I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, January 27, 2014

Perkhabaran Gembira, Tapi Belum Pasti Kesahihannya

Pagi ni sampai kat ofis, terus cek emel, memang itulah kerja pertama yang akan dibuat setiap kali on pc ni.


Tengok-tengok ada satu emel masuk. Baca punya baca, saya tak tau nak rasa gembira atau tak. Kalau diikutkan, rasa-rasanya ia adalah perkhabaran gembira, tapi apsal entah tiba-tiba saya jadi macam "blur" pulak di pagi Isnin ini. Mungkin sebab tak sangka tentang perkara itu, atau mungkin sebab tak fikir pun tentang perkara itu.


Apapun, saya memang blur. No response at all.


Saya baca emel itu berkali-kali. Dah sudah baca, saya terus close window. Saya fikir, tidak perlulah saya reply emel itu sebab saya pun tak tau nak tulis apa.


Cuma yang pastinya, perkhabaran gembira ini belum pasti akan kesahihannya. Macamana nak tau ia sahih atau tidak, tunggu sahajalah surat rasmi nanti. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takdelah.


p/s : Rindu yang teramat nak berblogging.

Wednesday, January 22, 2014

Bila Masa Korang Tulis Entry & Blogwalking?

Super duper busy!!


Tak sempat langsung lah nak update blog sekarang ni, padahal ada begitu banyak cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Rutin harian saya sibuk dan padat dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerja hakiki, hinggakan sekarang saya diserang selsema sampai seminggu lebih tak baik-baik lagi ni. Huhuhuhu... Bila selsema lama sangat, kepala pun jadi sakit. Huhuhuhu...


Oh ya, saya tertanya-tanya, dalam keadaan saya yang tak sempat nak update blog dan blogwalking ni, macamana cara dan bila masa korang tulis entry dan blogwalking ya? Saya teringin nak tau, harap-harap bolehlah dijadikan panduan untuk saya agar dapat saya update blog ini sekerap yang boleh dan juga blogwalking ke blog rakan-rakan blogger yang lain.


Please share it with me, ya? ^_^

Tuesday, January 21, 2014

Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat....

Betullah. Buat baik dibalas baik, buat jahat, maka jahatlah juga balasannya.


Dalam kehidupan kita sehari-hari, janganlah kita menindas, menganiayai atau menzalimi orang lain dari apa segi sekalipun. Sebab doa orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi ini, pasti akan dimakbulkan Allah.


Apa yang mereka doakan, kita tidak tahu. Mungkin mereka mendoakan yang baik-baik untuk kita, mungkin mereka mendoakan moga Allah turunkan balasan yang setimpal untuk kita malah mungkin juga mereka mendoakan yang buruk-buruk untuk kita. Jadinya, kita takkan pernah dan takkan mungkin tahu apa doa mereka untuk kita.


Oleh itu, sentiasa beringat-ingatlah. Jika kita ada nama, pangkat, duit, harta, kelebihan dan sebagainya, jangan sesekali menindas orang lain. Jangan buat orang lain macam hamba abdi kita sahaja. Sebab hidup ini ibarat roda. Hari ini kita berada di atas, tidak mustahil esok hari kita akan berada di bawah pula. Hari ini kita ada segala-galanya, tidak mustahil esok hari kita pula yang mengharapkan belas ihsan orang kepada kita.


Kesimpulannya, berbuat baiklah sesama manusia. Ganjarannya besar di sisi Allah.


Dan kita pastinya akan disenangi dan disayangi oleh orang-orang di sekeliling kita.

Thursday, January 16, 2014

Pemenang : Top Commentator Year 2013

Tahniah untuk Top Commentator Year 2013, iaitu :



Untuk Rinah, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM20 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya.
^_^

Monday, January 13, 2014

Pemenang : Top Commentator bulan December 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan December 2013 iaitu :



Untuk Mar Mansor, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan November 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan November 2013 iaitu :



Untuk Mar Mansor, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan October 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan October iaitu :




Untuk Mar Mansor, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan September 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan September iaitu :





Untuk Mawar Berduri, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan August 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan August 2013 iaitu :





Untuk Rinah, sila berikan maklumat lanjut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda perhargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan July 2013

Tahniah untuk Top Commentator bulan July 2013 iaitu :





Untuk Rinah, sila berikan maklumat berikut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun Maybank
3) Alamat e-mail

Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^

Pemenang : Top Commentator bulan Jun 2013

Ok, it is still not too late. ^_^


Tahniah untuk Top Commentator bulan Jun 2013 iaitu :





Untuk Mawar Berduri, sila berikan maklumat berikut kepada saya di z.munirah@gmail.com

1) Nama penuh
2) Nombor akaun Maybank
3) Alamat e-mail


Hadiahnya : RM15 akan dikreditkan ke akaun anda sebagai tanda penghargaan daripada saya. ^_^



Hari Ahad - Peningkatan Jumlah Unique Visitor dan Pageviews

Pagi ni cek akaun Nuffnang.


Untuk hari semalam Ahad (12 Januari 2014), total unique visitors (uv) adalah 440 dan page views (pv) adalah 759. Satu jumlah yang saya kira agak "luarbiasa" kerana selalunya hari Ahad mencatatkan jumlah uv dan pv yang "haru", means tak ramai orang visit blog saya dan baca entry-entry di blog saya.


Bila difikirkan, baru teringat rupanya hari Ahad sekarang merupakan hari bekerja di negeri Johor. Mungkin ramai orang yang surf internet semasa waktu rehat, sekaligus menyumbang kepada peningkatan uv dan pv saya semalam. Selalunya jumlah macam tu saya dapat pada hari-hari biasa sahaja.

Saturday, January 11, 2014

Dah Seminggu Berlalu, Blog Tak Berupdate Jugak!

Aduh, geramnya rasa. Pejam celik pejam celik, dah seminggu berlalu tanpa sempat pun nak update blog. Awal-awal tahun macam ni, memang super duperlah busynya. Kat ofis, kat rumah, dua-dua sama menuntut tanggungjawab dan perhatian saya. Beginilah rupanya seorang ibu yang berkerjaya. Harus mendahulukan dan mengutamakan mana-mana perkara yang wajib dan penting dahulu.


Bukan kata blog ni tak penting, blog ni pun penting juga, tapi tu lah, dalam masa seminggu ni, tak sempat pun nak mengarang entry. Maafkan saya ya, kawan-kawan. Harap korang tak lupa pada saya. Uhuk...uhuk...

Tuesday, January 7, 2014

Segmen Bloglist 2014 : I Follow You, You Follow Me


SEGMEN BLOGLIST 2014 : I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME

(maaf, segmen edisi bajet, maka tiada banner untuk segmen ini)


Cara nak join mudah saja :

1) Follow blog www.mystorymory.com

2) Add blog saya dalam bloglist anda, pastikan ia terpapar di blog anda.

3) Tinggalkan url blog anda di ruangan komen.


Ok, itu saja, memang mudah kan kan kan!


Selepas itu :

4) Saya juga akan follow blog anda.

5) Saya juga akan add blog anda dalam bloglist saya dan ia akan terpapar di blog saya.


Blog anda akan terpapar di blog saya sepanjang tahun 2014. Tarikh tutup untuk menyertai segmen ini adalah pada 31 December 2014.

Bonus : Blogger yang tersenarai dalam bloglist saya berpeluang untuk menjadi Penulis Jemputan di blog saya. Details tentang Penulis Jemputan akan dikemaskini kemudian.

^_^

Monday, January 6, 2014

Isi-isi Penting Episod 1

Tak sempat nak update blog sebab masa tak mengizinkan. Jadi saya buat isi-isi penting supaya saya tidak terlupa untuk update blog nanti.

#1 - Hari pertama Haziq di tadika

#2 - Jahit baju dan balut buku

#3 - Balut hadiah untuk birthday yang tersayang

#4 - Masa itu memang sangat-sangat emas!

#5 - Monthly Top Commentator


Ok, stay tuned! ^_^

Friday, January 3, 2014

Azam Tahun Baru 2014

Hari ini hari ketiga dalam tahun 2014. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menghirup segarnya udara milik Yang Maha Esa.


Rentetan daripada entry azam tahun 2013 - tercapai atau tidak, so hari ni saya nak update azam saya untuk tahun 2014 pula. Semestinya untuk mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga-moga akan tercapailah apa yang saya cita-citakan ini.


(Mana-mana yang saya rasa private & confidential (P&C) tu, tak dapatlah saya kongsikan di sini ya).


Diri Sendiri & Keluarga

Azam #1 - Solat fardhu 5 waktu di awal waktu. Buat solat sunat rawatib setiap hari sekurang-kurangnya pada waktu Subuh atau Maghrib. Buat solat suhat Dhuha sekurang-sekurangnya seminggu sekali. Berusaha untuk bangun solat tahajud sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Azam #2 - Nak khatam baca Al-Quran sebelum akhir tahun ni.

Azam #3 - Memastikan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga pada tahap terbaik. Memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan. Mula amalkan pengambilan suplemen untuk setiap seorang.

Azam #4 - Membuat pendaftaran haji bagi Haziq dan Aimi  di pejabat Tabung Haji.

Azam #5 - Mengawal perbelanjaan dalam erti kata lain, berbelanja secara berhemah dan berjimat-cermat. Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan dalam buku khas iaitu "Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga".

Azam #6 - Meneruskan bf Aimi sehingga ke Januari 2015 (genap Aimi 2 tahun).

Azam #7 - Memiliki rumah sendiri selewat-lewatnya pada Jun 2014.

Azam #8 - Buat perkara yang saya minat dan tingkatkan pendapatan sampingan.

Azam #9 - Bercuti bersama keluarga sekurang-kurangnya 2 kali pada tahun ini.


Blog My Story, My Life

Azam #10 - Update blog sekurang-kurangnya 4 entry seminggu. Jadi setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 16 entry. (Fuh!)

Azam #11 - Menambah bilangan follower. Sekarang ada 104 followers, nak tambahkan sehingga menjadi sekurang-kurangnya 250 followers (Mampukah daku? Chaiyokk!)

Azam#12 - Menghargai  Top Commentator setiap bulan dengan cara......... Kalau nak tau apa yang Top Commentator dapat dari saya, haruslah follow blog ni dan tinggalkan komen kat setiap entry. Hik..hik..hik..

Azam#13 - Membalas setiap komen. Harus rajin berblogwalking. (Chaiyokk!!)


Ok full stop. Banyaknya azam!!! Hahahahaha...


Moga semua azam ini akan tercapai, In Shaa Allah.. :)

Thursday, January 2, 2014

Saya Nak Beri Hadiah Untuk M... T... C...

Alhamdulillah. Dapat rezeki lagi, kali ini daripada Nuffnang berjumlah 3 angka. Sebahagian daripada jumlah ini akan saya hadiahkan untuk 7 orang M... T... C... Siapa yang bertuah tu agak-agaknya ya? Nantikan update dari saya! :)


Bonus Dah Masuk! Yieeehaaaa!!!


Bonus dah masuk. Apalagi, jom kita enjoy!!!!


Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, akhirnya BONUS telahpun dikreditkan ke akaun bank saya pada hari Selasa yang lepas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Punyalah seronok. Kawan-kawan pun happy senyum lebar sampai ke telinga semuanya. Hahahaha... Maklumlah, 1 Januari semalam kan cuti umum, maka seronoklah nak shopping bila dah ada duit kan. Hahahaha.


Bonus masuk just sejam lebih sebelum habis waktu bekerja. Lepas je habis kerja, saya terus bergegas ke Pejabat Kutipan Zakat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk membayar zakat pendapatan tahun 2013. Selalunya memang saya tunggu hari terakhir tahun itu / hari bila bonus dah masuk, barulah pergi bayar zakat sebab nak masukkan sekali pengiraan untuk duit bonus tu. Kaunter bayaran zakat dibuka sehingga jam 9 malam.


Semalam pula cuti umum, maka pergilah kami sekeluarga membeli barang keperluan anak-anak dan rumah. Belanja pun secara berhemah, almaklumlah tahun ni kan tahun kenaikan harga barang. Opss!! Hahahahha....


Untuk pengetahuan korang, duit bonus ni belum lagi saya guna untuk diri saya sendiri tau. Haaaaaaa, percaya tak? Please percaya ok. :)


p/s : Seronoknya bila dapat bonus. Dah bayar zakat, dah bagi pada ibu bapa, dah buat saving, dah beli keperluan anak-anak.

p/s : Apa ye nak beli untuk diri sendiri? Mmmm...


Review Azam Tahun 2013 - Tercapai Atau Tidak?

Selamat Tahun Baru 2014!!


Dah masuk hari kedua dah pun, tapi saya masih lagi nak cerita pasal tahun 2013. Hahaahhaha... Terfikir nak buat review tentang "Apa Yang Diharapkan Pada Tahun 2013" dengan "apa yang telah dicapai atau tidak dicapai".


Sila rujuk pada link di atas untuk lihat semula apa yang saya harapkan pada tahun 2013 yang lalu.


Ini pula adalah reviewnya, sama ada telah dicapai atau tidak :


1) Kesihatan

  • Faktor kesihatan menjadi antara faktor yang menguji saya pada tahun 2013 yang lalu. Bermula dengan Aimi dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam, akibat viral fever. Namun, berkat izin Allah, mungkin berkat doa saya sebagai mamanya yang tidak putus-putus dan mungkin juga berkat susu ibu, Aimi recover sangat cepat. Sepanjang tahun lepas, rasanya cuma sekali tu jelah Aimi jatuh sakit. Lain-lain takde rasanya. Alhamdulillah, thanks to my susu badan, you've done a great job! Hahahaha...
  • Haziq pula biasa sahaja, ada masanya demam, ada masanya batuk, ada masanya selsema. Saya kira tidak ada apa yang perlu saya risaukan kerana itu adalah perkara biasa dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Yang penting, sakitnya itu tidak memudaratkan dan tidak berlarutan.
  • Saya pula, agak kerap juga diserang gastrik. Faktor tekanan menjadi punca (rumah dan keluarga semua bagus kecuali ......). Alahai, kalau dikenangkan semula, rasa memang tak berbaloi langsung gastrik sebab stress. 
  • Menjelang akhir tahun, suami pula menjalani pembedahan dan hingga sekarang masih memerlukan rawatan susulan di hospital. Banyak hikmah daripada apa yang terjadi.
  • Kesimpulannya, untuk bab kesihatan, saya bagi markah 4/5.


2) Keluarga

  • Tahun 2013 menyaksikan saya berjaya menyusukan Aimi sehingga ke akhir tahun (masih meneruskan bf sehingga kini). Macam tak percaya je saya bf Aimi dan masih kuat untuk bf dia, despite of kesibukan, keletihan dan sakit-sakit badan, kurang tidur lena dan sebagainya. Gigih mengepam susu semasa waktu rehat di ofis. 
  • Saya mula melatih Haziq membuat kerja-kerja rumah. Di samping itu mula mengajar Haziq bercerita, menceritakan semula sesuatu perkara yang dia lihat atau alami. Pernah satu masa tu, Haziq duduk atas katil. Saya, suami dan Aimi baring kat tilam kat bawah. Haziq bercerita tentang Ultraman Max lawan raksasa dengan penuh semangat dan kami kat bawah ni beri 100% perhatian kat dia. Siap ada sesi soal jawab lagi dengan Haziq. Rasa nak tergelak sangat tapi saya cakap kat suami jangan gelak kat Haziq, sebab kita sedang membina rasa yakin diri dalam diri Haziq. Tapi dah lepas sesi tu, kami bantai gelak puas-puas sebab rasa seronok dan sangat terhibur tengok aksi dan keletah anak.
  • Sekarang Haziq suka sangat bercerita. Ceritanya campur-campur, kejap pasal kartun, kejap pasal kat rumah nenek, kejap pasal kat rumah nyaie, kejap pasal kat rumah mak (babysitter), kejap pasal kat Jusco dan macam-macam lagilah. Kami ibu bapanya setia melayan.
  • Tahun ni tahun yang sangat sibuk dan mencabar untuk saya dan suami sebab terasa sangat yang tugas parenting lebih berat daripada yang sedia ada. Masa kami memang banyak untuk keluarga sahaja hingga kadang-kadang rasa terbatas untuk kami berdua. Tapi tetap cuba mencari masa yang berkualiti di sebalik kesibukan sehari-hari.
  • Kesimpulannya, untuk bab keluarga, saya bagi markah 5/5.


3) Amal Ibadat

  • Alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk tu pun, Allah masih beri peluang untuk saya beribadat sedaya yang boleh. Tahun lepas, sekurang-kurangnya seminggu sekali iaitu sama ada pada hari Sabtu atau Ahad, pasti saya dapat menunaikan solat-solat sunat dan mengaji dan membaca buku-buku agama. Hari-hari lain pun ada, tapi mengaji tu setakat 1-2 helai sahaja sebab tak sempat. Jadi saya guna masa hujung minggu untuk cover balik. Suami pula bantu jaga anak-anak. Rasa terisi rohani dan jiwa saya. Alhamdulillah.
  • Namun, masih belum berpeluang untuk menghadiri majlis atau kelas agama atas faktor anak-anak yang masih kecil. Tapi saya guna peluang untuk beramal ibadat dalam rumah sendiri sahaja dulu.
  • Tiap-tiap hari pergi dan balik kerja, saya dah jarang sangat pasang radio. Selalu saya gunakan masa tu untuk berzikir bersama anak-anak, tenang rasa hati bila tengok Haziq pun ikut sebut Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallah hu akbar (walaupun dalam versi tak berapa jelas sebutannya). Kalau tak berzikir, saya pasang cd ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi bulan lepas, cd player tu rosak pulak tak tau kenapa. Mungkin perlu hantar ke kedai untuk dibaiki.
  • Kesimpulannya, untuk bab amal ibadat, saya bagi markah 0/5. Sebab saya tak tau sama ada Allah terima atau tidak. Saya rasa takut sebab rasa masih belum cukup semua yang saya lakukan ini andai saya dijemput oleh-Nya dalam masa terdekat ini. Moga Allah panjangkan nyawa saya dalam iman.


4) Kerjaya

  • Kerjaya ok, cuma ada satu faktor yang menyumbang kepada gastrik saya yang kerap. Hahahaha.. Takpelah, malas nak cerita pasal tu lagi. Yang penting, saya bekerja sehabis baik dan tunaikan tanggungjawab. Biarlah Allah yang menilai. 
  • Kesimpulannya, untuk bab kerjaya - biarlah Allah yang menilai sebab saya tak tau nak bagi markah berapa.

Itulah dia pencapaian saya sedikit sebanyak untuk tahun 2013, hanya untuk 4 area seperti yang dinyatakan di atas. Yang selain daripada itu, biarlah untuk tatapan diri saya sendiri.


Looking forward to more achievements and happiness in 2014. In Shaa Allah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *