I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, November 25, 2013

Johor Mula Cuti Hujung Minggu Jumaat dan Sabtu Bermula 1 Januari 2014

Daulat Tuanku!

Berita hangat terkini di negeri Johor iaitu berkenaan penukaran cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu. Apa komen anda? Apa komen saya?


Secara jujurnya, saya menyambut baik titah Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan penukaran hari cuti hujung minggu ini yang dibuat setelah Baginda meneliti pelbagai pandangan. Apatah lagi, Baginda sendiri bertitah yang hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.


Tengok jelah sekarang ni, kebanyakan orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk rehat dan tidur. Titah Baginda lagi, selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu iman membaca doa.


Sebenarnya kat Johor ni, dulu pun pernah cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Tapi selepas tahun 1994 barulah ditukar kepada Sabtu dan Ahad. Kira sekarang ni tukar semula kepada Jumaat dan Sabtu lah.


Saya dan suami, kedua-duanya bekerja swasta. Rasanya tidak begitu terkesan atau sebenarnya rasa biasa sahaja dengan penukaran cuti hujung minggu ni, kerana melalui laporan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 November 2013 (Ahad) mukasurat 4, cuti ini hanya untuk kerajaan negeri, means untuk mereka yang kerja dengan kerajaan Johor  sahaja, termasuklah sekolah kerajaan.


Bagi pihak swasta pula terpulang sama ada nak tukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu atau ingin kekal pada hari Sabtu dan Ahad. Rasa-rasanya kedua-dua syarikat tempat saya dan suami bekerja akan mengekalkan cuti mingguan Sabtu dan Ahad. Tapi tak tahulah camne nanti.


Kalau tengok kat media sosial, rancak sungguh orang bercerita tentang cuti mingguan ni. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada pulak yang buat lawak nak cuti dari hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu. Haiii, berangan jelah kan. Apapun, ini titah Sultan Johor.


Saya ok sahaja. Korang pula bagaimana?

4 comments:

Mar Mansor said...

dengar dalam berita aritu..utk sektor swasta tak wajib..saya setuju je kalau selaraskan smua awam & swasta..

Ayu Zan said...

ayu pun ok je. :)

Uni Aqilah said...

betul tu. kalau selaraskan lagi senang. takde pening-pening kepala.

Uni Aqilah said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *