I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, October 4, 2013

Kutuk Mengutuk Ibu Mertua

Ibu mertua ialah orang yang melahirkan kekasih hati kita, iaitu suami kita. Tanpa ibu mertua, maka tiadalah suami kita sekarang.


Sebagaimana lelah dan sakitnya kita sewaktu mengandungkan dan berjuang untuk melahirkan anak kita, selelah dan sesakit itu jualah ibu mertua kita bertarung nyawa untuk melahirkan suami kita.


Jadi, wajarkah ibu mertua ini dikutuk? Dihina sesuka hati? Dicanangkan kepada satu dunia tentang keburukannya, tentang kelemahannya. Orang lain yang takde kaitan dengan ibu mertua kita, tak semena-mena tahu tentang dirinya, walaupun tak pernah bersua muka. Dan apa yang mereka tahu tentang ibu mertua, semuanya yang buruk-buruk belaka.


Wajarkah ibu mertua ini dikutuk atau dimaki disebabkan perbezaan daripada segi pemikiran, tutur kata dan tindakan kita dengan dia? Mungkin sebab kita dah moden, kita sekolah tinggi, berpangkat dan bergaji besar, hidup di bandar, lifestyle urban maka kita rasa takde salahnya mengutuk ibu mertua. Apakah begitu fikiranmu?


Mungkin cara ibu mertua jauh berbeza dengan ibu kandung kita.Tapi jangan kita lupa, dia ibu kepada suami kita. Hakikat ini yang takkan boleh diubah atau dinafikan sampai bila-bila.


Ingatlah, selagi suami kita berbakti kepada kedua ibu bapanya, in shaa Allah perjalanan hidup kita akan jadi lebih mudah. Tapi jika sebaliknya, janganlah kita mengeluh pula kerana kita yang sibuk mengutuk ibu mertua. Takut-takut fikiran suami diracun sama.


Sahabat-sahabatku... Sudah-sudahlah. Hidup ini singkat benar. Sangat singkat. Mungkin pada pandangan kamu, ibu mertuamu sudah tua, sudah 'buruk', amat kolot, tapi tak mustahil kamu yang muda, yang cantik, yang sihat dan yang moden ini yang 'pergi' dulu daripada ibu mertua.


Takut-takut tak sempat memohon maaf daripada ibu mertua sebelum kamu menutup mata.


Sudah sudahlah. Tutup buku. Janganlah lagi kamu kutuk mengutuk ibu mertuamu.

2 comments:

Ayu Zan said...

pesanan baik utk ayu yg bakal ke alam rumahtangga.. :)

Uni Aqilah said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *