I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, December 7, 2013

Satu Minggu Tak Update Blog, Apa Cerita?

Lamanya saya tak update blog ni. Rindu yang teramat sangat. Apatah lagi, banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Sebelum saya mula berstorymory, jemput tengok gambar menu minum petang saya dan suami hari ni.

Goreng pisang special!
Menu petang hari ini suami belikan goreng pisang special. Apa yang specialnya? Special sebab goreng pisang ni ditabur dengan keju yang diparut halus-halus, pastu letak chocolate rice dan juga susu manis serta serbuk milo sikit. Sebungkus banyak macam ni, harganya cuma RM3. 


Tak taulah untung ke tak peniaga tu jual RM3, pada saya macam murah gitu. Tapi gerainya memang tak putus-putus dengan pelanggan yang datang bertali arus.  Ini kali kedua saya makan goreng pisang ni. First time makan masa saya berkunjung ke rumah adik ipar. Punyalah suka saya makan masa tu. Hehehehe...


Sebelum korang cakap apa-apa, saya bagitau dulu yang menu minum petang ni pada saya termasuk dalam kategori "tidak sihat". Pisang digoreng secara deep fry, letak pulak cheese, chocolate rice dan susu manis siap milo lagi tu, memang tak sihat pun. Tapi sesekali makan apalah salahnya kan. Teringin....


Ok, satu minggu tak update blog ni, apa cerita? Well, saya masih lagi dengan rutin yang sama, cuma kali ini lebih sibuk. Baru-baru ini kan suami saya baru je dioperate kat lutut dia, so kami memang duduk kat rumah jelah setiap hujung minggu. Banyak urusan pun tergendala sebab saya tak boleh tinggalkan anak-anak untuk suami jaga sebab dia sendiri pun perlu dijaga dalam keadaan yang tak sihat tu. 


3 minggu lamanya kami sekeluarga berkampung di rumah Mama saya, sebab bila suami sakit, saya perlukan bantuan ahli keluarga lain dalam saya menguruskan rumahtangga. Jauh di sudut hati, saya bersyukur sebab duduk dekat dengan rumah ibu bapa. Apa-apa hal, senang nak minta bantuan vice versa. Bila saya perlukan bantuan, ibu bapa ada. Bila ibu bapa perlukan bantuan, saya ada untuk mereka. 


Cukup 3 minggu, kami balik ke rumah kami pula. Rasa macam lama sangat tinggalkan rumah. Rindu pula rasanya.


Cerita terkini :

1) Urusan pembelian rumah
  • 25 November 2013 yang lepas, saya pergi berjumpa lawyer. Ini langkah kedua selepas saya berjumpa bank dan mendapatkan letter offer (surat loan approved). Lawyer yang saya jumpa ni muda lagi orangnya, tapi sangat baik dan terangkan satu persatu setiap dokumen yang perlu ditandatangani dan the whole process of buying a house. Bersyukur sangat saya dan suami bila berurusan dengan lawyer tersebut. 
  • Semalam 6 Disember 2013, saya call EPF HQ di KL untuk konfemkan senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran wang di Akaun 2 EPF saya untuk tujuan pembelian rumah. Pun staff yang jawab call ni sangat baik dan sangat jelas penerangannya. Saya sangat suka berurusan dengan orang-orang yang sebegini kerana kelancaran dan kejelasan dalam komunikasi amat penting supaya tiada salah faham bagi mana-mana pihak. 
  • Memandangkan saya beli rumah second house (saya tak mampu nak beli rumah baru kat area sini sebab paling murah pun nak jejak harga RM400K. Tak kisahlah rumah second hand pun yang penting saya ada rumah yakni harta sendiri), maka pihak EPF perlukan geran rumah pula. Jadi itu pihak tuan rumahlah kena berurusan dengan bank / pejabat tanah pula.
  • Bila selesai yang pihak tuan rumah tu, barulah saya akan pergi ke EPF JB ni untuk serahkan semua dokumen yang diperlukan.
  • In shaa Allah saya akan update satu label berkaitan pembelian rumah ni. Senang untuk rujukan saya di kemudian hari, juga senang untuk rakan-rakan yang baru pertama kali nak beli rumah.

2) Kindergarten hunting
  • Tahun depan Haziq akan berumur 4 tahun. Jadi saya plan nak masukkan Haziq ke tadika. Khamis lepas 5 November 2013 kami pergi ke Tadika Nuri di Taman Bukit Dahlia, pergi berjumpa cikgu untuk dapatkan maklumat lanjut. Panjang ceritanya. Nanti saya cerita ok.
  • Minggu depan pulak sambung lagi kindergarten hunting ke Tadika Addin.

3) Dapat cek daripada Nuffnang
  • Alhamdullah, rezeki dari Yang Maha Esa. Pertama kali terima cek daripada aktiviti pengiklanan dan sponsored post from Nuffnang. Berapa jumlahnya? Nanti saya cerita ok. Sabar menunggu tau.

4) Dapat job offer lagi
  • Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya dapat satu lagi job offer. Tapi setelah ditimbang tara sehabis baik, saya tolak tawaran tersebut dengan sebaiknya. Salah satu faktor, sebab jauh dengan rumah. 
  • Sebenarnya saya memang sedang mencari peluang kerja yang lebih baik, namun semestinya di Pasir Gudang. Ada sapa-sapa tak yang nak offer saya kerja di area Pasir Gudang? ^_^

5) Haziq pandai mengungkapkan kata-kata yang menunjukkan he's a big boy right now.
  • Haziq baru berumur 3 tahun 3 bulan, tapi dia amat bijak berbicara. Contohnya dia cakap macam ni "Mama, semalam kan, Haziq makan mi kat rumah mak, sedaaaappp". Ok, ayatnya simple sahaja, but he said it with full expression. Dan itu yang membuatkan saya makin rindu dan makin mencintainya.
  • Contoh lain : 
  • "Mama, Haziq nak baring kat Mama. Mama gosok perut Haziq macam ni tau". 
  • "Aimi tak boleh main ni. Aimi kecik lagi"
  • "Mama, Aimi nangis nak susu puting Mama. Cepatlah Mama, Aimi dah lapar".
  • "Mama, jangan cakap kuat-kuat. Aimi tidur. Aimi kan penat".
  • "Mama, Haziq berak. Mama tolong cebokkan".
  • "Mama, Haziq nak nyanyi ABC...Mama dengar tau"
  • And the list continues. Saya rasa macam Haziq dah big boy sangat dah. Tahun depan dah nak masuk tadika dah. Biarpun Haziq makin besar, tapi pada saya, dia tetap baby saya sampai bila-bila.

6) Aimi dah mula tunjuk skill
  • Aimi sekarang berumur 10 bulan. Dah mula berdiri dan lepas tangan. Saya kira ada lah dalam 10 saat dia kekal berdiri tanpa pegang apa-apa, lepas tu pada saat yang ke-11, dia jadi dah tak balance dan terus paut kat saya. In shaa Allah, ada rupa nak start jalan tu tak lama lagi. Sekarang saya dah ajar Aimi bertatih sikit-sikit.
  • Gigi sekarang ada 4 batang. Sangat suka makan. Apa orang makan, dia pun nak jugak. Kalau kita tak bagi dia makan, sampai meleleh-leleh air liur Aimi jadinya. Hihihi, my cute princess. Sekarang Aimi makan nasi panas yang diblender together dengan sayur. Memang banyak dia makan.
  • Macam biasa, langsung takleh berenggang dengan saya. Mama dan Mimi (nama manja Aimi), berpisah tiada.
  • Bila saya jauh sikit / hilang dari pandangan matanya, mulalah merengek dan menangis. Slogan saya buat masa ni "Mama sentiasa sedia berkhidmat untuk Aimi dan Haziq anak-anak Mama yang tersayang" maksudnya, anak didahulukan, lain-lain kerja tu lain kali boleh buat. Hahahaha.

Oh, panjangnya cerita. Tapi saya rasa itu ringkasan je. Hahahaha. Teruskan bersama saya. Follow me, ya?


p/s : Terima kasih kepada rakan-rakan dan pengunjung yang sudi klik iklan yang berkelip-kelip di blog saya ini. Terima kasih juga kepada yang sudi tinggalkan komen. Worry not, I will do the same for your blog, too. (Eh, apsal speaking omputeh pulak ni? Hihihihihi)

23 comments:

Mar Mansor said...

banyak betul cerita nak dikongsikan ye..mmg terliur tengok pisang goreng tu..

Kin Naz said...

pisang goreng tu nampak beshhhh la :)

Uni Aqilah said...

slurrppp!! :)

Uni Aqilah said...

memang sedappp!!

Rinah said...

pisang klu letak cheese mmg berganda kesedapannya.
tahniah dpt cash out ;)
hehe

aTieYusof Family said...

Sedapnya pisang goreng tu...hehe..
banyak aktiviti dlm seminggu ni ye... patut lama tak update..hehe:)

Rai Ourkizuna said...

wahh..banyaknya cerita.. sekarang ni harga rumah mmg mencanak canak.. alhamdulillah kan kalau berurusan dgn orang yg mudah ni.. semoga terus dipermudahkan urusan..

Mila@Rimbun said...

yummy pisang goreng....

proses beli rumah subsale ni kekadang panjang jalan ceritanya kan... bila ingat2 balik, rasanya takmo beli rumah lain dah hihi

aTieYusof Family said...

singgah Jumaat Uni..:)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

pisang goreng cheese tu memang sedap...anak2 saya suka..

Kakzakie said...

Untungnya duduk berdekatan itulah...
Bab rumah tu siapa pun nak yg terbaik kan..

Mazatul Muhamad said...

Tak pernah tgk pisang goreng camtu... tapi akak memang suke cheese :)

Norhasniza Khalid said...

amboi kak, bz nampak,... sama ler kita berdua..

Ayu Zan said...

pisang goreng tu beli mana kak?
btw, tahniah..ada dpt sponsored post ya.. best tuu

MamaHarriz said...

goodluck dgn pembelian rumah.mmg kne buat satu entri.sng nk refer nnt :)

Uni Aqilah said...

Itu baru sikit cerita. Sebenarnya ada banyak lagi. hahaha.

Uni Aqilah said...

memang panjang ceritanya mila. mau prosesnya sampai awal tahun 2014.

Uni Aqilah said...

tapi takleh kasi makan selalu tau.

Uni Aqilah said...

ye, dapat berbakti dengan orang tua, dapat jenguk diorg dengan lebih kerap berbanding bila duduk berjauhan

Uni Aqilah said...

saya pun baru je tau pasal pisang goreng cheese ni. tu pasal terlebih excited! haha

Uni Aqilah said...

mama! muncul juga akhirnya. mama lagi bz sampai satu bulan menghilang.

Uni Aqilah said...

beli kat kg pasir putih.
aah, ada dpt sponsored post. :)

Uni Aqilah said...

ye betul tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *