I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 22, 2013

Aimi Demam, Mama Serba Salah

Susahnya hati saya. Hari ini masuk hari ketiga Aimi demam. Mulanya demam hari Ahad yang lepas. Saya dah lap seluruh badan Aimi dengan tuala lembab. Merengek je dia, mungkin tak selesa agaknya. Tapi saya teruskan juga.


Masuk tengahari, makin panas badan Aimi. So saya bagi dia makan ubat. Malamnya bagi makan ubat lagi. Demamnya macam on off gitu.


Hari Isnin Day 2 - saya hantar Aimi kat babysitter (bs). Tak rasa pula nak ambil cuti sebab saya yakin Aimi akan ok dan demamnya akan surut. Tapi masa ambil kat bs lepas balik kerja, badannya masih panas, jadi malam tu kami masukkan ubat montot kat dia. Nama ubat tu Voren.


Rasanya tak sampai sejam, Aimi dah ok. Terus aktif cergas ceria seperti biasa. Lega saya melihatnya. Kalau tak, memang dia asyik merengek sahaja. Nak berdukung setiap masa. Pantang saya tinggalkan kejap, menangis-nangis dia panggil maaa.... maaa.... maaa... Sayu sungguh dengar dia menangis.


Tapi bila bangun pagi ni, badan Aimi panas semula. Saya dah mula rasa serba salah. Nak pergi kerja ke tak? Nak hantar Aimi kat bs ke tak? Nak amik EL ke tak? Bila fikir nak EL, teringat colleague sorang tu cuti pulak hari ni. So kalau saya pulak EL, harus bising bos saya nanti.


Dan faktor utama yang buat saya susah hati nak EL ialah .....


Pagi tadi saya pesan kat bs, pukul 8.00 pagi bagi Aimi ubat air. If panas lagi, pukul 10.00 pagi bagi ubat montot. Ini bukan saya pandai-pandai sendiri ye, ini arahan daripada doktor.


Pukul 10.30 am saya call bs, bertanyakan keadaan Aimi. Katanya, Aimi ok badannya dah tak panas. Tapi dia tak berapa aktif la. Duduk diam je, takde menangis dan merengek sangat. Saya rasa lega walaupun hakikatnya saya tau itu bukan petanda yang Aimi dah betul-betul baik daripada demam. Huhu..


Pukul 4.30 pm tadi, saya call bs lagi. Katanya start tengahari, badan Aimi panas semula so dia bagi ubat air pukul 3.30 pm. Saya iyakan aje, sebab memang dia dah minta izin saya masa saya call pukul 10.30 am tu. Katanya lagi, dari pagi sampai petang, Aimi dah minum 2 botol susu 16 oz (selalunya minum 3 botol 24 oz), makan sikit je dan tak habis pun, dan belum berak lagi.


Mmmm.. saya fikir, kalau keadaan Aimi masih berlanjutan begini, esok saya nak bawa Aimi pergi hospital. Risau saya tengok demamnya kejap ok kejap tak.


Tapi dalam hati, rasa serba salah. Huhuhuhu...


Untuk mereka yang tau kisah saya, sebelum ini saya ada ceritakan kesusahan yang saya alami bila nak mohon cuti. Dan saya terfikir, kalau esok saya ambil cuti, pasti hebat "mental torture" yang akan saya hadapi the next day saya kembali bekerja.


Tapi Aimi anak saya. Saya tak sanggup tengok Aimi berterusan begini. Waktu sakit, masih lagi dihantar ke rumah bs, sedangkan pada waktu itu Aimi sangat-sangat perlukan saya. Perlu berada dalam pelukan saya. Tapi di manakah saya hari ini?


Saya update status di fb tengahari tadi, sebab rasa susah hati memikirkan anak yang sakit dan saya tidak boleh ambil cuti sesenang hati. Alhamdulillah, kawan-kawan memberikan respon yang baik, rata-ratanya memahami keadaan saya sebagai ibu yang bekerja, almaklumlah, kawan-kawan saya pun kebanyakannya ibu yang bekerja juga seperti saya.


Malah ada yang pm (private message) di fb memberikan kata-kata semangat dan tips untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih saya ucapkan. Saya sangat menghargainya. Terharuuuuu...


Kawan-kawan, tolong doakan Aimi kesayangan saya sembuh seperti sediakala ye? T__T

2 comments:

Mar Mansor said...

sapa x risau bila ank demam..uni bawaklah aimi ke spital..demam on off bahaya..sbb ank saya pon on off..tp bila masuk spital 1 malam je..alhamdulillah sihat..

Michi a.k.a Nadiah said...

Assalam...sy ada pertanyaan....sy dah pon email...hopefully reply yer...snadiahishak@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *