I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, September 7, 2013

Dia Sudah Pergi... Ya Allah, rahmatilah dia...



Perkhabaran yang mengejutkan di harijadi saya pada hari ini.


7 September 2013.


Pelakon kegemaran saya, Maimon Muttalib yang menghidap kanser payudara tahap keempat, telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.20 petang tadi. Sumber diperolehi daripada Budiey.


Allahyarhamah Maimon Muttalib

Tak sangka begitu cepat dia pergi, tapi sudah ini ketentuan Allah s.w.t. Siapalah kita untuk menghalang aturan-Nya.


Hilang sudah seorang pelakon wanita yang sangat hebat. Watak baik atau jahat, mampu dilakonkan dengan begitu sempurna, sehingga begitu terkesan di hati saya. Sebab itulah saya amat meminati arwah.


Tadi sempat juga saya buka FB arwah. Sungguh, arwah adalah seorang insan yang begitu disayangi oleh insan-insan yang mengenali mahupun yang rapat dengannya.


Al-Fatihah untukmu.. Malam ini In Shaa Allah saya akan melakukan Solat Sunat Hadiah untuk Allahyarhamah Maimon Muttalib.


:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *