I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 29, 2013

Antara Keyword Yang Hit di Blog Saya

Keyword pada hari Khamis 28 November 2013

Hari Khamis lepas saya buka akaun Nuffnang dan tengok antara keyword yang hits di blog saya. Bila dah tengok senarai tu, tetiba teringin pulak nak buat entry tentang keyword.


Cuba korang tengok beberapa keyword yang saya tandakan dalam gambar di atas :


1) ada nadi dalam perut
Mmm...rupanya ada juga orang yang google "ada nadi dalam perut". Actually perkataan tu saya tulis dalam entry saya tentang usaha dan ikhtiar saya untuk hamil. Masa tu saya pergi berurut dengan Mak Aji dan beliau cakap ada nadi dalam perut. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, boleh baca kat sini.


2) level suction sesuai untuk rumble tuff
Ok tentang level suction ni, sebenarnya ia bergantung kepada ketahanan diri masing-masing. Untuk breastpump Rumble Tuff, ia ada 8 level suction. Saya sendiri pernah guna sampai level 5 je sebab tak tahan sakit. Boleh baca ceritanya di sini.


3) ambil spirulina elken waktu hamil
Saya memang amalkan makan spirulina elken dalam usaha saya untuk hamil dan saya teruskan lagi pengambilannya sepanjang saya mengandungkan Haziq. Satu hari saya makan 20-30 biji spirulina. Hasilnya, Haziq lahir tanpa sebarang masalah dan bebas daripada jaundis. Boleh baca ceritanya lebih lanjut di sini.


4) nak buat apa setahun lebih kahwin tapi tak mengandung lagi.
Well, rasanya saya takde entry yang sesuai untuk dilinkkan kepada keyword ni. Tapi jawapan saya ada 2. Pertamanya, kalau dah setahun lebih kahwin, dah berusaha untuk hamil tapi tak hamil juga, boleh mulakan rawatan yang sewajarnya. Boleh mula amalkan supplemen, berurut dengan bidan ataupun jumpa doktor untuk kenalpasti masalah yang sebenar. Keduanya, kalau dah setahun lebih kahwin, dah berusaha untuk hamil tapi tak hamil juga, sila alihkan fokus dan tenaga anda suami isteri untuk lebih menikmati hidup. Maksud saya, rancang percutian romantik, pergi bercuti dan berjalan-jalan serata Malaysia dan dunia dan cuba spend lebih banyak masa bersama. Takpun buat aktiviti-aktiviti bersama yang menyeronokkan contohnya macam pergi daki gunung ke, rock climbing ke, belajar buat kraftangan ke, hadiri kursus-kursus masakan ke dan lain-lain. Satu benda je kene ingat, tak boleh stress-stress kalau nak anak ini. Have fun and enjoy life. Baby will surely come at the right time, Allah knows the best! :)


5) barang perlu dibawa ke hospital bersalin
Ini memang keyword yang paling hit zaman berzaman. Selagi ada wanita yang nak pergi bersalin, selagi tu lah keyword ni akan terus hit. Ceewahhh!! Apa lagi, jom terjah kat sini.


6) jadual waktu makan ibu mengandung
Memang bagus siapa yang search tentang keyword ni sebab dengan jelas menunjukkan bahawa dia sangat prihatin tentang bab-bab mengandung. Very good. Kalau nak tahu jadual saya, boleh tengok kat sini.


7) review pam susu rumble tuff
Ye, saya dah buat review tentang breastpump Rumble Tuff. Boleh baca kat sini.


8) set bersalin tanamera
Pun, dah ada entry berkaitan. Boleh baca kat sini.


Ok, itu dia keyword yang hit yang sempat saya capture di akaun Nuffnang pada hari Khamis yang lepas. Harap-harap apa yang saya kongsikan di blog saya ini memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang membacanya.

^_^

16 comments:

S.A. said...

Dear boleh baca tulisan saya di blog ni yea http://ridiah1212.wordpress.com/
Add me tau , Thank you.

Uni Aqilah said...

Blog baru ke ni?

Ayu Zan said...

kak uni punya famous key smua keibuan.ehehe

azian said...

salam kenal...
sy masih susukan my mujib tp susu macam dah sikit...byk panduan utk org2 nak bersalin atau dah bersalin kat blog uni ni...bagus laa...boleh bg info pd mereka yg nak tau kan...hihi

aTieYusof Family said...

banyak juga keyword yg dicari ya....
salam kenal..follow sni ...#90..:):)

Kesuma Angsana said...

wah byk yg dicari disini yer !

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat..singgah:)

Kakzakie said...

Kalau keyword yg reasonable tu taklah sakit mata tapi suka. Kadang keyword yg entah apa-apa dicari itu yg buat kita pun hairan dan kakak kadang gelihati tau Uni..

ros_reeza said...

suka juga baca keyword kat nuffnang.. semoga entry entry kita membantu mereka yang mencari :)

Uni Aqilah said...

Ye betul.

Uni Aqilah said...

Harap semua maklumat yang ada kat blog ni dapat membantu mereka yang memerlukan.

Uni Aqilah said...

Alhamdullillah. Terima kasih ye.

Uni Aqilah said...

:)

Uni Aqilah said...

Tq singgah.

Uni Aqilah said...

memang kak. memang ada keyword yang kelakar. tu yang gelihati sendiri. :)

Uni Aqilah said...

ye. begitu jualah harapan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *