I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 8, 2013

Personal Matter, Which Is Not Personal Anymore

Kalau korang nak apply cuti, selalu kat borang cuti korang tulis tak apa reason korang nak cuti?


Korang tulis "personal matter" atau tulis terus sebab kenapa nak cuti? Contoh, bawak family pergi holiday, urusan pinjaman bank, pergi majlis konvokesyen adik kat U, bawak mak ayah pergi checkup kat hospital bla bla bla..


Macam saya, selalunya daripada mula bekerja lagi, kalau nak cuti, kat borang cuti tu saya tulis je personal matter. Kalau bos tanya kenapa nak cuti, then saya akan bagitau verbal la sebab saya nak cuti. Tapi kat borang tu tetap tulis personal matter je. Kalau bos tak tanya pun, saya tetap bagitau. Sebab saya jujur bila saya nak apply cuti.


Tapi itu cerita dulu. Dengan ex-boss yang dahulu. Ex-boss yang sangat sporting. Yang approve cuti raya saya sampai seminggu lebih tanpa banyak soal. ^_^


Sekarang ni pulak, saya berada dalam satu situasi yang sangat susah untuk diberi pelepasan cuti, sedangkan cuti tahunan saya masih berbaki lagi. Saya pun tak fahamlah kenapa ada sesetengah jenis bos yang amat susah sangat-sangat nak kasi anak buahnya cuti. Fikir punya fikir, ini jelah satu andaian yang saya rasakan paling munasabah :


Bos susah nak kasi cuti sebab bila saya cuti, bos tak reti nak handle keje saya. Bila orang tanya pasal kerja saya atau orang cari saya, bos tak reti jawab. 


Betul tak?


Yang buat saya tak puas hati, HOD department lain boleh pulak luluskan cuti anak buahnya sampai 3 minggu pergi bercuti ke oversea! Anak buahnya bukan level bawah-bawah ok. Tak lingkup pulak company ni bila anak buah HOD tu pergi bercuti.


Saya pulak? Cuma nak mintak cuti sehari pun payah. Ari tu nak mintak cuti 3 hari sebab adik kahwin dan lepas tu suami ajak jalan-jalan, pun susah cuti tu nak diluluskan. Siap kene ceramah. Siap bersoal jawab macam apa.


3 hari je pun. Bukan 3 minggu. Bukan juga 3 bulan.


Pastu lagi, kat borang cuti tu, takde dah saya tulis "personal matter". Sebab bila tulis personal matter, disoal siasat macam apa. So sekarang ni saya terus tulis details. "Urusan temujanji dengan pihak bank". "Nak jaga anak sebab babysitter ada majlis kahwin keluarga". Tulis in English. Yang buat lagi haru, pun susah jugak cuti saya diluluskan walhal dah tulis terang-terang. Personal matter, is not a personal matter anymore.


And it comes again,


Bos susah nak kasi cuti sebab bila saya cuti, bos tak reti nak handle keje saya. Bila orang tanya pasal kerja saya atau orang cari saya, bos tak reti jawab.


Itu satu hal.


Bila dah soal siasat macam apa, baru sign borang cuti saya. Mood saya pun dah terganggu. Pastu, bila dah naik cuti pulak (contohnya, saya cuti hari Rabu, hari Khamis naik kerja), satu hari tak ditegurnya saya. Apa-apa urusan semua pakai e-mail saja.


Yang buat lagi bengang, nak cari saya, tapi call colleague saya, suruh colleague saya bagitau saya yang dia suruh call balik.


*^$&^&#!!!!


By the way, saya ade apply cuti untuk esok, half day pagi, sebab ada urusan bank. Saya dah tulis detail-detail kat borang cuti, tapi amik masa seminggu lebih jugak untuk luluskan cuti saya. Aduhaii....


Dan pastinya, bila saya masuk keje petang esok, I will be treated like I'm not there. I'm not exist. Hanya kerana saya amik cuti. Half day.

9 comments:

Ayu Zan said...

mcm saya.. saya apply cuti sbb ada kenduri saudara.. bos kata : tak de awak pun kenduri masih jalan.

awanungu said...

samalah dengan saya. susah sangat nak dpt cuti padahal ada baki 10 hari lagi. rasa jealous dengan orang lain yang senang dapat cuti n ada yang siap suruh habiskan cuti. Kadang2 kat column reason sebab cuti tuh rasa macam nak tulis je "saje je sebab saya malas".

Mar Mansor said...

mmg ada bos y mcm tu...HOD sy pon akan bsoal jwb tp depan2 saya dia sign approval..hoyehh..
tp keje sndri mau igt hokey..kih3..
& mmg ada y x reti handle keje rakan sekerja diorg..dat y perkara camni happen.

Rinah said...

nasib baik bos saya tak banyak soal macam tue. walaupun gaji ciput, saya bertahan coz senang nak cuti. kadang tak apply pun. main call / sms boss je. balik kerja baru isi borang leave.

Uni_Aqilah said...

Very sarcastic punye ayat.

Uni_Aqilah said...

Hahahaa.. Betul. Rasa nak je tulis, "saya nak cuti sebab saya malas, saya nak rehat".

Uni_Aqilah said...

Itula pasal. Tu yang buat susah kalau masing2 buat keje sendiri je & langsung taknak amik tahu / masuk campur keje yg org lain buat walaupun department sendiri.

Uni_Aqilah said...

Ye betul. Ade banyak sebab mengapa seseorang bertahan di satu-satu company. Macam saya pulak, situasi di atas tu lah yang kadang-kadang buat saya stress, tapi saya bertahan sebab saya suka kerja saya dan dah selesa kat sini.

aBaRd said...

hahaha 😂. lawak baca alasan komen anda sumer. saya selama kerja ni nak cuti bos kecik sokong je n bos besar luluskan. alasan pun biasa-biasa je. sebab jarang amik cuti. amik cuti bila terpaksa jer. sekarang saya diberi 8 jawatan, kalau nak cuti kena ada pegganti. selalu fikir, kesian pengganti tu nak ganti saya wat 8 kerja tu! apa pun, bos akan luluskan cuti sekiranya alasan diterima 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *