I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 26, 2013

Ajar Anak Buat Kerja Rumah

Perlukah ajar anak buat kerja rumah? Saya rasa, perlu.


Pada pandangan saya, ini kebaikan yang diperolehi oleh kedua-dua ibu dan anak, bila sama-sama terlibat dalam membuat kerja rumah :


Kepada ibu
1) Ibu ajar anak buat kerja rumah yang kalau diikutkan sebenarnya adalah kemahiran hidup. Ibu bertanggungjawab untuk mendedahkan anak tentang apakah sebenarnya yang dia akan lalui apabila dia besar nanti. Anak akan mudah ikut apa yang diajar oleh ibu kerana ibu adalah role model untuk setiap anak.


2) Kalau ibu jatuh sakit dan anak dah biasa buat kerja rumah, maka rumah tetap akan kemas seperti biasa. Ibu boleh berehat dan proses penyembuhan akan lebih cepat apabila kerja-kerja rumah diambil alih sementara oleh anak-anak dan suami.

3) Ibu boleh melihat sendiri potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang anak itu. Contohnya antara kerja rumah membasuh pinggan mangkuk yang kotor, menyapu sampah dan vakum karpet, dan membasuh+menyidai+melipat kain baju, yang mana anaknya cekap buat. Ibu takkan tahu potensi seseorang anak kalau ibu tak turut sama terlibat dalam proses mendidik anak.


Kepada anak
1) Membina perasaan suka membantu ahli keluarga dan rasa dirinya penting apabila terlibat dalam urusan kerja rumah keluarga. Kalau perasaan suka membantu tu dah terbina dalam diri anak, maka sampai bila-bila pun dia akan menghulurkan tangan dan bantuan tanpa diminta.

2) Belajar membina kemahiran hidup dan menyesuaikan diri walau ke mana pun dia pergi. Contohnya, kalau dia dah biasa basuh pinggan kat rumah sendiri, maka bila berkunjung atau berziarah ke rumah saudara mara, tidaklah dia berasa kekok untuk turut serta kat dapur.

3) Memberikan kepuasan apabila dapat menyiapkan sesuatu tugasan. Contohnya, lantai rumah bersih setelah disapu, karpet bersih setelah divakum, cadar tegang dan selimut berlipat di bilik tidur dan pelbagai lagi.


Tapi perlu diingat, didiklah anak buat kerja rumah, sesuai dengan usianya!!


Hujung minggu lepas, saya ajar Haziq buat kerja rumah.


Kerja Rumah 1 - Vakum karpet (ini kali ketiga atau keempat Haziq vakum karpet)

"Haziq, Mama tengok karpet ni macam dah kotorlah. Macam ada banyak sampah. Mama nak bersihkan. Haziq nak tak tolong Mama vakum karpet?"

"Haziq nak!!"

"OK! Terima kasih Haziq"

"Sama-sama Mama cantik"

Dan saya pun mula vakum karpet. Saya buat dulu. Dah siap semua, saya bagi peluang pada Haziq untuk vakum karpet tu. Untuk nampak lagi real, saya koyakkan tisu menjadi cebisan dan tabur kat karpet.


Bila Haziq vakum dan tengok tisu tu hilang (hilang disedut), maka dia rasa seronok sangat!


"Mama, tengok. Haziq dah bersihkan tisu!"

"Wah, pandainya Haziq"

Anak Mama yang rajin. Nampak tak cebisan tisu yang berwarna putih-putih tu?

Bila habis semua tisu disedut dek vacuum cleaner tu, saya ingat selesailah kerja. Rupa-rupanya..


"Mama, letak lagi tisu. Haziq nak bersihkan ni"

"Err... ok"


Proses mengoyak tisu dan menabur cebisan tisu di karpet untuk Haziq bersihkan, memerlukan modal sebanyak 5 helai tisu! :)



Kerja Rumah 2 - Basuh baju (dah banyak kali Haziq tolong saya basuh baju)

"Haziq, Mama nak basuh baju Mama, baju Abah, baju Haziq dan baju Aimi yang kotor ni. Boleh Haziq tolong Mama basuh baju?"

"Aah lah Mama. Kotor sangat baju. Jom basuh baju"

"OK. Terima kasih Haziq tolong Mama".

"Sama-sama Mama cantik".


Bab basuh baju guna washing machine ni, Haziq memang dah expert. Dia tahu setiap langkah-langkahnya. Tapi saya tetap kena monitor. Anak baru umur 3 tahun tuuu...

Masukkan baju kotor dalam mesin basuh.
Kerana tak cukup ketinggian, maka Haziq guna kerusi kecik.

Haziq tau kat mana tempat nak masukkan sabun. 

Muka gembira bahagia sebab dapat tolong Mama basuh baju


Kerja Rumah 3 - Isi air masak dalam botol supaya senang nak minum (Pertama kali)

"Haziq, air kat dalam botol purple dengan botol hijau ni dah habislah. Mama haus nak minum ni. Macamana ya?

"Jom kita isi air. Haziq tekan yang putih eh? Sebab yang merah tu panas. Mama je tekan" (putih tu maksudnya air suam, merah tu maksudnya air panas kat water filter tu. Kalau merah, Mama dengan Abah je boleh tekan, Haziq tak boleh).

"Mama isi yang hijau, Haziq tolong isi yang purple. Boleh?"

"Boleh Mama".

Punyalah tekun Haziq isi air.
Saya cakap kalau Haziq bergerak, nanti air tumpah. :)


=======================================================================


Saya bukanlah ibu yang sempurna. Saya juga punya kelemahan dan kekurangan. Tapi apapun, saya tetap berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Kemahiran hidup seperti ini tidak diajar di sekolah. Semuanya bermula dari rumah.


Moga Haziq dan Aimi nanti mengerti bahawa saya tidak bermaksud membebankan mereka dengan meminta tolong mereka membuat kerja-kerja rumah. Apa yang saya buat nanti adalah untuk memudahkan mereka di kemudian hari. Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Moga-moga apa yang saya ajar mereka hari ini akan membantu memudahkan kehidupan mereka di kemudian hari apabila mereka mula hidup sendiri dan berkeluarga kelak.


Mama sayang Haziq & Aimi, selama-lamanya.... :)

10 comments:

Rai Ourkizuna said...

seronok haziq dapat tolong mama cantik.. bebudak ni mmg kena bagi pendedahan awal kan.. senang da besar nanti..

CikLaLA said...

rajinnya haziq..

Mar Mansor said...

nice story..puas hati bila dapat ajar anak buat keje & dia pula tidakmenolak..

NinaAz said...

Wah3. Rajinnyaaaa haziqq

Uni Aqilah said...

Ye betul zai. Memang ibu bapa sendiri yang kene bagi pendedahan awal.

Uni Aqilah said...

:)

Uni Aqilah said...

Sama-sama seronok.

Uni Aqilah said...

:)

Rinah said...

setuju, ajar anak buat kerja rumah. thumb up Haziq :)

Uni Aqilah said...

harusss! mulakan dengan keluarga sendiri dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *