I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, August 23, 2013

Haziq 3 Tahun & Aimi 7 Bulan

15 Ogos 2013 - Genap Haziq 3 tahun.
16 Ogos 2013 - Genap Aimi 7 bulan.


2 orang anak. Macam-macam ragam. Macam-macam keletah. Macam-macam cerita. Semuanya jadi penghibur saya pada setiap masa, di kala suka dan di kala duka.


Haziq sangat petah bercakap. Dia hanya senyap bila dia tido. Bila bangun tido, soalan pertama yang mesti dia tanya,


"Ma, Aimi mana?"


Oh, so sweet. Seorang abang yang sangat sayangkan adiknya.

Abang Haziq dah keletihan. Tilam ada, tapi tido atas bantal golek. ^_^

Aimi pulak, langsung takleh berenggang dengan saya. Kalau dia nampak macam saya nak bangun pergi dapur ke, dia akan membulatkan matanya, pastu dia akan mula mencebik bibir dan lepas tu terus menangis melalak! ^_^


Perkembangan terkini - Aimi dah meniarap dan mengesot dengan sangat laju, rambut dah panjang, dah pandai senyum lebar-lebar dan gelak kuat-kuat. Gigi masih lagi 2 batang kat bawah. Sekarang tengah belajar nak duduk dan berdiri.


Sedang busy mengeksplorasi dunia. ^_^

1 comment:

Rinah said...

Tarikh lahir Aimi dgn Haziq dekat2 je. bole celebrate sama2 birthday.
Bagus perkembangan Aimi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *