I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, December 17, 2013

SOHO - Small Office Home Office Impian Saya

Malam tadi saya meluangkan sedikit masa untuk mengemas SOHO (small office home office) saya. Itupun selepas saya sudah menidurkan anak-anak dan sesudah memastikan mereka tidur lena, barulah saya memulakan aktiviti saya. 

SOHO saya merupakan sebuah bilik di rumah saya yang saya khususkan untuk segala aktiviti penulisan dan pembacaan saya. Bilik ini tidaklah begitu besar, tidak juga begitu kecil, bagi saya sederhana sahaja namun ia amat-amat selesa buat saya.

Apa yang ada di dalam SOHO saya ini? Pastinya ada sebuah kerusi ergonomik empuk berwarna biru, ini kerana saya ingin mengelakkan rasa sakit belakang sekiranya duduk terlalu lama. Juga ada sebuah meja tulis stail pejabat. Di atasnya ada laptop, alatulis, buku-buku dan alatan yang berkaitan, termasuklah barang-barang kraftangan saya. 

Selain daripada itu, ada sebuah kipas berdiri di dalam SOHO ini, juga dilengkapi dengan sebuah rak buku yang saya letakkan bahan-bahan bacaan dan fail-fail. Ada juga sebuah printer berdekatan dengan rak buku tersebut.

Itulah dia SOHO saya buat masa ini. Agak ringkas, tiada sebarang hiasan yang sarat-sarat. Namun, di sinilah tempat saya berkarya.

Satu masa nanti, saya bercadang ingin membeli sebuah wing chair untuk saya letakkan di SOHO ini. Saya beroleh inspirasi untuk meletakkan wing chair, semasa saya mendapatkan pemeriksaan bulanan kehamilan di Hospital Penawar, Pasir Gudang pada tahun lepas.

Wing chair di sana empuk-empuk dan gebu sungguh, terus hati rasa teringin nak memilikinya walaupun cuma sebuah. Dapat saya bayangkan yang saya duduk dan bersandar di wing chair sambil membaca buku-buku kegemaran sambil minum Milo panas, untuk melepaskan lelah selepas bertungkus lumus memerah otak untuk bisnes saya. Aduh, nikmatnya!

Saya seorang yang ringkas, begitulah juga hasilnya di SOHO saya. Ringkas saja susun aturnya. Biarlah ringkas, kerana saya tidak mahu berlebih-lebih dalam menghias. Pada saya, yang penting adalah hasil akhir (outcome) daripada SOHO itu.

Alhamdulillah, setakat ini, SOHO saya telah menghasilkan pendapatan yang sedikit sebanyak dapat membantu saya menambah simpanan di bank, membeli susu dan pampers anak, menyelesaikan bil-bil, makan sedap-sedap di restoran dan shopping serba sedikit. 

Moga-moga impian saya untuk menambah sebuah wing chair di SOHO saya akan tercapai tidak lama lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *