I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, September 27, 2013

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (3 years) 15-Aug-2013


Alhamdulillah, anak sulung saya dah pun berusia 3 tahun pada 15 Ogos 2013 yang lalu. Rasanya macam baru lagi melahirkan Haziq di HSI dulu. Tup-tup sekarang dah besar dah anak saya. Dah ada adik dah pun. Hehehe. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doa dan memakbulkan impian saya untuk melahirkan seorang lagi anak, iaitu Aimi sebagai rakan bermain untuk Haziq.


Seperti tahun-tahun yang sudah, tiada sambutan besar-besaran. Kali ini kami sambut di rumah sahaja. Petangnya beli kek di SDS Taman Air Biru, Pasir Gudang. Dan malamnya lepas dinner, kami buat birthday celebration untuk Haziq. Haziq macam biasa, sentiasa excited bila nampak kek dan lilin. ^_^


Kek Nutty Chocolate. Sedap sangat uols!!!

Anakku yang tersayang. Mama sayang Haziq dunia dan akhirat.

Mari potong kek!

Kesian Aimi, tengoklah rambutnya sampai basah sebab berpeluh-peluh. Apa taknya, tutup lampu dan tutup kipas semua. Yang ada lilin je. Mana tak panas baby saya tu.



Istimewa untuk Haziq,


Pantas sungguh masa berlalu, sedar-sedar kini Haziq dah berusia 3 tahun. Harapan Mama moga Haziq jadi anak yang soleh dan beriman, moga Allah sentiasa melindungi Haziq daripada segala mara bahaya.


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang bijak, yang sihat, yang taat, yang baik untukku. Bantulah aku, tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat mendidik amanah-Mu ini dengan sebaik-baiknya.


Selamat Hari Jadi Haziq sayang,
Semoga Allah memanjangkan umurmu, merahmatimu dan mengurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat untukmu sayang...


Love you so much Haziq sayang. Jadi abang yang baik untuk adik Aimi ye.

From,
Mama

6 comments:

Ayu Zan said...

happy birthday haziq. :)

mawar berduri said...

cedapnya kek tuu...

Rinah said...

happy belated birthday abang Haziq :)
Aimi excited tengok kek abang Haziq :D

Uni_Aqilah said...

thank you aunty ayu. :)

Uni_Aqilah said...

memang sedap!!

Uni_Aqilah said...

thank you aunty rinah.. :

Aimi says : Ye, memang excited tengok kek abang Haziq. Geram sebab belum boleh makan kek lagi. Heeeheee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *