I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, December 20, 2013

Topik Perbualan Berubah Seiring Dengan Peningkatan Usia Perkahwinan

Petang semalam saya dan suami pergi spend time di Old Town Kopitiam di Jusco Permas.


Sambil minum dan makan, kami berborak-borak.


"Abg, dah lama kita tak cerita tentang kita"

"Ye sayang, belum sempat nak cerita tentang kita, Haziq dah cakap - Mama, Haziq berak, tolong ganti pampers"

Dan saya terus gelak berdekah-dekah.


"Abg, kalau malam-malam lepas anak dah tidur, boleh lah kita cerita tentang kita"

"Abg boleh. Tapi sayang boleh ke? Sebab sayang baru gerak sikit je tapi Aimi dah terjaga sebab miss n dah beralih kedudukan, dah takde dalam mulut dia"

Dan saya terus gelak berdekah-dekah. Nasib baik tak bergegar Old Town tu.


"Abg, ok sekarang kita 2 orang je. Jomlah kita cerita tentang kita, abang sayang sayang tak"

"Ye, abg sayang. Sayang bucuk abang ni"

"Hujung minggu ni jomlah kita pergi jalan-jalan. Dah lama tak jalan-jalan dengan abg. Raon-raon dalam kereta je pun takpe"

"Hujung minggu ni? Tapi kan sayang cakap nak pergi bayar yuran kat tadika Haziq. Pastu ada jemputan kenduri kahwin, kenduri berkhatan, kenduri kesyukuran, bla bla bla..."

"Aah la. Lupa pulak. So hari Sabtu nanti kita nak gerak pukul berapa?"

"Tak kisahlah"

"Eh bang, lupa pulak, kan kena amik gambar passport Haziq. Cikgu cakap kene bagi gambar passport masa nak bayar yuran nanti"

"Yelah, so bila nak pergi kedai gambar tu? Nak Haziq pakai baju mana?"

"Baju kolar la. Rasanya yang kolar hitam tu ok kot. Tapi muka mesti bedak tau"


Bla

Bla

Bla

Bla

Bla


"Abg, tadi cakap nak cerita tentang kita? Sekarang dah cerita pasal kenduri lah, gambar pasport lah, yuran lah, cuci kereta lah, barang dapurlah, epf lah, renovate lah, bila nak cerita tentang kita ni?"


Terus suami saya gelak berdekah-dekah. Nasib baik tak bergegar Jusco Permas.


Saya pun gelak berdekah-dekah sama.


Hahahahahahaha....


*******************


Inilah kehidupan selepas perkahwinan. Dulu masa-masa awal kahwin, memang tak putus-putus ungkap rasa kasih sayang cintan cintun madah pujangga dan yang sewaktu dengannya. Pastu bila dah setahun kahwin tapi tak dapat anak, sibuk cerita pasal cara nak dapat anak. Berubat sana, supplemen sini. Pastu bila dah dapat anak, cerita pasal taska dan babysitter. And the list continues.


Topik perbualan sememangnya akan berubah seiring dengan peningkatan usia perkahwinan. Tapi topik ini takkan sama untuk setiap pasangan. Macam kami, masa mula-mula kahwin, kami fikir nak menyewa rumah dulu baru nak beli rumah. Ada orang, dah kahwin je terus masuk rumah baru yang dibeli. Ada orang, lepas kahwin nak merancang dulu, 2 tahun lepas kahwin baru bersedia nak dapat anak. Ada orang lepas kahwin, terus bunting pelamin. Ada orang tak fikir pun pasal anak, kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau belum tiba rezeki, terus bersabar.


Namun, dalam kesibukan harian, saya dan suami masih punya masa untuk bergurau senda sesama kami. Itulah terapi kami suami isteri. :)

Dear husband, i love you so much... :)

14 comments:

Norhasniza Khalid said...

hihihi... dialog kita macam sama je, beza pun sikit lah.. hihi

Rai Ourkizuna said...

hahaha..kann..da kahwin ni actually tak banyak cerita pasal masing masing pun.. takpe lah..dapat selit sesekali pun okay.. lagi pun bercerita pasal anak pun satu bentuk kebahagiaan..

Mar Mansor said...

kalau berbual kompem banyak hal anak, hal dalam umah, lauk dah abis, beras tinggal sikit, susu pampers anak dah nak abis,g tesco nak beli barang apa..kih3..

Puan Mell said...

sama la sis, tapi hari2 pun tetap gurau suami isteri. cara kami juge.. hehe

aTieYusof Family said...

hahaha..mmg kan Uni bila dah ada anak2 ni mmg selalu lari topik..hehe
sllu mcm kmi masa cuti2 je lah baru dpt sembang panjang dgn hubby....:)

Lieya Von Jay said...

semoga berbahagia till jannah :)

Hasnul Adin said...

benar2. :)

Uni Aqilah said...

hahaha..

Uni Aqilah said...

dapat menyelit sesekali pun dah cukup bagus daripada takde langsung kan.

Uni Aqilah said...

betul tu. hahaha

Uni Aqilah said...

kan kan kan...

Uni Aqilah said...

saya pulak masa cuti, masa tu jugalah dengan anak. kami dapat berbual tenang bila anak-anak dah tido lena.

Uni Aqilah said...

terima kasih lieya atas doamu. :)

Uni Aqilah said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *