni dah antara hidup dan mati, perjuangan saya untuk melahirkan seorang umat Nabi Muhammad ini terasa sangat mencabar diri. Di saat saya rasa betapa sakitnya rasa bersalin, saya betul-betul perlukan Mama saya. Saya terbayang, macam ni lah agaknya Mama saya berjuang untuk melahirkan saya dulu. Huhuhu...


Keluar je dari bilik bersalin tu, saya dibawa ke wad dengan katil bergerak tu. Masa tu saya nampak Mama di koridor. Saya terus menangis. Saya rasa nak sangat peluk Mama saya, saya rasa nak menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Mama saya. Saya rasa macam saya ni banyak sangat dosa dengan Mama saya. Bila saya sendiri dah melahirkan seorang anak, barulah saya tahu dan faham betapa Allah menyatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki seorang ibu.


Dan akhirnya, bila saya dapat peluk Mama saya, saya menangis sepuas-puasnya. Saya luahkan, saya ucapkan yang saya mintak ampun maaf atas segala dosa-dosa saya selama ini. Bila saya dah melalui sakit bersalin, tiada apa lagi yang ada di fikiran saya melainkan, kalaulah Mama tak kuat untuk melahirkan aku, maka takdelah aku kat dunia ni. Terasa begitu besarnya pengorbanan Mama kepada saya selama ini.


Alhamdulillah, kelahiran Haziq mengubah cara saya terhadap Mama. Saya juga bersyukur, sebab rumah saya dengan rumah Mama boleh dikatakan dekat sahaja walaupun berlainan taman. Senanglah saya pergi menziarahi Mama, berbual-bual dengan Mama, bercerita itu ini dengan Mama, mengadu dan minta pandangan dan pendapat Mama tentang satu-satu perkara dan yang paling utama, dapat mencium tangan Mama dan memeluk Mama erat-erat setiap kali berjumpa. Saya sayang Mama saya sangat-sangat.


Baru-baru ini, Haziq mula bersekolah. Mama ada berpesan sesuatu kepada saya :


"Selamat menempuh alam keibubapaan. Banyak yang perlu dipelajari dalam mendidik anak-anak. Kepimpinan melalui tauladan, yang baik diambil, yang tak baik diperbaiki atau dibuang. Apa-apa pun, didiklah anak-anak ke arah agama, cintakan Allah, cintakan Rasulnya, cintakan Al-Quran dan cintakan solat. Untuk itu, ibu bapa hendaklah berusaha keras ke arah tersebut".


Mama cakap, bila anak mula bersekolah, inilah permulaan kepada "real parenting". Sebab selama ini anak hanya duduk dengan kita, dunia anak hanyalah kita. Tapi bila dia mula bersekolah, dia akan didedahkan kepada banyak perkara baru.


Satu lagi pesan Mama sebaik sahaja saya mula bernikah dulu adalah - rajin-rajinkan bangun sembahyang malam (qiamullail). Besar fadilatnya, besar ganjarannya. Tapi saya amat jarang sekali bangun sembahyang malam pada masa itu.


Namun sejak melahirkan Haziq barulah saya mula berusaha ke arah tersebut. Mungkin juga berkat doa Mama saya, sekarang saya dah mula senang untuk bangun sembahyang malam walaupun tidak kerap seperti Mama. Boleh dikatakan Mama saya bangun sembahyang malam tiap-tiap malam. Dalam pukul 4.00 - 4.30 am, lampu biliknya sudah menyala. Dengar bunyi di bilik air. Lepas tu senyap, Mama sedang sembahyang. Tak lama selepas tu, dengar pula Mama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Allahuakbar! Saya ingin jadi seperti Mama.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah ibuku di mana jua dia berada. Limpahkanlah rahmah, kasih sayang, rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik untuk ibuku Ya Allah. Kasihanilah dia sebagaimana dia telah mengasihani aku sewaktu aku kecil. Permudahkanlah setiap urusannya, permudahkanlah apa yang sukar baginya. Amin Ya Rabbal 'Alamin..."


Mama, Uni sayang Mama!

Tiada CPUV untuk bulan January

Lama ku tunggu, ku nanti-nanti. Tak jua kunjung tiba.


Tiada CPUV landing di blog saya untuk bulan lepas. Bulan ini pun sudah 10 haribulan tapi masih belum nampak bayang lagi.


Saya sudah hantar ticket ke Nuffnang, tapi biasalah, jawapan standard macam yang kat FAQ (frequently-asked-questions) tu. Hehehehe...


Takpelah, saya harus sabar menanti. Moga-moga ada rezeki CPUV di bulan February. :)

Happy Birthday Sayang!

Hari ini genap sebulan berlalu dari tarikh hari lahir suami saya. Baru nak update blog bagai, kan? Apa nak buat, selama ni pun memang sibuk. Suami pun tersangatlah faham, kan kan kan. :)


Punyalah saya cari masa untuk balut hadiah. Pastinya aktiviti dilakukan time suami takde kat rumah. Kalau tak, takkanlah nak balut hadiah birthday di depan orang yang sambut birthday. Hahahahaa..



Dan.... inilah hadiahnya!

His favourite colour!


Actually, ada 3 kisah kelakar tentang hadiah ni.

Kisah kelakar #1
Memandangkan saya taktau nak beri apa kat suami dan barang yang saya nak beli tu, saya taknak yang mahal-mahal sangat, so suami requestlah nak power bank sebagai hadiah, sebab pada masa tu, saya pun sibuk-sibuk nak beli power bank untuk smartphone saya.


So senang cerita, dia tumpanglah sekali. Jadi saya beli 2 power bank 10,000 mAh dengan harga RM150 (harga sebenar RM80 utk 1, kalau beli 2 dia kira RM75x2=RM150). Saya pilih warna pink dan suami pilih warna biru. Bermakna, saya beli hadiah ini dengan orang yang akan sambut birthdaynya. Hahahahaa...


Kisah kelakar #2
Hadiah ini dibeli beberapa hari sebelum birthday suami. So bila tiba je birthdaynya yang berbahagia tu, saya pun bagilah hadiah ni kat dia. Yang suami pula, pandai sungguh ambil hati saya, dia berlakon seolah-olah tak tahu langsung apa hadiah kat dalam bungkusan tu. Siap buat ala-ala surprise sangat gitu. Saya pulak, gelak kuat-kuat sebab rasa geli hati sangat. :)


Kisah kelakar #3
Kisah ni berlaku beberapa hari selepas suami menggunakan power bank tu. Dia letak power bank tu kat tangga. Saya pulak nak alihkan power bank tu ke tempat lain sebab tahu-tahu jelah kalau letak kat tangga, takut tersepak nanti habis berkecai isi perut power bank tu.


Tapi tanpa saya duga, masa saya pegang power bank tu, ia terbukak dan habis keluar skru-skru ke apa benda entah yang sangat-sangat kecil dalam power bank tu. Saya pulak dah terkejut, cubalah sumbat balik semua benda kecik dalam power bank tu dan tutup balik, tapi tak boleh ditutup. Saya hairan lah, apsal power bank ni boleh terbukak sendiri.


Bila suami balik kerja, saya ceritalah kat dia. Then dia cakap, "Ambil resit hari tu dan kita pergi tanya kat kedai tu, mintak ganti dengan power bank lain, atau refund duit".


So kami bersiap-siaplah pergi ke kedai. Orang kedai tu pulak cakap, "ok takpe kak, sekarang kita ada buat promotion, power bank yang 12,000 mAH (saya dah lupa 12,000 atau 20,000) ni harga RM120, tapi akak just bayar RM30 jer then saya kasi power bank 12,000mAH ni kat akak".

Saya konfius - "Tapi dik, saya nak mintak ganti rugi utk power bank saya ni, bukan nak beli yang baru".

"Takpe kak, akak bayar RM30 jer".

"Err..." Saya blur. Tak tau nak cakap apa. Ditambah pula saya tak faham apsal saya kena bayar RM30 pulak.

Last-last suami saya masuk campur dalam perbualan tu,

"Ok bro, ni kitorang datang bawak resit. Ari tu bro cakap ade warranty 1 tahun. So sekarang power bank ni ada problem. So bro nak repair, atau replace dengan yang lain, atau refund duit kitorang? Bro pilih je antara 3 pilihan ni, sebab kitorang taknak keluar duit untuk power bank lain".

"Ok ok ok, abang pilih lah power bank lain yang sama jenis dengan yang rosak ni. Kiranya, kita replace lah".

"Haa, macam tu kan senang".


So suami saya pilih power bank yang sama jenis yang berwarna hitam. Yang power bank biru tu bagi balik kat jurujual tu.

Suami saya senyum memanjang. Saya pulak muka ala-ala sedih plus terkilan. Then, dengar suami cakap,

"Ok takpe, abang dah setelkan".

"Sori, tadi taktau nak cakap camne kat orang tu".

"Takpe, abang kan penyelesai masalah. Biarlah abang sebagai birthday boy menyelesaikan masalah power bank abang ni".

"Hahaahahahahahahahahahahaa.." dan saya teruslah gelak sekuat hati. Kelakar pulak kalau difikirkan. Kalau suami saya takde kat situ, abislah saya kena kuar duit lagi RM30 tak pasal-pasal.

"TQ Abang, Happy birthday to you".

"Sama-sama sayang, dah, jangan konfius-konfius atau sedih-sedih lagi.".

Pastu kami terus gelak lagi. Hahahahaha...

Balut Buku Sekolah Haziq

Ok, dah selesai sesi menjahit, sesi seterusnya adalah membalut buku-buku sekolah Haziq.


Saya gunakan pembalut jenis Dolphin Clear. Mudah untuk digunting dan melekap dengan baik pada kulit buku.

Saya sangat berpuas hati dengan pembalut buku ini


Ini dia buku-buku sekolah Haziq. Saya belek setiap buku satu persatu. Mama perhatikan saya. Mama saya cakap, "Banyaknya buku Haziq, baru 3 tahun lebih dah nak belajar semua ni ke?"

Ya Allah, berilah kelapangan masa untukku mendidik anakku sebaik-baiknya tanpa 
meletakkan semua tanggungjawab kepada pihak sekolah semata-mata


Saya senyum sahaja. "Takpe Ma, belajar sikit-sikit mana termampu. Uni pentingkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi Haziq terlebih dahulu. Belajar mengenal alif ba ta dan doa-doa ringkas. Belajar mengenal Allah dan Rasul, itu yang paling utama. In Shaa Allah yang lain-lain tu akan datang seiring".


Semoga Allah s.w.t. memudahkan urusan hidup kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Jahit Lengan Baju dan Seluar Yang Labuh

Bayaran yuran tadika Haziq adalah termasuk dengan 2 pasang uniform dan 1 pasang baju sukan. Tapi saya rasa 2 pasang uniform tu tak mencukupi sebab 1 hari pakai 1 uniform, so tak sempatlah untuk saya basuh dan sidai. Jadinya saya beli lagi 2 pasang uniform menjadikan satu uniform akan dipakai untuk sehari sahaja. Esoknya, pakai uniform yang baru pula. Kan senang macam ni kan, tak usah peningkan kepala nak basuh, nak sidai, nak tunggu kering, nak gosok.


Untuk uniform (baju sekolah), Haziq pakai saiz L tapi untuk baju sukan Haziq pakai saiz S. Saya pun tak faham kenapa saiznya berbeza-beza. So bila saya tengok baju sekolahnya tu, lengan bajunya dan seluarnya tu agak panjang, so kenalah repair supanya dia ngam-ngam dengan lengan dan labuh kaki tu. Memandangkan saya ni dah lama sangat-sangat tak pegang jarum dan benang, jadi saya rasa macam tak konfiden nak jahit baju anak. So saya minta tolong Mama saya jahitkan untuk 2 pasang uniform yang pertama. Hehehehe..


Untuk 2 pasang uniform kedua, saya cuba jahit sendiri. Masa tu barulah rasa konfiden sikit nak menjahit sebab dah tengok cara Mama menjahit. Alah, jahit tangan je bukan pakai mesin jahit pun. Hehehehe...


Sebelum mula jahit, saya akan lipat lengan baju yang labuh tu ke dalam, ikut berapa panjang lengan Haziq tu. Saya pastikan biar ngam-ngam gitu. Bila dah lipat, saya pun mula menjahit. Saya juga pastikan belah kanan dan kiri adalah lebih kurang sama. So inilah hasilnya :


- Bahagian dalam -
Kat rumah, takde pulak benang yang sama warna dengan seluar sekolah Haziq ni. 
So saya guna warna benang biru tua


- Bahagian luar -
Sekali tengok, tak nampak pun warna benang biru tua tu. Kira oklah tu kan.


Ok, selesai bab jahit menjahit. :)

Hari Pertama Haziq di Tadika

Alhamdulillah. Tahun 2014 membuka lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga apabila Haziq mula menjejakkan kaki ke tadika. Hari pertama persekolahannya bermula pada 5 January 2014 (Ahad) yang lalu. Saya dan suami rasa teruja dengan pengalaman baru ini, ya, macam parents yang lain jugak. Tapi mungkin rasa lebih teruja sebab ini pengalaman pertama kami. :)

Muka ala-ala macam mengantuk campur konfius sebab kena bangun pagi untuk pergi sekolah


Sejuk hati saya tengok Haziq memakai uniform sekolahnya. Warna ungu yang mendamaikan. Pagi tu kami sekeluarga bangun awal, termasuk juga Aimi. Selepas solat Subuh, saya berdoa sebanyak-banyaknya pada Yang Maha Esa moga dilancarkan segala urusan dan diberi kemudahan untuk setiap perkara yang sudah dirancangkan. Saya juga berdoa moga Haziq akan baik-baik sahaja di sekolah dan tidak meragam.


Sampai di sekolah, kami disambut oleh guru-guru tadika. Kami terus mengambil tempat duduk di satu ruang yang agak strategik.

Mama pun pakai tudung ungu sebab nak sama dengan warna tema tadika Haziq. :)


Dalam masa yang singkat, kebanyakan kanak-kanak seusia Haziq mula memenuhkan tempat tersebut bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing. Masa ni, macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Ada budak yang menangis, yang menjerit, yang muncung, yang rancak bercerita dan macam-macam lagilah.


Haziq pula, duduk rapat dengan kami seolah tak mahu berpisah. Muka pula serius semacam tak senyum langsung. Ok, ini adalah permulaan, kami ibu bapanya harus bersedia dengan reaksi Haziq yang mungkin kami tidak jangka. Menangis, mungkin?

Haziq duduk belunjur ala-ala santai gitu, tapi masih taknak bercampur dengan rakan-rakan sebayanya. 


Tepat pukul 8.00 am, cikgu suruh semua beratur mengikut umur masing-masing, iaitu, 4, 5 dan 6 tahun. Haziq beratur di barisan umur 4 tahun (kalau ikutkan tarikh lahir, Haziq sebenarnya baru berumur 3 tahun 4 bulan).


Ini reaksi muka Haziq yang sempat saya rakamkan. Mungkin dia tak suka orang lain pegang bahu dia, apatah lagi orang itu adalah orang yang tidak dia kenali. Saya senyum bila lihat gambar ini, sekurang-kurangnya saya tahu anak saya sedang melalui proses bersosial / bergaul dengan rakan sebaya.


Sampai sudah, Haziq langsung taknak senyum. Macam tu jelah muka dia, berkali-kali dia pesan kat saya, "Mama, tunggu Haziq tau, Mama jangan tinggal Haziq tau". Ada satu ketika tu, saya terbatuk-batuk. Silap pulak masa tu saya lupa nak bawak air dari rumah. So saya bergegas ke dapur tadika untuk cari air masak. Serentak tu jugak, Haziq keluar dari barisan dan ikut saya ke dapur. Muka dia memang gelisah la, muka takut kena tinggal. :)


Nak dekat 8.30 am, ramai ibu bapa mula beransur-ansur meninggalkan tadika. Yelah, takkanlah kita nak duduk kat situ sehingga tamat sesi kan? Kita pun harus bagi ruang untuk para guru menjalankan tanggungjawab mereka. Masa ni kan, ada lah 2-3 orang budak yang menangis macam tak ingat dunia. Siap peluk kaki mak bapak masing-masing. Rasa macam tengok filem Hindustan pulak rasanya. :)


Namun, bila tiba part saya meninggalkan tadika, saya beri isyarat kepada guru besar (kira macam ketua cikgu lah kat situ) yang saya nak balik. Cikgu pun faham dan bersiap-sedia dengan Haziq.


Bila Haziq nampak saya berlalu pergi, serta merta dia jerit, "Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!" dan teruslah menangis melalak sekuat-kuatnya. Ya Allah, betul ke anak aku ni? Teruslah saya rasa macam nak berpatah balik. Rasa macam nak teman dia sampai tengahari, rasa macam tak sanggup tinggalkan dia bersendiri dengan suasana baru. Huhuhuhu...


Tapi saya tekadkan hati. "Wahai hati, jangan lemah. Kau harus kuat demi anakmu. Ini perubahan baru dalam hidupnya, bantulah dia untuk mengatasinya". Bisik saya dalam hati. Terus saya pergi ke kereta. Suami saya dan Aimi dah menunggu saya di kereta. Diorang berdua keluar dari tadika tadi sebab Aimi tak boleh duduk diam mula nak menangis dan merengek. Saya pun ceritalah kat suami tentang Haziq. Saya cakap saya rasa nak masuk ke tadika semula. (Korang taulah perasaan seorang ibu kan?). Suami saya cakap, takde apa tu, kejap je, nanti Haziq akan ok.


Lepas tu, kami pergi bersarapan pagi di sebuah restoran yang sangat dekat dengan tadika Haziq. Baru first time makan di sini, ok jugak menu sarapan paginya.

Aimi pun bangun awal pagi sebab excited nak hantar Abang Haziq ke tadika.


Sesudah sarapan, kami balik semula ke rumah. Ada masa beberapa jam sebelum nak jemput Haziq balik dari sekolah. Saya terus tidurkan Aimi, Aimi pulak tidur dengan lenanya almaklumlah pagi tadi tu bangun awal sangat kan. Saya dan suami pulak, terus ligat menyiapkan kerja-kerja rumah - cuci pinggan mangkuk, kemas dapur, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, sidai kain baju, lipat kain baju, sapu halaman rumah, dan segala macam lagilah yang dinamakan sebagai "kerja rumah".


Tepat pukul 11.30 am, kami bergegas untuk pergi menjemput Haziq pula. Berdebar-debar hati saya menantikan reaksi Haziq. Bila nampak je Haziq, saya terus senyum, Haziq pula terus tanya "Maaaaamaaaaaaa, napa mama tinggal Haziq tadi?"


Errr.. terkedu saya. So saya jawab, "oh, sebab tadi kan Haziq nak sekolah. Aimi pulak mengantuk nak tidur nak susu Mama, jadi Mama tidurkan Aimi".

"Oh, macam tu, Mama terbaikkk!"

"Oh sayang..."


Lega hati saya bila Haziq tak marah. Terus saya tanyakan tentang cikgu, tentang kawan-kawannnya. Haziq nampak seronok. Saya senang hati. :)


Kami terus balik ke rumah Mama saya (nenek Haziq). Makan tengahari sudah tersedia, kami jamu selera bersama-sama. Bila dah petang sikit, Haziq terus buka beg sekolahnya.


"Mama, ni buku sekolah Haziq. Haziq nak baca".


Saya dengar Haziq sebut segi tiga-tiga, segi empat-empat, bulat-bulat
Actually pakcik Haziq yang ajar Haziq sebelum dia masuk sekolah lagi. :)


Alhamdulillah. Inilah kisah hari pertama Haziq di tadika. Kenangan manis untuk kami sekeluarga. :)

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Lipstik Nutrimetics

Semenjak dah masuk usia 3 series ni kan, saya perasan yang saya agak mengambil kisah sedikit dengan produk kecantikan yang saya gunakan. Kalau dulu, cukuplah sebatang lipstik saja yang saya gunakan. Pagi petang siang malam, kenduri kahwin, pergi kerja, pergi jalan-jalan - semua pakai lipstik yang sama aje, sebatang tu ajelah. Dapat pulak pasangan yang tak cerewet bab-bab ni, so saya pun bedal jelah, satu lipstik sudah mencukupi. Hahahaha...


Tapi, itu dulu. Sekarang tidak lagi. Dalam beg toilettries saya sekarang sudah ada beberapa batang lipstik daripada beberapa jenama seperti Maybelline dan In 2 It (Ish, 2 jenama je pun, yelah sebelum ni pakai Maybelinne aje. Hahahaha...). Yang terbaru, lipstik jenama Nutrimetics.


Permulaannya, saya suka-suka aje beli saja nak try-try. Saya beli yang "Tea Rose". Bila dah cuba, terus suka sebab lipstik ni sangat moist dan tidak mengeringkan bibir. Untuk makluman, saya sangat particular kalau bibir kering, so sebelum pakai lipstik, saya akan sapu lip balm dulu kat bibir. Dulu masa remaja, time bulan puasa, mesti bibir kering sampai berdarah-darah. Sejak dari tu, saya tobat taknak bibir kering, dan terus mula guna lip balm. Alhamdulillah, tiada lagi masalah bibir kering sampailah sekarang.


Yang bestnya lipstik Nutrimetics ni, adalah disebabkan dia sendiri tu dah moist (lembap), maka saya tak perlu pun pakai lip balm. Bibir masih kekal lembap dan tidak kering. Sukanya! Sukanya! Sukanya! Lipstik ni mengandungi Apricot oil, Lavender oil dan vitamin E. Patutlah sangat best! Tapi saya tetap guna lip balm jugak biar kasi double moist dan berseri-seri gitu bibirnya. Boleh gitu? Hahahahaha...


Minggu lepas, saya beli lagi lipstik Nutrimetics yang "Fuchsia Love". Tengok dalam katalog macam ok. Bila sekali tengok, alamak pink menyala rupanya! Tapi saya belum guna lagi lipstik ni. Harap-harap warnanya sesuai dengan bibir saya ni.


Anyway, saya dah jatuh cinta dengan lipstik Nutrimetics! :)


p/s : Gambar lipstik akan diupload kemudian.

Monday, February 3, 2014

Prioritiku Buat Masa Ini

Tiada banyak yang dapat diluahkan.


Saya rindukan blog ini.


Rindu membaca komen dari rakan-rakan semua.


Namun, saya tidak punya masa untuk diri sendiri. Masa untuk berblogging saya anggap sebagai masa untuk diri sendiri.


Buat masa ini, saya harus memberi laluan dan keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil.


Yang memerlukan perhatian saya more than 24 hours.


Yang tidak sanggup berenggang dengan saya hatta saya ke dapur untuk minum sekejap, mahupun ketika saya ingin masuk ke bilik air untuk menunaikan hajat yang kecil.


Yang sentiasa melonjak-lonjak kegembiraan setiap kali saya ada di samping mereka. Malah tak berhenti bercerita itu ini dengan saya. Termasuklah juga meminta saya menyanyi dan menari bersama mereka. Saya tunaikan semua permintaan mereka.


Itulah anak-anak saya, Haziq dan Aimi. :)


Apapun, terima kasih di atas kunjungan rakan-rakan lama mahupun baru ke blog ini. Moga saya akan kembali aktif berblogging selepas ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *