I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, January 2, 2014

Review Azam Tahun 2013 - Tercapai Atau Tidak?

Selamat Tahun Baru 2014!!


Dah masuk hari kedua dah pun, tapi saya masih lagi nak cerita pasal tahun 2013. Hahaahhaha... Terfikir nak buat review tentang "Apa Yang Diharapkan Pada Tahun 2013" dengan "apa yang telah dicapai atau tidak dicapai".


Sila rujuk pada link di atas untuk lihat semula apa yang saya harapkan pada tahun 2013 yang lalu.


Ini pula adalah reviewnya, sama ada telah dicapai atau tidak :


1) Kesihatan

  • Faktor kesihatan menjadi antara faktor yang menguji saya pada tahun 2013 yang lalu. Bermula dengan Aimi dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam, akibat viral fever. Namun, berkat izin Allah, mungkin berkat doa saya sebagai mamanya yang tidak putus-putus dan mungkin juga berkat susu ibu, Aimi recover sangat cepat. Sepanjang tahun lepas, rasanya cuma sekali tu jelah Aimi jatuh sakit. Lain-lain takde rasanya. Alhamdulillah, thanks to my susu badan, you've done a great job! Hahahaha...
  • Haziq pula biasa sahaja, ada masanya demam, ada masanya batuk, ada masanya selsema. Saya kira tidak ada apa yang perlu saya risaukan kerana itu adalah perkara biasa dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Yang penting, sakitnya itu tidak memudaratkan dan tidak berlarutan.
  • Saya pula, agak kerap juga diserang gastrik. Faktor tekanan menjadi punca (rumah dan keluarga semua bagus kecuali ......). Alahai, kalau dikenangkan semula, rasa memang tak berbaloi langsung gastrik sebab stress. 
  • Menjelang akhir tahun, suami pula menjalani pembedahan dan hingga sekarang masih memerlukan rawatan susulan di hospital. Banyak hikmah daripada apa yang terjadi.
  • Kesimpulannya, untuk bab kesihatan, saya bagi markah 4/5.


2) Keluarga

  • Tahun 2013 menyaksikan saya berjaya menyusukan Aimi sehingga ke akhir tahun (masih meneruskan bf sehingga kini). Macam tak percaya je saya bf Aimi dan masih kuat untuk bf dia, despite of kesibukan, keletihan dan sakit-sakit badan, kurang tidur lena dan sebagainya. Gigih mengepam susu semasa waktu rehat di ofis. 
  • Saya mula melatih Haziq membuat kerja-kerja rumah. Di samping itu mula mengajar Haziq bercerita, menceritakan semula sesuatu perkara yang dia lihat atau alami. Pernah satu masa tu, Haziq duduk atas katil. Saya, suami dan Aimi baring kat tilam kat bawah. Haziq bercerita tentang Ultraman Max lawan raksasa dengan penuh semangat dan kami kat bawah ni beri 100% perhatian kat dia. Siap ada sesi soal jawab lagi dengan Haziq. Rasa nak tergelak sangat tapi saya cakap kat suami jangan gelak kat Haziq, sebab kita sedang membina rasa yakin diri dalam diri Haziq. Tapi dah lepas sesi tu, kami bantai gelak puas-puas sebab rasa seronok dan sangat terhibur tengok aksi dan keletah anak.
  • Sekarang Haziq suka sangat bercerita. Ceritanya campur-campur, kejap pasal kartun, kejap pasal kat rumah nenek, kejap pasal kat rumah nyaie, kejap pasal kat rumah mak (babysitter), kejap pasal kat Jusco dan macam-macam lagilah. Kami ibu bapanya setia melayan.
  • Tahun ni tahun yang sangat sibuk dan mencabar untuk saya dan suami sebab terasa sangat yang tugas parenting lebih berat daripada yang sedia ada. Masa kami memang banyak untuk keluarga sahaja hingga kadang-kadang rasa terbatas untuk kami berdua. Tapi tetap cuba mencari masa yang berkualiti di sebalik kesibukan sehari-hari.
  • Kesimpulannya, untuk bab keluarga, saya bagi markah 5/5.


3) Amal Ibadat

  • Alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk tu pun, Allah masih beri peluang untuk saya beribadat sedaya yang boleh. Tahun lepas, sekurang-kurangnya seminggu sekali iaitu sama ada pada hari Sabtu atau Ahad, pasti saya dapat menunaikan solat-solat sunat dan mengaji dan membaca buku-buku agama. Hari-hari lain pun ada, tapi mengaji tu setakat 1-2 helai sahaja sebab tak sempat. Jadi saya guna masa hujung minggu untuk cover balik. Suami pula bantu jaga anak-anak. Rasa terisi rohani dan jiwa saya. Alhamdulillah.
  • Namun, masih belum berpeluang untuk menghadiri majlis atau kelas agama atas faktor anak-anak yang masih kecil. Tapi saya guna peluang untuk beramal ibadat dalam rumah sendiri sahaja dulu.
  • Tiap-tiap hari pergi dan balik kerja, saya dah jarang sangat pasang radio. Selalu saya gunakan masa tu untuk berzikir bersama anak-anak, tenang rasa hati bila tengok Haziq pun ikut sebut Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallah hu akbar (walaupun dalam versi tak berapa jelas sebutannya). Kalau tak berzikir, saya pasang cd ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi bulan lepas, cd player tu rosak pulak tak tau kenapa. Mungkin perlu hantar ke kedai untuk dibaiki.
  • Kesimpulannya, untuk bab amal ibadat, saya bagi markah 0/5. Sebab saya tak tau sama ada Allah terima atau tidak. Saya rasa takut sebab rasa masih belum cukup semua yang saya lakukan ini andai saya dijemput oleh-Nya dalam masa terdekat ini. Moga Allah panjangkan nyawa saya dalam iman.


4) Kerjaya

  • Kerjaya ok, cuma ada satu faktor yang menyumbang kepada gastrik saya yang kerap. Hahahaha.. Takpelah, malas nak cerita pasal tu lagi. Yang penting, saya bekerja sehabis baik dan tunaikan tanggungjawab. Biarlah Allah yang menilai. 
  • Kesimpulannya, untuk bab kerjaya - biarlah Allah yang menilai sebab saya tak tau nak bagi markah berapa.

Itulah dia pencapaian saya sedikit sebanyak untuk tahun 2013, hanya untuk 4 area seperti yang dinyatakan di atas. Yang selain daripada itu, biarlah untuk tatapan diri saya sendiri.


Looking forward to more achievements and happiness in 2014. In Shaa Allah... :)

3 comments:

Mar Mansor said...

in sha Allah uni..semoga 2014 ini membuka lembaran baru dan terus kuat ye..semangat utk bekerja..

mawar berduri said...

semoga 2014 tercapai segala azam..

Rinah said...

Tak dapat nak review tahun 2013, terlalu banyak perkara yang berlaku. Azam pun banyak yang tak tercapai. Walau bagaimanapun Rinah gembira kerana berjaya menempuhi tahun 2013. Harap-harap tahun 2014 akan lebih baik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *