I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, August 6, 2013

Pertama Kali Pam Dapat 5 oz

Aimi dah umur 6 bulan lebih dan baru sekali ni saya pam susu dapat 5 oz. Happy tak terkata!


Hasil 5 oz tu dapat tengahari semalam. Bila diingatkan semula, apa yang saya dah makan atau minum ye hingga dapat banyak tu? (Selalu dapat 3-4 oz je). 


Nak kata minum ESP? Rasanya tak. Dah 3-4 malam saya terlupa minum ESP. Busy sangat.


Nak kata minum milo? Ye jugak. Sekurang-kurangnya minum milo sehari sekali.


Fikir punya fikir, baru saya ingat. Saya minum air masak 3 liter!!!


Ye, itulah rahsianya. Sepanjang berpuasa ni, paling banyak saya minum air masak cuma 2 liter je antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur. Tak larat nak minum air masak banyak-banyak. Tapi masa Ahad malam Isnin lepas tu, apsal entah, saya larat pulak minum air sampai 3 liter.


Dan hasilnya, 5 oz susu berjaya dipam keluar pada hari Isnin!


Alhamdulillah, ini rezeki untuk Aimi. ^_^

4 comments:

saira othman said...

Hehe..syiok sangat...
BF ni mmg pentingkan ...
Mgkin Esp tu jgak membantu..

Uni said...

ESP memang membantu untuk kita lebih segar. :)

Rinah said...

jarang2 dapat pam 5oz. selalunya 3-4oz je. macam sis Uni juga.
tahu perasaan excited tue :)

Uni said...

Enjoy the journey of breastfeeding. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *