I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan. Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 1, 2013

Pengalaman Menggunakan Produk Kesihatan : Elken, Melilea, Shaklee, Herbalife

Sejarah saya dengan produk kesihatan bermula semasa saya masih di sekolah menengah.


Masalah jerawat adalah biasa untuk orang yang nak meningkat remaja, saya pun tidak terkecuali. Tapi masalah jerawat kat muka saya ni tak seperti orang lain, yang mana, bila jerawat hilang, ia tidak meninggalkan bekas. Saya pulak, jerawat tu meninggalkan bekas, berparut hitam dan kekal. Punyalah rasa rendah diri masa tu, Tuhan je lah yang tau. Uhuk.. uhuk..


Apa taknya, tengok muka kawan-kawan semua licin je. Kalau ada jerawat pun, sikit-sikit je, time period timbul jerawat, bila period habis, jerawat pun hilang. Tapi saya pulak, tak kisahlah time period ke, time tak period ke, musim panas ke, musim sejuk ke, musim bunga or musim luruh sekali pun, muka saya tetap berjerawat.


Dipendekkan cerita, kenalan Mama saya kenalkan kami sekeluarga kepada produk Elken. Masa tu, saya fokus untuk hilangkan semua jerawat ni, tak tahan lagi dah jerawat sana sini (di kawasan muka, dada dan belakang badan) dan kadang-kadang tumbuh jerawat batu kat bahagian dagu. Sakit sangat!!


Saya mula makan Elken Spirulina dan IG6 Colostrum. Mula-mula tu makin banyak jerawat keluar, tapi lama-kelamaan beransur pulih hingga saya rasa happy sangat! Jerawat kat dada dan belakang badan terus hilang dan kulit jadi licin sangat, begitu juga kat muka, tapi parut kat muka je yang tetap ada. Err...pernah dengar istilah "kawah bulan"? Ye, itulah dia.


Pastu bila mula bekerja, saya try produk Melilea pulak. Ini sebab, tokey tempat saya pergi facial tu dia consume produk Melilea iaitu Greenfield Organic, Soya dan pil Progene. Saya pun apalagi, mestilah nak cuba kan, Mama saya pun menggalakkan.


Produk ni memang best sebab fungsi utama dia ialah untuk detoks / cuci usus yang mana keluar segala macam sisa buangan terkumpul daripada usus kita. Sebenarnya, bila usus kita kotor, itu yang jadi toksin dan antara penyumbang kepada macam-macam masalah kesihatan, antaranya jerawat.


Lepas 2-3 tahun dengan Melilea, saya kembali semula kepada produk Elken. Sebab apa, sebab masa tu saya trying to conceive dan amalkan pemakanan spirulina untuk get pregnant. Bila dah pregnant, saya teruskan makan spirulina dan hasilnya dengan izin Allah, Haziq bebas daripada jaundis.


Oh ya, saya blend spirulina hingga jadi serbuk dan campurkan ia dalam susu botol Haziq start daripada dia umur 2 bulan lagi dan kini, dia makan spirulina dengan kunyah begitu sahaja. Macam makan coklat!


Bila mengandungkan Aimi, saya stop ambil spirulina sebab nak makan vitamin yang doktor prescribed je. Apsal entah, tetiba rasa taknak makan spirulina pulak. Mood swings time mengandung agaknya. Hasilnya, Aimi kena jaundis sampai kene tahan kat wad dok bawah 4 lampu biru! Adoii!!!


Lepas lahirkan Aimi, saya berazam nak breastfeed (bf). Tapi susu pulak cair semacam je. Akhirnya saya try pulak produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Vitalea, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Zinc, Lecithin dan Omegaguard. Punyelah banyak mak datok!! Tapi yang best bila guna Shaklee, susu saya bertambah banyak (from 1-2 oz to 4-5oz), pekat dan saya lebih bertenaga. Kesan makan ESP, kesan stretch mark semakin pudar dan parut jerawat di muka semakin menipis. Happy lagi! :)


Tapi kesannya pulak, berat badan saya naik bagai dipam-dipam. Makan Lecithin tak jalan. Dealer Shaklee cakap kene makan Alfafa untuk detoks tapi saya alergik to Alfafa. Bila makan, tumbuh bintik-bintik merah dan gatal. Fikir punya fikir untuk turunkan berat badan, saya cuba pulak produk Herbalife.


Herbalife sangat bagus untuk turunkan berat badan dan susu badan tetap maintain. Saya try Formula 1, Formula 3, Teamix dan Herbal Aloe Concentrate, memang best! Berat badan saya turun 5 kg dalam masa 2 bulan. Sangat puas hati! So, bila dah capai target, saya stop ambil Herbalife dan sambung semula dengan produk Shaklee.


Pertengahan bulan September 2013, saya mengalami masalah sembelit. Membuang hari-hari, tapi keras. Sakit sangat hingga luka sikit. Saya hairan kenapa boleh sembelit, sebab saya minum air lebih daripada 3 liter sehari. Fikir punya fikir, rupanya kurang makan buah. So gigihlah pergi Kip Mart Masai pergi borong semua jenis buah yang saya suka dan makan. Tapi tetap sembelit.


Sudahnya, pergi ke klinik. Doktor cek dan sahkan memang ada inflammatory / radang / luka kat kawasan situ. Huhuhuhu, sedihnya. Doktor terus cek pemakanan saya sehari-hari. Akhirnya doktor advise saya untuk stop makan produk Shaklee.


Saya bertambah hairan, apa kaitan Shaklee dengan sembelit saya? Doktor cakap, kadang-kadang, bila kita ambil vitamin atau supplemen yang banyak untuk satu jangka masa yang lama, ia akan beri kesan yang baik dan juga buruk kepada tubuh badan, walaupun kita minum banyak air, makan sayur dan buah dan buat senaman.


Doktor suruh saya stop Shaklee untuk 1-2 bulan dan biarkan tubuh badan kembali bertugas secara sendirinya tanpa mengharapkan apa-apa supplemen, dan selepas itu boleh sambung makan Shaklee semula. Doktor juga pesan, mengambil vitamin / supplemen untuk jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada buah pinggang. Uwaaa, takutt!!


Untuk mengatasi masalah sembelit tu, doktor bagi ubat krim untuk disapu di bahagian yang sakit tu. Bila bahagian tu sembuh, takkan rasa sakit bila nak membuang. Tapi memandangkan bahan buangan tu tetap akan keras, doktor bagi ubat masukkan kat montot untuk lembutkan bahan buangan. Tapi selepas satu kali masukkan ubat tu, saya mengalami masalah pening kepala yang amat sangat.


Bila jumpa doktor dan bagitau masalah pening kepala tu, doktor cakap ubat tu tak serasi dengan badan saya. Jadi dia suruh saya banyakkan makan sayur dan buah sebagai sumber serat dan pelawas.


Cukup 3 minggu, masalah sembelit saya tak jugak selesai. Fikir punya fikir, saya takut kalau kena dimasukkan ke hospital sebab masalah sembelit. Huhuhuhu... Takut kene operate ke, kena buat apa-apa ke, kene penyakit yang lebih serius ke. Takut sangat!!!


Akhirnya, saya buat keputusan untuk consume semula produk Melilea iaitu Greenfield Organic dan soya. Bila pergi kat kedai tu, orang kedai tu cakap, kalau ada masalah sembelit, elakkan produk yang berunsurkan susu dulu. (Entah betul ke tidak, tapi saya tak sempat nak fikir). Dia cadangkan saya ambil Greenfield Organic dicampur dengan serbuk Epal Organic. Saya terus beli.


Saya mula minum produk Melilea ni pada 9 Oktober 2013. Amazingly, pada keesokan harinya, saya terus membuang tanpa langsung rasa sakit seperti yang saya alami selama 3 minggu tu. Biar betul??? Tapi memang betul. Saya rasa seronok yang amat sangat, lepas tu terus rujuk senarai respons tubuh bila mengambil produk Melilea. Baca punya baca, rupanya, racun/toksin sedang dikeluarkan secara berperingkat daripada badan saya. Legaaaaaa....


Masuk hari ini, dah nak hampir sebulan saya makan produk Melilea. Dah tiada lagi masalah sembelit dan badan pula rasa lebih segar dan bertenaga. Mana taknya, bahan buangan terkumpul dah dikeluarkan tanpa sebarang rasa sakit, haruslah saya rasa happy kan. Saya dah stop ambil produk Elken, Shaklee dan Herbalife buat masa ini dan hanya fokus untuk pembersihan usus dahulu dengan produk Melilea.


Lepas usus dah bersih, baru lah nutrien boleh diserap sepenuhnya dan masa tu lah saya akan decide nak amik supplemen yang mana.


Fuh!! Panjangnya entry ni! Terima kasih kerana membacanya ye! ^_^

12 comments:

Nizam Malek said...

Berhati-hati mengambil produk supplement kesihatan.

Dapatkan pandangan dan nasihat daripada Pegawai Farmasi Bertauliah anda. =D

Rinah said...

Rajinnya Uni makan supplement. Rinah takde amal lagi produk-produk supplement. Belum berkeyakinan tinggi. Takut ada side effect.

Rai Ourkizuna said...

rajin ko try macam2 ya.. aku so far makan nutrilite je.. dah rasa serasi.. malas nak cuba yg lain..

mawar berduri said...

baru nak try makan shaklee...tak tahulah ok ke tak...

HazHand said...

sy baru nak try shaklee juga, yang untuk jerawat punya package D. So kalau bende ni makan lama2 blh menyebabkan sembelit, so kene la mkn sekadar perlu je..

Mar Mansor said...

saya nak cari produk penyingkiran toksin dalam badan nih..

Irfa said...

ada mslh membuang jugak nih
pelik gak, makan banyak tapi xde rasa nak membuang.huhu

Zimie said...

saya pula baru nak cuba shaklee esp tapi alamak berat dipam2 ke. alaaa huhuhu. mililea ok eh? macam nak kena siasat lagi ni hihih tq sharing ye

Rosmawina Mat Isa said...

Utk pengetahuan semua..esp shaklee ni multifunction.nk turnkn brt bdn bleh..nk naikkn pun bleh.yg membezaknnya cuma cara pengambiln..so x semestinya ambil esp bdn akn naik..ok..just sharing.

Mazatul Muhamad said...

Kadang2 org yg jual ni pakai jual jer... so hak uni utk dptkan cara pemakanan yang betul... Apa supplement pun.. Itu hak Uni sebagai pengguna... :)Supplement kalau cara pengambilan betul, Insya-Allah membantu.. tapi kalau cara pengambilan salah dan overdose, tu yang memudaratkan... Apa pun, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Uni demi anak-anak dan keluarga :)

Noor Hidayahsarmany said...

ELKEN ade 2 produk untuk singkirkan toksik badan iaitu LACTOSE & WINTEA. kalo minum lactose ni,lepas sejam akan membuang. kalo minum wintea pulak, lepas 5 jam akan membuang. yang bagusnye lactose ni kalau kita minum,dia akan buang yg kotor & gantikan dgn bakteria baik. function mcm vitagen.

Haryati Hamid said...

Product utk buang toxic adalah lactose dan prytomax...ada 7 jenis buahan2 dan sayuran2 di dlm 1 sachet. Setiap jenis ada keistimewaannye. Call shukri 019 7775112 dengan lebih lanjut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Like FB Jana Wang Dengan Bisnes Online - Panduan Untuk Suri Mula Berniaga

Like FB Colourful Craft by UNI

Like FB Krunchy Karamel Seri Alam Johor

Contact Me

Name

Email *

Message *