I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, December 20, 2013

Bank, Lawyer, EPF

Kalau nak beli rumah ni, tak kisahlah beli rumah dengan pemaju (rumah baru) atau beli dengan orang perseorangan (rumah subsale / secondhand), pasti akan melibatkan 3 pihak penting iaitu :

Pihak 1 : Bank - untuk buat loan
Pihak 2 : Lawyer - untuk Sales and Puchase Agreement (SPA)
Pihak 3 :  EPF - untuk pengeluaran wang daripada Akaun 2 bagi tujuan bayar deposit rumah


Semalam saya pergi jumpa pihak EPF. Dah siap dah semua dokumen yang diperlukan dan juga saya dah konfirm 2-3 kali dengan lawyer tentang dokumen tersebut.


Sekali cek punya cek, permohonan saya tak dapat diproses. Katanya borang KTN14A belum lengkap. Konfiuslah saya, sebab lawyer cakap semua dokumen dah complete dan dah boleh jumpa pihak EPF.


Malas nak panjang cerita, saya pergi semula ke pejabat lawyer. Saya explain pada pembantu lawyer tu (sebab lawyernya tengah busy). Dan ini jawapan pembantu lawyer itu.


"Oh Siti tak bernasib baiklah nampaknya"

"Err..tak bernasib baik? Apa maksudnya? Saya tak faham"

"Kadang-kadang walaupun dokumen tak complete, EPF boleh proses permohonan dan boleh keluarkan duit daripada akaun 2. Tapi Siti tak bernasib baiklah, sebab kali ni EPF tak boleh proses pulak sebab dokumen tak complete"

"Kalau dah tau dokumen tak complete, kenapa hari tu cakap dokumen ni dah complete dan cakap saya dah boleh pergi ke EPF?"

"Sebab tu saya cakap tadi Siti tak bernasib baik, selalunya diorang akan proses aje".


Saya rasa macam #$$#%$^$%.


Macamanalah orang ni buat kerja ye?


Jadi kesudahannya saya kenalah tunggu pihak lawyer siapkan / kumpulkan dokumen yang berkenaan tu dan lepas tu barulah saya boleh bawak semua dokumen tu ke EPF.


Kesimpulannya, terbazir begitu sahajalah cuti saya 1 hari untuk urusan EPF. Tak boleh buat apa-apa pun. Sudahnya, kami suami isteri pergi spend time kat Old Town Kopitiam di Jusco Permas.

4 comments:

Mar Mansor said...

biasala tu diorang ni..maybe ada dokumen y tak diperlukan sbb dokumen A dikira dah strong..tp dalam kes uni ni mungkin dokumen A tak strong, jadi diorang mintak dokumen B..baru complete. sabar ye.. sekarang ni memang susah sikit nak wat loan apa2 lebih2 lg kluarkan epf utk rumah..saya doakan smuanya berjalan dgn lancar..

Uni Aqilah said...

Thanks mar. lawyer cakap amik masa maksimum 4 bulan baru selesailah segala urusan jual beli rumah second hand ni. In Shaa Allah, saya sabar menunggu saat mempunyai rumah sendiri. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

awanungu said...

Tak boleh keluar ek? dari pengalaman saya selalu mintak S&P, Letter offer & salinan geran atas nama penjual dah cukup. cuba telefon semula pihak KWSP mintak kepastian. Sebab nak tunggu 14A complete memang amik masa n duit account 2 tuh selalu org keluar sbb nak bayar deposit, legal fees sebab tuh dokumen2 tuh jer dah cukup. or property yang awak beli tuh ada restriction interest ek? kena dpt consent dulu?

Uni Aqilah said...

ok, the only thing yang takde masa gi jumpa EPF tu ialah GERAN. Sabau jelah. Huhuhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *