I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, January 22, 2014

Bila Masa Korang Tulis Entry & Blogwalking?

Super duper busy!!


Tak sempat langsung lah nak update blog sekarang ni, padahal ada begitu banyak cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Rutin harian saya sibuk dan padat dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerja hakiki, hinggakan sekarang saya diserang selsema sampai seminggu lebih tak baik-baik lagi ni. Huhuhuhu... Bila selsema lama sangat, kepala pun jadi sakit. Huhuhuhu...


Oh ya, saya tertanya-tanya, dalam keadaan saya yang tak sempat nak update blog dan blogwalking ni, macamana cara dan bila masa korang tulis entry dan blogwalking ya? Saya teringin nak tau, harap-harap bolehlah dijadikan panduan untuk saya agar dapat saya update blog ini sekerap yang boleh dan juga blogwalking ke blog rakan-rakan blogger yang lain.


Please share it with me, ya? ^_^

7 comments:

Mar Mansor said...

sama la..time busy mana nk sempat wt semua tu..
unless tgh2 mlm..kat umah..
la ni asben pon suh bwk balik keje ke umah..haihh..

JunAina said...

Akak berkerja jadi bila ada waktu sedikit terluang akak terus update blog, kalau banyakkk masa lagi buat banyak2 entri nanti bila time sibuk publish je.

Kat rumah kena tumpu pada keluarga jarang tengok internet.

Norhasniza Khalid said...

update bila idea datang,... simpan dalam draft, blogwalking pula time free, kalau bz.. takde jugak.. gud bye lah blog.. hihi

cik kiera said...

Blogwalking saya lakukan setiap malam, lepas dalam 5-10 blog dahh blogwalking saya akan buat entri scheduled dalam 2-3 entri. sepuya esok tak payah lagi buat entri. Huhu

Ayu Zan said...

kalau bz, adakan 1 autopost sehari sekurang2nya.

biasa bw time rehat kat tmpt kije. mmg limited skit internet uma slow. sob sob

Rinah said...

Rinah update blog bila ada cerita menarik untuk dikongsikan atau bila ada mood nak berblog :P
Blogwalking selalunya Rinah buat waktu tiada kerja. Buang masa, blogwalking-lah.
Sedar tak sedar, masa berlalu pantas. Terlampau khusyuk blogwalking. hehehe

Rai Ourkizuna said...

aku biasanya buat entry pagi.. blogwalking tgk pada tahap kebizian.. menyambil2 la sbb keja aku mmg ngadap pc je..so bila agak nak release sikit.. bukak satu blog. hehe..tak pun masa lunch.. aku lunch kat opis je..so sambil makan tu sambil belek blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *