I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, August 28, 2013

Tips Menyediakan Spageti Yang Lembut Dan Tidak Melekat

Tengok punya tengok, eh rupanya tak pernah saya share bab masak memasak kat blog ni yek! Hehehehe... Bukan apa, saya ni bukannya cekap sangat kat dapur, sekadar masak yang biasa-biasa tu bolehla. Rasa segan lak nak sharing, tapi tolak tepilah, ini semua untuk ingatan di masa hadapan.


Biasanya, lepas saya dah sediakan bahan, terus masak. Dah siap masak, terus makan. Dah siap makan, terus basuh pinggan dan setelkan dapur. Belah mana pulak nak amik gambar makanan bagai? Tak reti la pulak. Kampung style kan saya ni? Hihihihi...


Hujung minggu lepas, saya masak spageti. Tapi sorry, jangan korang berharap dapat tengok gambar makanan final itu kat entry ni ye. Macam saya cakap tadi, dah siap masak, terus makan. Dah siap makan, terus basuh pinggan. Bila dah basuh pinggan, baru teringat - ala, patutnya nak amik gambar makanan yang dah siap dimasak. Tapi, dah terlupa kan. Yang saya ingat, gambar time memasak tu adelah saya amik. ^_^


Ok, hari ni nak share Tips Menyediakan Spageti Yang Lembut dan Tidak Melekat. Pada sesiapa yang tak pernah tau tu, lepas ni boleh cuba. Pada yang dah tahu tu, kalau ada tips yang lebih bagus dan mudah, silakan share ye.


1) Rebus air dalam periuk. Takde sebarang sukatan. Main agak-agak je.

2) Letak beberapa titis olive oil. Saya guna brand Naturel Extra Virgin Olive Oil. Harga RM9++ kat Tesco.

3) Letak sikittttttttttttt je garam.

4) Masukkan spageti. Ikut sukala korang nak pakai brand apa. Ari tu saya masak spageti brand San Remo jenis Linguine (eh, ini dipanggil pasta ke spageti? Ah, hentam jelah, yang saya tau cuma spageti dan makaroni jer. Hehehehe..)

5) Susun spageti elok-elok dalam periuk. Untuk orang macam saya ni, asal masuk je, so jadilah rupanya macam ni.

Spageti yang keras yang bakal melalui proses pelembutan

6) Sambil tunggu spageti tu lembut, sila buat kerja lain yang patut contohnya : kemas barang kat kabinet dapur ke, kupas bawang untuk buat stok ke, masak bubur anak ke, basuh pinggan ke, tengok katalog Tupperware ke. Heeeheee.. Kita ibu-ibu harus multitasking ok. Everytime, everywhere.

7) Tapi walaupun sibuk buat kerja lain, jangan lupa menjenguk periuk kita. 

8) Ok, ini dia rupa spageti yang sedang direbus.

Ini belum siap lagi. So jangan tutup api.

9) Teruskan merebus. Sambil tu amik garpu dan angkat sehelai dua spageti tu. Cuba patahkan. Kalau keras, rebus lagi, kalau dah lembut, boleh matikan api dan toskan.

10) Nak senang, bila tengok warna spageti dah kuning pucat, boleh matikan api.

11) Toskan spageti. Pastikan takde air.

12) Dah sudah tu, amik sikit butter dan gaulkan kat spageti yang dah ditoskan. Tujuannya supaya spageti tak melekat-melekat sesama mereka. 

13) Akhirnya, inilah rupa spagetinya :

Spageti yang lembut, tak melekat, bau pun sedap dek sudah digaulkan dengan butter

14) Boleh dimakan bersama sosnya. Untuk sos yang saya sediakan, nanti saya cerita kat next entry ye.

2 comments:

Rinah said...

terus teringin nak makan spageti.

Uni Aqilah said...

Hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *