I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, November 16, 2013

Best Tak Buku Mudahnya Menjemput Rezeki?

Buku yang sedang saya baca sekarang

Sebagai seorang yang suka membaca buku, saya tidak lepaskan peluang untuk membaca sebuah buku bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki" yang begitu hangat diperkatakan. Kisahnya, akhir bulan Oktober yang lepas, saya tergerak hati untuk menghubungi pengedar buku ini dan beli 3 naskah buku. Kenapa beli sampai 3 naskhah buku yang sama?


Satu buku tu untuk saya, satu buku tu saya hadiahkan untuk adik perempuan saya dan satu buku lagi tu saya hadiahkan untuk seorang sahabat saya. Entah mengapa, Allah gerakkan hati saya untuk hadiahkan buku tu kat sahabat saya.


Untuk makluman, anak sulung sahabat saya itu telah disahkan menghidap kanser tahap 4 dan sekarang sedang menjalani rawatan kemoterapi. Tak banyak yang boleh saya tolong sahabat tu. Selain bantuan kewangan yang semampunya, saya harap dengan buku ini dapat membantu dia di saat-saat sukar seperti ini.


Anyway, best tak buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni? Setakat saya baca ni (belum habis baca lagi), buku ni memang sangat best! 


Pertamanya, kerana cara penyampaiannya begitu santai dan bersahaja namun mesej yang dibawanya begitu kuat. Keduanya, kerana isi kandungannya yang amat bersesuaian dengan fitrah dan naluri seseorang manusia iaitu membawa kita kepada pergantungan kita kepada Allah s.w.t. Ketiganya, sebab ia menerangkan betapa mudahnya untuk menjemput rezeki hanya dengan cara melakukan amal ibadat yang memang wajib kita buat, tapi diterangkan bagaimana amal ibadat tersebut membuka jalan kepada rezeki kita.


Juga dinyatakan dalam buku ini, bahawa rezeki kita yang kita dapat tu, bukan semuanya milik kita. Di dalam rezeki tersebut ada milik orang lain. Percaya tak?


In Shaa Allah, bila ada kelapangan, saya akan berkongsi kisah teladan yang saya perolehi daripada buku ini.


Saya suka baca buku. Korang macamana pula?

14 comments:

Alin Amiera said...

saie suke jugok buku2 mcm nim..tpi suke lagi amalkan surah al-waqiah http://permaisurycintahaty.blogspot.com/2013/10/mengekang-bahaya-syiah-sabda-rasulullah.html?m=0

suestrauss said...

Salam kak.

suestrauss said...

Hi kak. Sue ada bace entry akak b4 ni pegi mengurut utk hamil. Alhamdulillah dan tahniah utk akak. Tumpang gembira. If tak keberatan sue nk tanya akak kat mana ya tempat urut mak aji tu. Klu bole sue nk try urut. Utk pengetahuan akak sue pnah gugur & skang tgh cuba utk hamil lagi.

Rai Ourkizuna said...

belum baca.. tapi macam suka.. hahaha.. nak beli tak terbeli beli pun..haishh..

MyCherita said...

Seperti nya di janjikan, ini entri post untuk blog saudari

http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/happy-family-httpwwwmystorymorycom.html

Jika ada kelapangan insyallah sy akan kemari lagi.. terima kasih..

p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke :
http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

Ayu Zan said...

ya..ayu pun tgh baca. mmg best. :)

Uni Aqilah said...

Bagusnya kalau dapat amalkan baca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam.

Uni Aqilah said...

Salam suestrauss.

Uni Aqilah said...

Hai Sue. tolong emel kat kak uni dulu ye di z.munirah@gmail.com

Uni Aqilah said...

Beli je rai. lapan belas hengget je pon... :)

Uni Aqilah said...

Terima kasih sudi buat entry untuk blog saya! :)

Uni Aqilah said...

Buku ni memang best dan penuh manfaat.

Mar Mansor said...

ada cari kat kedai buku lama dah tapi tak jumpa pulak..

Uni Aqilah said...

saya beli online. cuba mar tengok kat mph. rasanya ada jual kat situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *