I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, December 31, 2013

Imbas Semula Perjalanan Hidup Tahun 2013



Hari ini adalah hari terakhir pada tahun 2013, iaitu 31 Disember. Tahun ni saya rasa paling cepat berlalu, pejam celik pejam celik dah nak akhir tahun. Pejam celik pejam celik, usia juga makin meningkat. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan nyawaku. 


Sebelum melangkah ke tahun 2014 pada hari esok, mari kita lihat semula apa yang sudah saya lalui sepanjang tahun ini.


Januari
  • Selamat menunaikan semua nazar sebelum pergi bersalin.
  • Haziq sangat serasi dengan susu Gain Plus tapi hari tu pergi cuba susu lain, kesudahannya cirit birit. Terus kembali semula kepada susu Gain Plus. Dah boleh jadi duta Gain Plus dah ni.
  • Pertama kali beli smartphone guna duit bonus. Tapi taknak beli yang mahal-mahal sebab rasa sayang nak keluarkan duit sebegitu banyak hanya untuk sebijik tepon.
  • Melalui proses bersalin kali kedua iaitu melahirkan Nur Aimi Aqilah pada 16 Januari 2013. itupun overdue 4 hari. 
  • Aimi kene jaundis yang agak teruk selepas lahir sehinggakan saya berkampung semula kat hospital sebab Aimi kene dok bawah lampu biru.


Februari
  • Berpantang di rumah Mama saya. Kali ini saya ambil suplemen Shaklee dan guna produk Tanamera.

March 
  • Bawak Aimi checkup kat HSI due to high jaundice.

April 
  • Agak stress di tempat kerja. Macam-macam hal.
  • Meneruskan tugas baru sebagai bf mom.

May
  • First time mengundi iaitu Pilihan Raya ke-13.
  • Berdepan dengan masalah gemuk dan buncit selepas bersalin.
  • Adik lelaki saya bernikah.
  • Celebrate wedding anniversary di Gold Coast Morib, Banting, Selangor.

June
  • Hadiri seminar Empayar Perniagaan Internet.

July
  • Berlaku insiden yang membuatkan jantung saya seakan berhenti berdegup. Situasinya semasa shopping untuk hari raya.

August
  • Tahun ini sambut raya di rumah mertua. Pertama kali menyambut raya dengan 2 orang anak kecil. Sangat kelam kabut dan berpeluh-peluh saya dibuatnya. Takde nak bermekap bagai. Hahahaha...
  • Buat majlis hari raya di rumah. Sangat kelam kabut dan memenatkan sebab hanya saya dan suami yang sediakan semuanya di samping menjaga 2 orang anak kecil. Rasa tobat, malas dah nak host any majlis if tenaga kerja terhad plus takde orang boleh tengok-tengokkan anak.

September 
  • Dapat hadiah hari jadi yang tak disangka-sangka, sampai menangis woooo...

Oktober
  • Pertengahan bulan, saya nekad berhenti mengepam susu di ofis kerana badan ini sudah rasa tidak larat lagi. Breastfeeding is quite demanding. Walaupun berhenti pam susu, saya masih teruskan bf Aimi secara direct.
  • Aimi warded kat HSI due to viral fever. Maka saya EL selama 4 hari. Citer pasal EL ke, AL ke, memang tak best lah. Sapa yang memang follow blog saya, pasti korang faham kan?

November
  • Suami saya menjalani pembedahan di bahagian lutut, tidak begitu serius tapi doktor belum benarkan dia bekerja dan dapat mc. Bila suami sakit, semua urusan rumahtangga menjadi tanggungjawab saya. Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk menghadapinya.
  • Bermula urusan pembelian rumah.

Disember
  • Rasa agak letih dengan tanggungjawab rumahtangga. Suami masih belum sihat sepenuhnya. Maka entry blog pada bulan ini sangatlah sedikit sebab saya takde masa nak berblogging.
  • Di tempat kerja, saya dipindahkan ke workstation baru. Sebelum ni kat ofis, sekarang dipindahkan ke bahagian plant. Sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan besar ini.
  • Tamat sudah pembayaran bulanan untuk kereta saya. Bebas!


Satu perkataan yang boleh saya simpulkan untuk tahun 2013 ini adalah "penat". Ye, saya betul-betul rasa penat dengan urusan keluarga, kerja, diri sendiri, rumah dan macam-macam lagi. Agak kerap juga saya diserang gastrik pada tahun ini. Badan pun selalu rasa letih-letih. Mungkin sebab saya menyusu badan dan Aimi pula jenis yang tak boleh berenggang dengan saya. Harus melekat 24 jam. My princess lah katakan. :)


Selamat tinggal tahun 2013, banyak sungguh pengajaran dan kenangan yang terlakar pada tahun ini.


Harapan saya semoga tahun baru 2014 ini, pengurusan masa saya akan menjadi lebih baik, apatah lagi tahun depan Haziq akan masuk tadika, maka pengurusan masa bukan lagi menjadi penting, tapi sudah menjadi SUPER KRITIKAL. Moga mental dan fizikal saya terus kuat bekerja dari segenap penjuru.


Selamat datang tahun baru 2014. Ya Allah, panjangkanlah umurku, suami dan anak-anakku, ibu bapaku, ibu bapa mertuaku dan semua insan yang ku sayang serta lindungilah mereka di mana jua mereka berada. Amin... 

Bila Tukar Template, Nuffnang Ads Pun Hilang

Baru saya tau, rupanya bila tukar template blog, nuffnang ads pun akan hilang sebab kod html dah berubah. Jadi setiap kali tukar template, kena add in nuffnang ads sekali lagi supaya iklan sentiasa appear kat blog kita ni.


Ads yang hilang tu adalah yang jenis Leaderboard (atas blog) dan Large Rectangle (selepas setiap entry terkini di blog).


Sebab sebelum ni saya guna template apa entah, background pink. Bila asyik tengok pink je, mata sendiri pun pening. So saya tukar template lain yang lebih simple, background putih, font color hitam. Senang dan tak sakit mata membacanya.


So kepada yang suka tukar-tukar template tu, jangan lupa add in nuffnang ads setiap kali blog korang bertukar template ya.

Monday, December 30, 2013

Kaedah Penaksiran Sendiri Zakat

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini saya akan kongsikan tentang Kaedah Penaksiran Sendiri Zakat. Ini adalah contoh sahaja untuk panduan. Harap maklum.


Contoh yang dibuat ini adalah untuk Zakat Pendapatan. Saya buat contoh untuk seorang ibu yang bekerja dengan gaji RM3500 sebulan dan ada anak seorang. Elaun makan RM100 sebulan. Dapat bonus 2 bulan gaji, lepas tolak EPF dan SOCSO dapatlah RM6130. Ada buat bisnes online yang jumlah pendapatan setahun ialah RM1000.


Bahagian A : Pendapatan Kasar

Gaji x 12 bulan =  RM3500 x 12 bulan = RM42000
Elaun x 12 bulan  = RM100 x 12 bulan = RM1200
Bonus = RM 6130
Pendapatan Lain = RM1000
Jumlah Pendapatan (A) = RM50330


Bahagian B : Perbelanjaan Yang Dibenarkan

Sara Diri Sendiri = RM9000 (jumlah ini tetah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri). 
Isteri = RM3000 x bilangan isteri = RM0
Anak = RM1000 x bilangan anak = RM1000 x 1 = RM1000
Ibu Bapa (berdasarkan jumlah RM yang disumbangkan setahun) = RM200 x 12 bulan = RM2400
Pendidikan (berdasarkan jumlah RM yang dibayar setahun) = RM0 (sebab anak belum sekolah)
Perubatan (berdasarkan jumlah RM yang dibayar setahun) = RM500 (rawatan di klinik / hospital)
Jumlah Perbelanjaan (B) = 12900


Bahagian C : Pendapatan Dikira Zakat

Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B) = Pendapatan Dikira Zakat (C)

RM50330 - RM12900 = RM37430

* Kadar nisab untuk zakat bagi negeri Johor contohnya RM11, 668.44. Maksudnya sesiapa yang bahagian (C) tadi jumlahnya lebih daripada RM11,668.44, maka dia wajib membayar zakat.

* Nisab bermaksud jumlah minima harta yang perlu seseorang Islam miliki sebelum dia diwajibkan membayar zakat.


Bahagian D : Jumlah Zakat Setahun

Jumlah (C) x 2.5% = Jumlah Zakat Setahun (D)

RM37430 x 2.5% = RM935.75



Bahagian E : Jumlah Zakat Sebulan

Jumlah (D) / 12 = Jumlah Zakat Sebulan (E)

RM935.75 / 12 = RM77.98


Jadi di sini, jumlah zakat yang wajib dibayar ialah RM935.75 setahun dan perlu dibayar sebelum tarikh 31 Disember pada tahun tersebut. Kalau pilih nak bayar bulan-bulan, jumlahnya adalah RM77.98 pada setiap bulan.


Selepas selesai pembayaran zakat, anda akan beroleh resit yang membuktikan bahawa anda telah membayar zakat.


Diharap tutorial ringkas ini akan membantu korang yang nak buat taksiran zakat sendiri. :)

Tukar Header Baru Sempena Nak Masuk Tahun Baru

Feeling nak masuk tahun baru, sinonim dengan nak buat perubahan. Dari segi blog tersayang ni, benda pertama yang saya buat perubahan adalah dengan menukar header blog. Saya ni bukanlah jenis yang rajin sangat nak godek sana nak godek sini.


Tapi bila saya dah godek tu, pasti ada sebabnya dan bukan sebab sekadar saja-saja nak godek demi mengisi masa lapang (sekarang susah betul nak jumpa masa lapang, sebab setiap masa sekarang adalah sangat berharga!).


Ini header lama :



Header ini diupdate pada bulan April 2012. Masa ni Haziq berumur 1 tahun 8 bulan. Daripada banyak-banyak gambar, saya pilih gambar ini sebagai header kerana Haziq merupakan sumber inspirasi paling utama bagi saya untuk ada sebuah blog peribadi.


Sebagai anak yang sulung, banyak kenangan "pertama" tercipta bersama Haziq. Contohnya, pertama kali pregnant, pertama kali morning sickness, pertama kali melalui pengalaman di labour room, pertama kali sakit bersalin, pertama kali cium dan dakap Haziq sebaik sahaja dilahirkan dan 1001 lagi kenangan pertama bersama Haziq yang akan jadi kenangan manis saya sampai bila-bila.


Ini pula header baru sempena tahun 2014.



Ahli keluarga dah bertambah seorang, syukur alhamdulillah dengan kelahiran Aimi pada Januari 2013 yang lalu dan itulah sebabnya saya rasa saya mesti tukar header blog. Nanti kecik ati Aimi tengok muka dia takde kat header blog Mama dia. Hehehe...


Masih lagi mengekalkan tagline "I Love You... You Love Me... We Are Happy Family". Lagu ini adalah lagu yang sentiasa saya nyanyikan semasa dalam perjalanan nak pergi hantar Haziq ke rumah babysitter (dulu-dulu) dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah lepas abis kerja. Haziq pula seronok bila saya nyanyi lagu ni, siap goyangkan kepala, goyangkan tangan dan nyanyi ikut yang mana dia boleh.


Ada juga nyanyi lagu-lagu lain beserta zikir dan nasyid, tapi lagu ini yang begitu terkesan di hati saya, walaupun cukup ringkas senikatanya.


I love you
You love me
We are happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too


Apa perubahan yang korang buat pada blog sempena tahun baru? :)

Pencarian Bloglist Bulan Januari 2014



Jom join ramai-ramai. Klik kat bawah ye :



Saturday, December 28, 2013

Berpindah Ke Ofis Baru - Apa Perasaan Saya?

Semalam adalah hari saya berpindah ke ofis baru. Saya masih lagi bekerja di syarikat yang sama, cuma berpindah workstation sahaja. Disebabkan hari ini hari kerja half day, saya dan colleague masih belum sempat unpack semua fail-fail untuk disusun di kabinet sebab kami sibuk dengan kerja dan persiapan untuk mesyuarat Isnin nanti.


Hari ini saya nak share sikit tentang apa perasaan dan review saya tentang berpindah ke ofis baru. Ini pendapat peribadi saya dan tidak mewakili organisasi atau individu di tempat saya bekerja ye. Saya buat dalam bullet point supaya senang korang nak faham apa yang saya nak sampaikan. Hehehehe...


Workstation Lama
  1. Lokasi - workstation saya di main building company first floor. 
  2. Suasana - ramai orang, ramai kawan, meriah. Aircond sejuk, pengudaraan yang baik.
  3. Dari segi kerja - senang nak berjumpa dengan orang sebab kebanyakannya duduk kat main office. Mana-mana yang kat plant tu, kita boleh jumpa je kat main office, terutamanya pada waktu petang.
  4. Dari segi pakaian - sebab saya duduk kat office, selalunya saya pakai baju kurung dan kasut.
  5. Dari segi kemudahan - di main office ada pantry, toilet, ada printing dan photostat machine yang besar gedabak tu, dekat dengan surau dan kantin, dekat dengan parking lot kereta saya.


Workstation Baru
  1. Lokasi - workstation saya di sebuah bilik / ofis kecil di plant di first floor.
  2. Suasana - hanya 3 orang di sini, senyap dan sunyi. Aircond agak panas, pengudaraan yang tak berapa baik.
  3. Dari segi kerja - kalau nak jumpa orang, saya kena pergi menapak ke main office. Kalau orang nak jumpa saya, pun diorang tunggu saya pergi ke main office. Saya jangkakan ada sedikit delay in work bila jadi macam ni.
  4. Dari segi pakaian - sebab saya duduk di area plant, saya perlu pakai safety jacket, helmet dan safety shoes setiap masa. Cuma yang syoknya, boleh pakai jeans setiap hari. Disebabkan saya pakai jacket, boleh pakai tshirt je kat dalam. Tak perlu fikir nak pakai apa setiap kali bangun pagi nak pergi kerja.
  5. Dari segi kemudahan - tiada pantry, toilet jauh, ada printing dan photostate machine 3 in 1 bukan yang besar gedabak tu, jauh dari surau, kantin dan parking lot kereta saya.

Kelebihan Apabila Berpindah ke Workstation Baru
  1. Akan lebih fokus terhadap kerja sebab cuma 3 orang je kat sini, kurang nak berborak, tak macam masa kat main office dulu.
  2. Kurang sikit dengar gosip-gosip (hahahahaa..)
  3. Tak perlu share printing dan photostate machine dengan ramai orang, in Shaa Allah kurang risiko rosak atau hang.

Keburukan Apabila Berpindah ke Workstation Baru
  1. Aircond panas, pengudaraan tak berapa baik, rasa stuffy dan lemas dalam bilik ni. Huhuhuhu..
  2. Tiada pantry, maka tiada air untuk diminum, takde air panas kalau tetiba lapar and rasa nak minum milo. Tak dapat nak rehat bila tiba waktu rehat. Saya ni dahla ada gastrik, perlu kerap makan walaupun sikit.
  3. Kalau nak gerak ke mana-mana, perlu pakai safety shoes. Agak berat dan sakit kaki rasanya.
  4. Setiap kali nak pergi toilet, kena pakai complete PPE (Personal Protective Equipment) iaitu jacket, helmet dan safety shoes. Kena turun tangga dan berjalan menuju ke building sebelah hanya untuk menunaikan hajat. Dah sudah tu, pusing balik je ofis. Very time consuming. So kene jaga makan supaya tak cirit birit (toilet jauh tuuuuu).
  5. Sampah dikutip hanya seminggu sekali. So kalaulah saya makan biskut ke, roti ke coklat ke, maka bungkusan makanan tu akan dikutip seminggu sekali. Mau bersemut dan berulat. Geli tau. 

Cara Mengatasi Keburukan Tersebut
  1. Keep on following up dengan Maintenance Dept. untuk setelkan bab aircond yang panas ni. Tadi diorg datang cek, katanya gas dalam aircond tu dah abis, Isnin baru contractor datang to do the job. Ok, tunggulah sampai Isnin sampai diorang buat keje tu sampai siap sampai aircond sejuk. Hahahaha.. Tapi bab poor ventilation tu, tak tau nak buat macamana. Ventilator fan tu ada, tapi memandangkan bilik ni kecik dan cuma ada tingkap kecik di atas which is kita tak nampak apa yang berlaku di luar, still saya rasa lemas. Dahlah ada tekanan darah rendah, cepat je rasa pening melayang.
  2. Angkutlah botol air dan termos dari rumah, isi air kat pantry dan angkutlah ke plant. Bila waktu rehat, buatlah air secawan. Bila nak basuh, toilet pulak jauh. 
  3. Terfikir nak beli safety shoes yang baru yang lebih selesa bila pakai. Tapi perlukah? Selagi boleh bertahan, pakai jelah apa yang ada. Banyak lagi urusan penting yang perlu pakai duit.
  4. No idea. Terpaksa lah sesuaikan diri.
  5. Bawak bungkusan makanan tu ke kantin atau pantry dan buang kat sana. Oh yeahh!!

Pada saya, yang saya paling kisah sangat adalah :

  1. Problem aircond maklumlah aircond lama. Bilik tu macam confined space, so stuffy, lemaslah.
  2. Toilet yang jauh sangat-sangat dari workstation saya.

Tapi, takde apa yang boleh saya buat. Semua ni di luar kawalan saya. Apa yang boleh saya buat, ialah belajar menyesuaikan diri dan belajar menyukai workstation baru ni. 


p/s : Korang, please jangan tanya kenapa saya dipindahkan ke workstation baru ni, sebab alasan perpindahan ini sebenarnya sangat menjengkelkan. Huhuhuhu....

Friday, December 27, 2013

Saya Ada Blog Baru, Marilah Lawat Blog Saya, Kalau Follow, Lagi Saya Suka!

Bismillahirrahmanirrahim.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Mengambil keberkatan hari Jumaat 27 Disember 2013 ini, saya di sini dengan sukacitanya ingin mengumumkan akan blog saya yang baru iaitu "Jana Wang Dengan Bisnes Online" di SINI


Blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikan di sana sini namun alhamdulillah, sudah pun mula menjana pendapatan melaluinya, sesuailah dengan tajuk blog tersebut. Hehehe...


Di sana saya berkongsi sedikit sebanyak tentang cara menjana pendapatan dengan menggunakan blog dan fan page sebagai kedai online. Juga ada disediakan Kelas Asas Blog, Penulisan dan Fan Page khusus untuk mereka yang ingin berniaga secara online.


Selain daripada itu, jika anda semua ada bisnes/produk/servis yang ingin diiklankan, boleh beriklan di SOHO Directory yang disediakan.


Bagi anda yang mendaftar masuk ke Kelas Asas Blog, Penulisan dan Fan Page, anda akan mendapat 4 ebook menarik bertajuk :

1) Belajar Asas Blog
2) Super WAHM, Super Mom
3) Mula Bisnes Butik Online / Offline
4) 101 Idea Home Bases Business


Serta layak mengiklankan bisnes / produk / servis anda di SOHO Directory secara PERCUMA selama setahun. Juga dapat menyertai kumpulan sokongan untuk terus mendapat motivasi dan network dalam perkongsian ilmu dan perniagaan di alam maya.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi ke tahun 2014. Usah tangguhkan masa untuk mencuba, merancang dan mengusahakan sesuatu perkara yang anda minati.


**********************************


Saya sangat-sangat hargai jika selama ini rakan-rakan yang menyokong dan mengikuti saya di blog www.mystorymory.com, dapat terus menyokong dan mengikuti saya di blog yang baru iaitu di www.munirahmalek.com. (eh, terbesar pulak size ayat ni, tapi kalau korang faham maksud saya, hehehhee... sukanya saya...saya saaaaaaaaaayanggggggg korang semua!!)


Jangan risau, blog mystorymory ni akan terus kekal sebab kat sinilah ruang untuk saya pot pet pot pet tentang life saya sehari-hari. Kat blog munirahmalek tu lebih kepada perkongsian secara ilmiah gitu. Bahasa pun ala-ala Bahasa Melayu formal kat sekolah, namun tetap mengamalkan konsep santai. Mana boleh stress-stress bila berblogging ni kan kan kan...


So, pada sesapa yang nak belajar cara buat blog dan fan page sebagai kedai online, cara nak jual produk dengan betul, cara nak menulis dengan betul, nak iklankan produk yang korang jual, atau nak beli ebook sebagai panduan, boleh layari blog saya di SINI


Sekian, terima kasih. :)

Friday, December 20, 2013

Topik Perbualan Berubah Seiring Dengan Peningkatan Usia Perkahwinan

Petang semalam saya dan suami pergi spend time di Old Town Kopitiam di Jusco Permas.


Sambil minum dan makan, kami berborak-borak.


"Abg, dah lama kita tak cerita tentang kita"

"Ye sayang, belum sempat nak cerita tentang kita, Haziq dah cakap - Mama, Haziq berak, tolong ganti pampers"

Dan saya terus gelak berdekah-dekah.


"Abg, kalau malam-malam lepas anak dah tidur, boleh lah kita cerita tentang kita"

"Abg boleh. Tapi sayang boleh ke? Sebab sayang baru gerak sikit je tapi Aimi dah terjaga sebab miss n dah beralih kedudukan, dah takde dalam mulut dia"

Dan saya terus gelak berdekah-dekah. Nasib baik tak bergegar Old Town tu.


"Abg, ok sekarang kita 2 orang je. Jomlah kita cerita tentang kita, abang sayang sayang tak"

"Ye, abg sayang. Sayang bucuk abang ni"

"Hujung minggu ni jomlah kita pergi jalan-jalan. Dah lama tak jalan-jalan dengan abg. Raon-raon dalam kereta je pun takpe"

"Hujung minggu ni? Tapi kan sayang cakap nak pergi bayar yuran kat tadika Haziq. Pastu ada jemputan kenduri kahwin, kenduri berkhatan, kenduri kesyukuran, bla bla bla..."

"Aah la. Lupa pulak. So hari Sabtu nanti kita nak gerak pukul berapa?"

"Tak kisahlah"

"Eh bang, lupa pulak, kan kena amik gambar passport Haziq. Cikgu cakap kene bagi gambar passport masa nak bayar yuran nanti"

"Yelah, so bila nak pergi kedai gambar tu? Nak Haziq pakai baju mana?"

"Baju kolar la. Rasanya yang kolar hitam tu ok kot. Tapi muka mesti bedak tau"


Bla

Bla

Bla

Bla

Bla


"Abg, tadi cakap nak cerita tentang kita? Sekarang dah cerita pasal kenduri lah, gambar pasport lah, yuran lah, cuci kereta lah, barang dapurlah, epf lah, renovate lah, bila nak cerita tentang kita ni?"


Terus suami saya gelak berdekah-dekah. Nasib baik tak bergegar Jusco Permas.


Saya pun gelak berdekah-dekah sama.


Hahahahahahaha....


*******************


Inilah kehidupan selepas perkahwinan. Dulu masa-masa awal kahwin, memang tak putus-putus ungkap rasa kasih sayang cintan cintun madah pujangga dan yang sewaktu dengannya. Pastu bila dah setahun kahwin tapi tak dapat anak, sibuk cerita pasal cara nak dapat anak. Berubat sana, supplemen sini. Pastu bila dah dapat anak, cerita pasal taska dan babysitter. And the list continues.


Topik perbualan sememangnya akan berubah seiring dengan peningkatan usia perkahwinan. Tapi topik ini takkan sama untuk setiap pasangan. Macam kami, masa mula-mula kahwin, kami fikir nak menyewa rumah dulu baru nak beli rumah. Ada orang, dah kahwin je terus masuk rumah baru yang dibeli. Ada orang, lepas kahwin nak merancang dulu, 2 tahun lepas kahwin baru bersedia nak dapat anak. Ada orang lepas kahwin, terus bunting pelamin. Ada orang tak fikir pun pasal anak, kalau ada rezeki, alhamdulillah, kalau belum tiba rezeki, terus bersabar.


Namun, dalam kesibukan harian, saya dan suami masih punya masa untuk bergurau senda sesama kami. Itulah terapi kami suami isteri. :)

Dear husband, i love you so much... :)

Bank, Lawyer, EPF

Kalau nak beli rumah ni, tak kisahlah beli rumah dengan pemaju (rumah baru) atau beli dengan orang perseorangan (rumah subsale / secondhand), pasti akan melibatkan 3 pihak penting iaitu :

Pihak 1 : Bank - untuk buat loan
Pihak 2 : Lawyer - untuk Sales and Puchase Agreement (SPA)
Pihak 3 :  EPF - untuk pengeluaran wang daripada Akaun 2 bagi tujuan bayar deposit rumah


Semalam saya pergi jumpa pihak EPF. Dah siap dah semua dokumen yang diperlukan dan juga saya dah konfirm 2-3 kali dengan lawyer tentang dokumen tersebut.


Sekali cek punya cek, permohonan saya tak dapat diproses. Katanya borang KTN14A belum lengkap. Konfiuslah saya, sebab lawyer cakap semua dokumen dah complete dan dah boleh jumpa pihak EPF.


Malas nak panjang cerita, saya pergi semula ke pejabat lawyer. Saya explain pada pembantu lawyer tu (sebab lawyernya tengah busy). Dan ini jawapan pembantu lawyer itu.


"Oh Siti tak bernasib baiklah nampaknya"

"Err..tak bernasib baik? Apa maksudnya? Saya tak faham"

"Kadang-kadang walaupun dokumen tak complete, EPF boleh proses permohonan dan boleh keluarkan duit daripada akaun 2. Tapi Siti tak bernasib baiklah, sebab kali ni EPF tak boleh proses pulak sebab dokumen tak complete"

"Kalau dah tau dokumen tak complete, kenapa hari tu cakap dokumen ni dah complete dan cakap saya dah boleh pergi ke EPF?"

"Sebab tu saya cakap tadi Siti tak bernasib baik, selalunya diorang akan proses aje".


Saya rasa macam #$$#%$^$%.


Macamanalah orang ni buat kerja ye?


Jadi kesudahannya saya kenalah tunggu pihak lawyer siapkan / kumpulkan dokumen yang berkenaan tu dan lepas tu barulah saya boleh bawak semua dokumen tu ke EPF.


Kesimpulannya, terbazir begitu sahajalah cuti saya 1 hari untuk urusan EPF. Tak boleh buat apa-apa pun. Sudahnya, kami suami isteri pergi spend time kat Old Town Kopitiam di Jusco Permas.

Thursday, December 19, 2013

Bulan 12 Sinonim Dengan Bulan Membayar Zakat

"Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu (kepada Allah)".
(Maksud Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tabrani dan Ail-Baihaqi)


"Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang yang miskin meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)"
(Maksud Surah Adz-Dzariyaat Ayat 19)


Hari ini sudah 19 Disember 2013. Berapa ramai di antara kita yang sudah membayar zakat? Kalau sudah, alhamdulillah, anda sudah melaksanakan dan menunaikan kewajipan untuk membayar zakat. Kewajipan berzakat akan menerbitkan rasa keimanan, kesyukuran, pengorbanan, penghargaan dan kasih sayang.


Untuk saya sendiri, setakat ini saya belum lagi menunaikan zakat untuk tahun 2013 ini. Tapi saya sudahpun mengambil borang Kaedah Penaksiran Zakat Sendiri di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di cawangan Pasir Gudang iaitu di Kompleks Pusat Bandar aras bawah (berdekatan dengan butik Anakku).


Mudah sahaja sebenarnya nak menunaikan zakat. Dulu saya rasa macam susah sangat nak bayar zakat ni, tapi bila dah tahu caranya, alahai, mudahnya. Mudah sangat.


Ada 2 cara nak bayar, iaitu bermula dengan membuat taksiran zakat yang perlu dibayar. Kita boleh pergi ke MAIJ dan minta mereka kirakan, atau pun kita buat taksiran sendiri. Sesudah tu, kita buat pembayaran zakat yang telah ditaksirkan, mengaminkan doa yang dibaca oleh pegawai MAIJ dan diberikan resit pembayaran. Resit pembayaran ini pula boleh digunakan untuk pengecualian cukai / e-filing yang biasanya dilakukan pada bulan April setiap tahun (bagi mereka yang bekerja makan gaji).


Tunggu entry saya yang selanjutnya ya. Saya akan share tutorial Kaedah Penaksiran Zakat Sendiri. Sangat mudah! :)

Body Massage - Hilangkan Penat, Hilangkan Stress, Hilangkan Lenguh

Malam tadi badan saya diurut oleh seorang tukang urut professional. Urut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Nikmatnya alahai.... Actually dah 2-3 minggu saya mengadu kat suami yang badan saya ni letih sangat-sangat. Beberapa hari lepas pulak, sakit kat urat belikat belah kanan ni. Puncanya, sebab menyusu badan sambil mengiring masa nak tido malam.


Memang tiap-tiap malam pun menyusu Aimi setiap kali nak tidur. Dah puas belah kiri, tukar ke belah kanan pulak. Begitulah bergilir-gilir hingga ke pagi. Memang agak letih sebenarnya bila menyusukan anak. Tapi itu bukan alasan untuk saya berhenti menyusu. Yang penting, once in a while, saya perlu ruang dan masa untuk body massage. Alhamdulillah, suami sangat memahami.


Kalau ikutkan rancangan, sepatutnya saya pergi ke rumah tukang urut tu malam tadi. Means, urut kat rumah dia. Tapi tak taulah apa halnya, tukang urut cakap nak datang ke rumah saya. Saya pun ok aje. Lagi senang sebab tak payah keluar rumah nak drive ke rumah dia.


Tukang urut sampai kat rumah saya dalam pukul 8 lebih. Terus kami naik ke tingkat atas. Untuk makluman, tukang urut ni adalah tukang urut yang sama yang urut saya selepas bersalinkan Aimi awal tahun ni. Saya memang suka urut dengan dia. Adik saya yang bersalin bulan 3 tahun ni pun amek pakej urutan lepas bersalin dengan dia. Mak saya pula amik pakej body massage dengan dia. Semua pun sangat puas hati.


Mula-mula dia urut di bahagian kaki (belakang) dan bahagian badan (belakang) saya. Fuh, memang banyak angin kat badan saya ni. Urat-urat semua dah keras ketung. Itulah sebabnya saya nak sangat berbody massage. Nikmatnya tak terkata. Satu badan saya ni diurutnya termasuklah dada, muka dan kepala. Ringan rasa badan tau!


Untuk sesapa yang ada masalah susu badan tak keluar lepas bersalin, salur susu tersumbat dan sebagainya, saya cadangkan baik korang pergi cari tukang urut. Pengalaman saya, bila tukang urut ni urut badan saya kat belakang badan dan miss b tu (masa dalam pantang), susu keluar memancut-mancut punyalah banyak! Terkejut dan ternganga saya masa tu tau sebab ini adalah satu "pemandangan" baru yang tak pernah saya lihat seumur hidup saya. Cuma malam tadi, saya tak mintak tukang urut tu urut kat miss b ni sebab sekarang pengeluaran susu dah memang lancar.


Selepas dah diurut selama sejam lebih, badan saya rasa lebih bertenaga dan lebih segar. Ringan je rasa badan ni. Pastu terus rasa nak terkencing (tukang urut tu cakap tu pembuangan toksin). Suami tengok saya pun dia happy, katanya saya nampak sangat segar dan sangat bertenaga selepas diurut.


Pada saya, kita orang perempuan ni sekali sekala harus diurut dan dimanjakan. Bukan apa, keje kita ni memang penat memang menuntut banyak tenaga. Tak kisahlah kita ni suri rumah tangga sepenuh masa ke, atau suri yang berkerjaya ke, memang badan kita ni perlu diurut. Kalau yang menyusukan anak tu, lagi harus extra urutnya sebab menyusukan anak memang menuntut tenaga yang banyak.


Apatah lagi kalau lepas bersalin, urat-urat semua dah tegang sebab "berperang" dengan sakit contraction, tegang sebab menanggung baby dalam perut selama 9 bulan, maka tukang urut akan urut kat pangkal paha tu dan masa tu korang akan taulah betapa sakit dan sengalnya kat situ. Tapi lepas dah urut, pasti akan rasa lega dan selesa.


Okey, kalau sesiapa berminat nak dapatkan perkhidmatan tukang urut ni, boleh e-mail kat saya ye. Saya tak publish nama or fon num dia kat sini. Tapi, one thing for sure, perkhidmatan urutan dia memang terbaikkk!!!! :)

Tuesday, December 17, 2013

SOHO - Small Office Home Office Impian Saya

Malam tadi saya meluangkan sedikit masa untuk mengemas SOHO (small office home office) saya. Itupun selepas saya sudah menidurkan anak-anak dan sesudah memastikan mereka tidur lena, barulah saya memulakan aktiviti saya. 

SOHO saya merupakan sebuah bilik di rumah saya yang saya khususkan untuk segala aktiviti penulisan dan pembacaan saya. Bilik ini tidaklah begitu besar, tidak juga begitu kecil, bagi saya sederhana sahaja namun ia amat-amat selesa buat saya.

Apa yang ada di dalam SOHO saya ini? Pastinya ada sebuah kerusi ergonomik empuk berwarna biru, ini kerana saya ingin mengelakkan rasa sakit belakang sekiranya duduk terlalu lama. Juga ada sebuah meja tulis stail pejabat. Di atasnya ada laptop, alatulis, buku-buku dan alatan yang berkaitan, termasuklah barang-barang kraftangan saya. 

Selain daripada itu, ada sebuah kipas berdiri di dalam SOHO ini, juga dilengkapi dengan sebuah rak buku yang saya letakkan bahan-bahan bacaan dan fail-fail. Ada juga sebuah printer berdekatan dengan rak buku tersebut.

Itulah dia SOHO saya buat masa ini. Agak ringkas, tiada sebarang hiasan yang sarat-sarat. Namun, di sinilah tempat saya berkarya.

Satu masa nanti, saya bercadang ingin membeli sebuah wing chair untuk saya letakkan di SOHO ini. Saya beroleh inspirasi untuk meletakkan wing chair, semasa saya mendapatkan pemeriksaan bulanan kehamilan di Hospital Penawar, Pasir Gudang pada tahun lepas.

Wing chair di sana empuk-empuk dan gebu sungguh, terus hati rasa teringin nak memilikinya walaupun cuma sebuah. Dapat saya bayangkan yang saya duduk dan bersandar di wing chair sambil membaca buku-buku kegemaran sambil minum Milo panas, untuk melepaskan lelah selepas bertungkus lumus memerah otak untuk bisnes saya. Aduh, nikmatnya!

Saya seorang yang ringkas, begitulah juga hasilnya di SOHO saya. Ringkas saja susun aturnya. Biarlah ringkas, kerana saya tidak mahu berlebih-lebih dalam menghias. Pada saya, yang penting adalah hasil akhir (outcome) daripada SOHO itu.

Alhamdulillah, setakat ini, SOHO saya telah menghasilkan pendapatan yang sedikit sebanyak dapat membantu saya menambah simpanan di bank, membeli susu dan pampers anak, menyelesaikan bil-bil, makan sedap-sedap di restoran dan shopping serba sedikit. 

Moga-moga impian saya untuk menambah sebuah wing chair di SOHO saya akan tercapai tidak lama lagi!

Saturday, December 7, 2013

Satu Minggu Tak Update Blog, Apa Cerita?

Lamanya saya tak update blog ni. Rindu yang teramat sangat. Apatah lagi, banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Sebelum saya mula berstorymory, jemput tengok gambar menu minum petang saya dan suami hari ni.

Goreng pisang special!
Menu petang hari ini suami belikan goreng pisang special. Apa yang specialnya? Special sebab goreng pisang ni ditabur dengan keju yang diparut halus-halus, pastu letak chocolate rice dan juga susu manis serta serbuk milo sikit. Sebungkus banyak macam ni, harganya cuma RM3. 


Tak taulah untung ke tak peniaga tu jual RM3, pada saya macam murah gitu. Tapi gerainya memang tak putus-putus dengan pelanggan yang datang bertali arus.  Ini kali kedua saya makan goreng pisang ni. First time makan masa saya berkunjung ke rumah adik ipar. Punyalah suka saya makan masa tu. Hehehehe...


Sebelum korang cakap apa-apa, saya bagitau dulu yang menu minum petang ni pada saya termasuk dalam kategori "tidak sihat". Pisang digoreng secara deep fry, letak pulak cheese, chocolate rice dan susu manis siap milo lagi tu, memang tak sihat pun. Tapi sesekali makan apalah salahnya kan. Teringin....


Ok, satu minggu tak update blog ni, apa cerita? Well, saya masih lagi dengan rutin yang sama, cuma kali ini lebih sibuk. Baru-baru ini kan suami saya baru je dioperate kat lutut dia, so kami memang duduk kat rumah jelah setiap hujung minggu. Banyak urusan pun tergendala sebab saya tak boleh tinggalkan anak-anak untuk suami jaga sebab dia sendiri pun perlu dijaga dalam keadaan yang tak sihat tu. 


3 minggu lamanya kami sekeluarga berkampung di rumah Mama saya, sebab bila suami sakit, saya perlukan bantuan ahli keluarga lain dalam saya menguruskan rumahtangga. Jauh di sudut hati, saya bersyukur sebab duduk dekat dengan rumah ibu bapa. Apa-apa hal, senang nak minta bantuan vice versa. Bila saya perlukan bantuan, ibu bapa ada. Bila ibu bapa perlukan bantuan, saya ada untuk mereka. 


Cukup 3 minggu, kami balik ke rumah kami pula. Rasa macam lama sangat tinggalkan rumah. Rindu pula rasanya.


Cerita terkini :

1) Urusan pembelian rumah
  • 25 November 2013 yang lepas, saya pergi berjumpa lawyer. Ini langkah kedua selepas saya berjumpa bank dan mendapatkan letter offer (surat loan approved). Lawyer yang saya jumpa ni muda lagi orangnya, tapi sangat baik dan terangkan satu persatu setiap dokumen yang perlu ditandatangani dan the whole process of buying a house. Bersyukur sangat saya dan suami bila berurusan dengan lawyer tersebut. 
  • Semalam 6 Disember 2013, saya call EPF HQ di KL untuk konfemkan senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran wang di Akaun 2 EPF saya untuk tujuan pembelian rumah. Pun staff yang jawab call ni sangat baik dan sangat jelas penerangannya. Saya sangat suka berurusan dengan orang-orang yang sebegini kerana kelancaran dan kejelasan dalam komunikasi amat penting supaya tiada salah faham bagi mana-mana pihak. 
  • Memandangkan saya beli rumah second house (saya tak mampu nak beli rumah baru kat area sini sebab paling murah pun nak jejak harga RM400K. Tak kisahlah rumah second hand pun yang penting saya ada rumah yakni harta sendiri), maka pihak EPF perlukan geran rumah pula. Jadi itu pihak tuan rumahlah kena berurusan dengan bank / pejabat tanah pula.
  • Bila selesai yang pihak tuan rumah tu, barulah saya akan pergi ke EPF JB ni untuk serahkan semua dokumen yang diperlukan.
  • In shaa Allah saya akan update satu label berkaitan pembelian rumah ni. Senang untuk rujukan saya di kemudian hari, juga senang untuk rakan-rakan yang baru pertama kali nak beli rumah.

2) Kindergarten hunting
  • Tahun depan Haziq akan berumur 4 tahun. Jadi saya plan nak masukkan Haziq ke tadika. Khamis lepas 5 November 2013 kami pergi ke Tadika Nuri di Taman Bukit Dahlia, pergi berjumpa cikgu untuk dapatkan maklumat lanjut. Panjang ceritanya. Nanti saya cerita ok.
  • Minggu depan pulak sambung lagi kindergarten hunting ke Tadika Addin.

3) Dapat cek daripada Nuffnang
  • Alhamdullah, rezeki dari Yang Maha Esa. Pertama kali terima cek daripada aktiviti pengiklanan dan sponsored post from Nuffnang. Berapa jumlahnya? Nanti saya cerita ok. Sabar menunggu tau.

4) Dapat job offer lagi
  • Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya dapat satu lagi job offer. Tapi setelah ditimbang tara sehabis baik, saya tolak tawaran tersebut dengan sebaiknya. Salah satu faktor, sebab jauh dengan rumah. 
  • Sebenarnya saya memang sedang mencari peluang kerja yang lebih baik, namun semestinya di Pasir Gudang. Ada sapa-sapa tak yang nak offer saya kerja di area Pasir Gudang? ^_^

5) Haziq pandai mengungkapkan kata-kata yang menunjukkan he's a big boy right now.
  • Haziq baru berumur 3 tahun 3 bulan, tapi dia amat bijak berbicara. Contohnya dia cakap macam ni "Mama, semalam kan, Haziq makan mi kat rumah mak, sedaaaappp". Ok, ayatnya simple sahaja, but he said it with full expression. Dan itu yang membuatkan saya makin rindu dan makin mencintainya.
  • Contoh lain : 
  • "Mama, Haziq nak baring kat Mama. Mama gosok perut Haziq macam ni tau". 
  • "Aimi tak boleh main ni. Aimi kecik lagi"
  • "Mama, Aimi nangis nak susu puting Mama. Cepatlah Mama, Aimi dah lapar".
  • "Mama, jangan cakap kuat-kuat. Aimi tidur. Aimi kan penat".
  • "Mama, Haziq berak. Mama tolong cebokkan".
  • "Mama, Haziq nak nyanyi ABC...Mama dengar tau"
  • And the list continues. Saya rasa macam Haziq dah big boy sangat dah. Tahun depan dah nak masuk tadika dah. Biarpun Haziq makin besar, tapi pada saya, dia tetap baby saya sampai bila-bila.

6) Aimi dah mula tunjuk skill
  • Aimi sekarang berumur 10 bulan. Dah mula berdiri dan lepas tangan. Saya kira ada lah dalam 10 saat dia kekal berdiri tanpa pegang apa-apa, lepas tu pada saat yang ke-11, dia jadi dah tak balance dan terus paut kat saya. In shaa Allah, ada rupa nak start jalan tu tak lama lagi. Sekarang saya dah ajar Aimi bertatih sikit-sikit.
  • Gigi sekarang ada 4 batang. Sangat suka makan. Apa orang makan, dia pun nak jugak. Kalau kita tak bagi dia makan, sampai meleleh-leleh air liur Aimi jadinya. Hihihi, my cute princess. Sekarang Aimi makan nasi panas yang diblender together dengan sayur. Memang banyak dia makan.
  • Macam biasa, langsung takleh berenggang dengan saya. Mama dan Mimi (nama manja Aimi), berpisah tiada.
  • Bila saya jauh sikit / hilang dari pandangan matanya, mulalah merengek dan menangis. Slogan saya buat masa ni "Mama sentiasa sedia berkhidmat untuk Aimi dan Haziq anak-anak Mama yang tersayang" maksudnya, anak didahulukan, lain-lain kerja tu lain kali boleh buat. Hahahaha.

Oh, panjangnya cerita. Tapi saya rasa itu ringkasan je. Hahahaha. Teruskan bersama saya. Follow me, ya?


p/s : Terima kasih kepada rakan-rakan dan pengunjung yang sudi klik iklan yang berkelip-kelip di blog saya ini. Terima kasih juga kepada yang sudi tinggalkan komen. Worry not, I will do the same for your blog, too. (Eh, apsal speaking omputeh pulak ni? Hihihihihi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *