I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, September 22, 2013

Baby Besar Dalam Walker

Baru-baru ni saya beli walker untuk Aimi. Memang dah plan nak beli walker bila Aimi dah boleh duduk. Rasanya masa umur 6 bulan ari tu Aimi dah pandai duduk dah, tapi tak sempat nak beli walker, so sekarang bila dah umur 8 bulan, baru pergi beli.


Bawak balik ke rumah, Haziq pulak yang excited nak duduk dalam walker. Siap merengek-rengek bagai. Last-last saya masukkan Haziq dalam walker dan adiknya Aimi pulak yang kene duduk kat luar walker tu. Hahahaha... Baby besar yang still rasa dia baby walaupun dah ada adik. ^_^

Putera puteri penghibur jiwaku.

Kalau nak tau, dulu masa kecik-kecik, Haziq pernah tertidur dalam walker sampai saya dan suami langsung tak perasan. Tau-tau je dah terlentok dah dia. Pastu bila walker tu dah rosak, saya rasa sedih sangat masa nak buang, almaklumlah walker tu hadiah daripada kawan-kawan kat ofis.


Yang walker Aimi ni pula saya beli di Jusco Permas Jaya. Masa beli tu dapat diskaun 20%. Okeylah tu. Tapi walker ni saya beli yang display tu. Yang new stock dah habis. 


Staff Jusco tu cakap ada stok baru dalam seminggu lagi, tapi saya malas nak tunggu-tunggu pastu nak pergi semula ke Jusco. Bukan senang weh nak keluar selalu. Dah jadi mak-mak ni masa amat berharga dan banyak sangat urusan. So terus belilah apa yang ada. Display pun display lah. ^_^

2 comments:

mawar berduri said...

huhu...cian adiknya kena duk kat luar walker tu..

Uni Aqilah said...

Itulah pasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *