I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 12, 2013

Allah Uji Kita, Kerana Dia Sayangkan Kita

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Saya mulakan entry kali ini dengan ucapan syukur kepada Yang Maha Esa. Bersyukur di atas setiap perkara yang telah ditentukan-Nya. Namun yang paling utama, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar milik-Nya.


Dalam entry kali ini, saya nak cerita tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas. Oh ya! Entry ini mungkin agak panjang, terima kasih atas kesudian untuk membacanya. Kalau tak sempat nak habiskan baca dalam satu masa, bila-bila senang korang boleh datang baca lagi ye. ^_^



8 November 2013 (Jumaat) @ 3.30 pm

Akhirnya panggilan telefon saya ke telefon suami berjawab juga akhirnya. Suaranya agak lemah, mungkin letih, mungkin sakit akibat dibedah pada pukul 11.00 am tadi. Untuk makluman, suami saya mengalami sakit di bahagian belakang lutut kirinya. Dah lama dah dia sakit, sakit tu on off je, tapi baru minggu lepas dia cakap dia nak pergi jumpa specialist.


Bila specialist cek, rupanya ada tulang rawan yang telah koyak. Main futsal adalah salah satu faktor penyumbang kepada masalah itu dan doktor suggest untuk buat pembedahan.


Habis kerja pukul 5.30 pm, saya terus bergegas ke KPJ. Sungguh, saya rindu suami saya, juga kesian kat dia sebab saya takde di sisinya sewaktu dia berada di hospital. Bila tengok suami, saya terus peluk dia erat-erat. Masa tu kakak dan adik ipar juga ada datang melawat.

Beberapa jam selepas operation

Lepas siapkan apa yang patut (kemas susun atur baju dan barang-barang suami di bahagian locker dan katil), saya pergi ke kedai makan di Taman Bukit Dahlia. Suami teringin nak makan nasi goreng paprik. Saya pun beli nasi goreng kampung nak makan sekali dengan suami. Nak temankan dia.


Sebelum Maghrib, saya minta diri untuk pulang. Nak ambil anak-anak pula. Sedihnya tinggalkan suami bermalam di hospital sendirian. Baru lepas operation pulak tu. Saya terfikir, macamana dia nak kencing, nak berak, nak pergi ke bilik air dalam keadaan macam tu.


Tapi suami saya ni memang kuat semangat dan tak mengeluh sikit pun. Dia cakap, saya dah buat tanggungjawab saya pada petang tu, iaitu datang tengok dia. Sekarang baliklah ke rumah dan jaga anak elok-elok. Saya pun pulang ke rumah dengan perasaan lega.


9 November 2013 (Sabtu) @ 12.30 pm

Hari ni saya kerja. Habis kerja pukul 12.00 pm, saya terus bergegas ke hospital. Tengok muka suami ceria dan senyum lebar bila dia nampak saya datang. Lega hati saya. Hari ni saya luangkan sepenuh masa saya dengan suami, anak-anak masih di rumah babysitter. Lepas saya makan tengahari, specialist yang buat operation kat suami saya tu datang round kat wad. Orangnya pun ceria, suka berjenaka.


Banyak sungguh maklumat yang doktor beritahu. Daripada segi sakit ni, apa masalah sebenar, kesan jangka panjang, tabiat pemakanan dan macam-macam lagilah. Mmmm...agak peribadi untuk dinyatakan di sini. Apapun, saya terima apa yang doktor cakap dengan hati terbuka.


Doktor beri kebenaran untuk keluar hospital petang ni, dan perlu rehat di rumah (mc) selama 2 minggu. 25 November 2013 nanti harus datang jumpa doktor semula.


Tak lama lepas tu, suami saya mengadu sakit. Sebenarnya, sakit lepas operation ni, dia kejap sakit kejap tak. Bila datang sakitnya, suami saya seolah "bergelut" dengan sakit tu. Bila tak rasa sakit, dia boleh bergelak ketawa macam takde apa-apa. Bila suami tak tahan sangat sakit (saya nampak dia berpeluh-peluh), saya jumpa nurse mintak injection. Lepas inject, baru suami saya dapat tidur lena.


Saya ambil peluang semasa suami tidur untuk menunaikan solat Zohor di surau KPJ. Suraunya besar dan bersih, terasa sejuk sebab di luar hujan lebat sangat. Saya solat penuh khusyuk tanpa sebarang gangguan. Usai solat, saya duduk bertafakur dan kemudiannya berdoa kepada Pencipta saya.


Saya luahkan segala apa yang saya rasakan, saya mohon diberikan keringanan di atas segala ujian dan dugaan yang diberikan. Saya mohon ampun atas segala dosa-dosa yang saya lakukan pada setiap saat. Saya mohon Allah mendengar dan memakbulkan doa saya. Saya mohon suami saya diberi kesembuhan dan keampunan oleh-Nya. Terasa diri ini begitu kerdil, sekerdil-kerdilnya. Benarlah, apa yang berlaku ini adalah ujian untuk saya, juga ujian untuk suami saya. Ujian untuk kami suami isteri. Moga ujian ini akan menghapuskan segala dosa-dosa kami selama ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Hampir 20-25 minit di situ, saya sudahi doa dengan mohon ampun daripada Yang Maha Esa. Saya menangis sepuas-puasnya. Alhamdulillah, saya rasa lebih lega selepas itu. Terima kasih, ya Allah.


Pulang semula ke wad, suami saya baru bangun, dia rasa nak buang air kecil. Saya papah suami ke bilik air.


Saya : Sakit ye bang?

Suami : Mmm.. sikit...

Saya : Kesian abang, malam tadi abang pergi bilik air sendiri. Kencing berak sendiri.

Suami : Takpe, sayang kan jaga anak-anak. Abang boleh jaga diri abang sendiri.

Saya : .......... (syahdu sendiri)


Pukul 4.00 pm, kami keluar daripada hospital. Rawatan perubatan dan pembedahan semuanya ditanggung oleh syarikat tempat suami bekerja. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.


Kosnya? 5 angka.



10 November 2013 (Ahad) @ lepas Maghrib

Saya pulang ke rumah saya untuk mengambil barang keperluan. Almaklumlah, sepanjang 2 minggu ni, kami akan berkampung di rumah Mama saya.


Sampai je kat rumah saya, saya tengok lampu kat garaj dah padam. Heran pulak, rasanya ari tu saya ade buka lampu. Try bukak auto gate, tak boleh pulak. Sah!!! Ada litar pintas lah ni. Satu je yang ada di fikiran saya masa tu, iaitu...


Stok susu kat peti sejuk!


Masuk je ke dalam rumah, lepas on kan suis kat panel board tu, saya terus bergegas kat dapur dan buka peti sejuk. Ya Allah, hebatnya dugaan-Mu, bantulah aku untuk redha Ya Allah...


Stok susu saya dah cair!!!!


Masa tu tak rasa nak nangis. Tak rasa sedih. Cuma rasa terkilan dan terdiam sendiri. Saya belek satu persatu botol-botol tu. Yang bahagian dalam peti sejuk tu semua ok lagi. Tapi yang kat bahagian pintu peti sejuk tu semua dah rosak. Dah cair habis!! Total ada dalam 7 botol. Ada yang 3 oz, ada yang 4 oz, ada yang 5 oz. Jadi secara puratanya ada dalam 20-30 oz susu yang dah rosak dan perlu dibuang begitu sahaja.


Takperlah, dah takde rezeki saya. Allah Maha Mengetahui. Apapun saya tetap bersyukur, ada banyak lagi stok susu yang masih selamat untuk Aimi.



11 November 2013 (Isnin) 

Terasa agak janggal bila pergi kerja sendiri. Bukan tak biasa drive sendiri, tapi selalunya saya pergi kerja dengan suami naik satu kereta. Tapi takpe, saya ok. Hari ini pemanduan saya lancar dan saya fokus kepada pemanduan dengan sebaik-baiknya.


Aimi tidur lena sepanjang perjalanan, Haziq pula tengok pemandangan di luar tingkap. Saya pula berzikir untuk anak-anak. Memang itulah rutin saya setiap kali pergi kerja dan balik kerja. Memang langsung tak buka radio bila anak-anak kat dalam kereta.


Hari ni takde mood sangat nak kerja. Entah ye. rasa biasa-biasa je. Tepat jam 5.30 pm, terus balik. Balik cepat sebab nak tengok dan jaga suami yang sakit. Sampai rumah, tengok suami tengah tidur, baguslah, bila dia tidur, dia takkan rasa sangat sakitnya tu.


Lagipun pagi tadi katanya, malam tadi tu dia tak tidur lena sangat, sebab asyik terjaga dan terjaga bila sakitnya datang menyerang. Ikut cakap doktor, memang akan sakit dalam 4-5 hari pertama selepas pembedahan.


Bila suami sakit, saya yang buat semua kerja. Dulu kami berkongsi-kongsi, contohnya kalau suami mandikan Haziq, saya akan mandikan Aimi. Suami sidai kain, saya angkat dan lipat kain. Saya uruskan anak-anak makan, suami akan kemas dapur. Saya kemaskan beg sekolah anak-anak, suami akan basuh baju, dan begitulah seterusnya. Tapi sekarang ni, saya yang buat semua tu.


Penat???? Mmm...malam tadi saya tidur lena tak sedar apa pun. So maksudnya saya penat ke tak? Hahahahaa.. :)



12 November 2013 (Selasa) 

Hari ini saya rasa lebih tenang sebab dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan yang baru. Saya percaya, apa yang berlaku sekarang ini memang dah ditentukan oleh Allah, memang dah tertulis dan bukannya berlaku secara kebetulan. Saya tau, walau apa jua keadaannya, saya harus tetap kuat menghadapi apa yang mendatang. Bak kata pakcik saya,


"Kesian Uni. Hari tu anak masuk hospital. Sekarang suami pulak kena operate. Sabar banyak-banyak ye Uni. Take care of your own health, too, despite what is happening right now".


Terima kasih pakcikku di  atas pesananmu. Uni akan sentiasa ingat. ^_^




*********************************************************************************



Apa yang berlaku banyak mengajar saya erti sabar, erti pergantungan kepada Allah dan juga erti kasih sayang. Saya percaya, dalam hidup kita, kita akan sentiasa diuji, tapi lain orang, lainlah cara ujiannya, percayalah dengan janji Allah bahawa Dia menguji seseorang hamba-Nya sesuai dengan kemampuan hamba-Nya itu.


Saya berdoa moga suami saya akan cepat sembuh seperti sediakala.


Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana menyayangi kami....

7 comments:

Ayu Zan said...

be strong kak. redha dan ikhlas setiap gerak kerja bantu suami dan urus anak, insya allah ganjaran pahala hadiah dr Allah buat akak. ammiinn..

Mar Mansor said...

in sha Allah..semuanya akan baik2..uni kena kuat..

Mazatul Azura Muhamad said...

Allahu Akbar... Allah uji Uni sekuat yang Uni mampu... Insya-Allah... ada rahmatnyer... Sabar yer banyak-banyak..

Uni Aqilah said...

Amin... thanks ayu.

Uni Aqilah said...

thanks Mar.

Uni Aqilah said...
This comment has been removed by the author.
Uni Aqilah said...

Thanks kak mazatul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *