I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 19, 2013

Haziq Penghibur Hati


My handsome boy

Haziq sekarang berumur 3 tahun 3 bulan. Dari segi berat, rasanya dalam 16-17 kg. Dari segi tinggi, rasanya lebih kurang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Dari segi badan, Haziq ni umpama bantal peluk saya. Saya suka sangat peluk Haziq sebab dia gebus. :)


Haziq sekarang amat petah bercakap. Alhamdulillah, dia cakap lancar dan jelas, langsung takde pelat-pelat. Memang dari kecik Haziq takde cakap pelat, sebab kami ibu bapanya tak pernah cakap pelat dengan Haziq. Kami juga usahakan supaya orang di sekeliling Haziq juga tidak bercakap pelat dengan Haziq.


Dari segi makan, Haziq memang suka makan. Makanan favouritenya ialah nasi dan mi. Apa-apa sajalah jenis masakan, semua dia makan, paling suka makan mi.


Dari segi minuman, Haziq memang suka minum air masak. Alhamdulillah, dia tak reti nak mintak air sejuk peti ais tu, sebab memang kami tak biasakan dia minum air sejuk. Tapi dia sebut air masak tu sebagai "air sejuk" pada dia, kalau air suam pulak dia akan panggil "air panas". Hehehehe.. Selain daripada tu, Haziq suka minum air milo. Pantang singgah kat stesen minyak, mesti dia mintak Abahnya belikan air milo. "Abah, Haziq nak air milo. Satu je. Abah tak payah beli dua" kata Haziq. Hahahaha...


Kartun favourite nya ialah Upin dan Ipin. Siap hafal semua dialog, siap boleh kenal mana Upin, mana Ipin, mana Ehsan, mana Jarjit, mana Kak Ros, senang kata memang kenal semua watak dalam cerita tu. Lagi satu Haziq suka sangat tengok kartun Pocoyo kat Disney Junior channel 613. Siap boleh gelak sendiri tengok kartun. Tapi kartun Pocoyo tu memang kelakar pun, saya pun gelak jugak. Hahahaha... Semua kartun kat 613 memang Haziq suka, contoh  macam Pororo, Handy Manny, Sofia the Princess, Jack and the Never Land Pirate, Doc Mc Stuffin dan macam-macam lagilah.


Haziq masih pakai pampers lagi. Saya belum mula lagi potty training. Tak taulah bila nak mula, sebab rasa sangat kesuntukan masa sekarang ni. Huhuhu. Sekarang pakai saiz XXL, tu pun macam dah tak muat dah.


Antara perkara yang buat saya happy ialah, Haziq suka baca buku, kadang-kadang tulis kat buku. Bukan tulis apa pun, lebih kepada conteng. Tapi dia cakap dia lukis gambar Mama cantik, Abah hensem dan Aimi comel, walaupun lukisannya sekali tengok rasa macam tengok raksasa je. Hihihihi... Pantang nampak saya menghadap laptop, dia pun sibuklah nak buat kerja jugak. Kerja menulis. :)


Haziq ni jenis yang sayang sangat dan geram sangat kat adik dia, Aimi. Dia suka sakat Aimi, suka amik permainan yang Aimi tengah main. Bila Aimi nangis, dia akan pulangkan semula permainan tu dan cium pipi Aimi. Oh Tuhan, bahagia sungguh saya melihat kedua-dua mereka. Doa saya, moga mereka akan terus saling sayang-menyayangi sampai bila-bila.


Satu benda yang saya perasan, Haziq ni jenis memilih dengan siapa yang dia suka. Heran betul saya, tak taulah apa kriteria pemilihan dia tu. Contohnya macam ni, saya ada adik seramai 5 orang. Antara 5 orang ni, Haziq suka dan rapat dengan 3 orang je. Siap salam cium tangan, siap cium pipi, siap boleh main dan borak sama-sama. Yang lagi dua tu, memang dia taknak langsung. Apsal entah, saya pun tak faham. 


Samalah juga kat rumah babysitter (bs). Bs saya ada anak 4 orang, dia rapat dan suka sangat 3 orang je. Yang lagi sorang tu, dia langsung taknak rapat. Pelik kan? Tapi bila saya perhatikan, Haziq ni akan rapat dan sayang seseorang tu yang sentiasa layan dan sayang dia. Yang layan dia sebagai budak berumur 3 tahun. Yang layan dia sesuai dengan usianya. :)


Kadang-kadang Haziq ni akan terkasar sikit dengan saya. Contohnya, dia main lompat-lompat sambil tepuk tangan dan tangan dia terkena saya. So saya spontan akan cakap, "Aduh, sakitnya Mama". Then Haziq mesti akan terus cakap "Suri (sori) Mama, Haziq suri Mama. Mama sakit ke? Haziq suri Mama. Haziq suri". Terus hilang rasa sakit saya. Hahaahahha...


Rutin kami anak beranak sebelum tidur ialah, kami akan salam cium tangan, cium pipi kiri kanan 4 kali dan peluk erat-erat. Bila Haziq salam dan cium tangan saya, cium pipi kiri kanan dan peluk saya erat-erat, saya rasa bahagia sangat. Rasa indah sangat. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Haziq untuk saya dan suami. 


Tambah terharu, bila Haziq ucapkan "Haziq sayang Mama tau, Mama tidur tau" sebelum dia lepaskan pelukan. Saya pun cakap "Mama pun sayang Haziq, sayang Haziq banyak-banyak". Sebab tu lah, saya tidur lena setiap malam alhamdulillah, kerana saya tahu suami dan anak-anak sentiasa cinta dan sayangkan saya.


Entry ini khas untuk Haziq, moga-moga bila Haziq dah besar nanti dan Haziq baca entry ini, Haziq akan tahu betapa Mama cinta dan sayangkan Haziq. ^_^

2 comments:

Rinah said...

anak pertama memang sweet kot. Rinah agaklah. perangai Haziq lebih kurang perangai anak pertama Rinah.

Uni Aqilah said...

Yeke???? Saya pun anak pertama. Am I sweet too? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *