I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 22, 2013

Pertemuan Pertama Kali 3 Orang Blogger JB

Selama ni, saya seronok membaca kisah blogger yang berjumpa dengan blogger yang lain. Siap terfikir, bila agaknya dapat merasai pengalaman itu? Dan percaya tak dengan kuasa minda bawah sedar, apa yang saya harapkan sudahpun menjadi realiti!


Ingat lagi tak contest Mudahnya Mengemas Rumah di blog ini tempohari? Salah seorang pemenangnya ialah Ayu, yang tinggal dekat saja dengan saya.


Oleh sebab itu, saya cadangkan pada Ayu untuk berjumpa di Aeon Jusco Permas Jaya pada malam minggu yang lepas.


Mula-mula plan nak jumpa tu, rasa segan jugak tapi lama kelamaan rasa excited tau, sebab saya ni jenis suka berjumpa orang baru, tu sebab rasa excited je. ^_^


Bila dah jumpa Ayu, ya Allah seronoknye!!! Jumpa blogger depan mata. Pada masa tu, Ayu datang sekali  dengan satu blogger lain namanya Mama As. Bila tengok muka Mama As, rase macam familiar.


Rupa-rupanya Mama As baru je follow blog saya! Tu sebab saya macam familiar dengan profile pic tu.
Then, saya terus serahkan hadiah buku tu pada Ayu. Pastu mula lah kami bertiga berborak. Korang bayangkanlah macamana sekumpulan wanita yang dah 10 tahun tak jumpa, pastu berborak. Haa macam tu lah kitorang. Hahahaha.


Yang lagi best Ayu dan Mama As sharing macam-macam tips dan teknik berguna dalam blogging. Sampai ternganga mulut  saya dengan limpahan ilmu. Banyaknya yang saya tak tahu. Terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat ini.


Kitorang jumpa kejap je, dalam 40 minit. Masing-masing plan nak berjumpa lagi di masa akan datang. Harap-harap ada lagi blogger JB yang sudi bersua muka beramah mesra di depan mata.


Oh ye, ini gambar kami bersama. Ayu yang kat tengah tudung biru, Mama As yang tudung hitam belah kanan.

From left : Uni Aqilah, Ayu Zan & Mama As

Semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan berkekalan.


Oh ya, sapa sini blogger dari JB? ^_^

8 comments:

Ayu Zan said...

keep in touch ye kak. :)

Norhasniza Khalid said...

salam kak, selamat petang, suka betul tengok gambar-gambar ni, tadi ke blog ayu dengan kisahnya, ni saya datang dengan kisah akak pula, saya je takde gambar gara-gara lupa nak bawa camera... hihi

Rai Ourkizuna said...

seronok gila kan kalau jumpa blogger.. kepoh macam jumpa kawan lama..haha

Mar Mansor said...

kalau ada plan nk jumpe lagi..saya nak join!

Uni Aqilah said...

Keep in touch ye Ayu. :)

Uni Aqilah said...

takpe. ayu bawa camera, saya guna hp. cukup semua gambar-gambarnya. :)

Uni Aqilah said...

kecoh sebab kita dah mesra di alam maya. :)

Uni Aqilah said...

Ok roger!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *