I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, August 27, 2013

Susu Similac (hijau) keluaran Abbott

Untuk makluman, Aimi ialah breast milk (bm) + formula milk (fm) baby. ^_^


Masa saya dalam pantang lagi, lepas Aimi keluar daripada hospital (kerana jaundis), saya sambung bagi Aimi susu Enfalac A+. (Sebab masa Aimi kena tahan kat hospital, dia diberi susu Enfalac). Dengarnya, susu ni bagus, dan harganya pun mahal bagus juga. Rasanya satu tin kecik tu dalam RM88 kah? Sori saya dah lupa harga sebenar.


Aimi sempat minum beberapa tin Enfalac A+ sahaja dan berhenti. Sebab, kami tak mampu nak belikan Aimi susu yang begitu mahal. Walaupun susu ni bagus, means Aimi takde masalah sembelit ke apa ke, tapi kami terpaksa stop sebab pada masa tu sebab kewangan tak begitu mengizinkan. Huhuhu...


Lepas tu, kami beri Aimi susu Dulac Langkah 1. Susu ni cair sesangat, Aimi minum macam tak puas. Kami beli tin yang kecik tu je. Harga baru RM9 lebih. Murah sangat. Tapi kami perasan yang Aimi minum tak sekencang dia minum Enfalac A+, mungkin sebab susu ni cair kot. Jadinya, kami cari alternatif lain.


Survey punya survey, kami beli susu S26 Langkah 1 0-12 bulan. Alhamdulillah. Harga susu ni dalam lingkungan bajet kami. Aimi minum susu ni pun ok, poo-poo bagus (ditambah sebab Aimi masih minum bm, jadi poo-poo nya masih warna kuning mustard gitu). Bila masuk 6 bulan, kami tukar ke Langkah 2 Promil pula.

Susu S26 Langkah 2

Baru-baru ni masa Aimi umur 6 bulan, kami bawa Aimi untuk follow-up check up kat Hospital Sultan Ismail (HSI). Doktor cakap, berat dan tinggi Aimi ok, cuma dia ni lebih kepada kurang berat secara puratanya (underweight). Jadi kami tanya doktor, kene tukar susu lain ke? Susu apa yang bagus?


Doktor suggest kami tukar susu tapi dia takde suggest mana-mana brand susu yang bagus. Dia kata kene try and error dan tengok juga kepada bajet ibu bapanya. So, bermula daripada situ, kami pun survey susu lain yang kami rasakan bagus. Dan akhirnya kami beli susu Similac hijau keluaran Abbott.


Reason kenapa kami beli susu ni, sebab Haziq minum susu Gain Plus keluaran Abbott dan kami sangat berpuas hati dengan perkembangannya. Sebab tu lah kami pilih susu keluaran Abbott juga juga untuk Aimi.


Susu Similac (hijau) keluaran Abbott

Berapa harga susu ni?


Harganya RM42.50 untuk 400g. Beli kat kedai ubat cina. Harga pun boleh tahan jugak kan. Hehehe. Tapi takpe ini percubaan dulu. 


Abah Aimi siap cakap, "Mahal-mahal semua susu anak". 

Mama Aimi cakap, "Susu mahal takpe, kita jimat yang lain. Pakai baju murah pun takpe, mainan murah pun takpe, kasut dan selipar murah pun takpe. Yang penting susu dan pampers mesti yang bagus, jadi mahal sikit pun takpe"

Senyum jelah Abah Aimi mendengarnya. Hehehehe...


Aimi mula minum susu ni pada 17 Ogos 2013. Kiranya masa tu Aimi dah umur 7 bulan.


Setakat seminggu lebih minum susu ni, ini yang saya dapat perhatikan :

1) Poo poo ok. Masih poo poo macam biasa sekurang-kurangnya sekali sehari. Ada juga tu 2 kali sehari.
2) Aimi macam tak berapa suka minum susu ni. Sangat lambat nak habiskan 6 oz untuk satu sesi penyusuan. Tapi kalau dia tengah lapar sangat, memang boleh terus habis 6 oz.
3) Ruam - takde sebarang ruam / perubahan pada kulit Aimi lepas minum susu ni. Lega.
4) Pee pee - ini tak tau ade kaitan dengan susu ke tak. Memang tukar pampers setiap 4 atau 5 jam. Lagipun sekarang saya dah bagi Aimi minum air masak. 


Saya tak pasti sama ada nak teruskan susu ni lagi untuk Aimi atau tak. Maybe bila dah habis susu ni, saya akan cari susu lain pulak. Mungkin S26 gold ke. Tengoklah dulu macamana.


Mmm... mommies semua bagi fm brand apa ye untuk anak yang umur 7 bulan? (Sape yang fully bf tu saya memang respek habis. Tapi saya perlu info from other mommies yang bagi fm. Harap faham ye. ^_^)

5 comments:

S.A. said...

Sy bf baby till 9 months after that terpaksa top up susu FM, sy beri dia susu KariHome, harga pun lebih kurang sama mcm susu yg awak guna sekarang. So far so good, sekarang anak dah umur 14 bulan dah tukar susu untuk 12 months above still brand yg sama

Uni said...

Susu Karihome tu susu kambing kan? Bagus ke? Saya tak terfikir pulak nak bagi anak minum susu kambing. Harga pun boleh tahan jugak, kan.

Rinah said...

Hari tue masa stok tidak mencukupi, saya mix fm Lactogen langkah 1.
Ok jugalah untuk baby saya. Tiada alahan apa2. Harga pun affordable.
Sis Uni boleh try.

Unknown said...

Assalamualaikum..saya nak tnya..puan mix bm dgn fm utk anak puan masa bila?means hntr ke pengasuh full fm ke ada campur ebm+fm? Susu yg pn perah di office puan berikn waktu bla?sy pun sdg mengalami situasi mcm puan..kdg sy bg 3 botol 3oz..selebihnya sy minta pengasuh topup dgn susu fm yg sy bekalkan..kdg sy rs bersalah anak minum susu fm byk tp nk buat mcm mn..susu perah ckp2 mkn je :) apapun setiap kali perah ms kerja sy cuba positifkan diri walau perah dpt 2-3 oz ..malam sy mmg bf anak sbb siang dh susu fm..

Siti Munirah said...

Reply to @Unknown

Waalaikumussalam.

Masa hantar ke pengasuh, saya bagi fm
Reason is pengasuh tak berapa mahir nak mengendalikan ebm (dia ada 4 orang anak dan semua minum fm)
lagipun dia bukan jaga anak saya 2 orang tu aje
dia juga jaga beberapa budak yang lain
Jadi saya fikir lebih mudah untuk pengasuh handle fm untuk anak saya berbanding ebm (expressed breast milk - susu yang diperah)

balik kerja, saya bagi anak direct feed.
lagipun dia macam tak sabar-sabar lagi dah hehehe..
so waktu malam tu sehingga ke waktu sebelum tidur
saya bagi anak minum ebm yang saya perah kat ofis (ikut turn dalam peti sejuk first in first out)

waktu nak tido malam, saya cuddle dengan anak jadi dia direct feed dgn saya

kalau puan dapat 2-3 oz kat ofis tu kira ok dah tu. kalau nak cuba banyakkan susu, boleh ambil supplement shaklee. boleh whatsapp saya 0187669798 untuk info. sebab supplement pun banyak jenis. tak perlu amik semua. amik ape yg betul-betul badan kita perlukan je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *