I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 24, 2013

Tangisan di Hari Jadi Yang Ke 30 Tahun

Announcement. Saya kini sudah berusia 30 tahun. Ye, 30 tahun, 3 series. Wuuuu... Saya bersyukur kerana Allah panjangkan umur saya sehingga saya masih lagi boleh bernafas dan menikmati segala keindahan yang ada di dunia-Nya ini. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam iman dan moga saya beroleh kesihatan yang terbaik. Amin...


Tahun ini takde sebarang sambutan. Saya pun rasa biasa je, macam biasa tak harap apa-apa sambutan pun. Apatah lagi, masa hari Jumaat 6 September 2013 tu, saya kene pergi ke Melaka untuk tujuan audit supplier. Birthday pulak 7 September hari Sabtu, suami keje, jadinya memang saya tak harap apa-apa langsung.


Balik dari Melaka sampai JB kul 9 malam, terus suami bawak saya dan anak-anak pergi beraya kat rumah kawan dia. Tak sempat nak mandi pun. Hahahaha... Dah sudah tu, balik rumah, badan pun dah rasa melekit dan panas. Dan-dan tu jugaklah saya mandi. Bila dah mandi campur penat, saya terus rasa mengantuk nak tidur. Tup-tup je suami terus nyanyi lagu Happy Birthday. Eh, dah pukul 12 tengah malam ke datuk harimau?


Saya happy lah suami beriya-iya nyanyi untuk saya. Lepas tu saya nampak dia seluk tangan kat kocek seluar dia. Dengar bunyi macam plastik-plastik gitu.


"Haaa, ni mesti hadiah coklat Ferrero Rocher 3 bijik tu kan? Orang dah gosok gigi ni, esoklah baru makan coklatnya" kata saya. Dulu suami selalu hadiahkan coklat Ferrero Rocher 3 bijik tu. 3 bijik je pun. Katanya mahal nak beli yang satu box besar tu, katanya nanti rosak gigi makan coklat banyak-banyak. Hahahaha...


Tup-tup kali ni, dia keluarkan plastik kecik. Dikeluarkan ada satu kotak kecik dalamnya. Saya macam, eh, takkan coklat Ferrero Rocher dalam kotak kecik ni, mana muat.


Pastu suami buka kotak kecik tu.


"Selamat harijadi sayang. Ini hadiah Abang untuk Sayang" kata suami.


Saya macam, oh my God!!! Ini bukan cokelat. Ini cincin. Suami bagi saya hadiah cincin sempena harijadi saya. Betul ke ni? Aku mimpi ke ni?


Dan-dan tu jugaklah saya menangis berjurai-jurai air mata. Syahdu beb. Padahal dah sapu krim malam kat muka ni sebab tadi ingat nak terus tidur kan. So sekarang krim malam campur air mata hari jadi dah tak jadi apa dah.


Teruslah saya pergi peluk suami saya dan ucap terima kasih banyak-banyak. Lepas dah bertenang tu, saya tanya bila dia pergi beli cincin. Macamana dia agak saiz jari saya.


"Abang beli sebelum sembahyang Jumaat tadi. Abang tak tau nak agak saiz jari sayang, so abang beli berdasarkan saiz jari orang yang jual tu".


Hahahahahahahahaha. Saya gelak sekuat hati. Tadi dah menangis berjurai-jurai, ni ketawa bagai nak rak pulak. Pukul 12 tengah malam pulak tu. Uni oh Uni...


Jujur sungguh jawapan itu. Beli berdasarkan saiz jari orang yang jual. Itulah sebabnya saya tergelak. ^_^


Dan inilah dia hadiah harijadi saya tahun ini. Sungguh, saya tak mengharapkan sesuatu seperti ini daripada suami. Kalau dia bagi saya coklat Ferrero Rocher 3 bijik macam tahun-tahun sudah pun takpe, saya tak kisah, saya terima dengan gembira. Cuma mungkin tahun ini dia nak buat surprise sikit agaknya. Anyway, saya memang surprisedddddddddddddddddddd!!!


Terima kasih suamiku, I love you!

9 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Waaa....bestnya dpt hadiah surprise...:-)
Hepy besday....moga pnjang umur...dan dimurahkan rezeki....

Rai Ourkizuna said...

happy birthday dear..

Uni_HAZ said...

Terima kasih. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Uni_HAZ said...

terima kasih. :)

S.A. said...

Sweetnye...Happy Birthday yea..

Uni_HAZ said...

Terima kasih. :)

Mar Mansor said...

selamat hari ulang tahun ye..best tu hadiahnyer..

Uni_HAZ said...

Terima kasih Mar. Apa-apa hadiah pun best, when you least expect it. :)

mawar berduri said...

Sweetnyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *