I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, January 2, 2014

Bonus Dah Masuk! Yieeehaaaa!!!


Bonus dah masuk. Apalagi, jom kita enjoy!!!!


Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, akhirnya BONUS telahpun dikreditkan ke akaun bank saya pada hari Selasa yang lepas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Punyalah seronok. Kawan-kawan pun happy senyum lebar sampai ke telinga semuanya. Hahahaha... Maklumlah, 1 Januari semalam kan cuti umum, maka seronoklah nak shopping bila dah ada duit kan. Hahahaha.


Bonus masuk just sejam lebih sebelum habis waktu bekerja. Lepas je habis kerja, saya terus bergegas ke Pejabat Kutipan Zakat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk membayar zakat pendapatan tahun 2013. Selalunya memang saya tunggu hari terakhir tahun itu / hari bila bonus dah masuk, barulah pergi bayar zakat sebab nak masukkan sekali pengiraan untuk duit bonus tu. Kaunter bayaran zakat dibuka sehingga jam 9 malam.


Semalam pula cuti umum, maka pergilah kami sekeluarga membeli barang keperluan anak-anak dan rumah. Belanja pun secara berhemah, almaklumlah tahun ni kan tahun kenaikan harga barang. Opss!! Hahahahha....


Untuk pengetahuan korang, duit bonus ni belum lagi saya guna untuk diri saya sendiri tau. Haaaaaaa, percaya tak? Please percaya ok. :)


p/s : Seronoknya bila dapat bonus. Dah bayar zakat, dah bagi pada ibu bapa, dah buat saving, dah beli keperluan anak-anak.

p/s : Apa ye nak beli untuk diri sendiri? Mmmm...


3 comments:

Mar Mansor said...

bestnye bonus dah masuk...suka le tuwwww...
uni beli la apa2 nanti leh share..hihi

mawar berduri said...

wahh...bestnya...

Rinah said...

Wah, bonus sis Uni masuk awal rupanya. Company tempat kerja Rinah belum bagi bonus lagi :(
Cerita tentang bonus pun takde. Harap2 adalah bonus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *