I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 29, 2013

Antara Keyword Yang Hit di Blog Saya

Keyword pada hari Khamis 28 November 2013

Hari Khamis lepas saya buka akaun Nuffnang dan tengok antara keyword yang hits di blog saya. Bila dah tengok senarai tu, tetiba teringin pulak nak buat entry tentang keyword.


Cuba korang tengok beberapa keyword yang saya tandakan dalam gambar di atas :


1) ada nadi dalam perut
Mmm...rupanya ada juga orang yang google "ada nadi dalam perut". Actually perkataan tu saya tulis dalam entry saya tentang usaha dan ikhtiar saya untuk hamil. Masa tu saya pergi berurut dengan Mak Aji dan beliau cakap ada nadi dalam perut. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, boleh baca kat sini.


2) level suction sesuai untuk rumble tuff
Ok tentang level suction ni, sebenarnya ia bergantung kepada ketahanan diri masing-masing. Untuk breastpump Rumble Tuff, ia ada 8 level suction. Saya sendiri pernah guna sampai level 5 je sebab tak tahan sakit. Boleh baca ceritanya di sini.


3) ambil spirulina elken waktu hamil
Saya memang amalkan makan spirulina elken dalam usaha saya untuk hamil dan saya teruskan lagi pengambilannya sepanjang saya mengandungkan Haziq. Satu hari saya makan 20-30 biji spirulina. Hasilnya, Haziq lahir tanpa sebarang masalah dan bebas daripada jaundis. Boleh baca ceritanya lebih lanjut di sini.


4) nak buat apa setahun lebih kahwin tapi tak mengandung lagi.
Well, rasanya saya takde entry yang sesuai untuk dilinkkan kepada keyword ni. Tapi jawapan saya ada 2. Pertamanya, kalau dah setahun lebih kahwin, dah berusaha untuk hamil tapi tak hamil juga, boleh mulakan rawatan yang sewajarnya. Boleh mula amalkan supplemen, berurut dengan bidan ataupun jumpa doktor untuk kenalpasti masalah yang sebenar. Keduanya, kalau dah setahun lebih kahwin, dah berusaha untuk hamil tapi tak hamil juga, sila alihkan fokus dan tenaga anda suami isteri untuk lebih menikmati hidup. Maksud saya, rancang percutian romantik, pergi bercuti dan berjalan-jalan serata Malaysia dan dunia dan cuba spend lebih banyak masa bersama. Takpun buat aktiviti-aktiviti bersama yang menyeronokkan contohnya macam pergi daki gunung ke, rock climbing ke, belajar buat kraftangan ke, hadiri kursus-kursus masakan ke dan lain-lain. Satu benda je kene ingat, tak boleh stress-stress kalau nak anak ini. Have fun and enjoy life. Baby will surely come at the right time, Allah knows the best! :)


5) barang perlu dibawa ke hospital bersalin
Ini memang keyword yang paling hit zaman berzaman. Selagi ada wanita yang nak pergi bersalin, selagi tu lah keyword ni akan terus hit. Ceewahhh!! Apa lagi, jom terjah kat sini.


6) jadual waktu makan ibu mengandung
Memang bagus siapa yang search tentang keyword ni sebab dengan jelas menunjukkan bahawa dia sangat prihatin tentang bab-bab mengandung. Very good. Kalau nak tahu jadual saya, boleh tengok kat sini.


7) review pam susu rumble tuff
Ye, saya dah buat review tentang breastpump Rumble Tuff. Boleh baca kat sini.


8) set bersalin tanamera
Pun, dah ada entry berkaitan. Boleh baca kat sini.


Ok, itu dia keyword yang hit yang sempat saya capture di akaun Nuffnang pada hari Khamis yang lepas. Harap-harap apa yang saya kongsikan di blog saya ini memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang membacanya.

^_^

Kalau-kalau

Pernah tak korang terfikir, kalau-kalau rakan sekerja korang tau yang korang ada blog? (Ataupun diorang memang dah tau?)


Korang kisah ke? Atau tak kisah ke? Atau macamana?


Sila tinggalkan komen ye. Serius saya betul-betul nak tahu apa pandangan korang tentang hal ni.


p/s : Tak tau nak letak tajuk apa. Sebab tu entry ni bertajuk "Kalau-kalau".

Thursday, November 28, 2013

Hadiah Dari Mekah, Hadiah Dari Vietnam

Ingat tak ari tu saya cerita yang ibu bapa mertua saya pergi menunaikan haji? Alhamdulillah mereka dah selamat pulang ke rumah pada hari Jumaat 15 November yang lepas. Kejap je kan masa berlalu.


Ini hadiah pemberian daripada Mak dan Abah untuk kami sekeluarga. Happynya!! Terima kasih Mak! Terima kasih Abah!



Saya dah rasmikan Al-Quran ini iaitu dengan membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah Al-Waqiah. Kemudian sambung dengan surah an-Nisa' sebab sekarang sedang baca surah tu.


Aimi my sweet princess
Jubah hitam ni untuk Aimi. Sedang elok je saiznya, memang padan dengan Aimi. Pandai Mak pilih untuk cucunya. Cuma, kainnya agak singkat sebab Aimi ni jenis tinggi memanjang. Hehehe..


Haziq sedang berucap sepatah dua kata

Jubah putih ni pulak untuk Haziq, kain cotton. Yang ini memang sedang elok untuk Haziq, rasa macam nak terus bawa dia pergi sembahyang kat surau. :)


For us suami isteri

Yang ini pula jubah untuk kami suami isteri. Yang hitam untuk saya, yang putih untuk suami. Memang sedang elok dan padan dengan kami berdua. Begitulah ye, naluri ibu ni memang hebat. Pandai mengagak saiz badan anak menantu dan cucu-cucunya walaupun tak ada di depan mata. Tabik spring untuk Mak! :)


Baru-baru ni juga, adik saya pergi mengikuti rombongan cik kiah sekolah ke Vietnam. Bestnya alahai, saya paling jauh pun pergi Singapore je. Hehehehe... Dan ini hadiah yang dia belikan untuk kami :

Suka! Suka! Suka!

Tshirt biru tu untuk suami, beg Vietnam tu untuk saya dan bantal leher pink hijau tu untuk Aimi dan Haziq. Memang seronok sangat kami bila terima hadiah ni. Hihihihi...


p/s : Nak pergi holiday jugak.

Wednesday, November 27, 2013

Berapa CPUV Setakat Ini? (Part 2)

Agak lama jugalah saya tak dapat CPUV yang 'kencang' daripada Nuffnang. Mungkin sebab saya jarang update blog agaknya. Takpelah, rezeki orang lain buat masa ni. In Shaa Allah lain kali ada pulak rezeki untuk saya kan?


Klik SINI kalau nak tengok CPUV yang saya dapat daripada bulan January hingga August 2013.


Sekarang saya nak update status jumlah CPUV yang saya dah terima setakat ini untuk blog My Story, My Life.


Terima kasih Nuffnang!!! :)


September 2013
#22 - Olay JAS Bundle
#23 - Digi Prepaid Project Zoom


October 2013
#24 - Thor 2 GSC Partnership
#25 - Xaxis - #0150


November 2013
#26 - International Autoparts
#27 - Mah Sing Southville Discovery Extravaganza




Moga-moga bulan December nanti, makin banyak CPUV berderet untuk blog kesayangan saya ni. Aminn!!

Tuesday, November 26, 2013

Ajar Anak Buat Kerja Rumah

Perlukah ajar anak buat kerja rumah? Saya rasa, perlu.


Pada pandangan saya, ini kebaikan yang diperolehi oleh kedua-dua ibu dan anak, bila sama-sama terlibat dalam membuat kerja rumah :


Kepada ibu
1) Ibu ajar anak buat kerja rumah yang kalau diikutkan sebenarnya adalah kemahiran hidup. Ibu bertanggungjawab untuk mendedahkan anak tentang apakah sebenarnya yang dia akan lalui apabila dia besar nanti. Anak akan mudah ikut apa yang diajar oleh ibu kerana ibu adalah role model untuk setiap anak.


2) Kalau ibu jatuh sakit dan anak dah biasa buat kerja rumah, maka rumah tetap akan kemas seperti biasa. Ibu boleh berehat dan proses penyembuhan akan lebih cepat apabila kerja-kerja rumah diambil alih sementara oleh anak-anak dan suami.

3) Ibu boleh melihat sendiri potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang anak itu. Contohnya antara kerja rumah membasuh pinggan mangkuk yang kotor, menyapu sampah dan vakum karpet, dan membasuh+menyidai+melipat kain baju, yang mana anaknya cekap buat. Ibu takkan tahu potensi seseorang anak kalau ibu tak turut sama terlibat dalam proses mendidik anak.


Kepada anak
1) Membina perasaan suka membantu ahli keluarga dan rasa dirinya penting apabila terlibat dalam urusan kerja rumah keluarga. Kalau perasaan suka membantu tu dah terbina dalam diri anak, maka sampai bila-bila pun dia akan menghulurkan tangan dan bantuan tanpa diminta.

2) Belajar membina kemahiran hidup dan menyesuaikan diri walau ke mana pun dia pergi. Contohnya, kalau dia dah biasa basuh pinggan kat rumah sendiri, maka bila berkunjung atau berziarah ke rumah saudara mara, tidaklah dia berasa kekok untuk turut serta kat dapur.

3) Memberikan kepuasan apabila dapat menyiapkan sesuatu tugasan. Contohnya, lantai rumah bersih setelah disapu, karpet bersih setelah divakum, cadar tegang dan selimut berlipat di bilik tidur dan pelbagai lagi.


Tapi perlu diingat, didiklah anak buat kerja rumah, sesuai dengan usianya!!


Hujung minggu lepas, saya ajar Haziq buat kerja rumah.


Kerja Rumah 1 - Vakum karpet (ini kali ketiga atau keempat Haziq vakum karpet)

"Haziq, Mama tengok karpet ni macam dah kotorlah. Macam ada banyak sampah. Mama nak bersihkan. Haziq nak tak tolong Mama vakum karpet?"

"Haziq nak!!"

"OK! Terima kasih Haziq"

"Sama-sama Mama cantik"

Dan saya pun mula vakum karpet. Saya buat dulu. Dah siap semua, saya bagi peluang pada Haziq untuk vakum karpet tu. Untuk nampak lagi real, saya koyakkan tisu menjadi cebisan dan tabur kat karpet.


Bila Haziq vakum dan tengok tisu tu hilang (hilang disedut), maka dia rasa seronok sangat!


"Mama, tengok. Haziq dah bersihkan tisu!"

"Wah, pandainya Haziq"

Anak Mama yang rajin. Nampak tak cebisan tisu yang berwarna putih-putih tu?

Bila habis semua tisu disedut dek vacuum cleaner tu, saya ingat selesailah kerja. Rupa-rupanya..


"Mama, letak lagi tisu. Haziq nak bersihkan ni"

"Err... ok"


Proses mengoyak tisu dan menabur cebisan tisu di karpet untuk Haziq bersihkan, memerlukan modal sebanyak 5 helai tisu! :)



Kerja Rumah 2 - Basuh baju (dah banyak kali Haziq tolong saya basuh baju)

"Haziq, Mama nak basuh baju Mama, baju Abah, baju Haziq dan baju Aimi yang kotor ni. Boleh Haziq tolong Mama basuh baju?"

"Aah lah Mama. Kotor sangat baju. Jom basuh baju"

"OK. Terima kasih Haziq tolong Mama".

"Sama-sama Mama cantik".


Bab basuh baju guna washing machine ni, Haziq memang dah expert. Dia tahu setiap langkah-langkahnya. Tapi saya tetap kena monitor. Anak baru umur 3 tahun tuuu...

Masukkan baju kotor dalam mesin basuh.
Kerana tak cukup ketinggian, maka Haziq guna kerusi kecik.

Haziq tau kat mana tempat nak masukkan sabun. 

Muka gembira bahagia sebab dapat tolong Mama basuh baju


Kerja Rumah 3 - Isi air masak dalam botol supaya senang nak minum (Pertama kali)

"Haziq, air kat dalam botol purple dengan botol hijau ni dah habislah. Mama haus nak minum ni. Macamana ya?

"Jom kita isi air. Haziq tekan yang putih eh? Sebab yang merah tu panas. Mama je tekan" (putih tu maksudnya air suam, merah tu maksudnya air panas kat water filter tu. Kalau merah, Mama dengan Abah je boleh tekan, Haziq tak boleh).

"Mama isi yang hijau, Haziq tolong isi yang purple. Boleh?"

"Boleh Mama".

Punyalah tekun Haziq isi air.
Saya cakap kalau Haziq bergerak, nanti air tumpah. :)


=======================================================================


Saya bukanlah ibu yang sempurna. Saya juga punya kelemahan dan kekurangan. Tapi apapun, saya tetap berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Kemahiran hidup seperti ini tidak diajar di sekolah. Semuanya bermula dari rumah.


Moga Haziq dan Aimi nanti mengerti bahawa saya tidak bermaksud membebankan mereka dengan meminta tolong mereka membuat kerja-kerja rumah. Apa yang saya buat nanti adalah untuk memudahkan mereka di kemudian hari. Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Moga-moga apa yang saya ajar mereka hari ini akan membantu memudahkan kehidupan mereka di kemudian hari apabila mereka mula hidup sendiri dan berkeluarga kelak.


Mama sayang Haziq & Aimi, selama-lamanya.... :)

Monday, November 25, 2013

Sumbangan Untuk Penduduk Filipina akibat Taufan Haiyan

Mudahnya nak bersedekah. :)


Tadi saya buka akaun Nuffnang. Tengok-tengok ada info terbaru tentang kutipan derma untuk penduduk Filipina yang terjejas akibat taufan Haiyan. Saya tak fikir panjang, terus aje donate / sedekah. Dah ada jalan yang mudah kan. :)


Berapa sedekahku? Biarlah hanya Allah yang tahu

Johor Mula Cuti Hujung Minggu Jumaat dan Sabtu Bermula 1 Januari 2014

Daulat Tuanku!

Berita hangat terkini di negeri Johor iaitu berkenaan penukaran cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu. Apa komen anda? Apa komen saya?


Secara jujurnya, saya menyambut baik titah Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan penukaran hari cuti hujung minggu ini yang dibuat setelah Baginda meneliti pelbagai pandangan. Apatah lagi, Baginda sendiri bertitah yang hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.


Tengok jelah sekarang ni, kebanyakan orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk rehat dan tidur. Titah Baginda lagi, selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu iman membaca doa.


Sebenarnya kat Johor ni, dulu pun pernah cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Tapi selepas tahun 1994 barulah ditukar kepada Sabtu dan Ahad. Kira sekarang ni tukar semula kepada Jumaat dan Sabtu lah.


Saya dan suami, kedua-duanya bekerja swasta. Rasanya tidak begitu terkesan atau sebenarnya rasa biasa sahaja dengan penukaran cuti hujung minggu ni, kerana melalui laporan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 November 2013 (Ahad) mukasurat 4, cuti ini hanya untuk kerajaan negeri, means untuk mereka yang kerja dengan kerajaan Johor  sahaja, termasuklah sekolah kerajaan.


Bagi pihak swasta pula terpulang sama ada nak tukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu atau ingin kekal pada hari Sabtu dan Ahad. Rasa-rasanya kedua-dua syarikat tempat saya dan suami bekerja akan mengekalkan cuti mingguan Sabtu dan Ahad. Tapi tak tahulah camne nanti.


Kalau tengok kat media sosial, rancak sungguh orang bercerita tentang cuti mingguan ni. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada pulak yang buat lawak nak cuti dari hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu. Haiii, berangan jelah kan. Apapun, ini titah Sultan Johor.


Saya ok sahaja. Korang pula bagaimana?

Sunday, November 24, 2013

Aimi Taknak Minum Susu S26

Masalah! Aimi taknak minum susu tepung S26 Langkah 2 lagi dah. Bayangkan, masa cuti public holiday birthday Sultan Johor 22 November 2013 (Jumaat), Aimi hanya minum 4 oz susu S26 dalam tempoh sehari tu!


Saya susah hati. Lepas bincang dengan suami, petang tu kami kasi Aimi cuba susu Gain Plus Langkah 3 iaitu susu Haziq. Saya buat susu 4 oz. 


Percaya tak, Aimi minum terus habis 4 oz tu!!


Dan selang beberapa jam lepas tu, dia minum lagi 4 oz!!


Dan sebelum tidur, minum lagi 2 oz!!


Susu Gain Plus.

Inilah susunya. Tapi ni gambar lama tau.

Esoknya saya bagitau Mama saya yang saya bagi Aimi minum susu Gain Plus.


"Ma, Uni kasi Aimi minum susu Gain Plus Haziq tu"

"So, dia minum tak?"

"Minum"

"Hah, baguslah. Minum berapa banyak?"

"Overall, 10 oz"

"Haaaaa.. oklah tu. Terus jelah bagi Gain Plus. Yang penting kita nak Aimi minum susu banyak. Taknak dia underweight" (nampak tak betapa concernnya Mama saya terhadap cucu pompuannya yang sorang tu).

"Tapi Aimi baru 10 bulan. Susu tu untuk 1 tahun ke atas. Takut nanti jadi pape ke kat perut dia kalau minum susu tak ikut umur ni.."

"Abis tu, nak tunggu Aimi umur 1 tahun 1 minit ke baru nak bagi minum susu Gain Plus??"


Wakakakakakakakaka.. Terus spontan saya gelak besar. Rasa macam kelakar sangat dengar pertanyaan Mama saya tu. Hahahahaha...


"Kenapa ketawa pulak? Takkan Uni nak tunggu Aimi umur 1 tahun 1 minit baru nak bagi?"


Hahahaha... Saya ketawa lagi.


"Ok ma, Uni follow cakap Mama. Mama memang terbayeeekkk!!"


Mama saya pulak yang ketawa kuat berdekah-dekah. Hahahahaa...


So kesimpulannya, Aimi dah mula minum susu Gain Plus ni pulak. Hari ni 24 November 2013 (Ahad) setakat siang tadi, dia dah minum 8 oz, consider banyak dah tu kalau nak compare dengan S26 kan. Poo poo dia pun cantik, kalau yang minum S26 tu, macam berketul-ketul sikit.


p/s : Susu Gain Plus 1.8 kg dah naik harga. Naik RM8 untuk satu tin. Oh yeahh!!!

Happy Birthday Mama!

Happy 55th Birthday Mama!!!


10 November 2013 (Ahad) yang lalu merupakan harijadi Mama saya yang ke-55. Macam biasa, dalam family saya ni, wajib beli kek setiap kali birthday. Birthday is equal to cake, cake is equal to birthday. Itulah perumpamaannya. 


Celebrate birthday Mama tahun ni memang meriah. Meriah dengan cucus (cucu-cucu). Ada satu masa tu kami nak ambil gambar Mama dengan cucus tapi cucus semua tak reti duduk diam. Sorang umur 9 bulan (Aimi), sorang umur 7 bulan (Edhany - anak sedara saya) dan umur 3 tahun (Haziq). Memang kelakar sangat masa tu.


Tahun ni saya tak sempat nak belikan apa-apa hadiah untuk Mama, sebab memang saya tak sempat langsung nak ke mana-mana, apatah lagi suami baru je lepas operation.


Walaupun begitu, saya telah ucapkan selamat hari jadi kat Mama.


"Ma, selamat hari jadi. Uni nak bagitau yang Uni sayang sangat kat Mama. Jasa dan pengorbanan Mama dalam membesarkan Uni dan adik-adik sehingga berjaya sekarang ini takkan dapat Uni balas, dan takkan Uni lupa sampai bila-bila. Uni doakan semoga Allah panjangkan umur Mama, kurniakan Mama kesihatan yang baik, beri kesenangan dan kelancaran dalam semua urusan Mama, melimpahruahkan lagi rezeki Mama dan moga Mama sentiasa selamat dan dilindungi oleh-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin".

Thursday, November 21, 2013

Tawaran Kerja Sebagai QMS Manager

Tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang ingin menawarkan saya kerja sebagai QMS Manager.


What??!!! QMS Manager?!!!


Terkejut badak mak dibuatnya. Tak pernah pula berangan sampai ke tahap tu. Orang tu buat interview melalui phone sahaja. Semuanya nampak meyakinkan, dan saya rasa saya ni ada peluang cerah untuk dapat kerja tu. Apatah lagi orang tu beritahu yang ada somebody (orang tu agak berpengaruh juga) telah rekemenkan nama saya kat dia.


Kemudian saya tanya, kat mana office / plant you. Jawabnya, kat Pelabuhan Tanjung Pelepas. Aduhai, jauhnya dari rumah, jawab saya dalam hati.


Lepas tu dia tanya-tanya lagi, then saya tanya, berapa yang you boleh offer saya untuk jawapan ni? Dia bagitau berapa gajinya. Dan saya macam terkejut sangat, sebab dia offer saya gaji 2 kali ganda daripada gaji saya sekarang ini. Mak rasa nak pengsan sebab tak percaya!!!


Ok, saya dah excited dah ni. Tapi rupa-rupanya, saya sangkut kat soalan terakhir...


Dia tanya tentang pengalaman saya berkaitan FDA. Err... secara jujurnya, saya langsung takde tahu menahu pasal FDA. Saya sempat fikir, nak jawab tahu ke tak. Tapi, saya memilih untuk bercakap jujur, iaitu saya takde pengetahuan dan pengalaman tentang FDA tapi saya bersedia untuk belajar dan menguasai tentang FDA seperti yang syarikat perlukan.


Dan...jawapan orang itu buat saya akur. Dia perlukan seseorang yang amat mahir tentang selok belok FDA sebab ini adalah syarikat farmaseutikal. Jadi, takde rezeki buat saya lah nampaknya.


Orang tu pun cakap, sayangnya tak dapat you untuk bersama kita di syarikat ni, sebab you tak tahu tentang FDA.


Saya cakap, takpelah, mungkin peluang ni untuk orang lain dan bukan untuk saya. Then, we ended the phone interview.


Bila ingatkan gaji yang ditawarkan, memang syok sangat. Tapi bila ingat kene keje kat PTP, rasa tak mampu nak pergi ke sana sebab jauh dari rumah, apatah lagi anak-anak masih kecil.

Wednesday, November 20, 2013

Haziq Menangis Taknak Pergi Rumah Babysitter

Pagi tadi saya keluar rumah agak lewat. Nasib baik jalan lancar takde jem. Sampai kat rumah babysitter (bs) dah pukul 7.55 am. Ye, memang dah lewat pun nak sampai ofis pukul 8.00 am.


Lepas saya bagi Aimi kat bs, saya nak turunkan Haziq pula. Tapi hari ini dia meragam pulak. Menangis-nangis taknak turun, taknak pergi rumah mak katanya.


Puasa saya pujuk, siap cakap Mama pergi work kejap je, nanti Mama amik Haziq, tapi dia taknak jugak. Puas saya tanya, Haziq sakit ke, Haziq tak suka ke, tapi  Haziq tak cakap pape, cuma menangis je. Dalam kepala ni, mula lah fikir, kenapa pulak Haziq taknak turun kat umah bs ni?


Dalam menangis tu, Haziq dok cakap,


"Haziq taknak pergi rumah Mak. Haziq nak ikut Mama pergi work. Haziq nak ikut Mama pergi work".


Diulang-ulang ayat tu berkali-kali.


Ah, sudah! Gawat nih!


Saya tutup pintu, saya cakap kat bs, saya nak buat pusingan kat lorong rumah dia ni 1 kali.


Sambil buat pusingan tu, saya cakap,


"Mama rasa laparlah. Mama nak sarapan. Tapi Mama tak tau nak beli apa. Haziq boleh tolong Mama tak? Apa Mama nak makan ye?"


Terus Haziq senyap.


"Mmmm... Haziq rasa Mama makan mi je. Sebab Haziq nak makan mi. Purut (perut) Haziq dah lapar ni".


"Ok. jom kite beli mi. Haziq turun and teman Mama beli ye. Boleh Haziq?"


"Ok boleh. Haziq suka tolong Mama".


Then, saya singgah kat satu gerai. Layankan Haziq tengok pilih makanan. Padahal mata saya ni dok tengok jam. Haziq pilih nak makan mihun goreng.


Dah sudah tu, terus saya pusing balik ke rumah bs. Masa ni Haziq dah tak nangis, tapi siap senyum sengih seperti biasa.


"Mak, Haziq dah datang. Mama beli mi. Haziq nak makan mi".


"Yelah yelah, jom kita makan ye Haziq" ucap bs.


Lepas ucapkan salam pada bs, saya terus bergegas ke ofis.


Saya sampai ofis pukul 8.20 am. Oh yeah!!!

Tuesday, November 19, 2013

Haziq Penghibur Hati


My handsome boy

Haziq sekarang berumur 3 tahun 3 bulan. Dari segi berat, rasanya dalam 16-17 kg. Dari segi tinggi, rasanya lebih kurang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Dari segi badan, Haziq ni umpama bantal peluk saya. Saya suka sangat peluk Haziq sebab dia gebus. :)


Haziq sekarang amat petah bercakap. Alhamdulillah, dia cakap lancar dan jelas, langsung takde pelat-pelat. Memang dari kecik Haziq takde cakap pelat, sebab kami ibu bapanya tak pernah cakap pelat dengan Haziq. Kami juga usahakan supaya orang di sekeliling Haziq juga tidak bercakap pelat dengan Haziq.


Dari segi makan, Haziq memang suka makan. Makanan favouritenya ialah nasi dan mi. Apa-apa sajalah jenis masakan, semua dia makan, paling suka makan mi.


Dari segi minuman, Haziq memang suka minum air masak. Alhamdulillah, dia tak reti nak mintak air sejuk peti ais tu, sebab memang kami tak biasakan dia minum air sejuk. Tapi dia sebut air masak tu sebagai "air sejuk" pada dia, kalau air suam pulak dia akan panggil "air panas". Hehehehe.. Selain daripada tu, Haziq suka minum air milo. Pantang singgah kat stesen minyak, mesti dia mintak Abahnya belikan air milo. "Abah, Haziq nak air milo. Satu je. Abah tak payah beli dua" kata Haziq. Hahahaha...


Kartun favourite nya ialah Upin dan Ipin. Siap hafal semua dialog, siap boleh kenal mana Upin, mana Ipin, mana Ehsan, mana Jarjit, mana Kak Ros, senang kata memang kenal semua watak dalam cerita tu. Lagi satu Haziq suka sangat tengok kartun Pocoyo kat Disney Junior channel 613. Siap boleh gelak sendiri tengok kartun. Tapi kartun Pocoyo tu memang kelakar pun, saya pun gelak jugak. Hahahaha... Semua kartun kat 613 memang Haziq suka, contoh  macam Pororo, Handy Manny, Sofia the Princess, Jack and the Never Land Pirate, Doc Mc Stuffin dan macam-macam lagilah.


Haziq masih pakai pampers lagi. Saya belum mula lagi potty training. Tak taulah bila nak mula, sebab rasa sangat kesuntukan masa sekarang ni. Huhuhu. Sekarang pakai saiz XXL, tu pun macam dah tak muat dah.


Antara perkara yang buat saya happy ialah, Haziq suka baca buku, kadang-kadang tulis kat buku. Bukan tulis apa pun, lebih kepada conteng. Tapi dia cakap dia lukis gambar Mama cantik, Abah hensem dan Aimi comel, walaupun lukisannya sekali tengok rasa macam tengok raksasa je. Hihihihi... Pantang nampak saya menghadap laptop, dia pun sibuklah nak buat kerja jugak. Kerja menulis. :)


Haziq ni jenis yang sayang sangat dan geram sangat kat adik dia, Aimi. Dia suka sakat Aimi, suka amik permainan yang Aimi tengah main. Bila Aimi nangis, dia akan pulangkan semula permainan tu dan cium pipi Aimi. Oh Tuhan, bahagia sungguh saya melihat kedua-dua mereka. Doa saya, moga mereka akan terus saling sayang-menyayangi sampai bila-bila.


Satu benda yang saya perasan, Haziq ni jenis memilih dengan siapa yang dia suka. Heran betul saya, tak taulah apa kriteria pemilihan dia tu. Contohnya macam ni, saya ada adik seramai 5 orang. Antara 5 orang ni, Haziq suka dan rapat dengan 3 orang je. Siap salam cium tangan, siap cium pipi, siap boleh main dan borak sama-sama. Yang lagi dua tu, memang dia taknak langsung. Apsal entah, saya pun tak faham. 


Samalah juga kat rumah babysitter (bs). Bs saya ada anak 4 orang, dia rapat dan suka sangat 3 orang je. Yang lagi sorang tu, dia langsung taknak rapat. Pelik kan? Tapi bila saya perhatikan, Haziq ni akan rapat dan sayang seseorang tu yang sentiasa layan dan sayang dia. Yang layan dia sebagai budak berumur 3 tahun. Yang layan dia sesuai dengan usianya. :)


Kadang-kadang Haziq ni akan terkasar sikit dengan saya. Contohnya, dia main lompat-lompat sambil tepuk tangan dan tangan dia terkena saya. So saya spontan akan cakap, "Aduh, sakitnya Mama". Then Haziq mesti akan terus cakap "Suri (sori) Mama, Haziq suri Mama. Mama sakit ke? Haziq suri Mama. Haziq suri". Terus hilang rasa sakit saya. Hahaahahha...


Rutin kami anak beranak sebelum tidur ialah, kami akan salam cium tangan, cium pipi kiri kanan 4 kali dan peluk erat-erat. Bila Haziq salam dan cium tangan saya, cium pipi kiri kanan dan peluk saya erat-erat, saya rasa bahagia sangat. Rasa indah sangat. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Haziq untuk saya dan suami. 


Tambah terharu, bila Haziq ucapkan "Haziq sayang Mama tau, Mama tidur tau" sebelum dia lepaskan pelukan. Saya pun cakap "Mama pun sayang Haziq, sayang Haziq banyak-banyak". Sebab tu lah, saya tidur lena setiap malam alhamdulillah, kerana saya tahu suami dan anak-anak sentiasa cinta dan sayangkan saya.


Entry ini khas untuk Haziq, moga-moga bila Haziq dah besar nanti dan Haziq baca entry ini, Haziq akan tahu betapa Mama cinta dan sayangkan Haziq. ^_^

Saturday, November 16, 2013

Best Tak Buku Mudahnya Menjemput Rezeki?

Buku yang sedang saya baca sekarang

Sebagai seorang yang suka membaca buku, saya tidak lepaskan peluang untuk membaca sebuah buku bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki" yang begitu hangat diperkatakan. Kisahnya, akhir bulan Oktober yang lepas, saya tergerak hati untuk menghubungi pengedar buku ini dan beli 3 naskah buku. Kenapa beli sampai 3 naskhah buku yang sama?


Satu buku tu untuk saya, satu buku tu saya hadiahkan untuk adik perempuan saya dan satu buku lagi tu saya hadiahkan untuk seorang sahabat saya. Entah mengapa, Allah gerakkan hati saya untuk hadiahkan buku tu kat sahabat saya.


Untuk makluman, anak sulung sahabat saya itu telah disahkan menghidap kanser tahap 4 dan sekarang sedang menjalani rawatan kemoterapi. Tak banyak yang boleh saya tolong sahabat tu. Selain bantuan kewangan yang semampunya, saya harap dengan buku ini dapat membantu dia di saat-saat sukar seperti ini.


Anyway, best tak buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni? Setakat saya baca ni (belum habis baca lagi), buku ni memang sangat best! 


Pertamanya, kerana cara penyampaiannya begitu santai dan bersahaja namun mesej yang dibawanya begitu kuat. Keduanya, kerana isi kandungannya yang amat bersesuaian dengan fitrah dan naluri seseorang manusia iaitu membawa kita kepada pergantungan kita kepada Allah s.w.t. Ketiganya, sebab ia menerangkan betapa mudahnya untuk menjemput rezeki hanya dengan cara melakukan amal ibadat yang memang wajib kita buat, tapi diterangkan bagaimana amal ibadat tersebut membuka jalan kepada rezeki kita.


Juga dinyatakan dalam buku ini, bahawa rezeki kita yang kita dapat tu, bukan semuanya milik kita. Di dalam rezeki tersebut ada milik orang lain. Percaya tak?


In Shaa Allah, bila ada kelapangan, saya akan berkongsi kisah teladan yang saya perolehi daripada buku ini.


Saya suka baca buku. Korang macamana pula?

Friday, November 15, 2013

Kenapa Uni Tak Reply Komen? (Part 2 of 2)

Kalau korang tertanya-tanya, eh apsal dah sampai Part 2 of 2 pulak ni? Apa cerita ni? Tak tau head and tail pun?!


Haaaaaa.... ok ok jangan risau jangan gelabah. Sila klik SINI untuk memahamkan the storymory.


Ok, dah faham dah storymory nya? Bagussssssss.


Dan, ini adalah jawapan yang tulus ikhlas daripada lubuk hati saya yang paling dalam. Err.. dah macam lirik lagu lah pulak! Maksud saya, ini JAWAPAN JUJUR daripada saya.


1) Untuk setting comment box, saya pilih "embedded". Jenis ini membolehkan saya membalas satu persatu kepada komen pembaca. Contohnya seperti ini :

Saya reply satu persatu pada setiap komen yang diberikan


2) Saya seronok dengan setting embedded ni sebab ia menunjukkan komunikasi dua hala antara saya dengan semua pembaca blog saya yang meninggalkan komen.


3) Sampai satu masa, masa saya jumpa blogger Mama As tempohari, dia bagitau yang comment box jenis pop-up window lebih sesuai dan mesra pengguna berbanding embedded, kerana :

  • Bila pembaca klik pada post a comment, satu pop up window akan dibuka. Pembaca akan tinggalkan komen dan kemudian tutup pop up window tersebut. Mudah dan mesra pengguna.
  • Berbanding embedded, bila pembaca klik pada post a comment, page kita tu akan loading semula untuk memaparkan comment box tersebut. Loading ni kadang-kadang amik masa, apatah lagi kalau line internet tak berapa kencang. 
  • Kalau sebelum tu dah ada 50 comment dan kita ni orang yang ke-51 nak comment, memang akan consume loading time sebab dia akan paparkan semua comment barulah sampai pada comment box. Bila ambil masa, pembaca akan bosan dan terus klik X. Terus tak tinggalkan komen. Huhuhu.
  • Jadi disarankan guna pop up window berbanding embedded.


4) Then saya cakap kat Mama As, kalau guna pop up, saya tak bolehlah reply satu persatu macam biasa. Then Mama As cakap, kita reply tu bukan kat comment box kita, tapi reply kat comment box blogger / pembaca yang tinggalkan komen tu.


5) Menurut blogger Ayu Zan pula, kebanyakan orang yang tinggalkan komen, mereka takkan datang semula ke blog kita untuk tengok kita dah reply komen dia atau tak. Jadi yang terbaik ialah kita reply kat blog mereka.


Ok. At this point, saya jadi konfius level 1. Nak guna embedded ke pop up window?


Then, saya tanya sorang lagi blogger iaitu Nizam Malek. Dia punya jawapan memang best campur buat saya terbudu terkedu :


"Nak guna embedded ke pop up ke, tak kisahlah. Kalau rasa suka embedded, guna embedded. Kita reply kat komen pembaca, pastu kita reply lagi komen yang sama kat blog dia".

"Lorrrr....buat keje 2 kali lah pulak..."

"Ye, itu yang terbaik. Kalau kita tak reply kat comment box kita sendiri, bila lain kali orang lain (B) baca post itu, dan tengok semua komen ni takde reply dari owner blog, diorang akan fikir yang kita ni tak layan / tak respon kepada pembaca (A) yang tinggalkan komen"

"Pulak dah. Tapi kan kita reply kat blog pembaca yang tinggalkan komen tu?"

"Abis tu, takkan nak suruh si B tu pergi godek satu satu kat blog A untuk cari jawapan / reply kita?"



Ok. Saya konfius level 2. Masih takde keputusan. Nak guna embedded ke guna pop up window?



Fikir punya fikir, saya ikut kata hati dan kata akal. Saya pilih EMBEDDED.


Dan ini penjelasan saya :


1) Saya masih mahu mengekalkan komunikasi 2 hala dengan pembaca blog saya yang meninggalkan komen. Saya nak reply satu persatu pada setiap komen. Saya sangat suka bila pembaca tinggalkan komen kat entry saya. Saya suka, suka, suka, suka, suka sangatttt!! ^_^


2) Sekiranya komen itu berbentuk persoalan, saya akan jawab di comment box saya, dan juga jawab di comment box di blog pembaca tersebut.


3) Kalau komen berbentuk persoalan itu menarik dan sesuai untuk diketengahkan, saya akan naik taraf komen tersebut sebagai tajuk entry. Setakat ini ada 2 komen berbentuk persoalan yang telah dipilih, tunggu nak dipublish je.


4) Masalah loading time yang lama kalau pilih embedded. Ini saya setuju. So, saya nak bagitau kepada semua pembaca blog saya, kalau nak elakkan loading time yang lama, sila guna function right click kat mouse dan select "Open link in new tab". Jadi page yang sama akan loading dan dibuka di tab baru. Korang tinggalkan komen dan close. Lepas tu boleh sambung baca blog saya di tab sebelumnya. Mudah kan?



"Ok. So sekarang Uni pilih embedded lah ye. Bagus. Bagus. Masalahnya, apsal banyak komen dalam entry sebelum ni, Uni takde reply satu persatu pun? Kata pilih embedded? Kata nak komunikasi 2 hala?"


(Ok. You win. This is my answer).


Minta maaf banyak-banyak pembacaku sayang. Saya tak reply sebab saya kesuntukan masa. Tapi saya janji, saya janji, saya janji, lepas ini saya akan marathon reply komen korang semua satu persatu sedaya yang boleh.


Boleh terima tak JAWAPAN JUJUR saya ini?


Tolong terima ye. Pleasseeeeeeee.                        


^_^

Thursday, November 14, 2013

Kenapa Uni Tak Reply Komen? (Part 1 of 2)

Hari ni cek emel, ada sorang silent reader blog saya ni tanya :


"Uni, saya tengok kat entry-entry Uni ada orang tinggalkan komen. Ada juga orang yang bertanya soalan. Tapi saya perasan yang Uni tak reply pun komen-komen / soalan mereka tu. Kenapa ye?"


Pergh!!!! Terbaik punya soalan! I likeee!


T______T


Ok. ok. ok.


Errr.... apa nak jawab yek??


Jap ye, saya nak karang jawapan. Tunggu Part 2 of 2 ye!


p/s : Ini adalah entry yang ke-300.

Mula Update Gambar Dalam Entry Lepas-Lepas

Ingat tak semalam saya cerita pasal kenapa entry takde gambar?


Ok, bermula hari ini saya akan update gambar dalam entry yang lepas-lepas. So, korang boleh tengoklah ye. :)

Wednesday, November 13, 2013

Kenapa Entry Tiada Gambar?

Kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni entry saya penuh dengan ayat-ayat sahaja. Langsung takde gambar.


Actually, gambar memang banyak, penuh kat handphone dan external hard disk ni. Cuma saya belum sempat nak edit dan letak watermark satu persatu.


Apapun, untuk setiap entry yang sudah dipublish, saya akan update lagi dengan memasukkan gambar. Baru best dan seronok korang membacanya kan kan kan.


So stay tuned!! Bagi yang baru pertama kali singgah ke blog saya, terima kasih kerana berkunjung. Sila tinggalkan komen untuk kunjungan balas dan kalau sudi jemputlah follow blog saya ya! :)

Tuesday, November 12, 2013

Allah Uji Kita, Kerana Dia Sayangkan Kita

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Saya mulakan entry kali ini dengan ucapan syukur kepada Yang Maha Esa. Bersyukur di atas setiap perkara yang telah ditentukan-Nya. Namun yang paling utama, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar milik-Nya.


Dalam entry kali ini, saya nak cerita tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas. Oh ya! Entry ini mungkin agak panjang, terima kasih atas kesudian untuk membacanya. Kalau tak sempat nak habiskan baca dalam satu masa, bila-bila senang korang boleh datang baca lagi ye. ^_^



8 November 2013 (Jumaat) @ 3.30 pm

Akhirnya panggilan telefon saya ke telefon suami berjawab juga akhirnya. Suaranya agak lemah, mungkin letih, mungkin sakit akibat dibedah pada pukul 11.00 am tadi. Untuk makluman, suami saya mengalami sakit di bahagian belakang lutut kirinya. Dah lama dah dia sakit, sakit tu on off je, tapi baru minggu lepas dia cakap dia nak pergi jumpa specialist.


Bila specialist cek, rupanya ada tulang rawan yang telah koyak. Main futsal adalah salah satu faktor penyumbang kepada masalah itu dan doktor suggest untuk buat pembedahan.


Habis kerja pukul 5.30 pm, saya terus bergegas ke KPJ. Sungguh, saya rindu suami saya, juga kesian kat dia sebab saya takde di sisinya sewaktu dia berada di hospital. Bila tengok suami, saya terus peluk dia erat-erat. Masa tu kakak dan adik ipar juga ada datang melawat.

Beberapa jam selepas operation

Lepas siapkan apa yang patut (kemas susun atur baju dan barang-barang suami di bahagian locker dan katil), saya pergi ke kedai makan di Taman Bukit Dahlia. Suami teringin nak makan nasi goreng paprik. Saya pun beli nasi goreng kampung nak makan sekali dengan suami. Nak temankan dia.


Sebelum Maghrib, saya minta diri untuk pulang. Nak ambil anak-anak pula. Sedihnya tinggalkan suami bermalam di hospital sendirian. Baru lepas operation pulak tu. Saya terfikir, macamana dia nak kencing, nak berak, nak pergi ke bilik air dalam keadaan macam tu.


Tapi suami saya ni memang kuat semangat dan tak mengeluh sikit pun. Dia cakap, saya dah buat tanggungjawab saya pada petang tu, iaitu datang tengok dia. Sekarang baliklah ke rumah dan jaga anak elok-elok. Saya pun pulang ke rumah dengan perasaan lega.


9 November 2013 (Sabtu) @ 12.30 pm

Hari ni saya kerja. Habis kerja pukul 12.00 pm, saya terus bergegas ke hospital. Tengok muka suami ceria dan senyum lebar bila dia nampak saya datang. Lega hati saya. Hari ni saya luangkan sepenuh masa saya dengan suami, anak-anak masih di rumah babysitter. Lepas saya makan tengahari, specialist yang buat operation kat suami saya tu datang round kat wad. Orangnya pun ceria, suka berjenaka.


Banyak sungguh maklumat yang doktor beritahu. Daripada segi sakit ni, apa masalah sebenar, kesan jangka panjang, tabiat pemakanan dan macam-macam lagilah. Mmmm...agak peribadi untuk dinyatakan di sini. Apapun, saya terima apa yang doktor cakap dengan hati terbuka.


Doktor beri kebenaran untuk keluar hospital petang ni, dan perlu rehat di rumah (mc) selama 2 minggu. 25 November 2013 nanti harus datang jumpa doktor semula.


Tak lama lepas tu, suami saya mengadu sakit. Sebenarnya, sakit lepas operation ni, dia kejap sakit kejap tak. Bila datang sakitnya, suami saya seolah "bergelut" dengan sakit tu. Bila tak rasa sakit, dia boleh bergelak ketawa macam takde apa-apa. Bila suami tak tahan sangat sakit (saya nampak dia berpeluh-peluh), saya jumpa nurse mintak injection. Lepas inject, baru suami saya dapat tidur lena.


Saya ambil peluang semasa suami tidur untuk menunaikan solat Zohor di surau KPJ. Suraunya besar dan bersih, terasa sejuk sebab di luar hujan lebat sangat. Saya solat penuh khusyuk tanpa sebarang gangguan. Usai solat, saya duduk bertafakur dan kemudiannya berdoa kepada Pencipta saya.


Saya luahkan segala apa yang saya rasakan, saya mohon diberikan keringanan di atas segala ujian dan dugaan yang diberikan. Saya mohon ampun atas segala dosa-dosa yang saya lakukan pada setiap saat. Saya mohon Allah mendengar dan memakbulkan doa saya. Saya mohon suami saya diberi kesembuhan dan keampunan oleh-Nya. Terasa diri ini begitu kerdil, sekerdil-kerdilnya. Benarlah, apa yang berlaku ini adalah ujian untuk saya, juga ujian untuk suami saya. Ujian untuk kami suami isteri. Moga ujian ini akan menghapuskan segala dosa-dosa kami selama ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Hampir 20-25 minit di situ, saya sudahi doa dengan mohon ampun daripada Yang Maha Esa. Saya menangis sepuas-puasnya. Alhamdulillah, saya rasa lebih lega selepas itu. Terima kasih, ya Allah.


Pulang semula ke wad, suami saya baru bangun, dia rasa nak buang air kecil. Saya papah suami ke bilik air.


Saya : Sakit ye bang?

Suami : Mmm.. sikit...

Saya : Kesian abang, malam tadi abang pergi bilik air sendiri. Kencing berak sendiri.

Suami : Takpe, sayang kan jaga anak-anak. Abang boleh jaga diri abang sendiri.

Saya : .......... (syahdu sendiri)


Pukul 4.00 pm, kami keluar daripada hospital. Rawatan perubatan dan pembedahan semuanya ditanggung oleh syarikat tempat suami bekerja. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.


Kosnya? 5 angka.



10 November 2013 (Ahad) @ lepas Maghrib

Saya pulang ke rumah saya untuk mengambil barang keperluan. Almaklumlah, sepanjang 2 minggu ni, kami akan berkampung di rumah Mama saya.


Sampai je kat rumah saya, saya tengok lampu kat garaj dah padam. Heran pulak, rasanya ari tu saya ade buka lampu. Try bukak auto gate, tak boleh pulak. Sah!!! Ada litar pintas lah ni. Satu je yang ada di fikiran saya masa tu, iaitu...


Stok susu kat peti sejuk!


Masuk je ke dalam rumah, lepas on kan suis kat panel board tu, saya terus bergegas kat dapur dan buka peti sejuk. Ya Allah, hebatnya dugaan-Mu, bantulah aku untuk redha Ya Allah...


Stok susu saya dah cair!!!!


Masa tu tak rasa nak nangis. Tak rasa sedih. Cuma rasa terkilan dan terdiam sendiri. Saya belek satu persatu botol-botol tu. Yang bahagian dalam peti sejuk tu semua ok lagi. Tapi yang kat bahagian pintu peti sejuk tu semua dah rosak. Dah cair habis!! Total ada dalam 7 botol. Ada yang 3 oz, ada yang 4 oz, ada yang 5 oz. Jadi secara puratanya ada dalam 20-30 oz susu yang dah rosak dan perlu dibuang begitu sahaja.


Takperlah, dah takde rezeki saya. Allah Maha Mengetahui. Apapun saya tetap bersyukur, ada banyak lagi stok susu yang masih selamat untuk Aimi.



11 November 2013 (Isnin) 

Terasa agak janggal bila pergi kerja sendiri. Bukan tak biasa drive sendiri, tapi selalunya saya pergi kerja dengan suami naik satu kereta. Tapi takpe, saya ok. Hari ini pemanduan saya lancar dan saya fokus kepada pemanduan dengan sebaik-baiknya.


Aimi tidur lena sepanjang perjalanan, Haziq pula tengok pemandangan di luar tingkap. Saya pula berzikir untuk anak-anak. Memang itulah rutin saya setiap kali pergi kerja dan balik kerja. Memang langsung tak buka radio bila anak-anak kat dalam kereta.


Hari ni takde mood sangat nak kerja. Entah ye. rasa biasa-biasa je. Tepat jam 5.30 pm, terus balik. Balik cepat sebab nak tengok dan jaga suami yang sakit. Sampai rumah, tengok suami tengah tidur, baguslah, bila dia tidur, dia takkan rasa sangat sakitnya tu.


Lagipun pagi tadi katanya, malam tadi tu dia tak tidur lena sangat, sebab asyik terjaga dan terjaga bila sakitnya datang menyerang. Ikut cakap doktor, memang akan sakit dalam 4-5 hari pertama selepas pembedahan.


Bila suami sakit, saya yang buat semua kerja. Dulu kami berkongsi-kongsi, contohnya kalau suami mandikan Haziq, saya akan mandikan Aimi. Suami sidai kain, saya angkat dan lipat kain. Saya uruskan anak-anak makan, suami akan kemas dapur. Saya kemaskan beg sekolah anak-anak, suami akan basuh baju, dan begitulah seterusnya. Tapi sekarang ni, saya yang buat semua tu.


Penat???? Mmm...malam tadi saya tidur lena tak sedar apa pun. So maksudnya saya penat ke tak? Hahahahaa.. :)



12 November 2013 (Selasa) 

Hari ini saya rasa lebih tenang sebab dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan yang baru. Saya percaya, apa yang berlaku sekarang ini memang dah ditentukan oleh Allah, memang dah tertulis dan bukannya berlaku secara kebetulan. Saya tau, walau apa jua keadaannya, saya harus tetap kuat menghadapi apa yang mendatang. Bak kata pakcik saya,


"Kesian Uni. Hari tu anak masuk hospital. Sekarang suami pulak kena operate. Sabar banyak-banyak ye Uni. Take care of your own health, too, despite what is happening right now".


Terima kasih pakcikku di  atas pesananmu. Uni akan sentiasa ingat. ^_^




*********************************************************************************



Apa yang berlaku banyak mengajar saya erti sabar, erti pergantungan kepada Allah dan juga erti kasih sayang. Saya percaya, dalam hidup kita, kita akan sentiasa diuji, tapi lain orang, lainlah cara ujiannya, percayalah dengan janji Allah bahawa Dia menguji seseorang hamba-Nya sesuai dengan kemampuan hamba-Nya itu.


Saya berdoa moga suami saya akan cepat sembuh seperti sediakala.


Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana menyayangi kami....

Friday, November 8, 2013

Operation di Belakang Lutut Kiri Suamiku Telah Selesai

8 November 2013 @ 12.15 pm


Saya menerima panggilan telefon daripada abah saya yang sudahpun berada di KPJ Pasir Gudang. Katanya, suami saya telah selamat dibedah dan sekarang dia menunggu suami saya dimasukkan semula ke wad.



Tak banyak info yang saya perolehi sebab abah saya pun belum berpeluang nak jumpa doktor lagi nak mohon penjelasan yang lebih lanjut.


Sekarang saya pula masih di ofis waktu lunch. Kalau ikutkan boleh je keluar pergi tengok suami saya di hospital, tapi petang nanti saya ada appointment dengan CIMB Permas Jaya. Tak bolehlah tengahari keluar, petang nak keluar lagi, nanti apa pulak bos kata kan.


Plannya, petang nanti lepas habis waktu kerja, saya nak ambil anak-anak dan bawa jumpa dengan suami. Dari satu segi, lega sikit bila dapat rawatan di hospital swasta ni sebab kita bebas nak keluar masuk. Kalau kat HSI, harus follow waktu melawat. Lebih sikit je dari waktu melawat, mak guard akan round dan halau kita keluar.


Mmmm...tertanya-tanya macamana keadaan suami sekarang ni..

Pertama Kali Menguruskan Dua Orang Anak Seorang Diri

Pertama kali menguruskan dua orang anak seorang diri... ye terasa cabarannya!


Petang semalam, lepas balik kerja, saya pergi melawat suami di hospital. Lepas siapkan apa yang patut, saya balik ke rumah dan packing barang untuk balik ke rumah mama. Suami dah pesan sepanjang dia berada di hospital, dia nak saya berada di rumah mama bersama anak-anak.


Balik ke rumah, saya ambil masa dalam setengah jam untuk packing semua barang termasuk barang saya, suami dan anak-anak. Peluh dan penat takyah cerita lah. Lepas tu berkejar semula ke hospital sebab nak hantar bantal, selimut, selipar bilik air dan beberapa helai pakaian untuk suami.


Kemudian terkejar-kejar ke rumah babysitter untuk ambil anak pulak. Masa tu dah pukul 9.00 malam. Serba salah pula rasanya amik anak lewat macam tu, sebab babysitter cakap dia belum mandi lagi sebab jaga anak saya.


Memandu dari Pasir Gudang ke Austin bukanlah jauh sangat. Tapi memandu dalam keadaan Aimi menangis dan menjerit ada masanya membuatkan fokus pemanduan saya sedikit terganggu. Nasib baik tak terlanggar divider tengah tu. Allahuakbar! Aimi menangis bukan sebab apa, sebab nak susu. So macamana saya nak menyusu sambil memandu?


Ye saya pernah dengar ada orang menyusu sambil memandu, tapi saya taknak ambil risiko. Ini highway Pasir Gudang dan ini waktu malam. Oh tidak!


Sampai je kat Austin saya terus masuk ke dalam rumah dan susukan Aimi. Adik saya tolong angkat barang-barang. Dah sudah tu, saya kemas apa yang patut. Pukul 10.40 malam, masa untuk tidur. Saya df Aimi, Haziq pulak resah gelisah tak boleh tidur sebab abahnya takde (selalunya Aimi tidur dengan saya, Haziq tidur dengan abahnya).


Tengah df tu, Haziq mintak susu. Saya cakap tunggu kejap tapi dia nak jugak. Bila saya bangun nak buat susu, Aimi pulak menangis melalak di keheningan malam tu. Huhuhu. Lepas tu bila Haziq dah minum susu, saya df Aimi semula.


Tengah df Aimi, Haziq cakap nak tidur dengan saya. Adjust sana sini, last-last dia cakap taknak tidur dengan saya. Oh anak. Haziq cuba tidur sendiri. Last-last semua terlena.


Rasanya dalam pukul 12 lebih, saya terjaga sebab teringat kat suami. Macamana keadaan dia, sejukkah dia? Sakitkah dia? Laparkah dia? Selesa tak dia? Dan macam-macam lagi yang saya fikirkan. Terus tak boleh tidur. Ingatkan nak on laptop, tapi takde feel.


Dalam gelap, akhirnya terlelap jua. Pukul 3 lebih, terjaga sebab Haziq menangis. So pergi tidur dengan Haziq. Pukul 4 lebih Aimi pulak menangis nak susu. So pergi tidur dengan Aimi pulak. Pukul 5 lebih saya terus bangun dan siapkan beg diorang untuk dibawa ke babysitter.


Belum apa-apa, Aimi dah bangun. Merangkak ke sana ke mari ikut je ke mana saya pergi. Bila saya mandi, menangis dia depan pintu bilik air. Tapi saya buat dek je sebab kejar masa taknak lewat ke tempat kerja.


Pastu masa nak keluar rumah, selalunya Haziq masih tidur jadi abahnya yang dukung. Pagi tadi, saya kejut Haziq suruh dia jalan sendiri ke kereta. Dia bangun, boleh jalan sendiri tapi merengek minta saya dukung. Oh anak. Saya dukung juga Haziq dan masukkan dia kat kereta. Masa tu Aimi dah merengek minta didukung juga.


Masuk ke dalam kereta, baru je sampai ke area Permas Jaya, Aimi mula tak senang duduk. Nangis lagi nak saya. Untuk makluman, Aimi memang manja dengan saya. Tapi saya cuba coolkan diri. Kena fokus kepada pemanduan walaupun anak menangis melalak. Last-last saya buka video kartun then Aimi behave semula.


Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke tempat kerja sebelum pukul 8.00 am. Dapat uruskan dua orang anak seorang diri dan dapat siapkan diri sendiri untuk pergi kerja. Alhamdulillah...



Ya Allah, aku sayang suamiku, aku sayang anak-anakku. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan bencana...


Thursday, November 7, 2013

Status Non-Glitteratti : Hantar Ticket Kepada Nuffnang

Kalau ada masalah, cepat-cepatlah cari penyelesaiannya. Berkaitan kes status glitteratti non glitteratti tu, ini dia ticket yang saya hantar kepada Nuffnang untuk memohon penjelasan.


Cara baca printscreen ini ialah, baca yang posted by Siti Munirah yang kat bawah tu dulu, baru baca reply from Jessica Goh (Staff).




Ok, selesai satu masalah. :)


p/s : Tertunggu-tunggu CPUV daripada Nuffnang. Come to me, pleaseeeee...

Suamiku Masuk Hospital

Risaunya hati. Suami saya sekarang berada di hospital KPJ Pasir Gudang. Dimasukkan ke wad kerana mengalami tisu koyak di bahagian belakang lutut kiri.

Hospital baru
Doktor advise untuk buat operation. Tapi kami berdua masih berfikir. Saya dah beritahu mama dan abah saya tentang hal ini. Ibu bapa mertua pula masih belum pulang daripada menunaikan haji. Jadi suami bagitau hal ini kepada kakaknya.


Ah.. Risaunya hati saya. Kalau boleh saya nak berada di sisi suami setiap masa, tapi buat masa sekarang saya kena jaga anak, dan kesian pulak pada suami sebab terpaksa berada di hospital sendirian.


Kalau saya nak mohon cuti, rasanya sukar  bos nak luluskan sebab saya baru je amik emergency leave tempohari sebab jaga Aimi kerana viral fever.


Ah.. Risaunya hati... Huhuhu....

Cara Dapatkan Semula Status Glitteratti

Sebelum ini saya ada cerita yang status yang telah bertukar kepada non-glitteratti. Namun Alhamdulillah sekarang, sudahpun berjaya mendapatkan semula status glitteratti tersebut, dalam masa 2 hari sahaja. ^_^


glitteratti nuffnang
I am Glitteratti member, again!

Saya nak share apakah sebabnya yang mungkin menyebabkan status glitteratti kita bertukar kepada non-glitteratti.


Antara sebab yang mungkin :


  1. Nuffnang ni macam syarikat pengiklanan. So kalau kita letak iklan daripada syarikat pengiklanan selain Nuffnang, seolah-olah kita mewujudkan persaingan antara 2 syarikat pengiklanan. Oleh sebab itu status kita ditarik balik. So kalau nak dapatkan semula status glitteratti tu, sila remove iklan yang takde kaitan dengan Nuffnang.
  2. Blog kita tiada walau satu pun unique visitor (uv) dalam sehari. Bila tiada visitor langsung, maka Nuffnang akan cop blog itu sebagai spam blog.

So blog saya termasuk dalam item no. 2 tu. Actually bukan blog mystorymory.com ni yang takde visitor, tapi blog saya yang lain. 


So apalagi, gigihla saya update blog tu dan buat apa yang patut. Almaklumlah, blog pun baru je create, belum ada follower dan belum pun ada entry masa tu. Hehehehe. Tapi sekarang dah lepas dua hari, dah ada dah yang follow blog saya tu. Terima kasih daun keladi!


I'm HAPPY! ^_^


Monday, November 4, 2013

Status Bertukar Daripada Glitterati Kepada Non-Glitterati

Pagi ini saya cek akaun Nuffnang.


Cek statistik blog untuk beberapa hari lepas.


Cek bahagian earning, ok takde CPUV baru. Huhuhu.


Cek bahagian lain-lain, tup-tup baru terperasan sesuatu,


non glitteratti, nuffnang


Alamak!!! Apa dah jadi ni??! Status saya dah bertukar daripada glitteratti ke non-glitteratti.


Terus saya fikir kenapa status saya boleh bertukar. Makin fikir, makin tak ketemu jawapan. Terus rasa nak hantar ticket kat Nuffnang. Akhirnya saya search dulu kat senarai soalan yang biasa ditanya. Ok, inilah jawapannya.




Secara ringkasnya, ada salah satu blog saya yang tiada unique visitor (uv). Masa ni barulah teringat, oh ya, saya baru sahaja create blog baru minggu lepas, baru je publish 2 entry, belum buat apa-apa pun lagi, sebab tu lah tiada uv. Oleh kerana itu, status saya kini berubah kepada Non-Glitterati. (Ordinary adalah terms yang digunakan dalam Nuffnang dahulu. Ordinary bersamaan dengan Non Glitteratti).


Jadi, senang je nak atasi masalah ni - update blog yang satu lagi dan pastikan ada uv.

Friday, November 1, 2013

Pengalaman Menggunakan Produk Kesihatan : Melilea, Shaklee, Herbalife

Sejarah saya dengan produk kesihatan bermula semasa saya masih di sekolah menengah.


Masalah jerawat adalah biasa untuk orang yang nak meningkat remaja, saya pun tidak terkecuali. Tapi masalah jerawat kat muka saya ni tak seperti orang lain, yang mana, bila jerawat hilang, ia tidak meninggalkan bekas. Saya pulak, jerawat tu meninggalkan bekas, berparut hitam dan kekal. Punyalah rasa rendah diri masa tu, Tuhan je lah yang tau. Uhuk.. uhuk..


Apa taknya, tengok muka kawan-kawan semua licin je. Kalau ada jerawat pun, sikit-sikit je, time period timbul jerawat, bila period habis, jerawat pun hilang. Tapi saya pulak, tak kisahlah time period ke, time tak period ke, musim panas ke, musim sejuk ke, musim bunga or musim luruh sekali pun, muka saya tetap berjerawat.


Dipendekkan cerita, kenalan Mama saya kenalkan kami sekeluarga kepada satu produk. Masa tu, saya fokus untuk hilangkan semua jerawat ni, tak tahan lagi dah jerawat sana sini (di kawasan muka, dada dan belakang badan) dan kadang-kadang tumbuh jerawat batu kat bahagian dagu. Sakit sangat!!


Saya mula makan Spirulina dan Colostrum. Mula-mula tu makin banyak jerawat keluar, tapi lama-kelamaan beransur pulih hingga saya rasa happy sangat! Jerawat kat dada dan belakang badan terus hilang dan kulit jadi licin sangat, begitu juga kat muka, tapi parut kat muka je yang tetap ada. Err...pernah dengar istilah "kawah bulan"? Ye, itulah dia.


Pastu bila mula bekerja, saya try produk Melilea pulak. Ini sebab, tokey tempat saya pergi facial tu dia consume produk Melilea iaitu Greenfield Organic, Soya dan pil Progene. Saya pun apalagi, mestilah nak cuba kan, Mama saya pun menggalakkan.


Produk ni memang best sebab fungsi utama dia ialah untuk detoks / cuci usus yang mana keluar segala macam sisa buangan terkumpul daripada usus kita. Sebenarnya, bila usus kita kotor, itu yang jadi toksin dan antara penyumbang kepada macam-macam masalah kesihatan, antaranya jerawat.


Lepas 2-3 tahun dengan Melilea, saya kembali semula kepada produk yang lama. Sebab apa, sebab masa tu saya trying to conceive dan amalkan pemakanan spirulina untuk get pregnant. Bila dah pregnant, saya teruskan makan spirulina dan hasilnya dengan izin Allah, Haziq bebas daripada jaundis.


Oh ya, saya blend spirulina hingga jadi serbuk dan campurkan ia dalam susu botol Haziq start daripada dia umur 2 bulan lagi dan kini, dia makan spirulina dengan kunyah begitu sahaja. Macam makan coklat!


Bila mengandungkan Aimi, saya stop ambil spirulina sebab nak makan vitamin yang doktor prescribed je. Apsal entah, tetiba rasa taknak makan spirulina pulak. Mood swings time mengandung agaknya. Hasilnya, Aimi kena jaundis sampai kene tahan kat wad dok bawah 4 lampu biru! Adoii!!!


Lepas lahirkan Aimi, saya berazam nak breastfeed (bf). Tapi susu pulak cair semacam je. Akhirnya saya try pulak produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Vitalea, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Zinc, Lecithin dan Omegaguard. Punyelah banyak mak datok!! Tapi yang best bila guna Shaklee, susu saya bertambah banyak (from 1-2 oz to 4-5oz), pekat dan saya lebih bertenaga. Kesan makan ESP, kesan stretch mark semakin pudar dan parut jerawat di muka semakin menipis. Happy lagi! :)


Pastu rasa badan macam bulat je, fikir pulak pasal nak turunkan berat badan. Search dan search, jumpa pulak Herbalife. Macam best je. Macam nak cuba je.


Herbalife sangat bagus untuk turunkan berat badan dan susu badan tetap maintain. Saya try Formula 1, Formula 3, Teamix dan Herbal Aloe Concentrate, memang best! Berat badan saya turun 5 kg dalam masa 2 bulan. Sangat puas hati! So, bila dah capai target, saya stop ambil Herbalife dan sambung semula dengan produk Shaklee.


Pertengahan bulan September 2013, saya mengalami masalah sembelit. Membuang hari-hari, tapi keras. Sakit sangat hingga luka sikit. Saya hairan kenapa boleh sembelit, sebab saya minum air lebih daripada 3 liter sehari. Fikir punya fikir, rupanya kurang makan buah. So gigihlah pergi Kip Mart Masai pergi borong semua jenis buah yang saya suka dan makan. Tapi tetap sembelit.


Sudahnya, pergi ke klinik. Doktor cek dan sahkan memang ada inflammatory / radang / luka kat kawasan situ. Huhuhuhu, sedihnya.


Untuk mengatasi masalah sembelit tu, doktor bagi ubat krim untuk disapu di bahagian yang sakit tu. Bila bahagian tu sembuh, takkan rasa sakit bila nak membuang. Tapi memandangkan bahan buangan tu tetap akan keras, doktor bagi ubat masukkan kat montot untuk lembutkan bahan buangan. Tapi selepas satu kali masukkan ubat tu, saya mengalami masalah pening kepala yang amat sangat.


Bila jumpa doktor dan bagitau masalah pening kepala tu, doktor cakap ubat tu tak serasi dengan badan saya. Jadi dia suruh saya banyakkan makan sayur dan buah sebagai sumber serat dan pelawas.


Cukup 3 minggu, masalah sembelit saya tak jugak selesai. Fikir punya fikir, saya takut kalau kena dimasukkan ke hospital sebab masalah sembelit. Huhuhuhu... Takut kene operate ke, kena buat apa-apa ke, kene penyakit yang lebih serius ke. Takut sangat!!!


Akhirnya, saya buat keputusan untuk consume semula produk Melilea iaitu Greenfield Organic dan soya. Bila pergi kat kedai tu, orang kedai tu cakap, kalau ada masalah sembelit, elakkan produk yang berunsurkan susu dulu. (Entah betul ke tidak, tapi saya tak sempat nak fikir). Dia cadangkan saya ambil Greenfield Organic dicampur dengan serbuk Epal Organic. Saya terus beli.


Saya mula minum produk Melilea ni pada 9 Oktober 2013. Amazingly, pada keesokan harinya, saya terus membuang tanpa langsung rasa sakit seperti yang saya alami selama 3 minggu tu. Biar betul??? Tapi memang betul. Saya rasa seronok yang amat sangat, lepas tu terus rujuk senarai respons tubuh bila mengambil produk Melilea. Baca punya baca, rupanya, racun/toksin sedang dikeluarkan secara berperingkat daripada badan saya. Legaaaaaa....


Masuk hari ini, dah nak hampir sebulan saya makan produk Melilea. Dah tiada lagi masalah sembelit dan badan pula rasa lebih segar dan bertenaga. Mana taknya, bahan buangan terkumpul dah dikeluarkan tanpa sebarang rasa sakit, haruslah saya rasa happy kan. Saya dah stop ambil produk Shaklee dan Herbalife buat masa ini dan hanya fokus untuk pembersihan usus dahulu dengan produk Melilea.


Lepas usus dah bersih, baru lah nutrien boleh diserap sepenuhnya dan masa tu lah saya akan decide nak amik supplemen yang mana.


Fuh!! Panjangnya entry ni! Terima kasih kerana membacanya ye! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *