I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 22, 2013

Mungkinkah Aimi Demam Urat?

Kata kawan suami saya, kalau anak demam on off, cuba check belakang telinga anak. Kalau sejuk, maksudnya, demam urat.

Balik keje tadi, saya cuba rasa belakang telinga aimi. Belah kiri ok, tapi belah kanan sejuk!

Errr... Aimi demam urat ke?

Kata kawan suami lagi, kalau demam urat, maksudnye ada lah mana-mana bahagian badan yang terkehel / terseliuh / tersalah urat. So bawalah pergi urut.

Saya terus contact tukang urut yang urut saya selepas bersalin dulu. Dia tinggal di Seri Alam. Malangnya, dia tak free pulak malam ni.

Kawan suami ada kenal seorang tukang urut di Kg. Melayu Majidee. Dia tolong hubungi, malangnya tukang urut tu pun tak free malam ni.

So macamana ye? Esok terus bawa Aimi ke hospital ke atau bawa pergi urut dulu?

5 comments:

Mar Mansor said...

oo...demam urat ke?cuba urut la..BS pernah bawak anak saya berurut beberapa kali..tak pasti kat mana..sbb BS cuma duk kg.sungai rinting

Norhasniza Khalid said...

kalau demam tu, hospital lah... urat atau tak tu kata-kata orang je.. dah dapatkan nasihat doktor, baru akak pergi urut..

Rai Ourkizuna said...

panas sangat ke demamnya tu uni? kalau tak ada simptom luar biasa mcm sesak nafas, muka pucat, cirit birit, muntah muntah.. maybe boleh hold dulu ke hospital.. alternatively.. boleh sapu sapu minyak kat badan dia.. usap usap je. tak payah pressure kuat2.. ada video kat youtube cara nak urut bebudak dan bayi.. semoga cepat sembuh..

Suu Ahmad said...

Cm mana bw g urut ke tak..ank saya selang sminggu dmm..ada kawan suggest p mengurut..tp xth nk g cr kat mn

Siti Munirah said...

Reply to @Suu Ahmad

Tak sempat nak pergi urut. Saya terus bawa Aimi ke hospital. Akhirnya warded. Doktor sahkan viral fever. Sebab satu badan Aimi naik bintik-bintik merah.

Boleh baca selanjutnya di sini :

http://www.mystorymory.com/2013/10/kami-bermalam-di-hsi.html

http://www.mystorymory.com/2013/10/aimi-dah-sihat-goodbye-viral-fever.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *