I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 19, 2013

Bulan 12 Sinonim Dengan Bulan Membayar Zakat

"Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu (kepada Allah)".
(Maksud Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tabrani dan Ail-Baihaqi)


"Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang yang miskin meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)"
(Maksud Surah Adz-Dzariyaat Ayat 19)


Hari ini sudah 19 Disember 2013. Berapa ramai di antara kita yang sudah membayar zakat? Kalau sudah, alhamdulillah, anda sudah melaksanakan dan menunaikan kewajipan untuk membayar zakat. Kewajipan berzakat akan menerbitkan rasa keimanan, kesyukuran, pengorbanan, penghargaan dan kasih sayang.


Untuk saya sendiri, setakat ini saya belum lagi menunaikan zakat untuk tahun 2013 ini. Tapi saya sudahpun mengambil borang Kaedah Penaksiran Zakat Sendiri di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di cawangan Pasir Gudang iaitu di Kompleks Pusat Bandar aras bawah (berdekatan dengan butik Anakku).


Mudah sahaja sebenarnya nak menunaikan zakat. Dulu saya rasa macam susah sangat nak bayar zakat ni, tapi bila dah tahu caranya, alahai, mudahnya. Mudah sangat.


Ada 2 cara nak bayar, iaitu bermula dengan membuat taksiran zakat yang perlu dibayar. Kita boleh pergi ke MAIJ dan minta mereka kirakan, atau pun kita buat taksiran sendiri. Sesudah tu, kita buat pembayaran zakat yang telah ditaksirkan, mengaminkan doa yang dibaca oleh pegawai MAIJ dan diberikan resit pembayaran. Resit pembayaran ini pula boleh digunakan untuk pengecualian cukai / e-filing yang biasanya dilakukan pada bulan April setiap tahun (bagi mereka yang bekerja makan gaji).


Tunggu entry saya yang selanjutnya ya. Saya akan share tutorial Kaedah Penaksiran Zakat Sendiri. Sangat mudah! :)

4 comments:

Norhasniza Khalid said...

alhamdulillah... :)

mawar yus said...

Pemotongan gaji terus oleh HR untuk zakat lagi senang...monthly terus deduct..

Uni Aqilah said...

:)

Uni Aqilah said...

Betul, tapi tak berani buat mcm tu. Lagi senang hati kalau pergi bayar sendiri kat pejabat kutipan zakat tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *