I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 30, 2013

Kaedah Penaksiran Sendiri Zakat

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini saya akan kongsikan tentang Kaedah Penaksiran Sendiri Zakat. Ini adalah contoh sahaja untuk panduan. Harap maklum.


Contoh yang dibuat ini adalah untuk Zakat Pendapatan. Saya buat contoh untuk seorang ibu yang bekerja dengan gaji RM3500 sebulan dan ada anak seorang. Elaun makan RM100 sebulan. Dapat bonus 2 bulan gaji, lepas tolak EPF dan SOCSO dapatlah RM6130. Ada buat bisnes online yang jumlah pendapatan setahun ialah RM1000.


Bahagian A : Pendapatan Kasar

Gaji x 12 bulan =  RM3500 x 12 bulan = RM42000
Elaun x 12 bulan  = RM100 x 12 bulan = RM1200
Bonus = RM 6130
Pendapatan Lain = RM1000
Jumlah Pendapatan (A) = RM50330


Bahagian B : Perbelanjaan Yang Dibenarkan

Sara Diri Sendiri = RM9000 (jumlah ini tetah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri). 
Isteri = RM3000 x bilangan isteri = RM0
Anak = RM1000 x bilangan anak = RM1000 x 1 = RM1000
Ibu Bapa (berdasarkan jumlah RM yang disumbangkan setahun) = RM200 x 12 bulan = RM2400
Pendidikan (berdasarkan jumlah RM yang dibayar setahun) = RM0 (sebab anak belum sekolah)
Perubatan (berdasarkan jumlah RM yang dibayar setahun) = RM500 (rawatan di klinik / hospital)
Jumlah Perbelanjaan (B) = 12900


Bahagian C : Pendapatan Dikira Zakat

Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B) = Pendapatan Dikira Zakat (C)

RM50330 - RM12900 = RM37430

* Kadar nisab untuk zakat bagi negeri Johor contohnya RM11, 668.44. Maksudnya sesiapa yang bahagian (C) tadi jumlahnya lebih daripada RM11,668.44, maka dia wajib membayar zakat.

* Nisab bermaksud jumlah minima harta yang perlu seseorang Islam miliki sebelum dia diwajibkan membayar zakat.


Bahagian D : Jumlah Zakat Setahun

Jumlah (C) x 2.5% = Jumlah Zakat Setahun (D)

RM37430 x 2.5% = RM935.75



Bahagian E : Jumlah Zakat Sebulan

Jumlah (D) / 12 = Jumlah Zakat Sebulan (E)

RM935.75 / 12 = RM77.98


Jadi di sini, jumlah zakat yang wajib dibayar ialah RM935.75 setahun dan perlu dibayar sebelum tarikh 31 Disember pada tahun tersebut. Kalau pilih nak bayar bulan-bulan, jumlahnya adalah RM77.98 pada setiap bulan.


Selepas selesai pembayaran zakat, anda akan beroleh resit yang membuktikan bahawa anda telah membayar zakat.


Diharap tutorial ringkas ini akan membantu korang yang nak buat taksiran zakat sendiri. :)

1 comment:

Mar Mansor said...

hutang ptptn, hutang kereta pulak camne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *