I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, September 30, 2013

Perkembangan Aimi Pada Usia 8 Bulan

Banyaknye nak citer pasal Aimi kali ni. Esok-esok dia dah besar, boleh lah baca. Hehe.. :)


Aimi sekarang dah umur 8 bulan lebih. Masih lagi minum susu Mama dia dan juga susu S26 Promil Gold. Dari segi berat, last timbang ari tu dalam 6.8 kg. Memang Aimi tak berat sangat. Masih lagi boleh pakai baju yang 0-6 bulan. Jimat belanja. Hehehehe.


Saya start bagi Aimi makan masa umur 6 bulan, dimulakan dengan bubur nasi. Rasanya dalam 2 minggu berterusan kasi dia makan bubur nasi aje, lepas tu baru slow-slow tukar ke menu yang lain. Setakat ni Aimi dah makan puree carrot, kentang, epal, dan pisang.


Memandangkan saya bekerja, kadang-kadang balik malam, saya bagi jugak Aimi makan nestum cereal tu. Memang mula-mula dah fikir taknak bagi Aimi makan nestum, nak prepare fresh food untuk Aimi setiap hari, tapi itulah, saya tak mampu. Tak sempat. So far, makan nestum tu ok. Takde masalah apa-apa. Alhamdulillah.


Aimi mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan. Sekarang ni dah lengkap 2 batang gigi kat bawah dan dah nampak 2 batang gigi atas nak tumbuh. Bila dah tumbuh gigi ni, memang kejenya nak menggigit aje. Sekarang ni pulak, kalau dia menyusu, lepas dah finishing abis menyusu tu, dia akan gigit kuat-kuat dalam beberapa saat, lepas tu kuarkan miss n dan terus tido terlentang dan bahagia. Mama dia memang tabah sangat-sangat bila digigit. ^_^


Aimi tak berapa kuat menyusu botol. Kalau 1 botol 6 oz tu, nak habiskan sebotol punyelah lama. Tapi kalau direct feed, memang menyusu lama siap sampai tertidur lagi. Susu Mama kan suam-suam gitu, tambah pulak lagi bau wangi badan Mama haruslah Aimi suke nak lekat dengan Mama je kan. Hehehhe...


Sama juga dengan EBM. Aimi dah tak suka dengan puting botol tu kot. Sebab tu lah lambat nak habiskan sebotol susu. Kadang-kadang dah cukup sejam, tapi susu masih ada lagi kat botol. So terpaksalah buang begitu sahaja. Tau jelah EBM yang dah dipanaskan, tahan sejam je kan.


Aimi sangat suka tisu, kertas dan buku. Kat dalam kereta on the way balik dari ofis ke rumah, memang penuh kereta dengan tisu yang dia koyak-koyakkan. Sabar jelah. Mungkin Aimi feeling macam princess di kayangan kot main koyak-koyak tisu. Hehehe.


Kalau dia tengah syok main barang permainan dia, datang pulak Abang Haziq amik barang dia, wah, Aimi dah pandai marah tau. Bising je mulut dia menandakan "jangan amik barang saya". Hehehe. Pastu kalau dia pegang sesuatu barang tu, memang kuat betul dia pegang seakan taknak dilepaskan. Kalau ditarik tudung Mama ni, memang sampai tertanggal tudungnya.


Sekarang dah pandai berdiri pegang kat sofa. Pastu dia akan lepaskan tangan dan terlentang ke belakang. Tu sebablah saya letak tilam kat ruang tamu. Kadang-kadang saya ajar Aimi bertatih. Seronok betul dia tersengih-sengih nampak gigi 2 batang!


Bulan depan ni ada satu kali lagi checkup di HSI. Harap-harap semua baik untuk Aimi. ^_^

Parents In Law Pergi Haji

Alhamdulillah. Ibu bapa mertua saya dapat panggilan haji untuk tahun ini. Hari ini 30 September 2013 mereka akan mendaftar kat Tabung Haji Kelana Jaya. Semua ipar-ipar saya pergi, kecuali saya dan Aimi. Suami saya tak berapa gemar bawak baby kecik pegi jalan jauh, lagipun ini bukan pergi jalan-jalan katanya. Jadi, suami saya dan Haziq join ipar-ipar saya anta ibu bapa mertua saya ke KL.


Ibu bapa mertua dijangka pulang ke tanah air pada 14 November 2013 nanti. Saya doakan moga Mak dan Abah beroleh haji yang mabrur. Dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan haji nanti.


p/s : Saya dah daftar haji. Nanti saya citer di next entry ye.

Friday, September 27, 2013

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (3 years) 15-Aug-2013


Alhamdulillah, anak sulung saya dah pun berusia 3 tahun pada 15 Ogos 2013 yang lalu. Rasanya macam baru lagi melahirkan Haziq di HSI dulu. Tup-tup sekarang dah besar dah anak saya. Dah ada adik dah pun. Hehehe. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doa dan memakbulkan impian saya untuk melahirkan seorang lagi anak, iaitu Aimi sebagai rakan bermain untuk Haziq.


Seperti tahun-tahun yang sudah, tiada sambutan besar-besaran. Kali ini kami sambut di rumah sahaja. Petangnya beli kek di SDS Taman Air Biru, Pasir Gudang. Dan malamnya lepas dinner, kami buat birthday celebration untuk Haziq. Haziq macam biasa, sentiasa excited bila nampak kek dan lilin. ^_^


Kek Nutty Chocolate. Sedap sangat uols!!!

Anakku yang tersayang. Mama sayang Haziq dunia dan akhirat.

Mari potong kek!

Kesian Aimi, tengoklah rambutnya sampai basah sebab berpeluh-peluh. Apa taknya, tutup lampu dan tutup kipas semua. Yang ada lilin je. Mana tak panas baby saya tu.



Istimewa untuk Haziq,


Pantas sungguh masa berlalu, sedar-sedar kini Haziq dah berusia 3 tahun. Harapan Mama moga Haziq jadi anak yang soleh dan beriman, moga Allah sentiasa melindungi Haziq daripada segala mara bahaya.


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang bijak, yang sihat, yang taat, yang baik untukku. Bantulah aku, tunjukkanlah aku jalan agar aku dapat mendidik amanah-Mu ini dengan sebaik-baiknya.


Selamat Hari Jadi Haziq sayang,
Semoga Allah memanjangkan umurmu, merahmatimu dan mengurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat untukmu sayang...


Love you so much Haziq sayang. Jadi abang yang baik untuk adik Aimi ye.

From,
Mama

Wednesday, September 25, 2013

Susu Baru : SImilac Gain Plus dan Similac Gain Kid

Malam tadi masa tengok Buletin Utama kat TV3, ada promosi susu baru daripada Abbott iaitu Susu Similac Gain Plus dan Similac Gain Kid. Masa tu saya tengah pakaikan Aimi pampers sebab dia baru lepas uuk, so bila dengar je ada susu baru terus mata ni direct ke tv sambil tangan ligat siapkan Aimi.


Tengok punya tengok, rasanya macam sama aje. Gain Plus logo kaler biru, Gain Kid logo kaler hijau, suma benda sama cuma diorang tambah perkataan Similac tu, jadinya Similac Gain Plus dan Similac Gain Kid. Dan macam biasalah, isi kandungan susu pun dipertingkatkan. Apa yang dipertingkatkan tu, tak dapat catch up pulak.


Pagi ni pulak terus bukak website Abbott Malaysia. Takde pulak cerita pasal susu baru ni.


Terwonder wonder in the land berapakah agaknya harga susu Similac baru ni? Kalau sama harga atau lebih murah, syukur alhamdulillah. Kalau harga lebih mahal daripada yang sedia ada, kene fikirkan jugak. Saya ada terfikir nak try susu Ilham untuk Haziq bermula tahun depan (tahun 2014 Haziq umur 4 tahun) tapi tak pasti susu ni ok atau tak. Harganya RM48.90 untuk 1 kotak RM650 gram.


Harap harap dalam masa terdekat ni akan dapat tau berita terkini pasal susu Similac Gain Plus dan Similac Gain Kid ni.

Jamuan Hari Raya

Raya dah lama habis, so anggaplah ini sesi flashback ye.


Jamuan raya ni dibuat pada 31 Ogos 2013 pukul 8-11pm. Khas untuk ahli keluarga, babysitter Haziq & Aimi serta beberapa orang kawan rapat sahaja. Reason - bajet terhad. ^_^


Menu pada malam tu :

1) Mihun goreng udang - order
2) Spageti mushroom - saya masak
3) Sate ayam dan nasi impit - order
4) Tembikai
5) Air teh O (panas) dan air anggur (sejuk)


Simple and sweet

Secara keseluruhannya, kami suami isteri berpuas hati dengan jamuan ni. Memang seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang tersayang dan juga kawan-kawan. Terus rasa nak buat open house nak jemput lagi ramai orang! Hehehehe...

Tuesday, September 24, 2013

Tangisan di Hari Jadi Yang Ke 30 Tahun

Announcement. Saya kini sudah berusia 30 tahun. Ye, 30 tahun, 3 series. Wuuuu... Saya bersyukur kerana Allah panjangkan umur saya sehingga saya masih lagi boleh bernafas dan menikmati segala keindahan yang ada di dunia-Nya ini. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam iman dan moga saya beroleh kesihatan yang terbaik. Amin...


Tahun ini takde sebarang sambutan. Saya pun rasa biasa je, macam biasa tak harap apa-apa sambutan pun. Apatah lagi, masa hari Jumaat 6 September 2013 tu, saya kene pergi ke Melaka untuk tujuan audit supplier. Birthday pulak 7 September hari Sabtu, suami keje, jadinya memang saya tak harap apa-apa langsung.


Balik dari Melaka sampai JB kul 9 malam, terus suami bawak saya dan anak-anak pergi beraya kat rumah kawan dia. Tak sempat nak mandi pun. Hahahaha... Dah sudah tu, balik rumah, badan pun dah rasa melekit dan panas. Dan-dan tu jugaklah saya mandi. Bila dah mandi campur penat, saya terus rasa mengantuk nak tidur. Tup-tup je suami terus nyanyi lagu Happy Birthday. Eh, dah pukul 12 tengah malam ke datuk harimau?


Saya happy lah suami beriya-iya nyanyi untuk saya. Lepas tu saya nampak dia seluk tangan kat kocek seluar dia. Dengar bunyi macam plastik-plastik gitu.


"Haaa, ni mesti hadiah coklat Ferrero Rocher 3 bijik tu kan? Orang dah gosok gigi ni, esoklah baru makan coklatnya" kata saya. Dulu suami selalu hadiahkan coklat Ferrero Rocher 3 bijik tu. 3 bijik je pun. Katanya mahal nak beli yang satu box besar tu, katanya nanti rosak gigi makan coklat banyak-banyak. Hahahaha...


Tup-tup kali ni, dia keluarkan plastik kecik. Dikeluarkan ada satu kotak kecik dalamnya. Saya macam, eh, takkan coklat Ferrero Rocher dalam kotak kecik ni, mana muat.


Pastu suami buka kotak kecik tu.


"Selamat harijadi sayang. Ini hadiah Abang untuk Sayang" kata suami.


Saya macam, oh my God!!! Ini bukan cokelat. Ini cincin. Suami bagi saya hadiah cincin sempena harijadi saya. Betul ke ni? Aku mimpi ke ni?


Dan-dan tu jugaklah saya menangis berjurai-jurai air mata. Syahdu beb. Padahal dah sapu krim malam kat muka ni sebab tadi ingat nak terus tidur kan. So sekarang krim malam campur air mata hari jadi dah tak jadi apa dah.


Teruslah saya pergi peluk suami saya dan ucap terima kasih banyak-banyak. Lepas dah bertenang tu, saya tanya bila dia pergi beli cincin. Macamana dia agak saiz jari saya.


"Abang beli sebelum sembahyang Jumaat tadi. Abang tak tau nak agak saiz jari sayang, so abang beli berdasarkan saiz jari orang yang jual tu".


Hahahahahahahahaha. Saya gelak sekuat hati. Tadi dah menangis berjurai-jurai, ni ketawa bagai nak rak pulak. Pukul 12 tengah malam pulak tu. Uni oh Uni...


Jujur sungguh jawapan itu. Beli berdasarkan saiz jari orang yang jual. Itulah sebabnya saya tergelak. ^_^


Dan inilah dia hadiah harijadi saya tahun ini. Sungguh, saya tak mengharapkan sesuatu seperti ini daripada suami. Kalau dia bagi saya coklat Ferrero Rocher 3 bijik macam tahun-tahun sudah pun takpe, saya tak kisah, saya terima dengan gembira. Cuma mungkin tahun ini dia nak buat surprise sikit agaknya. Anyway, saya memang surprisedddddddddddddddddddd!!!


Terima kasih suamiku, I love you!

Monday, September 23, 2013

Study Table Yang Bersepah

Kat rumah, saya khususkan satu bilik untuk saya. My Room. Bilik ni menempatkan almari buku, study table dan segala macam barang jualan saya. Sebelum ni, bilik ni memang kemas dan tersusun. Tapi sekarang ni, memang haru. Tak sempat langsung nak mengemas dan menghias. Sibuk tak habis-habis. Huhuhu.


Masuk-masuk je, syahdu betul tengok study table yang tak macam rupa study table. Laptop pun dah beralih ke tepi meja. Kalau korang nak tau, segala macam surat-surat yang sampai ke rumah, saya akan baca satu-satu dan lepas tu filing mengikut file masing-masing. Kalau tengok kat atas meja tu, rasa-rasanya berapa banyak kertas lah yang tunggu di filing oleh tuannya ini.


Haziq cakap nak tolong Mama kemas, tapi baru nak kemas, Aimi dah nangis nak susu Mama.
So aktiviti mengemas tertunda lagi.

Dalam apa-apa hal, anak haruslah diutamakan. Seluruh masa saya kat rumah banyaknya untuk anak. Nak update blog pun kene betul-betul pandai cari masa. Kalau lama blog tak berupdate, korang fahamlah kenapa ye. Oleh kerana itu, study table ni masih lagi rupa macam ni sampailah sekarang!

Sunday, September 22, 2013

Baby Besar Dalam Walker

Baru-baru ni saya beli walker untuk Aimi. Memang dah plan nak beli walker bila Aimi dah boleh duduk. Rasanya masa umur 6 bulan ari tu Aimi dah pandai duduk dah, tapi tak sempat nak beli walker, so sekarang bila dah umur 8 bulan, baru pergi beli.


Bawak balik ke rumah, Haziq pulak yang excited nak duduk dalam walker. Siap merengek-rengek bagai. Last-last saya masukkan Haziq dalam walker dan adiknya Aimi pulak yang kene duduk kat luar walker tu. Hahahaha... Baby besar yang still rasa dia baby walaupun dah ada adik. ^_^

Putera puteri penghibur jiwaku.

Kalau nak tau, dulu masa kecik-kecik, Haziq pernah tertidur dalam walker sampai saya dan suami langsung tak perasan. Tau-tau je dah terlentok dah dia. Pastu bila walker tu dah rosak, saya rasa sedih sangat masa nak buang, almaklumlah walker tu hadiah daripada kawan-kawan kat ofis.


Yang walker Aimi ni pula saya beli di Jusco Permas Jaya. Masa beli tu dapat diskaun 20%. Okeylah tu. Tapi walker ni saya beli yang display tu. Yang new stock dah habis. 


Staff Jusco tu cakap ada stok baru dalam seminggu lagi, tapi saya malas nak tunggu-tunggu pastu nak pergi semula ke Jusco. Bukan senang weh nak keluar selalu. Dah jadi mak-mak ni masa amat berharga dan banyak sangat urusan. So terus belilah apa yang ada. Display pun display lah. ^_^

Thursday, September 19, 2013

Besday Month Giveaway




Hari ni join satu giveaway, namanya Besday Month Giveaway anjuran blog Mazatul Azura.


Rupanya birthday blogger akak Mazatul sama bulan dengan 2 orang anaknya lagi, dan sama bulan jugak dengan saya. Hehehe. I love September!


Antara 3 option yang diberikan, saya berpendapat blog akak Mazatul ni Biasa Jer. Jangan marah ye kak, kata suruh JUJUR kan. Hehehe... Saya rasa Biase jer sebab akak guna template background tu yang Blogger punya, kalau akak guna background sendiri, rasanya lebih menarik sebab tak sama dengan blog blogger yang lain. Identiti sendiri gitu kan. :)


Giveaway ni bermula pada 11-23 September 2013. So ade masa lagi nak join. Kalau nak join, klik banner kat atas tu ye!

Tuesday, September 17, 2013

Dapat 1 Peket BB Plus Collagen

Petang tadi saya dapat 1 peket BB Plus Collagen. Sori, tak sempat nak snap gambar, bateri fon dah abis. Kalau nak tengok gambarnya, tolong google ye. ^_^


Yang bagi ni kawan saya. Katanya cuba dulu dan rasa sedap tak. Almaklumlah, bila umur dah mencecah 3 series ni, haruslah meningkatkan lagi penjagaan kesihatan dan kecantikan. Betul tak?


Katanya, bf mom pun boleh minum BB Plus Collagen ni. Betul ke? Ada tak kawan-kawan yang bf dan pada masa yang sama minum collagen brand ni?

Sakitnya Bagai Digergaji, Dan Akhirnya Luka

Semalam 16 September 2013, Aimi genap usianya 8 bulan. Setakat ini dah tumbuh 2 batang gigi belah bawah dan sekarang saya tengok nak tumbuh lagi sebatang gigi belah atas.


Bila nak tumbuh gigi ni, macam biasalah gusi Aimi memang rasa gatal. Dan bila menyusu, Aimi gigit miss n saya tu kuat-kuat. Bila datang rasa gatal gusinya tu, dilaga2kan gusinya kat n saya. Gusinya dah kuat, dah rasa keras gigi tu. Sakitnya Ya Allah..... Rasa macam n ku ini kene gergaji.


Kali pertama, saya termenangis masa Aimi menyusu kat belah kanan. Haziq nampak saya nangis, dia tanya,


"Mama tak apa-apa?"

"Mama ok sayang. Mama tak apa-apa" jawab saya.


Beberapa jam selepas tu, Aimi menyusu belah kanan pula. Mula-mula saya ok, tapi lama kelamaan rasa macam tak tertanggung sakitnya. Aimi lagakan gusinya kat n saya sekuat hatinya, dan sekuat itulah airmata saya mengalir keluar.


"Ya Allah, kuatkanlah jiwaku. Anakku perlukan susuku. Hapuskanlah rasa sakit ini agar aku dapat fokus kepada penyusuanku" doa saya di dalam hati.


Suami saya datang menghampiri.


"Sabar ye sayang. Kalau sayang tak boleh tahan sakit, keluarkan dulu. Rehat sekejap. Bagi Aimi susu yang sayang dah pam (EBM)" kata suami saya. Dan akhirnya, Aimi minum EBM dan terus lena. Masa tu jam 9 lebih (malam).


Masa nak tidur kat atas dalam kul 10 lebih - 11 malam, Aimi bangun pulak. Saya rasa seriau nak susukan Aimi. Huhuhu...


Sudahnya, suami saya tutup lampu dan saya bagi Aimi susu botol. Dia minum sikit je, pastu menangis. Saya tau apa yang dia inginkan, tidur mengiring sambil menyusu, itulah rutin kami berdua setiap malam. Tapi malam tadi saya rasa seriau nak bf, n saya masih sakit.


Saya dukung Aimi, cuba tidurkan dia di bahu saya. Ulang alik dalam bilik tu, bila saya dah pasti yang Aimi sudah lena, saya letakkan dia perlahan-lahan atas tilam sambil menepuk-nepuk lengannya.


Tapi tak sampai pun seminit, Aimi terjaga dan terus menangis. Melalak sekuat-kuatnya, mulutnya sibuk mencari n saya. Aduhai, tak sampai hati saya lihat Aimi macam tu.


Akhirnya, saya baring di sebelah Aimi. Dengan lafaz Bismillah dan penuh harap, saya berikan Aimi apa yang dia mahu daripada saya. Tak lama kemudian, Aimi lena semula dalam keadaan mulutnya tidak terpisah daripada dada saya.


Sakit, memang sakit. Tapi saya kesiankan Aimi yang tengah dalam proses nak tumbuh gigi.


Dan bila bangun pagi ni, masa nak mandi, saya nampak n saya, luka...

Tuesday, September 10, 2013

Follow Blog Orang Yang Follow Blog Kita

Nak tanya korang semua. Bila orang lain follow blog korang, korang follow semula tak blog orang tu?


Orang lain tu kita bagi contoh nama Ida ye.


Situasinya macam ni. Korang bangun pagi, sign in kat dashboard, tengok eh ada follower baru lah. Nama dia Ida. Apa yang korang buat?


A)  Korang bukak blog dia. Baca serba sedikit apa yang patut. Tinggalkan komen sekiranya perlu. Kalau tak perlu, terus tutup blog dia. Korang tak follow blog dia.


B) Korang bukak blog dia. Baca serba sedikit apa yang patut. Tinggalkan komen sekiranya perlu. Kalau tak perlu tinggalkan komen, just klik follow dia sebab dia dah follow blog korang.


C) Korang bukak blog dia. Baca serba sedikit apa yang patut. Korang tak tinggalkan komen tapi korang follow blog dia sebab blog dia best dan menarik.


D) Korang tak buka pun blog dia sebab dia tak tinggalkan komen suruh follow blog dia.


Sila pilih korang ni kategori A / B / C / D.


Kalau ada pilihan lain E, F, G dan seterusnya, sila bagitau jugak ye.

Monday, September 9, 2013

Meja Jepun Murah dan Toto Murah

Hai. Hari ni nak share pasal meja jepun murah dan toto murah.


Sapa-sapa yang tengah cari meja jepun dan toto murah ni, saya cadangkan korang pergi beli kat Pasaraya Sakan. Baru-baru ni saya beli toto saiz queen di Sakan Seri Alam, Johor. Harganya cuma RM42.90 sahaja.

Toto murah

Toto ni pun ada 2 saiz. Yang saya beli tu harganya RM42.90 jenama NARITA. Tapi kalau nak murah lagi, ada juga, tengok kat gambar tu kat rak yang belah kanan, toto kaler pink dan packing ada tulis perkataan TOTO tu. Yang tu memang murah tapi saya dah lupa berapa harganya.


Bagi yang tak tahu, toto ni banyak kegunaan. Macam saya hari tu, beli toto ni sebab nak guna masa beraya kat kampung. Saya sekeluarga tido atas toto je kat luar bilik, kami tak dapat tido dalam bilik sebab beri laluan kepada keluarga yang lain. 


Saya memang dah standby siap-siap dah. Tak kisahlah tido kat mana pun, asalkan bila bangun tido tak sakit pinggang. Sebab tu saya beli toto.


Selain tu boleh juga guna time travel. Daripada tido atas tikar, baiklah tido atas toto kan.


Ok lagi satu bab meja jepun. Meja jepun ni kalau korang buat makan-makan ahli keluarga, memang seronok. Yang budak-budak kecil biar makan kat meja jepun, yang dewasa makanlah kat meja makan. Ini yang saya jumpa kat Sakan jugak, tapi saya tak belilah.

Meja jepun - macam-macam saiz ada

Harganya pun mampu milik. Tak silap saya sama ada RM39.90 / RM49.90 / RM59.90. Haa lebih kurang macam tu lah.


Best!

Kalau yang student tu, memang baguslah kalau ada meja jepun ni. Boleh guna time study, time makan, time nak tengok citer korea pun boleh sangat. ^_^

Saturday, September 7, 2013

Dia Sudah Pergi... Ya Allah, rahmatilah dia...



Perkhabaran yang mengejutkan di harijadi saya pada hari ini.


7 September 2013.


Pelakon kegemaran saya, Maimon Muttalib yang menghidap kanser payudara tahap keempat, telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.20 petang tadi. Sumber diperolehi daripada Budiey.


Allahyarhamah Maimon Muttalib

Tak sangka begitu cepat dia pergi, tapi sudah ini ketentuan Allah s.w.t. Siapalah kita untuk menghalang aturan-Nya.


Hilang sudah seorang pelakon wanita yang sangat hebat. Watak baik atau jahat, mampu dilakonkan dengan begitu sempurna, sehingga begitu terkesan di hati saya. Sebab itulah saya amat meminati arwah.


Tadi sempat juga saya buka FB arwah. Sungguh, arwah adalah seorang insan yang begitu disayangi oleh insan-insan yang mengenali mahupun yang rapat dengannya.


Al-Fatihah untukmu.. Malam ini In Shaa Allah saya akan melakukan Solat Sunat Hadiah untuk Allahyarhamah Maimon Muttalib.


:(

Tuesday, September 3, 2013

Berjaya Hamil Selepas Satu Kali Sesi Urut

Mendapat perkhabaran gembira baru-baru ini, apabila seorang blog reader saya yang berubat dengan Mak Aji, telahpun hamil. Alhamdulillah.... ^_^




Kepada Fumi, tahniah banyak-banyak daripada Kak Uni. Tumpang gembira bila dapat tau berita ni. Jaga kandungan baik-baik ye, jangan lasak-lasak sangat. :)



p/s : Saya akan mengadakan #1 Contest / Segmen sempena bulan kelahiran saya, iaitu September. Nantikan my next entry ya! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *