I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, October 29, 2013

Segmen Pencarian Bloglist November by Kinah




Assalamualaikum Kinah. 

Hai, saya Uni, berminat nak join segmen Kinah kali ini.

Ni kali kedua rasanya nak join-join contest / segmen / giveaway ni.

Harap-harap ada rezeki saya kali ini. Hehehe...


Oh ye, pada rakan-rakan yang lain, jom ramai-ramai kita join segmen ini ye. 

Tarikh tutup pada 30 Oktober 2013 (Rabu).

Sama-sama kita support rakan blogger!

^_^

Monday, October 28, 2013

Aimi Dah Sihat. Goodbye Viral Fever

Holla holla cikebum cikebum!! Yeayy!!


Alhamdulillah. Aimi telah dibenarkan keluar daripada HSI pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas. Pejam celik rupanya masuk 4 hari jugak kami berdua berkampung di hospital. Lama kan.


Apa sebenarnya sakit Aimi? Mulanya doktor suspek ia adalah demam denggi berdasarkan kepada suhu badan yang tinggi iaitu 37.6 degree celcius, bacaan platlet yang rendah iaitu 62 (normal ialah 150-400) serta keluar rashes di seluruh muka dan badan.

Hari kedua di HSI iaitu pada 24 October 2013.
Aimi memang tak mahu senyum langsung.
Muka dan badan dah start tumbuh rashes dengan banyak.

Tapi selepas beberapa kali ujian darah dijalankan, ternyata negatif denggi dan doktor sahkan ia adalah viral fever iaitu demam panas yang disertai dengan ruam / bintik merah di bahagian muka dan seluruh badan.


Hari ini, keadaan Aimi beransur baik dan rashes pun dah semakin berkurangan. Aimi pun dah semakin aktif dan ceria seperti biasa, kalau tak, asyik monyok dan menangis sahaja.

Hari ketiga di HSI iaitu pada 25 October 2013.
Aimi masih takde mood. Masih taknak senyum.
Tapi yang bagusnya, dah mula ada selera nak makan.


Hari ketiga di HSI iaitu pada 25 October 2013.
Saya bawa Aimi ke bilik kanak-kanak. Boring juga asyik dok dalam wad kan.


Tengok gambar kat atas ni. Di tangan kiri Aimi ada jarum untuk drip (masukkan air), kat kaki kanan pulak ada jarum untuk mudahkan ambil darah. Satu hari ambil darah sebanyak 3 kali. Walaupun sakit sebab ada jarum di kaki, Aimi tetap berusaha gigih nak merangkak. Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan anak kecil saya ini. Sakit tolak ke ke tepi, yang penting tetap nak merangkak. ^_^


Hari keempat di HSI iaitu pada 26 October 2013.
Kami pindah ke Wad Kelas 1 sebab Wad Kelas 3 dah penuh.

Gambar kat atas ni masa kami kat Wad Kelas 1. Sejuknya Tuhan jelah yang tau. Tengokla muka Aimi tu, mencebik plus sedih syahdu. Hehehe... Kami kena pindah kat sini sebab Wad Kelas 3 dah penuh sangat dengan patient. Mana taknya, masa first day Aimi admitted ke wad, katil kami tu ditempatkan di laluan. Sebab wad dah penuh masa tu. Huhu..


Hari keempat di HSI. Petang tu Aimi dah ok. Dah happy happy dah.
Petang tu jugak kami keluar wad.

Oh ye, sepanjang saya berada di hospital, banyak e-mail yang saya terima daripada readers yang bertanyakan pelbagai perkara. Maaflah, pada masa 4 hari itu saya tak berada dalam keadaan yang selesa untuk berblogging. Tapi jangan risau, semua e-mail telahpun saya balas pada waktu tengahari tadi. Setel kerja. ^_^

Okey, rasanya itu sahaja dulu buat masa ini. Kita jumpa lagi ye.


p/s : 4 hari tak berblogging, bertambah lagi follower blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Really appreciate it! ^_^

Wednesday, October 23, 2013

Kami Bermalam Di HSI

Sekarang ini saya berada di Wad Kanak-kanak 8d di Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana anak saya Aimi ditahan di wad, kerana suspect denggi.


Mulanya pagi ni suhu badan Aimi 38.5 degree celcius. Tanpa berlengah saya dan suami bawa Aimi ke HSI dan ujian darah dilakukan.


Bacaan platlet adalah rendah iaitu 62 (normal adalah 150-400) dan doktor suspect Aimi demam denggi.




p/s : Saya update blog guna handphone. So tak pasti layout entry ni ok atau tak.

Tuesday, October 22, 2013

Mungkinkah Aimi Demam Urat?

Kata kawan suami saya, kalau anak demam on off, cuba check belakang telinga anak. Kalau sejuk, maksudnya, demam urat.

Balik keje tadi, saya cuba rasa belakang telinga aimi. Belah kiri ok, tapi belah kanan sejuk!

Errr... Aimi demam urat ke?

Kata kawan suami lagi, kalau demam urat, maksudnye ada lah mana-mana bahagian badan yang terkehel / terseliuh / tersalah urat. So bawalah pergi urut.

Saya terus contact tukang urut yang urut saya selepas bersalin dulu. Dia tinggal di Seri Alam. Malangnya, dia tak free pulak malam ni.

Kawan suami ada kenal seorang tukang urut di Kg. Melayu Majidee. Dia tolong hubungi, malangnya tukang urut tu pun tak free malam ni.

So macamana ye? Esok terus bawa Aimi ke hospital ke atau bawa pergi urut dulu?

Aimi Demam, Mama Serba Salah

Susahnya hati saya. Hari ini masuk hari ketiga Aimi demam. Mulanya demam hari Ahad yang lepas. Saya dah lap seluruh badan Aimi dengan tuala lembab. Merengek je dia, mungkin tak selesa agaknya. Tapi saya teruskan juga.


Masuk tengahari, makin panas badan Aimi. So saya bagi dia makan ubat. Malamnya bagi makan ubat lagi. Demamnya macam on off gitu.


Hari Isnin Day 2 - saya hantar Aimi kat babysitter (bs). Tak rasa pula nak ambil cuti sebab saya yakin Aimi akan ok dan demamnya akan surut. Tapi masa ambil kat bs lepas balik kerja, badannya masih panas, jadi malam tu kami masukkan ubat montot kat dia. Nama ubat tu Voren.


Rasanya tak sampai sejam, Aimi dah ok. Terus aktif cergas ceria seperti biasa. Lega saya melihatnya. Kalau tak, memang dia asyik merengek sahaja. Nak berdukung setiap masa. Pantang saya tinggalkan kejap, menangis-nangis dia panggil maaa.... maaa.... maaa... Sayu sungguh dengar dia menangis.


Tapi bila bangun pagi ni, badan Aimi panas semula. Saya dah mula rasa serba salah. Nak pergi kerja ke tak? Nak hantar Aimi kat bs ke tak? Nak amik EL ke tak? Bila fikir nak EL, teringat colleague sorang tu cuti pulak hari ni. So kalau saya pulak EL, harus bising bos saya nanti.


Dan faktor utama yang buat saya susah hati nak EL ialah .....


Pagi tadi saya pesan kat bs, pukul 8.00 pagi bagi Aimi ubat air. If panas lagi, pukul 10.00 pagi bagi ubat montot. Ini bukan saya pandai-pandai sendiri ye, ini arahan daripada doktor.


Pukul 10.30 am saya call bs, bertanyakan keadaan Aimi. Katanya, Aimi ok badannya dah tak panas. Tapi dia tak berapa aktif la. Duduk diam je, takde menangis dan merengek sangat. Saya rasa lega walaupun hakikatnya saya tau itu bukan petanda yang Aimi dah betul-betul baik daripada demam. Huhu..


Pukul 4.30 pm tadi, saya call bs lagi. Katanya start tengahari, badan Aimi panas semula so dia bagi ubat air pukul 3.30 pm. Saya iyakan aje, sebab memang dia dah minta izin saya masa saya call pukul 10.30 am tu. Katanya lagi, dari pagi sampai petang, Aimi dah minum 2 botol susu 16 oz (selalunya minum 3 botol 24 oz), makan sikit je dan tak habis pun, dan belum berak lagi.


Mmmm.. saya fikir, kalau keadaan Aimi masih berlanjutan begini, esok saya nak bawa Aimi pergi hospital. Risau saya tengok demamnya kejap ok kejap tak.


Tapi dalam hati, rasa serba salah. Huhuhuhu...


Untuk mereka yang tau kisah saya, sebelum ini saya ada ceritakan kesusahan yang saya alami bila nak mohon cuti. Dan saya terfikir, kalau esok saya ambil cuti, pasti hebat "mental torture" yang akan saya hadapi the next day saya kembali bekerja.


Tapi Aimi anak saya. Saya tak sanggup tengok Aimi berterusan begini. Waktu sakit, masih lagi dihantar ke rumah bs, sedangkan pada waktu itu Aimi sangat-sangat perlukan saya. Perlu berada dalam pelukan saya. Tapi di manakah saya hari ini?


Saya update status di fb tengahari tadi, sebab rasa susah hati memikirkan anak yang sakit dan saya tidak boleh ambil cuti sesenang hati. Alhamdulillah, kawan-kawan memberikan respon yang baik, rata-ratanya memahami keadaan saya sebagai ibu yang bekerja, almaklumlah, kawan-kawan saya pun kebanyakannya ibu yang bekerja juga seperti saya.


Malah ada yang pm (private message) di fb memberikan kata-kata semangat dan tips untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih saya ucapkan. Saya sangat menghargainya. Terharuuuuu...


Kawan-kawan, tolong doakan Aimi kesayangan saya sembuh seperti sediakala ye? T__T

Pertemuan Pertama Kali 3 Orang Blogger JB

Selama ni, saya seronok membaca kisah blogger yang berjumpa dengan blogger yang lain. Siap terfikir, bila agaknya dapat merasai pengalaman itu? Dan percaya tak dengan kuasa minda bawah sedar, apa yang saya harapkan sudahpun menjadi realiti!


Ingat lagi tak contest Mudahnya Mengemas Rumah di blog ini tempohari? Salah seorang pemenangnya ialah Ayu, yang tinggal dekat saja dengan saya.


Oleh sebab itu, saya cadangkan pada Ayu untuk berjumpa di Aeon Jusco Permas Jaya pada malam minggu yang lepas.


Mula-mula plan nak jumpa tu, rasa segan jugak tapi lama kelamaan rasa excited tau, sebab saya ni jenis suka berjumpa orang baru, tu sebab rasa excited je. ^_^


Bila dah jumpa Ayu, ya Allah seronoknye!!! Jumpa blogger depan mata. Pada masa tu, Ayu datang sekali  dengan satu blogger lain namanya Mama As. Bila tengok muka Mama As, rase macam familiar.


Rupa-rupanya Mama As baru je follow blog saya! Tu sebab saya macam familiar dengan profile pic tu.
Then, saya terus serahkan hadiah buku tu pada Ayu. Pastu mula lah kami bertiga berborak. Korang bayangkanlah macamana sekumpulan wanita yang dah 10 tahun tak jumpa, pastu berborak. Haa macam tu lah kitorang. Hahahaha.


Yang lagi best Ayu dan Mama As sharing macam-macam tips dan teknik berguna dalam blogging. Sampai ternganga mulut  saya dengan limpahan ilmu. Banyaknya yang saya tak tahu. Terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat ini.


Kitorang jumpa kejap je, dalam 40 minit. Masing-masing plan nak berjumpa lagi di masa akan datang. Harap-harap ada lagi blogger JB yang sudi bersua muka beramah mesra di depan mata.


Oh ye, ini gambar kami bersama. Ayu yang kat tengah tudung biru, Mama As yang tudung hitam belah kanan.

From left : Uni Aqilah, Ayu Zan & Mama As

Semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan berkekalan.


Oh ya, sapa sini blogger dari JB? ^_^

Friday, October 18, 2013

Kata-kata Haziq Yang Menyentuh Hati Seorang Ibu

Dialog awal pagi tadi. 5.45 am.

Haziq bangun awal, tapi masih baring di sebelah saya.


Mama : Haziq, Haziq baring dulu ye. Mama nak mandi.

Haziq : Kenapa Mama nak mandi?

Mama : Sebab Mama nak pergi work.

Haziq : Mama tak yah pergi work. Mama baring je peluk Haziq. Mama takyah pegi work. Mama jaga Haziq je.

Mama : .............

Mama : Mama sayang Haziq banyak-banyak.


Dan saya terus mencium dahinya, mencium pipi gebusnya. Memeluk Haziq seerat-eratnya.


Thursday, October 17, 2013

Mood Nak Pergi Holiday

Dah nak masuk akhir tahun ni, saya rasa sangat nak pergi bercuti. Tapi takdelah sampai pegi oversea, cukupla kalau pegi bercuti kat dalam negara sahaja.


Tapi bile cakap kat suami, katanya takde plan nak gi bercuti hingga akhir tahun ni. Cuti tahunan masing-masing pun dah nak abis, pun takde set aside bajet nak gi bercuti akhir tahun. So redha jelah. ^_^


Selalunye, kami pergi bercuti 2 kali setahun, means 1 kali dalam 6 bulan yang pertama dan 1 kali dalam 6 bulan yang kedua. Yang dalam 6 bulan pertama tu, selalunya pergi cuti untuk celebrate wedding anniversary. Yang dalam 6 bulan kedua pulak tak kisahlah bila-bila, asalkan bukan masa cuti sekolah.


Tapi suami dah bagi hint nak pergi bercuti awal tahun depan. Saya punyelah happy, terus fikir nak pegi bercuti kat mane yek? ;P


Dear friends, boleh tak korang suggest tempat ape yg best utk kitorang anak beranak pergi bercuti tahun depan? ;) ;) ;) ;)


Wednesday, October 16, 2013

Kerugian Duit di Bon Odori Festival

Sabtu malam Ahad yang lepas, suami bawa saya dan anak ke Bon Odori Festival yang bertempat di Taman Sutera, Johor Bahru.

I am not pregnant, right now. :)

Untuk yang tak pernah dengar pasal Bon Odori ni, Bon Odori ialah satu festival yang dianjurkan oleh orang Jepun di Malaysia yang bertujuan untuk memperkenalkan budaya mereka kat sini. Sambil tu jugak diorang ade buat jualan untuk tujuan mengumpul dana untuk tabung diorang.

With my 8-months princess.
Ini adalah kali kedua saya pergi ke Bon Odori. Yang first pergi dulu memang meriah, siap ada maskot Ultraman, Power Rangers (ini dari Jepun ke?), Japanese wearing kimono dan macam-macam lagi. Memang meriah sampai saya dan suami siap join tarian diorang masa penutup festival kul 10.00 pm tu. Diorang pun sangat-sangat friendly sampaikan kita rasa kita ni orang Jepun jugak! :)


Ok cerita pasal kali kedua ni, rasanya biasa saja. Kitorang sampai sana dalam pukul 8.30 pm. Kalau nak beli apa-apa, kena pakai kupon, tak boleh bayar guna cash. So kami pun beli la kupon dengan harga RM30.


Banyak kan RM30 tu. Tapi bila dikira-kira balik kupon yang kitorang dapat, bukan RM30, tapi cuma RM21 sahaja okayyy!! So mana pergi yang 9 henggets tu???


Saya mintak tolong suami tanya balik kat kaunter. Jawabnya, memang bayar RM10 untuk satu kupon dan memang dapat RM7 sahaja sebab RM3 tu untuk lucky draw.


Saya macam.....haisshhh... RM9 is too much ok. Kitorang pulak bukannya nak sangat tunggu sampai acara lucky draw tu. Benganglah jugak kan. Tapi apa boleh buat. Kupon pun dah dibeli.


Bila dah bengang tu, kami just beli burger Marrybrown 1 set, nasi lemak, fish ball dan air mineral. Habis guna RM21 tu. Membazir betul rasanya kan.

Haziq yang enjoy menari atas stage before the real show took place.

Sambil makan, sambil tengok persembahan kat pentas. Heran pulak, katanya Bon Odori Japanese festival, tapi persembahan semua Chinese. Kitorang nak tengok orang Jepun. Sampai sudah takde pun Japanese yang buat persembahan macam yang dulu kitorang pergi.


Last-last, kitorang balik. Pukul 10.00 pm dah sampai rumah. Not so nice feeling sebab :


1) Rugi RM9

2) Takde Japanese yang buat show


Pasni konfem tak mau pergi Bon Odori lagi. ^_^


Tuesday, October 15, 2013

Sambutan Hari Raya Haji, Cara Saya

Semalam hari Isnin, kerja macam biasa. Balik keje, terus amik anak. Babysitter dah pesan awal-awal, jangan amik lewat sebab dia nak start masak untuk raya lepas saya amik anak-anak.


Kalau ikutkan turn, raya haji kali ni belah saya, means sambut di rumah ibu bapa saya. So balik rumah, baju pun tak kemas lagi, bakul susu anak pun tak kemas lagi, tunggu suami balik keje, tapi dia balik lewat. Banyak keje penting katanya. Bila dia balik rumah, barulah saya boleh mengemas. Terus bergerak balik ke rumah Mama, pukul 10.00 pm baru sampai.


Sampai-sampai je, terus makan. Mama dah bising, katanya waktu makan kene jaga, perut saya kan sensitif. Tapi yelah, apa nak buat. Saya ok kan aje. Dah sudah tu, terus tidur. Letihnya. Makanan raya Mama dah mula masak dari petang tadi. Mama pun tidur awal, letih jugak kot. By the way, seisi rumah tidur awal. Letih bekerja.


Hari ni bangun pagi, bingkas bangun tolong Mama siapkan makanan apa yang patut. Pastu kejut suami pergi solat sunat hari raya. Saya kat rumah je jaga anak.


Bila suami balik dari solat, baru makan. Dia rehat kejap, pastu pergi surau tengok sembelih lembu. Bawak Haziq sekali. Tahun ni kami tak berkorban sebab takde plan pun nak berkorban. In Shaa Allah, moga dipermudahkan untuk tahun depan.


Haziq pulak bila balik ke rumah, punyalah excited cerita kat saya tentang lembu. Ada darah, merah, lembu sedih, lembu nangis, Haziq tengok lembu. Seronok tau layan Haziq bercerita.


Tengahari - makcik dan sepupu saya datang raya. Pastu kitorang tengok citer Ombak Rindu sama-sama. Hehehe...Lepas asar, diorang balik. Saya pulak ambil masa ni untuk transfer semua gambar daripada kamera dan handphone ke external hard disk, sementara suami tolong jagakan anak.


Malam nanti, plannya lepas Isyak, kami akan bertolak balik ke rumah. Unpack apa yang patut dan tidur. Esok kerja.


Itulah sambutan hari raya haji tahun ini, cara saya. Cuti cuma sehari. So sambutannya biasa-biasa sahaja. ^_^

Monday, October 14, 2013

Pemenang #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!

Taraaaaaaa!!!!


TAHNIAH untuk 2 orang pemenang #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!


Iaitu :

1) Aisha Fauzi

2) Ayu Zan


Mohon Aisha Fauzi dan Ayu Zan untuk emelkan kepada saya nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk tujuan penghantaran hadiah.


Dan inilah hadiahnya!!!



Senarai Peserta #1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!

Sori uols. TERlambat update entry pasal senarai peserta. Jangan marrah tauu.. :)


Ok kat bawah ni senarai peserta yang join first contest di blog saya. Terima kasih banyak-banyak atas sambutan yang diberikan. Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun jumlah yang join 3 orang sahaja. Nama pun baru first time buat contest kan... Hehehehe...


1) http://mazatulazura.blogspot.com/2013/09/1-contest-my-story-my-life-mudahnya.html

2) http://ayuzan.blogspot.com/2013/09/rumah-idamanku.html

3) http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/09/1-contest-my-story-my-life-mudahnya.html


So, sebelum saya umumkan siapakah pemenang yang bertuah tu, jom pakat-pakat semua kita terjah ketiga-tiga blog ni, semua cerita tentang rumah idaman masing-masing. ^_^

Friday, October 11, 2013

Quick Update (7 - 11 October 2013)

Alahai, macam nak buat summary lah pulak. Apa nak buat, kesibukan melanda hingga tak sempat nak karang entry satu persatu. Ni saya citer apa yang berlaku pada minggu ini ye, secara ringkas. Pepun saya memang nak citer detail jugak nanti.


Myself

  • Pertama kali dapat makan kek red velvet, sedapnya sehingga menjilat jari.
  • Pertama kali pergi makan kat Oldtown Kopitiam. 
  • Sedikit tertekan dengan apa yang berlaku di ofis - di mana saya perlu berpindah daripada ofis dan kene duduk dekat plant. 
  • Masuk 2 minggu lebih mengalami masalah sembelit yang agak teruk. 
  • Untuk melancarkan pembuangan, saya amik produk organik.
  • Beli Krunchy Karamel Almond yang sangat sedap! Tapi manis. So makan sikit je.

Haziq
  • Sangat petah bercakap dan bertanya.
  • Suka sangat tolong saya buat kerja rumah, in fact semua benda pun dia nak buat sendiri. 
  • Suka sakat adik dia Aimi. Sampai menangis budak tu.
  • Entah kenapa, saya rasa sekarang Haziq macam lebih rapat dengan abahnya. Saya jeles. Tapi saya tau, ini kerana masa saya terlalu banyak pada Aimi. Sebab Aimi menyusu badan. Mama rindu Haziq.
  • Masih lagi pakai pampers. Saya tak tau macamana nak mulakan potty training.
  • Suka menyanyi lagu Najwa Latif. Hehehehe..
  • Suka sebut - Astaghfirullahalazim, Allahuakbar.

Aimi
  • Gigi atas 2 batang dah nak tumbuh. Sekali dia gigit, Allah je tau betapa sakitnya.
  • Dah kurang menangis bila saya jauh darinya. 
  • Minum susu 8 oz x 3 times sepanjang berada di rumah babysitter.
  • Lebih suka direct feed berbanding EBM bila kat rumah.
  • Makan 3 kali sehari.
  • Dah pandai respon marah bila orang ambil mainannya.
  • Dah mula nak berdiri sendiri dan lepas tangan.
  • Pandai menari dan goyang tangan bila dengar lagu kegemaran.
  • Asal tengok orang makan je, dia pun sibuk nak makan.

Others
  • Saya dalam proses nak beli rumah. Dah jumpa pegawai bank dan serahkan dokumen yang diperlukan. Sekarang tunggu loan approve.
  • Dah buka akaun ASB untuk Aimi.

Ok tu je, nanti kita storymory lagi ye! ^_^

Thursday, October 10, 2013

Terbaik Tergolek Golek

Short entry saja.

Just nak tulis yang Haziq sekarang suka betul sebut macam ni.

"Terbaik!!"

Pastu ditambahnya,

"Terbaik tergolek golek!!"

Siap buat pelbagai aksi kelakar yang buat kami gelak ketawa berdekah-dekah.

Haziq permata hatiku. Mama love u so much sayang :)

Tuesday, October 8, 2013

Personal Matter, Which Is Not Personal Anymore

Kalau korang nak apply cuti, selalu kat borang cuti korang tulis tak apa reason korang nak cuti?


Korang tulis "personal matter" atau tulis terus sebab kenapa nak cuti? Contoh, bawak family pergi holiday, urusan pinjaman bank, pergi majlis konvokesyen adik kat U, bawak mak ayah pergi checkup kat hospital bla bla bla..


Macam saya, selalunya daripada mula bekerja lagi, kalau nak cuti, kat borang cuti tu saya tulis je personal matter. Kalau bos tanya kenapa nak cuti, then saya akan bagitau verbal la sebab saya nak cuti. Tapi kat borang tu tetap tulis personal matter je. Kalau bos tak tanya pun, saya tetap bagitau. Sebab saya jujur bila saya nak apply cuti.


Tapi itu cerita dulu. Dengan ex-boss yang dahulu. Ex-boss yang sangat sporting. Yang approve cuti raya saya sampai seminggu lebih tanpa banyak soal. ^_^


Sekarang ni pulak, saya berada dalam satu situasi yang sangat susah untuk diberi pelepasan cuti, sedangkan cuti tahunan saya masih berbaki lagi. Saya pun tak fahamlah kenapa ada sesetengah jenis bos yang amat susah sangat-sangat nak kasi anak buahnya cuti. Fikir punya fikir, ini jelah satu andaian yang saya rasakan paling munasabah :


Bos susah nak kasi cuti sebab bila saya cuti, bos tak reti nak handle keje saya. Bila orang tanya pasal kerja saya atau orang cari saya, bos tak reti jawab. 


Betul tak?


Yang buat saya tak puas hati, HOD department lain boleh pulak luluskan cuti anak buahnya sampai 3 minggu pergi bercuti ke oversea! Anak buahnya bukan level bawah-bawah ok. Tak lingkup pulak company ni bila anak buah HOD tu pergi bercuti.


Saya pulak? Cuma nak mintak cuti sehari pun payah. Ari tu nak mintak cuti 3 hari sebab adik kahwin dan lepas tu suami ajak jalan-jalan, pun susah cuti tu nak diluluskan. Siap kene ceramah. Siap bersoal jawab macam apa.


3 hari je pun. Bukan 3 minggu. Bukan juga 3 bulan.


Pastu lagi, kat borang cuti tu, takde dah saya tulis "personal matter". Sebab bila tulis personal matter, disoal siasat macam apa. So sekarang ni saya terus tulis details. "Urusan temujanji dengan pihak bank". "Nak jaga anak sebab babysitter ada majlis kahwin keluarga". Tulis in English. Yang buat lagi haru, pun susah jugak cuti saya diluluskan walhal dah tulis terang-terang. Personal matter, is not a personal matter anymore.


And it comes again,


Bos susah nak kasi cuti sebab bila saya cuti, bos tak reti nak handle keje saya. Bila orang tanya pasal kerja saya atau orang cari saya, bos tak reti jawab.


Itu satu hal.


Bila dah soal siasat macam apa, baru sign borang cuti saya. Mood saya pun dah terganggu. Pastu, bila dah naik cuti pulak (contohnya, saya cuti hari Rabu, hari Khamis naik kerja), satu hari tak ditegurnya saya. Apa-apa urusan semua pakai e-mail saja.


Yang buat lagi bengang, nak cari saya, tapi call colleague saya, suruh colleague saya bagitau saya yang dia suruh call balik.


*^$&^&#!!!!


By the way, saya ade apply cuti untuk esok, half day pagi, sebab ada urusan bank. Saya dah tulis detail-detail kat borang cuti, tapi amik masa seminggu lebih jugak untuk luluskan cuti saya. Aduhaii....


Dan pastinya, bila saya masuk keje petang esok, I will be treated like I'm not there. I'm not exist. Hanya kerana saya amik cuti. Half day.

Monday, October 7, 2013

#1 Contest My Story, My Life - Mudahnya Mengemas Rumah!

-THIS IS STICKY POST FROM 7 SEPTEMBER to 7 OCTOBER 2013-


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua.


Bersempena dengan birthday saya yang ke-30 pada hari ini 7 September 2013, (pertama kali menjejak 3 seriessssss u!), buat pertama kalinya saya menganjurkan satu contest yang amat ringkas dan mudah.


Hadiahnya adalah :



























2 buah buku bertajuk "Mudahnya Mengemas Rumah!" untuk 2 orang pemenang bertuah! ^_^


Syarat-syarat contest ini adalah :

1) Peserta perlu mempunyai alamat beralamat di Malaysia, untuk tujuan penghantaran hadiah. Tak kisahlah warganegara Malaysia ke, Singapura ke, Brunei ke, mana-mana ke, asalkan korang ada alamat di Malaysia, kira boleh join contest ni.

2) Sila follow blog www.mystorymory.com.

3) Up satu entry kreatif dan menarik tentang "Rumah Idamanku",  dan copy paste banner di atas.


4) Tinggalkan komen penyertaan di ruangan komen di bawah mengikut format berikut :
  • Nama
  • URL entry blog
  • E-mail 
5) Tarikh tutup contest pada 7 Oktober 2013 jam 11.59 pm.


Kriteria Pemilihan Pemenang (Cara Pengadilan)

1) 10 Oktober 2013 - Saya akan umumkan senarai peserta.

2) 14 Oktober 2013 - Saya akan umumkan 2 orang pemenang yang bertuah.


p/s : Sekiranya ada sebarang perubahan tarikh, akan saya maklumkan di blog.



Harap ramai-ramai boleh bagi sokongan untuk contest pertama saya ni ye! :)


Mari tengok isi kandungan buku yang sangat best ni :

Macam-macam teknik mengemas rumah

Tak tahu kemas rumah? Jangan risau dalam buku ni semuanya diajar.

Rumahku, Syurgaku.

Friday, October 4, 2013

Kutuk Mengutuk Ibu Mertua

Ibu mertua ialah orang yang melahirkan kekasih hati kita, iaitu suami kita. Tanpa ibu mertua, maka tiadalah suami kita sekarang.


Sebagaimana lelah dan sakitnya kita sewaktu mengandungkan dan berjuang untuk melahirkan anak kita, selelah dan sesakit itu jualah ibu mertua kita bertarung nyawa untuk melahirkan suami kita.


Jadi, wajarkah ibu mertua ini dikutuk? Dihina sesuka hati? Dicanangkan kepada satu dunia tentang keburukannya, tentang kelemahannya. Orang lain yang takde kaitan dengan ibu mertua kita, tak semena-mena tahu tentang dirinya, walaupun tak pernah bersua muka. Dan apa yang mereka tahu tentang ibu mertua, semuanya yang buruk-buruk belaka.


Wajarkah ibu mertua ini dikutuk atau dimaki disebabkan perbezaan daripada segi pemikiran, tutur kata dan tindakan kita dengan dia? Mungkin sebab kita dah moden, kita sekolah tinggi, berpangkat dan bergaji besar, hidup di bandar, lifestyle urban maka kita rasa takde salahnya mengutuk ibu mertua. Apakah begitu fikiranmu?


Mungkin cara ibu mertua jauh berbeza dengan ibu kandung kita.Tapi jangan kita lupa, dia ibu kepada suami kita. Hakikat ini yang takkan boleh diubah atau dinafikan sampai bila-bila.


Ingatlah, selagi suami kita berbakti kepada kedua ibu bapanya, in shaa Allah perjalanan hidup kita akan jadi lebih mudah. Tapi jika sebaliknya, janganlah kita mengeluh pula kerana kita yang sibuk mengutuk ibu mertua. Takut-takut fikiran suami diracun sama.


Sahabat-sahabatku... Sudah-sudahlah. Hidup ini singkat benar. Sangat singkat. Mungkin pada pandangan kamu, ibu mertuamu sudah tua, sudah 'buruk', amat kolot, tapi tak mustahil kamu yang muda, yang cantik, yang sihat dan yang moden ini yang 'pergi' dulu daripada ibu mertua.


Takut-takut tak sempat memohon maaf daripada ibu mertua sebelum kamu menutup mata.


Sudah sudahlah. Tutup buku. Janganlah lagi kamu kutuk mengutuk ibu mertuamu.

Susu S26 Promil dan S26 Promil Gold

Rasanya saya pernah citer kan yang Aimi minum S26 Promil. Bila beratnya tak berapa nak naik, doktor suggest untuk tukar susu lain, dan saya tukar kepada susu Similac.


Dah habis sekotak 400 g, saya decide untuk stop bagi susu Similac. Sebabnya, Aimi minum pun tak berapa nak kencang dan still takde perkembangan yang significant daripada segi berat badannya. Kalau ikut mak mertua saya, katanya tak perlulah nak tukar-tukar susu ni. Katanya memang ada budak yang jenis kecik. Tapi bila dah umur setahun lebih dah start makan macam-macam, berat badannya akan naik macam biasa. Saya dengar pendapatnya, tapi saya buat keputusan ikut diri saya. ^_^


So sekarang Aimi minum susu S26 Promil Gold pulak. Harga susu ni RM53.50 untuk 600 g. Masih selang seli dengan S26 Promil yang biasa tu.

Susu S26 Promil Gold Langkah 2

Walaupun dah tukar susu ni, still sama jugak. Aimi still minum sikit. Tapi yang ketara dia lebih suka direct feed (df). ^_^

Thursday, October 3, 2013

Tak Faham Cerita Love Your Mr. Arrogant

Sekarang kan cerita baru yang ganti cerita Cinta Jannah tu, dah mula kan. Tak taulah dah episod berapa sekarang. Cuma ari tu ada tertengok sekejap. Yang saya faham, zara dengan lelaki tu bertunang. Tapi lelaki tu macam tak suka dia. Dah kalau tak suka kenapa bertunang?


Yang lagi tak faham, kalau dah tak suka, kenapa nak teruskan sampai kahwin?


Bila jumpa pulak nak marah-marah. Sekali tengok macam poyo je. Best ke ada tunang macam tu? Baik tak payah ada tunang macam tu, nampak macam tak menghargai wanita langsung. Sekarang tak tau diorang tu dah kawin ke belum. Kalau baca sinopsis, katanya kahwin.


Entahlah, bila tengok cerita melayu ni, rasa macam tipikal sangat. Tak suke, tapi kahwin. Pastu suka pulak. Mak bapak tak sokong. Mak bapak mertua tak hingin, tapi kahwin jugak. Cinta katanya. Pastu kahwin sebab nak selamatkan family bisnes. Pastu mesti ada watak wanita yang penggedik. Aduhai wanita itu, kesiannya kamu. Pastu mesti ada orang nak rosakkan rumahtangga tak kisahlah watak lelaki atau pompuan. And the list continues... Bla bla bla..


Yang lagi haru, siarannya pukul 7.00 - 8.00 malam. Time Maghrib tu. Citer melayu kita di waktu maghrib waktu solat kite. Saya bukan feeling ustazah, cuma rasa tak berapa elok di situ. Mmmm....


Anyway, tajuk citer ni memang wow. Love You Mr. Arrogant.

Wednesday, October 2, 2013

Kisah Kereta

Dalam tempoh 8 tahun bekerja ini, saya dah drive beberapa jenis kereta.

Mula-mula sekali kereta proton wira second hand kepunyaan family.

Walaupun second hand, saya gembira menggunakannya sebab ia banyak berjasa dan membantu saya semasa belajar di KL dulu.

Dah nama pun second hand, proton pulak tu, pakai lama sikit, rosaklah ia. Kemudian saya pakai kereta proton wira lagi.

Tapi kali ni kereta baru, family juga yang punya. Saya bayar duit kereta tiap-tiap bulan memandangkan masa tu saya dah pun bekerja.

Bila pakai lama sikit, power window buat hal. Tapi saya tak kisah, pada saya small matter je tu.

Cukup 2 tahun guna, family jual kereta tu. Ade masalah sikit masa tu.

Saya tak boleh nak cakap apa. Cuma terfikir, macamana nak pegi keje kalau takde kereta?

Fikir punya fikir, saya nak beli kereta. Tapi Mama cakap tak perlu. Dia tolong beli kereta kenari second hand tapi saya perlu bayar duit kereta tiap-tiap bulan macam biasa.

Kenari? Kereta kecik? Ala takpelah. Yang penting ada kereta senang nak pegi keje.

Kat tempat kerja, kereta saya lah yang consider paling 'buruk'. Ada orang yang kata. Dia jujur atau bergurau, saya tak pasti. Tapi saya tak kisah pun. :-)

Yang pastinya akhir tahun ni, tamatlah episod bayar kereta bulan-bulan. Pantas sungguh 6 tahun berlalu :-)

Impian saya sekarang ni, saya nak beli kereta perodua alza. Bukan apa. Untuk kesenangan anak-anak. Takdela mereka berpanas aircond tak kuat lagi.

Harga alza pun mampu milik, pada sayalah. Tak payahla nak berhabis duit untuk kereta bulan-bulan. Car is a liability, not an asset.

Tapi walaupun dah ada alza nanti, saya still nak keep my kenari. Kereta kecik ni senang nak bawak ke mana-mana. Senang nak parking. Minyak pun jimat. Oh ye, subsidi minyak kan dah diturunkan. :-)

Harap-harap bila bangun pagi esok, dapat hadiah kereta perodua alza. Alangkah bestnya!!!

:-)

Manisnya Rusks Ini

Minggu lepas saya ada beli rusks untuk Aimi. Bagi yang tak tau rusks tu apa, senang cakap dia macam biskut yang kita tambahkan air /susu, lenyek-lenyekkan dia jadilah macam nestum gitu. Kalau baby dah banyak gigi, boleh kasi makan rusks macam tu je, tak perlu lenyek-lenyekkan.


So balik rumah, saya prepare la untuk Aimi. Saya tak rasa dulu macamana rasa rusks tu. Saya terus bagi Aimi makan. Saya tengok Aimi makan punyelah laju, kejap je dia telan dan lepas tu siap nganga mulut lagi tunggu suapan yang seterusnya. Saya pun apalagi, suka lah tengok Aimi macam tu kan. Berselera nak makan.


Bila dah habis separuh mangkuk, baru saya try rasa rusks lenyek tu. Ya Allah, MANISNYA!!!!


Manis!


Manis!


Manis!


Terus tengok muka Aimi. Terus rasa bersalah. Napelah saya tak try dulu sebelum kasi Aimi makan.


Mase tu jugak terus angkut sume mangkuk dan cawan ke dapur. Terus dukung Aimi dan bersihkan mulut dia dan kasi dia minum air masak banyak-banyak. Harap-harap dapat dilute yang manis yang dah masuk ke mulut dia tadi.


Sejak tu terus ban rusks ni.

Original Flavour - yes, original SWEET flavour!

Saya rasa dulu saya pernah kasi Haziq makan rusks jugak. Tapi taklah semanis ini. Ke brand lain kot? Saya dah lupa lah. 


Moral of the story : Sila rasa dulu semua makanan / minuman sebelum suap ke mulut anak. Pastikan ia tak terlalu manis / masin / masam / pedas / panas / sejuk, sesuai dengan usia anak masing-masing.

Tuesday, October 1, 2013

Demam Lah Pulak!

Takde angin takde ribut. Semalam saya demam panas. Sebenarnya bermula daripada hari Ahad lagi. Kepala saya rasa pening, rasa sakit semacam. Nak makan pun takde selera. Petang tu saya tido dalam 3 jam. Bangun tu rasa lega sikit.


Tapi bila dah masuk ke malam, mula rasa sejuk semacam. Nak mandi pun sejuk. Tapi mandilah jugak. Dah sudah mandi, lagi double triple sejuknya. Siap pakai baju sejuk dan berbungkus selimut. Kepala start sakit semula. Rupa-rupanya demam. Aduhai.


Walaupun demam, tanggungjawab sebagai ibu tetap diutamakan. Bayangkanlah dalam keadaan sakit kepala dan sejuk macam tu, saya rasa nak tido dan berbungkus selimut je, tapi tetap gagah menyusukan anak. Tetap layan dia main. Tolak tepi semua rasa sakit. Ahad malam Isnin tu, saya takleh nak tido. Kepala sakit, badan sakit. Tak boleh tido.


Bila bangun pagi semalam, lagi berpinar rasa. Makin menjadi-jadi sejuknya rasa. Nak gi keje tak larat nak drive. Nak anta anak gi babysitter pun tak larat nak drive. Last-last, jaga juga anak walaupun sendiri tak sihat. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku kekuatan.


Hari ni rasa lega sikit, walaupun masih lagi rasa ting tong sikit. Tetap kene gi kerja. Banyak tugas yang menanti di ofis. Huhu.

Wordless Wednesday #8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *