I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 8, 2013

Pertama Kali Menguruskan Dua Orang Anak Seorang Diri

Pertama kali menguruskan dua orang anak seorang diri... ye terasa cabarannya!


Petang semalam, lepas balik kerja, saya pergi melawat suami di hospital. Lepas siapkan apa yang patut, saya balik ke rumah dan packing barang untuk balik ke rumah mama. Suami dah pesan sepanjang dia berada di hospital, dia nak saya berada di rumah mama bersama anak-anak.


Balik ke rumah, saya ambil masa dalam setengah jam untuk packing semua barang termasuk barang saya, suami dan anak-anak. Peluh dan penat takyah cerita lah. Lepas tu berkejar semula ke hospital sebab nak hantar bantal, selimut, selipar bilik air dan beberapa helai pakaian untuk suami.


Kemudian terkejar-kejar ke rumah babysitter untuk ambil anak pulak. Masa tu dah pukul 9.00 malam. Serba salah pula rasanya amik anak lewat macam tu, sebab babysitter cakap dia belum mandi lagi sebab jaga anak saya.


Memandu dari Pasir Gudang ke Austin bukanlah jauh sangat. Tapi memandu dalam keadaan Aimi menangis dan menjerit ada masanya membuatkan fokus pemanduan saya sedikit terganggu. Nasib baik tak terlanggar divider tengah tu. Allahuakbar! Aimi menangis bukan sebab apa, sebab nak susu. So macamana saya nak menyusu sambil memandu?


Ye saya pernah dengar ada orang menyusu sambil memandu, tapi saya taknak ambil risiko. Ini highway Pasir Gudang dan ini waktu malam. Oh tidak!


Sampai je kat Austin saya terus masuk ke dalam rumah dan susukan Aimi. Adik saya tolong angkat barang-barang. Dah sudah tu, saya kemas apa yang patut. Pukul 10.40 malam, masa untuk tidur. Saya df Aimi, Haziq pulak resah gelisah tak boleh tidur sebab abahnya takde (selalunya Aimi tidur dengan saya, Haziq tidur dengan abahnya).


Tengah df tu, Haziq mintak susu. Saya cakap tunggu kejap tapi dia nak jugak. Bila saya bangun nak buat susu, Aimi pulak menangis melalak di keheningan malam tu. Huhuhu. Lepas tu bila Haziq dah minum susu, saya df Aimi semula.


Tengah df Aimi, Haziq cakap nak tidur dengan saya. Adjust sana sini, last-last dia cakap taknak tidur dengan saya. Oh anak. Haziq cuba tidur sendiri. Last-last semua terlena.


Rasanya dalam pukul 12 lebih, saya terjaga sebab teringat kat suami. Macamana keadaan dia, sejukkah dia? Sakitkah dia? Laparkah dia? Selesa tak dia? Dan macam-macam lagi yang saya fikirkan. Terus tak boleh tidur. Ingatkan nak on laptop, tapi takde feel.


Dalam gelap, akhirnya terlelap jua. Pukul 3 lebih, terjaga sebab Haziq menangis. So pergi tidur dengan Haziq. Pukul 4 lebih Aimi pulak menangis nak susu. So pergi tidur dengan Aimi pulak. Pukul 5 lebih saya terus bangun dan siapkan beg diorang untuk dibawa ke babysitter.


Belum apa-apa, Aimi dah bangun. Merangkak ke sana ke mari ikut je ke mana saya pergi. Bila saya mandi, menangis dia depan pintu bilik air. Tapi saya buat dek je sebab kejar masa taknak lewat ke tempat kerja.


Pastu masa nak keluar rumah, selalunya Haziq masih tidur jadi abahnya yang dukung. Pagi tadi, saya kejut Haziq suruh dia jalan sendiri ke kereta. Dia bangun, boleh jalan sendiri tapi merengek minta saya dukung. Oh anak. Saya dukung juga Haziq dan masukkan dia kat kereta. Masa tu Aimi dah merengek minta didukung juga.


Masuk ke dalam kereta, baru je sampai ke area Permas Jaya, Aimi mula tak senang duduk. Nangis lagi nak saya. Untuk makluman, Aimi memang manja dengan saya. Tapi saya cuba coolkan diri. Kena fokus kepada pemanduan walaupun anak menangis melalak. Last-last saya buka video kartun then Aimi behave semula.


Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke tempat kerja sebelum pukul 8.00 am. Dapat uruskan dua orang anak seorang diri dan dapat siapkan diri sendiri untuk pergi kerja. Alhamdulillah...



Ya Allah, aku sayang suamiku, aku sayang anak-anakku. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan bencana...


2 comments:

Mar Mansor said...

semoga suami uni cepat sembuh...berdoa byk2 ye & bersabar..
bila baca pengalaman uni ni..mungkin inilah y dialami oleh single mother..pasangan hujung minggu (PJJ)..kan..

Uni Aqilah said...

ye, terasa cabarannya bila menguruskan anak seorang diri tanpa pasangan. Huhuhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *