I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, January 3, 2014

Azam Tahun Baru 2014

Hari ini hari ketiga dalam tahun 2014. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup segarnya udara milik Yang Maha Esa.


Rentetan daripada entry azam tahun 2013 - tercapai atau tidak, so hari ni saya nak update azam saya untuk tahun 2014 pula. Semestinya untuk mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga-moga akan tercapailah apa yang saya cita-citakan ini.


(Mana-mana yang saya rasa private & confidential (P&C) tu, tak dapatlah saya kongsikan di sini ya).


Diri Sendiri & Keluarga

Azam #1 - Solat fardhu 5 waktu di awal waktu. Buat solat sunat rawatib setiap hari sekurang-kurangnya pada waktu Subuh atau Maghrib. Buat solat suhat Dhuha sekurang-sekurangnya seminggu sekali. Berusaha untuk bangun solat tahajud sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Azam #2 - Nak khatam baca Al-Quran sebelum akhir tahun ni.

Azam #3 - Memastikan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga pada tahap terbaik. Memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan. Mula amalkan pengambilan suplemen untuk setiap seorang.

Azam #4 - Membuat pendaftaran haji bagi Haziq dan Aimi  di pejabat Tabung Haji.

Azam #5 - Mengawal perbelanjaan dalam erti kata lain, berbelanja secara berhemah dan berjimat-cermat. Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan dalam buku khas iaitu "Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga".

Azam #6 - Meneruskan bf Aimi sehingga ke Januari 2015 (genap Aimi 2 tahun).

Azam #7 - Memiliki rumah sendiri selewat-lewatnya pada Jun 2014.

Azam #8 - Buat perkara yang saya minat dan tingkatkan pendapatan sampingan.

Azam #9 - Bercuti bersama keluarga sekurang-kurangnya 2 kali pada tahun ini.


Blog My Story, My Life

Azam #10 - Update blog sekurang-kurangnya 4 entry seminggu. Jadi setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 16 entry. (Fuh!)

Azam #11 - Menambah bilangan follower. Sekarang ada 104 followers, nak tambahkan sehingga menjadi sekurang-kurangnya 250 followers (Mampukah daku? Chaiyokk!)

Azam#12 - Menghargai  Top Commentator setiap bulan dengan cara......... Kalau nak tau apa yang Top Commentator dapat dari saya, haruslah follow blog ni dan tinggalkan komen kat setiap entry. Hik..hik..hik..

Azam#13 - Membalas setiap komen. Harus rajin berblogwalking. (Chaiyokk!!)


Ok full stop. Banyaknya azam!!! Hahahahaha...


Moga semua azam ini akan tercapai, In Shaa Allah.. :)

8 comments:

Rai Ourkizuna said...

aku pun berazam yang no 1 tu.. half year kena review balik azam..kejar sebelum hujung tahun!

Mar Mansor said...

in sha Allah..semoga tercapai azam uni..
selamat berblogging..saya pun harap bertambah follower & dpr earning nuffnang..pffff...

pnsusu said...

Selamat menunaikan azam..:-)

Riana said...

azam no 1 kita sama..=)

aTieYusof Family said...

Semoga semua azam berjaya dilaksanakan ya Uni..amin! :)

adianiez AIDA said...

aida da follow...
aida da komen...
utk dpt hadiah tiap bulan, aida da tempek blog uni ke bloglist aida :-)
in shaa Allah...

mawar berduri said...

selamat menunaikan azam 2014..

Rinah said...

semoga azam tercapai sis Uni. Rinah tak berani lagi nak berkongsi azam di blog ;) Tulis kat diary, cukuplah. hehehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *