I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, November 24, 2013

Aimi Taknak Minum Susu S26

Masalah! Aimi taknak minum susu tepung S26 Langkah 2 lagi dah. Bayangkan, masa cuti public holiday birthday Sultan Johor 22 November 2013 (Jumaat), Aimi hanya minum 4 oz susu S26 dalam tempoh sehari tu!


Saya susah hati. Lepas bincang dengan suami, petang tu kami kasi Aimi cuba susu Gain Plus Langkah 3 iaitu susu Haziq. Saya buat susu 4 oz. 


Percaya tak, Aimi minum terus habis 4 oz tu!!


Dan selang beberapa jam lepas tu, dia minum lagi 4 oz!!


Dan sebelum tidur, minum lagi 2 oz!!


Susu Gain Plus.

Inilah susunya. Tapi ni gambar lama tau.

Esoknya saya bagitau Mama saya yang saya bagi Aimi minum susu Gain Plus.


"Ma, Uni kasi Aimi minum susu Gain Plus Haziq tu"

"So, dia minum tak?"

"Minum"

"Hah, baguslah. Minum berapa banyak?"

"Overall, 10 oz"

"Haaaaa.. oklah tu. Terus jelah bagi Gain Plus. Yang penting kita nak Aimi minum susu banyak. Taknak dia underweight" (nampak tak betapa concernnya Mama saya terhadap cucu pompuannya yang sorang tu).

"Tapi Aimi baru 10 bulan. Susu tu untuk 1 tahun ke atas. Takut nanti jadi pape ke kat perut dia kalau minum susu tak ikut umur ni.."

"Abis tu, nak tunggu Aimi umur 1 tahun 1 minit ke baru nak bagi minum susu Gain Plus??"


Wakakakakakakakaka.. Terus spontan saya gelak besar. Rasa macam kelakar sangat dengar pertanyaan Mama saya tu. Hahahahaha...


"Kenapa ketawa pulak? Takkan Uni nak tunggu Aimi umur 1 tahun 1 minit baru nak bagi?"


Hahahaha... Saya ketawa lagi.


"Ok ma, Uni follow cakap Mama. Mama memang terbayeeekkk!!"


Mama saya pulak yang ketawa kuat berdekah-dekah. Hahahahaa...


So kesimpulannya, Aimi dah mula minum susu Gain Plus ni pulak. Hari ni 24 November 2013 (Ahad) setakat siang tadi, dia dah minum 8 oz, consider banyak dah tu kalau nak compare dengan S26 kan. Poo poo dia pun cantik, kalau yang minum S26 tu, macam berketul-ketul sikit.


p/s : Susu Gain Plus 1.8 kg dah naik harga. Naik RM8 untuk satu tin. Oh yeahh!!!

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

mahal kan susu zaman sekarang.. anak anak aku minum susu fernleaf full cream tu je..

Ayu Zan said...

insya allah xpape. tak jauh beza pun. nak dekat 1 tahun dah.ehehe

Uni Aqilah said...

Kalau anak aku nak minum fernleaf tu, aku ok aje.

Uni Aqilah said...

ye ayu, 2 bulan je lagi. hehehe

Mar Mansor said...

kalau pk harga susu yang semakin mahal ni..tercungap jugak..

Uni Aqilah said...

bukan harga susu je naik. semua barang pun naik harga. peritnya rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *