I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, November 21, 2013

Tawaran Kerja Sebagai QMS Manager

Tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang ingin menawarkan saya kerja sebagai QMS Manager.


What??!!! QMS Manager?!!!


Terkejut badak mak dibuatnya. Tak pernah pula berangan sampai ke tahap tu. Orang tu buat interview melalui phone sahaja. Semuanya nampak meyakinkan, dan saya rasa saya ni ada peluang cerah untuk dapat kerja tu. Apatah lagi orang tu beritahu yang ada somebody (orang tu agak berpengaruh juga) telah rekemenkan nama saya kat dia.


Kemudian saya tanya, kat mana office / plant you. Jawabnya, kat Pelabuhan Tanjung Pelepas. Aduhai, jauhnya dari rumah, jawab saya dalam hati.


Lepas tu dia tanya-tanya lagi, then saya tanya, berapa yang you boleh offer saya untuk jawapan ni? Dia bagitau berapa gajinya. Dan saya macam terkejut sangat, sebab dia offer saya gaji 2 kali ganda daripada gaji saya sekarang ini. Mak rasa nak pengsan sebab tak percaya!!!


Ok, saya dah excited dah ni. Tapi rupa-rupanya, saya sangkut kat soalan terakhir...


Dia tanya tentang pengalaman saya berkaitan FDA. Err... secara jujurnya, saya langsung takde tahu menahu pasal FDA. Saya sempat fikir, nak jawab tahu ke tak. Tapi, saya memilih untuk bercakap jujur, iaitu saya takde pengetahuan dan pengalaman tentang FDA tapi saya bersedia untuk belajar dan menguasai tentang FDA seperti yang syarikat perlukan.


Dan...jawapan orang itu buat saya akur. Dia perlukan seseorang yang amat mahir tentang selok belok FDA sebab ini adalah syarikat farmaseutikal. Jadi, takde rezeki buat saya lah nampaknya.


Orang tu pun cakap, sayangnya tak dapat you untuk bersama kita di syarikat ni, sebab you tak tahu tentang FDA.


Saya cakap, takpelah, mungkin peluang ni untuk orang lain dan bukan untuk saya. Then, we ended the phone interview.


Bila ingatkan gaji yang ditawarkan, memang syok sangat. Tapi bila ingat kene keje kat PTP, rasa tak mampu nak pergi ke sana sebab jauh dari rumah, apatah lagi anak-anak masih kecil.

8 comments:

Mazatul Muhamad said...

Belum rezeki lagi tu... Insya Allah ada rezeki yang lebih bagus :)

Mar Mansor said...

jauh tu PTP..kalau johor port ok la..

Rinah said...

takpe. next time mesti ada peluang lain lagi. anggap je ini bukan rezeki Uni :)

Rai Ourkizuna said...

wahh..masyuk tu kalau dapat uni.. takpe.. tu bermaksud ko ada apa yg perlu utk nak jadi manager.. then kena mula belajar selok belok FDA lah pulak.. good luck!

Uni Aqilah said...

In Shaa Allah...mudah-mudahan ye kak..

Uni Aqilah said...

ye. memang jauh, kalau kat johor port, syok jugak kan.

Uni Aqilah said...

Ye. bukan rezeki saya kali ni. :)

Uni Aqilah said...

Masyuk tu masyuk. Tapi of course tanggungjawab akan bertambah berat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *