I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, September 30, 2013

Perkembangan Aimi Pada Usia 8 Bulan

Banyaknye nak citer pasal Aimi kali ni. Esok-esok dia dah besar, boleh lah baca. Hehe.. :)


Aimi sekarang dah umur 8 bulan lebih. Masih lagi minum susu Mama dia dan juga susu S26 Promil Gold. Dari segi berat, last timbang ari tu dalam 6.8 kg. Memang Aimi tak berat sangat. Masih lagi boleh pakai baju yang 0-6 bulan. Jimat belanja. Hehehehe.


Saya start bagi Aimi makan masa umur 6 bulan, dimulakan dengan bubur nasi. Rasanya dalam 2 minggu berterusan kasi dia makan bubur nasi aje, lepas tu baru slow-slow tukar ke menu yang lain. Setakat ni Aimi dah makan puree carrot, kentang, epal, dan pisang.


Memandangkan saya bekerja, kadang-kadang balik malam, saya bagi jugak Aimi makan nestum cereal tu. Memang mula-mula dah fikir taknak bagi Aimi makan nestum, nak prepare fresh food untuk Aimi setiap hari, tapi itulah, saya tak mampu. Tak sempat. So far, makan nestum tu ok. Takde masalah apa-apa. Alhamdulillah.


Aimi mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan. Sekarang ni dah lengkap 2 batang gigi kat bawah dan dah nampak 2 batang gigi atas nak tumbuh. Bila dah tumbuh gigi ni, memang kejenya nak menggigit aje. Sekarang ni pulak, kalau dia menyusu, lepas dah finishing abis menyusu tu, dia akan gigit kuat-kuat dalam beberapa saat, lepas tu kuarkan miss n dan terus tido terlentang dan bahagia. Mama dia memang tabah sangat-sangat bila digigit. ^_^


Aimi tak berapa kuat menyusu botol. Kalau 1 botol 6 oz tu, nak habiskan sebotol punyelah lama. Tapi kalau direct feed, memang menyusu lama siap sampai tertidur lagi. Susu Mama kan suam-suam gitu, tambah pulak lagi bau wangi badan Mama haruslah Aimi suke nak lekat dengan Mama je kan. Hehehhe...


Sama juga dengan EBM. Aimi dah tak suka dengan puting botol tu kot. Sebab tu lah lambat nak habiskan sebotol susu. Kadang-kadang dah cukup sejam, tapi susu masih ada lagi kat botol. So terpaksalah buang begitu sahaja. Tau jelah EBM yang dah dipanaskan, tahan sejam je kan.


Aimi sangat suka tisu, kertas dan buku. Kat dalam kereta on the way balik dari ofis ke rumah, memang penuh kereta dengan tisu yang dia koyak-koyakkan. Sabar jelah. Mungkin Aimi feeling macam princess di kayangan kot main koyak-koyak tisu. Hehehe.


Kalau dia tengah syok main barang permainan dia, datang pulak Abang Haziq amik barang dia, wah, Aimi dah pandai marah tau. Bising je mulut dia menandakan "jangan amik barang saya". Hehehe. Pastu kalau dia pegang sesuatu barang tu, memang kuat betul dia pegang seakan taknak dilepaskan. Kalau ditarik tudung Mama ni, memang sampai tertanggal tudungnya.


Sekarang dah pandai berdiri pegang kat sofa. Pastu dia akan lepaskan tangan dan terlentang ke belakang. Tu sebablah saya letak tilam kat ruang tamu. Kadang-kadang saya ajar Aimi bertatih. Seronok betul dia tersengih-sengih nampak gigi 2 batang!


Bulan depan ni ada satu kali lagi checkup di HSI. Harap-harap semua baik untuk Aimi. ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *