I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 17, 2013

Sakitnya Bagai Digergaji, Dan Akhirnya Luka

Semalam 16 September 2013, Aimi genap usianya 8 bulan. Setakat ini dah tumbuh 2 batang gigi belah bawah dan sekarang saya tengok nak tumbuh lagi sebatang gigi belah atas.


Bila nak tumbuh gigi ni, macam biasalah gusi Aimi memang rasa gatal. Dan bila menyusu, Aimi gigit miss n saya tu kuat-kuat. Bila datang rasa gatal gusinya tu, dilaga2kan gusinya kat n saya. Gusinya dah kuat, dah rasa keras gigi tu. Sakitnya Ya Allah..... Rasa macam n ku ini kene gergaji.


Kali pertama, saya termenangis masa Aimi menyusu kat belah kanan. Haziq nampak saya nangis, dia tanya,


"Mama tak apa-apa?"

"Mama ok sayang. Mama tak apa-apa" jawab saya.


Beberapa jam selepas tu, Aimi menyusu belah kanan pula. Mula-mula saya ok, tapi lama kelamaan rasa macam tak tertanggung sakitnya. Aimi lagakan gusinya kat n saya sekuat hatinya, dan sekuat itulah airmata saya mengalir keluar.


"Ya Allah, kuatkanlah jiwaku. Anakku perlukan susuku. Hapuskanlah rasa sakit ini agar aku dapat fokus kepada penyusuanku" doa saya di dalam hati.


Suami saya datang menghampiri.


"Sabar ye sayang. Kalau sayang tak boleh tahan sakit, keluarkan dulu. Rehat sekejap. Bagi Aimi susu yang sayang dah pam (EBM)" kata suami saya. Dan akhirnya, Aimi minum EBM dan terus lena. Masa tu jam 9 lebih (malam).


Masa nak tidur kat atas dalam kul 10 lebih - 11 malam, Aimi bangun pulak. Saya rasa seriau nak susukan Aimi. Huhuhu...


Sudahnya, suami saya tutup lampu dan saya bagi Aimi susu botol. Dia minum sikit je, pastu menangis. Saya tau apa yang dia inginkan, tidur mengiring sambil menyusu, itulah rutin kami berdua setiap malam. Tapi malam tadi saya rasa seriau nak bf, n saya masih sakit.


Saya dukung Aimi, cuba tidurkan dia di bahu saya. Ulang alik dalam bilik tu, bila saya dah pasti yang Aimi sudah lena, saya letakkan dia perlahan-lahan atas tilam sambil menepuk-nepuk lengannya.


Tapi tak sampai pun seminit, Aimi terjaga dan terus menangis. Melalak sekuat-kuatnya, mulutnya sibuk mencari n saya. Aduhai, tak sampai hati saya lihat Aimi macam tu.


Akhirnya, saya baring di sebelah Aimi. Dengan lafaz Bismillah dan penuh harap, saya berikan Aimi apa yang dia mahu daripada saya. Tak lama kemudian, Aimi lena semula dalam keadaan mulutnya tidak terpisah daripada dada saya.


Sakit, memang sakit. Tapi saya kesiankan Aimi yang tengah dalam proses nak tumbuh gigi.


Dan bila bangun pagi ni, masa nak mandi, saya nampak n saya, luka...

6 comments:

Rinah said...

seriau baca. satu lagi dugaan yang perlu ditempuhi. cuba picit hidung Aimi masa dia gigit. masa anak 1st selalu pakai kaedah ini. Alhamdulillah, episod gigit2 beransur2 hilang. dengan baby Izul pun dah start buat.

Ayu Zan said...

pengalaman seorang ibu ..
sabar ye kak. besar pahala.. :)

mawar berduri said...

hurmm...mcm2 pengalaman jadi ibu yer..

Uni Aqilah said...

Ye. Saya dah try dan menjadi! Legaaaa... Satu lagi saya cubit sikit kat dagu dia.

Uni Aqilah said...

Amin...

Uni Aqilah said...

Ye betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *