I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, September 23, 2013

Study Table Yang Bersepah

Kat rumah, saya khususkan satu bilik untuk saya. My Room. Bilik ni menempatkan almari buku, study table dan segala macam barang jualan saya. Sebelum ni, bilik ni memang kemas dan tersusun. Tapi sekarang ni, memang haru. Tak sempat langsung nak mengemas dan menghias. Sibuk tak habis-habis. Huhuhu.


Masuk-masuk je, syahdu betul tengok study table yang tak macam rupa study table. Laptop pun dah beralih ke tepi meja. Kalau korang nak tau, segala macam surat-surat yang sampai ke rumah, saya akan baca satu-satu dan lepas tu filing mengikut file masing-masing. Kalau tengok kat atas meja tu, rasa-rasanya berapa banyak kertas lah yang tunggu di filing oleh tuannya ini.


Haziq cakap nak tolong Mama kemas, tapi baru nak kemas, Aimi dah nangis nak susu Mama.
So aktiviti mengemas tertunda lagi.

Dalam apa-apa hal, anak haruslah diutamakan. Seluruh masa saya kat rumah banyaknya untuk anak. Nak update blog pun kene betul-betul pandai cari masa. Kalau lama blog tak berupdate, korang fahamlah kenapa ye. Oleh kerana itu, study table ni masih lagi rupa macam ni sampailah sekarang!

1 comment:

mawar berduri said...

biasalah kalau dah bergelar mom nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *