I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, September 9, 2013

Meja Jepun Murah dan Toto Murah

Hai. Hari ni nak share pasal meja jepun murah dan toto murah.


Sapa-sapa yang tengah cari meja jepun dan toto murah ni, saya cadangkan korang pergi beli kat Pasaraya Sakan. Baru-baru ni saya beli toto saiz queen di Sakan Seri Alam, Johor. Harganya cuma RM42.90 sahaja.

Toto murah

Toto ni pun ada 2 saiz. Yang saya beli tu harganya RM42.90 jenama NARITA. Tapi kalau nak murah lagi, ada juga, tengok kat gambar tu kat rak yang belah kanan, toto kaler pink dan packing ada tulis perkataan TOTO tu. Yang tu memang murah tapi saya dah lupa berapa harganya.


Bagi yang tak tahu, toto ni banyak kegunaan. Macam saya hari tu, beli toto ni sebab nak guna masa beraya kat kampung. Saya sekeluarga tido atas toto je kat luar bilik, kami tak dapat tido dalam bilik sebab beri laluan kepada keluarga yang lain. 


Saya memang dah standby siap-siap dah. Tak kisahlah tido kat mana pun, asalkan bila bangun tido tak sakit pinggang. Sebab tu saya beli toto.


Selain tu boleh juga guna time travel. Daripada tido atas tikar, baiklah tido atas toto kan.


Ok lagi satu bab meja jepun. Meja jepun ni kalau korang buat makan-makan ahli keluarga, memang seronok. Yang budak-budak kecil biar makan kat meja jepun, yang dewasa makanlah kat meja makan. Ini yang saya jumpa kat Sakan jugak, tapi saya tak belilah.

Meja jepun - macam-macam saiz ada

Harganya pun mampu milik. Tak silap saya sama ada RM39.90 / RM49.90 / RM59.90. Haa lebih kurang macam tu lah.


Best!

Kalau yang student tu, memang baguslah kalau ada meja jepun ni. Boleh guna time study, time makan, time nak tengok citer korea pun boleh sangat. ^_^

6 comments:

azian said...

salam kenal...

dah lama tak pg sakan...brg2 dia mmg murah2kan...hihi

Rinah said...

kalau pos toto tue berat sangat ke? murahlah harga dia.

Uni said...

Salam perkenalan juga.

Sakan memang murah! Jimat poket u.

Uni said...

Rinah nak beli ke? Saya tak pasti pulak berapa postage. Kalau poslaju rasanya mahal sikit. Tapi selain tu boleh try courier lain macam Skynet ke, Kangaroo ke.

mawar berduri said...

meja tu cantik jer tengok...

Syahrezal Rahim said...

Comey meja jepun tu.. sakan seluruh malaysia ke ada jual ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *